Seo Services

Review Felda Residences Hot Spring Sungkai

Assalamualaikum

Lamanya tak bawak anak-anak bercuti. Maka, cikgu rancang percutian singkat bersama anak-anak. Asalnya nak buat pertemuan team juga tapi disebabkan masing-masing ada urusan tak dapat dielakkan, makanya cikgu je la yang Allah takdirkan tiba ke sini bersama-sama keluarga.

Bertolak dari rumah cikgu di Teluk Intan pada jam 4.00 petang, kami tiba di sini sekitar jam 5.15 petang. Perjalanan sejauh 52 km memakan masa sejam lebih juga. Kami sempat menyinggah ke pejabat pos untuk menguruskan order pelanggan. 😁

Ketibaan kami disambut dengan hujan yang boleh tahan lebatnya. Hotel ni masuk agak jauh dari jalan besar dalam lingkungan 10km.

Perjalanan agak berbukit bukau dan melewati kawasan perkampungan dan tanaman sawit. Pemandangan indah sungai kecil menyambut kami semasa kami melewati papan tanda Felda Residences ini.

Syukur urusan daftar masuk dipermudahkan. Lagipon kami dah tempah lebih awal melalui panggilan telefon. Harga satu bilik saiz deluxe yang mempunyai 1 katil king cuma rm135 satu malam. Kami juga diberi 2 tiket sarapan pagi dan 2 tiket masuk ke hotspring secara percuma.

Disebabkan kami datang 5 beranak, jadinya kami bawa toto tambahan. Saiz bilik agak besar dan bagi cikgu memuaskan serta sangat berpatutan dengan harga yang diberi.

Katil saiz king. Tilam agak keras tapi cikgu suka

Saiz tandas agak kecil tapi masih memuaskan

Ada tab mandi. Ni yang anak-anak suka sangat.

Ada ruang bersantai. Pemandangan luar cantik. Esok cikgu sambung cerita.

Cerek air, seterika dan papan seterika juga disediakan. Almari pada saiz yang memuaskan.

Meja kerja dan televisyen juga disediakan.

Lihatlah wajah Nurin yang ceria. Tak sabar nak mandi kolam esok. Cikgu pula tak boleh berenggang dengan set pencuci tangan dari Asmak ni. Best sangat! 😍

Esok cikgu sambung review apa lagi yang ada kat sini ye. Terima kasih kerana sudi membaca 😘

0135819100 Cikgu Basariah
Review Felda Residences Hot Spring Sungkai Review Felda Residences Hot Spring Sungkai Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Julai 24, 2020 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.