Seo Services

Review Felda Residences Sungkai Hotspring (Part 2)

Assalamualaikum

Alhamdulillah selesai satu malam tidur kat hotspring ni. Masa sampai semalam tak boleh jalan-jalan sebab hujan lebat sangat.

Syukur cuaca hari ni cerah elok. Pagi ni kami amik kesempatan keluar awal dalam jam 7 pagi untuk ronda sekitar kawasan hotspring ni.

Udara segar sangat. Almaklumlah semalam baru lepas hujan. Lagi pon pokok memang penuh kat kawasan ni. Rasa nyaman sangat.


Kami berjalan menelusuri titian kayu yang dibuat khas untuk merasai sauna semulajadi air panas di bahagian tepi dan bawah titi ni. Best betul.



Mek Nurin ni mula-mula takut rasa gayat padahal takdela tinggi pon titi ni. Tapi lama-lama dia ok.

Titi ni takla panjang sangat rasa lebih kurang 500m je kot. Tapi seronok sebab bila kat tengah tu ada pondok untuk istirehat dan menikmati sauna semulajadi air panas dari bahagian bawah. Memang berkabus dan rasa syokla. Fefeling cam bertangas camtu.


Kami sempat pusing dan nampak dua bangunan macam usang. Cuba bukak rupanya ni dlu macam kolam peribadila. Tapi dah tak diselenggara lagi. Kalau diselenggara dengan baik mesti boleh jadikan kolam muslimah dan kolam muslim. Khas mengasingkan lelaki dan perempuan. Sayang sebab kemudahan banyak dah rosak.

Dalam jam 8 pagi, kami pusing ke restoran untuk menikmati buffet sarapan pagi. Disebabkan hanya dapat tiket untuk 2 orang, jadi kami kena buat bayaran tambahan. Hanya Rafif dan Razin je dikira. Nurin percuma. Bayaran makanan tambahan kanak-kanak cuma rm15 seorang. Aneka menu dihidangkan termasuklah nasi lemak, bubur nasi, mee goreng, kuetiau dan mee sup, roti bakar, salad, buah-buahan, bijirin dan susu. Air pula boleh pilih samada air oren, kopi atau pon teh. Rasa makanan kat sini boleh tahanla. Yang pastinya mengenyangkan.











Dah kenyang makan, kami balik ke bilik untuk tukar baju persediaan nak mandi di kolam. Kena tambah bayaran untuk 3 orang sebab tiket cuma dapat percuma 2 je. Sekarang ada promosi, tiket masuk untuk seorang tak kira kanak-kanak atau dewasa cuma rm10 je. Boleh je stay dari pagi sampai petang selagi ada gelang tu kat tangan. Janji bukan gelang 'pink' okay 😜

Gelang putih dapat free sebab sewa bilik. Gelang merah untuk kanak-kanak. Ni kami bayar rm10 seorang.

Dalam kawasan mandi ni ada banyak kolam. Kolam yang paling depan air suam. Tak terlalu panas. Kira seronokla anak-anak mandi sini. Airnya pon tak sejuk. Masa kami masuk tu, awal sangat lagi, air terjun pon belum dipasang. Ada bauan kurang senang sketla. Tapi bila kami datang semula dalam jam 10 pagi camtu, air terjun dan dipasang, maka air dah mengalir. Takde dahla bau yang tak best tu.






Masuk lagi ke dalam ada kawasan kolam mandi untuk kanak-kanak siap ada slaid dan air pancut. Sini slaid dia pon rendah kira sesuaila untuk kanak-kanak.

Muka sedih sebab kolam ni tak buka lagi masa ni. Bila dah buka, tak sempat dah amik gambaq. Kelam kelibut terjun main air dalam tu 😅

Kat bahagian paling hujung ada kolam mandi yang lebih besar. Sini pon air sejuk je. Ada kawasan dalam dan kawasan cetek. Rafif suka sangat gelongsor kat sini sebab dia macam tinggi sket lebih mencabar. Razin cuba sekali je terus serik. Nak lemas katanya 😹



Bahagian kolam yang lebih dalam direntangi dengan tali. Jadinya, ibu ayah boleh kawal anak supaya tak masuk ke bahagian tersebut. Kolam mandi ni memang luas tapi yang tak best batu dia macam tercabut dan sakit sketla kaki bila pijak. Cikgu pon tak berapa suka tengok air dia agak keruh dan nampak tak bersih. Walaupon ada air pancut.

Kemudian, kami jalan mencari kolam air panas. Ada beberapa kolam dengan kepanasan yang berbeza-beza. Suhu setiap kolam ada ditulis. Cikgu pilih kolam dengan suhu 30-35 darjah untuk berendam kami sekeluarga. Segar rasa badan. Katanya air panas semulajadi ni elok untuk merawat gatal-gatal badan.

Ada juga kawasan kolam yang bersuhu 100 darjah. Kat sini boleh beli telur dan cuba rebus kat situ. Memang bau telur je la kawasan ni. Hihi.



Sebelum balik, kami bagi anak-anak mandi sekali lagi puas-puas kat kolam paling awal sekali. Air terjun dia pon dah dipasang. Razin seronok mengapungkan badan dia kat sini.


Dalam jam 11 pagi kami balik ke bilik untuk mandi bersihkan diri dan bersedia untuk cek out. Tiba-tiba cikgu rasa pening dan penat sangat sampai boleh terlelap.





Sepanjang perjalanan balik kepala dan badan rasa tak sedap je. Mujurla cuma 52km je. Dalam sejam dah boleh sampai rumah.




Sampai je rumah terus muntah. Pastu terlena terus hingga ke petang. Ada kawan cikgi kata, memang kesan dari mandi air panas tu. Dia merawat badan.

Harapnya esok makin segar dan badan ni. Hehe.

Ok, buat korang yang nak cari tempat jalan-jalan best dan jimat, boleh try ke Felda Residences Sungkai ni. Berbaloi cikgu rasa untuk percutian singkat bagi menenangkan fikiran.

Ni, cikgu kongsikan info. Ada promosi ni. Semoga bermanfaat 😘





0135819100 Cikgu Basariah
Review Felda Residences Sungkai Hotspring (Part 2) Review Felda Residences Sungkai Hotspring  (Part 2) Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Julai 25, 2020 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.