Ahad, Julai 24, 2016

Kisah Perniagaan Monyet



Diceritakan terdapat banyak monyet liar berdekatan sebuah kampung.

Suatu hari datang seorang peniaga ingin membeli monyet2 berkenaan. Dia memaklumkan kepada orang kampung akan membeli setiap ekor monyet dengan harga RM100 seekor. Orang kampung fikir peniaga ini pasti gila kerana bagaimana sanggup dia membeli RM100 seekor?

Tapi nak dijadikan cerita, ada yang pergi tangkap dan peniaga ini membayar RM100 seekor.

Berita ini menjadi viral dalam sekelip mata. Dan masing2 pergi memburu monyet dan menjualnya kepada peniaga tersebut. Sehingga pada suatu hari peniaga tersebut membuat pengumuman akan membeli setiap ekor monyet dengan harga RM200 seekor.

Penduduk menjadi tak senang duduk. Ke sana ke mari memburu saki baki monyet yang ada. Dan mereka berjaya menjualnya pada peniaga tersebut dengan harga RM200 seekor.

Kemudian peniaga tersebut membuat satu lagi pengumuman yang mengejutkan. Kali ini dia sanggup membeli RM500 seekor. Penduduk dah naik sasau sampai tak tidur memburu monyet2 yang masih ada. Hanya terdapat lebihkurang enam atau tujuh ekor sahaja yang berjaya ditangkap dan semuanya berjaya dijual kepada peniaga tersebut.

Orang kampung menunggu dengan penuh harapan apakah pengumuman yang bakal dibuat oleh peniaga tersebut selepas ini. Kemudian peniaga ini membuat satu pengumuman...

Dia akan pulang ke kampungnya selama seminggu dan bila balik nanti dia akan membeli monyet2 yang berjaya ditangkap dengan harga RM1000 seekor. Terkejut beruk orang kampung!

Dia menyuruh pekerjanya menjaga monyet2 yang telah ditangkap di dalam kurungan. Hanya dia seorang sahaja yang menjaga kesemua monyet2 di dalam kurungan itu.

Peniaga tadi pun pulanglah ke kampung halamannya...

Penduduk kampung sangat kecewa kerana tiada lagi monyet2 yang boleh ditangkap untuk dijual dengan harga RM1000 seekor. Sehinggalah pada satu hari pekerja tadi memberitahu orang kampung bahawa dia sanggup menjual secara rahsia monyet2 dalam kurungan dengan harga RM700 seekor. Orang kampung akan dapat untung RM300 atas seekor monyet yang terjual. Berita ini viral sepantas kilat.

Keesokkan pagi penduduk kampung dah siap beratur. Rupa2nya ada dah yang siap bawak khemah tidur kat depan kandang sejak semalam. Panjangnya melangkaui 3 deretan kedai (kalau di bandar).

Pekerja tersebut berjaya menjual kesemua monyet2 yang ada di kandang tersebut dengan harga RM700 seekor. Apa tidaknya, orang kaya membeli dalam pukal, orang miskin pula ada yang membuat pinjaman dari AhLong untuk membeli monyet2 tersebut.

Orang kampung membawa balik monyet2 yang dibeli tadi dan menunggu peniaga balik dari kampungnya.

Tetapi tiada siapa balik...
Mereka pun bergegas mencari pekerja yang menjual monyet2 tadi.
Rupa2nya dia juga sudah lesap...

Kemudian orang kampung tersedar bahawa mereka telah membeli monyet2 liar yang tidak berguna dengan harga RM700 seekor dan tidak mampu menjualnya kepada sesiapa pun.

Inilah realiti perniagaan yang kita kenali sebagai STOCK MARKET!

Perniagaan ini membuatkan ramai orang muflis manakala sebahagian kecilnya sahaja yang kaya raya dalam 'bisnes monyet' (monkey business) ini.

Semoga sama2 kita mengambil teladan dalam cerita ini...Terutama masyarakat melayu yang suka skim cepat kaya kerana nak cepat kaya tanpa kuat berusaha.

Tiada yang mudah dalam perniagaan. Tidak ada jalan pintas. Perlu ada kesabaran, kecekalan, usaha dan selebihnya bertawakallah kepada Allah, Maha Pemberi Rezeki.
Jangan 100% bergantung kepada manusia...


Sabtu, Julai 23, 2016

Hilangnya sebutir mutiara...



TUAN GURU HJ.SALLEH BIN MUSA TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH.
22/7/2016 Jam : 8.15pm

إنا لله وإنا إليه راجعون......



Allah memakbulkan permintaan Tuan Guru iaitu nak mengajar sehingga meninggal dunia.

Siapakah insan istimewa ini?

 Nama : Tuan Guru Hj Salleh bin Musa
Tarikh Lahir : 08.02.1929
Ayah : Tn Guru Hj Musa bin Salleh
Ibu : Khatijah bt Md Saad Mehamad
Tempat lahir : Pekan Sik Kedah
Bil Adik beradik : 8 orang
Anak ke : 3

 Pendidikan :
1. Sek Rendah Keb Sik (Dan ke Pondok Tn Hussin Kedah, kemudian ke Pondok Tn Guru Hj Mad Nawawi Gurun Kedah, ini kurang mashur kerana Tn Guru Sekejap sahaja disana)

 2. Pondok Pak Chu Him Gajah Mati Pendang Kedah

 3.Darul Ulum Makkah dan menamatkan sijil kepujian Aliy

 4. Kemudian mendalami ilmu di Masjidil Haram Makkah bersama syeikh-syeikh terkemuka diantaranya Syeikh Ismail Fatani , Syeikh Yassin Al Fadani , Syeikh Abd Qadir Mandili , Syeikh Syed Alawi Al Malikki , Syeikh Syed Amin Qutubi dan syeikh muktabar lain .

 Berkahwin dengan Hj Hatiah bt Hanafi
Mendapat 2 orang cahaya mata semasa berlajar di Makkah.
Tn Guru memiliki 11 orang cahaya mata semuanya.
Kini isteri beliau sudah meninggal dunia dan Tn Guru sekali lagi berkahwin dengan Hj Sofiah bt Hj Awang.
Tahun 1964 Tn Guru pulang ke Tanah air dan terus berkhidmat membantu mengajar di pondok ayah beliau di Pekan Sik .

Tn Guru menggantikan ayah beliau sebagai mudir Madrasah Ar Rahmaniah hingga sekarang .
Sekarang Tn Guru dibantu oleh anak beliau Syeikh Muslim sebagai Timbalan Mudir .

 Tn Guru menumpukan dakwah sepenuh masa di Pondok hingga sekarang dan beliau menyampaikan dakwah di setiap daerah di sekitar negri Kedah Darul Aman .

 KDYMM Sultan Kedah telah anugerahkan beberapa pingat kebesaran , diantaranya B.K.M , S.D.K dan Tokoh Pendakwah Negeri Kedah tahun 2009,

Pada tahun 2010 MB Kedah YAB Dato' Seri Di-Raja Ust Azizan Abd Razak meanugerahkan Tokoh Pondok Negeri Kedah , 2011 beliau dinobat Tokoh Ilmuan Daerah Sik Oleh Pegawai Daerah Sik

 SEKARANG ULAMA ARAB TERUTAMANYA YAMAN , JORDAN, MESIR SERING MENZIARAHI TN GURU KERANA TN GURU MERUPAKAN ULAMA YANG SEMPAT MENDALAMI ILMU DENGAN ULAMA MUKTABAR MASJIDIL HARAM MAKKAH SATU KETIKA DULU INSYALLAH

 Antara masyaikh hafizahumullah yang menziarahi beliau :
 Syeikh Yussuf Al Hassani (Lubnan)
 Syeikh Muhammad Ibrahim (Mesir)
 Habib Kazim ( Yaman )
 Habib Abdullah ( Jeddah)
 Syeikh Habib ( Jordan)

 Saudara yang saya kasihi ,Tn Guru Hj Salleh merupakan ulama yang terkenal di Kedah sekarang kerana beberapa faktor ketokohan beliau , diantaranya beliau merupakan Tn Guru Pondok yang paling tua nisbah umur dikalangan Tn Guru Pondok disekitar Kedah .

 -ke 2 Beliau merupakan tokoh ulama Tauhid di alam melayu sekarang , seluruh pelajar pondok seluruh Malaysia , Thailand akan berkumpul di Pondok Tn Guru Hj Salleh Sik setiap bulan Ramadan semata-mata untuk belajar ilmu tauhid dengan Tn Guru Hj Salleh

 - Ke 3 Beliau sangat petah dalam penyampaian ilmu dan dakwah , mudah difahami apa yang beliau syarahkan. Kuliah minguan beliau setiap hari Jumaat tidak kurang dari 3000 orang yang hadir . Setiap hari beliau gigih mengajar di Madrasah Ar Rahmaniah dan beliau keluar menyampaikan dakwah di seluruh daerah didalam Kedah , hampir 24 tempat beliau jelajah setiap bulan , Allah beri taufiq pada beliau , walau usia 83 tahun tetapi beliau masih bertenaga menyebarkan ilmu dan berjuang .

 -Ke 4 Ketokohan beliau tidak dapat dinafikan oleh kawan dan lawan ,tegas dalam hukum menyebabkan ramai suka dengan beliau . Allahyarham Pak Teh Keroh pernah berpesan pada muridnya "Kamu semua kena (perlu) pakai (ikut ) segala fatwa dari Tn Guru Hj Salleh Sik"

 -ke 5 Beliau sangat aktif berjuang untuk memastikan Islam tertegak didalam negara Malaysia yang kita cintai. Wadah yang beliau pilih adalah Parti Islam Se-Malaysia(PAS) kerana ini merupakan amanat dari dua orang Guru Mulia beliau di Makkah iaitu Syeikh Qadir Mandili dan Syeikh Wan Ismail ( Pak Da Eil)

 -ke 6 Fikiran beliau sangat terbuka

 -ke 7 Beliau merupaka tempat rujuk kepada pimpinan tertinggi parti Parti Islam Se-Malaysia Peringkat Pusat & Negeri.

 Seorang ulama di negeri Kedah apabila saya ziarahi beliau, beliau berkata " Tn Guru Hj Salleh merupakan setengah daripada orang yang memiliki wilayah yang luas dan punya sahabat dan musuh semua tunduk padanya"

Maka hari ini kita sekali lagi kehilangan seorang mutiara pewaris Nabi SAW.

Sama sama sedekah Al Fatihah buat Tuan Guru Hj Salleh bin Musa Rahimahullah.

Khamis, Julai 21, 2016

Cerita ni best..baik korg baca!

PENJUAL TAUHU

Ada seorang penjual tauhu yg setiap hari menjual dagangannya ke pasar. Untuk sampai  ke pasar, dia perlu menaiki kenderaan awam.

Manakala untuk sampai ke jalan raya, dia perlu melalui pematang sawah.

Setiap pagi dia selalu berdoa kepada Tuhan agar dagangannya habis dijual

Begitulah setiap hari, sebelum berangkat berdoa terlebih dahulu dan pulang sebelah petang. Dagangannya selalu habis.

Suatu hari, ketika dia melalui sawah hendak menuju jalan raya utk naik kenderaan awam, tiba2 dia terjatuh ke dalam sawah...
Habis semua tauhu jatuh ke sawah, hancur dan berselerak. Bukan sahaja untung, modal pun habis.
Dia mengeluh kepada Tuhan, bahkan "menyalahkan" Tuhan, mengapa dia diberi cubaan  seperti ini? Padahal dia selalu berdoa setiap pagi.

Akhirnya dia pun pulang tidak jadi berniaga hari itu.

Tapi dua jam kemudian dia mendengar khabar, bahwa kenderaan yg disewanya setiap hari pada pagi berkenaan telah jatuh ke dalam gaung. Semua penumpangnya terkorban ! Hanya dia satu-satunya bakal penumpang yg selamat, semua adalah disebabkan tauhunya jatuh ke sawah, sehingga ia tidak jadi untuk berniaga pada hari itu dan membawa semua  tauhu-tauhunya yang sudah rosak dan kemek.

Tetapi pada sebelah petang, ada seorang penternak itik  telah mencari dia dan hendak membeli tauhu untuk makanan itik tetapi yang anehnya peternak itik itu mencari tauhu yg rosak/hancur kerana ia hanya untuk  dicampurkan dan dimakan oleh itik sahaja..spontan penternak itu menangis kerana tauhunya yang rosak hendak dibeli semuanya oleh peternak itik itu..

PENGAJARAN...Doa tidak harus dimakbulkan sesuai dengan permintaan, tapi kadangkala ia diganti oleh Tuhan dengan sesuatu yang jauh lebih baik daripada yang diminta.

Tuhan Maha Mengetahui keperluan  kita, dibandingkan diri kita sendiri.

Karena itu, janganlah jemu berdoa, juga jangan sekali mengeluh, apalagi mengutuk!
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu
padahal ia amat buruk bagimu.
Tuhan mengetahui, sedang manusia tidak mengetahui”.

“Jika Tuhan menjawab doamu, Ia sedang menambahkan imanmu. Jika Ia menundanya, Ia sedang menambahkan kesabaranmu. Jika Ia tidak menjawab doamu, Ia sedang mempersiapkan yang terbaik untukmu.” —

Semoga hari ini dan hari hari selanjutnya kita semua selalu dalam lindungan serta keberkahan-Nya..
Bersangka baiklah selalu pada ALLAH SWT....perancanganNYA adalah sebaik-baik perancangan.

ALLAHHU AKBAR.

Isnin, Julai 11, 2016

Healing Crisis? Apa tu????


Apa itu Healing Crisis?

💁 ‘Healing Crisis’ atau lebih difahami sebagai krisis penyembuhan/pemulihan
berlaku apabila badan kita yang banyak radikal bebas mula membebaskan
toksin dan membina semula sel-sel tubuh.

Proses ini sering disalah erti. Ramai yang beranggapan ia akan memburukkan lagi keadaan individu dan merupakan ketidakserasian terhadap vitamin/supplement. Ia adalah TIDAK BENAR! Apa yang berlaku sebenarnya adalah proses pembuangan toksin dan elemen-elemen tidak sihat dari dalam badan. Proses ini adalah perlu untuk ‘membersihkan’ badan kita daripada
elemen-elemen yang merbahaya dan tidak sihat agar kita mendapat kesihatan yang lebih baik.

Sebenarnya apa yang dialami itu bukanlah kesan sampingan tetapi adalah proses penyembuhan yang baik untuk tubuh badan dan menandakan
vitamin/supplement yang anda makan itu menunjukkan tindakbalas yang baik.
Bila toksin dah dikeluarkan mudahlah penyerapan vitamin yang kita makan.

Dalam tempoh ‘healing crisis’ ini, seseorang individu akan mengalami
beberapa ketidakselesaan seperti sakit kepala, mual, letih, ruam pada
kulit, cirit birit, demam, dan sebagainya mengikut keadaan badan individu
tersebut. Namun, ia hanya bersifat sementara. Ada yang mengalaminya 1-2 hari, minggu, atau mungkin bulan, terpulang kepada tahap kesihatan individu terbabit.

Bagaimana Nak Kurangkan Kesan ‘Healing Crisis’?

✔ Minum air suam/plain water dengan banyak dan kerap dapat membantu dalam mengatasi ‘healing crisis’. Badan kita memerlukan air yang banyak untuk
menyahtoksik elemen-elemen tidak baik tadi keluar dari badan. Walaupun ada yang merungut kerana terpaksa pergi ke tandas dengan kerap. Tetapi, itulah yang terbaik. Jadi, jika anda mengalami ‘healing crisis’ selepas
mengambil/amal ubat herba, amalkan minum air sekurang-kurangnya 3 liter
sehari. InsyaAllah, kesan itu akan berkurang dengan izinNya. Perlu
diingatkan, ‘healing crisis’ bukan bererti produk herba tersebut tidak serasi dengan
badan pengguna, tetapi ia menunjukkan petanda baik kerana badan kita bertindak balas dengan jamu yang anda makan.

✔ Selain daripada minum banyak air, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran
juga dapat membantu. Ini kerana buah dan sayur mengandungi banyak serat
yang boleh menjadi medium pembuangan toksin daripada najis.


🤓 Jom tengok contoh kesan-kesan ‘healing crisis’ dan apa yang menyebabkan ianya berlaku:

😴 Keletihan/Mengantuk
- Tubuh berasid, fungsi hati lemah, terlalu letih/perlukan lebih rehat

😷 Sakit Kepala/Kepala Berat
- Tekanan darah tinggi, tanda2 detoksifikasi

🤒 Demam/Keresahan
- Metabolisma meningkat, merangsang fungsi imun badan

😖 Cirit birit, Kerap membuang air besar, Najis gelap & berbau, Air kencing
berbau busuk
- Tanda detoksifikasi, sisa-sisa toksin terkumpul di dalam kolon

😓 Kembung perut
- Sistem penghadaman lemah

😪 Ruam, gatal kulit, peluh berbau busuk, rembesan mukus, kelemumur
- Fungsi hati yang lemah, kesihatan kolon dan sistem penghapusan yang lemah

😪 Pengeluaran lendir seperti kahak, hidung berair
- Fungsi paru-paru lemah, mengeluarkan kahak, tanda detoksifikasi

😱 Hidung berdarah
- Mungkin tanda anemia (tidak cukup darah merah)

😣 Sakit di bahagian otot dan sendi
- Tubuh berasid, toksin terkumpul di tempat yang sakit

😭 Merasa lebih sakit di bahagian yang terjejas
- Proses penyembuhan semakin cepat

😳 Insomnia atau hiperaktif
- Sistem Saraf yang lemah

😔 Haid tidak teratur, perubahan pada kitaran haid, gatal di punggung,
semakin banyak mengeluarkan lendir
- Ketidakseimbangan hormon, sedang memperbetulkan hormon

😵 Pendarahan ketika membuang air besar
- Mungkin buasir

🙃 Pening, lapar
- Hipoglisemia (paras gula dalam darah yang lemah), anemia (tidak cukup
darah merah)

😖 Loya, sembelit, sedu
- Sistem penghadaman lemah, masalah hati

😩 Slight Edema (bengkak)
- Masalah buasir


🤔Ada diantara simptom2 diatas anda alami selepas mengamalkan produk herba?
Jangan bimbang kerana ianya bersifat sementara insyaAllah dan bertujuan
untuk memperbaiki sistem dalaman tubuh anda. 😘

BERMINAT NAK DAPATKAN MINYAK HERBA ASMA MUJARAB/UBAT RESDUNG HERBA/BEDAK ASMA' KELUARAN MHAMSB?

JOM PM/WHATAPPS: 0135819100

#rahsia herba, pilihan mujarab
#MHAM sapu-sapu je lega
#ubat resdung herba
#bedak asma'

Sabtu, Jun 18, 2016

PUDING BISKUT STEVIA

Resepi puding biskut STEVIA

10 keping biskut 4 segi(saya guna biskut sayur cap pingpong 18 keping..yg petak kecik)
1 cawan susu cair
15 titis stevia (ikut kemanisan tekak masing2)
3 biji telur

1. Biskut rendam bg kembang dgn air suam..pastu toskan air
2. Susu dgn telur blend sampai kembang
3. Blend plak sekali biskut dan titis stevia
4. Kukus sampai masak dlm 15-20 minit

Selamat Mencuba!



Isnin, Jun 06, 2016

Ramadhan Kareem

Assalamualaikum

Petua dalam islam bagi mengurangkan dahaga pada bulan ramadhan .

Setiap kali lepas bersahur , ambil segelas air kosong . Minum seteguk dan berhenti , kemudian dibacakan Surah Al-Kautsar dan menyambung kembali meminum air tersebut sebanyak 3 teguk . Selepas itu jangan makan atau minum apa-apa lagi .

Dengan izin Allah dan berkat Surah Al-Kautsar , Allah akan mengurangkan dahaga kita sepanjang bulan ramadhan pada tahun ini .