Sabtu, Mei 21, 2011

setelah setahun berlalu..



cepat rasanya masa berlalu..kini anakanda razin sudah berusia setahun dua bulan dan empat hari..langkahnya semakin pantas dan tegap diatur..fikirannya semakin berkembang dan banyak perkara baru yang kian dipelajari setiap hari..dia juga sudah bisa menuturkan bebrapa patah perkataan dan mampu menunjukkan bahawa dia faham arahan yang diberi..telatahnya sangat menggembirakan hati saya dan suami...semoga kebahagiaan dan kesihatan yang Allah kurniakan ini berkekalan..amin..

Rabu, Mei 18, 2011

HAPPY TEACHER'S DAY!!!


alhamdulillah ni tahun ke 5 secara rasmi saya menyambut hari guru..semoga saya terus diberi kekuatan oleh Allah S.W.T untuk terus mendidik anak-anak bangsa menjadi insan yang cemerlang dan terbilang di dunia dan di akhirat..dikesempatan ini juga ingin saya ucapkan selamat hari guru buat semua guru yang pernah mendidik saya sehingga berjaya pada hari ini..tidak lupa buat guru pertama saya, iaitu bonda saya sendiri, Hjh Bidah Bt Rejab..dan ayahanda saya, Nomawi Bin Abu Bakar..hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian semua..semoga Allah murahkan rezeki dan berkati kehidupan semua guru saya di dunia dan di akhirat..amin..