Seo Services

Pengalaman Operate (Bahagian 1)

Khamis, Januari 29, 2015
Assalamualaikum

Maaf lama tak 'update'. Sebaik keluar dari hospital dan buat entry pertama hari tu, tetiba luka pembedahan berdarah dgn banyak..Cepat-cepat saya telefon suami dan kami bergegas ke klinik terdekat. Doktor rawat dan cuci luka serta balut semula dgn yang baru.

Mc yang dapat 3 hari dari Hospital Pantai tu nampak gaya terpaksa disambung. Suami saya diajar oleh doktor klinik tu cara untuk bersihkan luka dan balut semula. Kalau di bahagian depan bolehla nak buat sendiri, ni di bahagian belakang terpaksa minta suami buatkan.

Masuk hari keempat, mc hospital dah habis, kami ke klinik yang sama untuk cuci luka dan dapatla mc sehari.Saya minta sehari je sebab hari Jumaat tu cuti peristiwa dan Sabtu ada appointment dgn doktor di hospital pantai tersebut.

Doktor di klinik tu pun pelik luka saya masih berdarah dan nasihat kpd saya dapatkan cuti tambahan lagi seminggu. Oh, beratnya rasa hati!






Pada Sabtu tersebut kami ke hospital Pantai dan doktor pakar tersebut pun buka jahitan. Katanya luka ok je..Darah dah xde..(yela tu..) Mcm x caya je..Tapi dia bagi saya Mc sampai hujung bulan ni suruh berehat.

Sampai je rumah tgk dressing yng dibuat doktor tadi ada je darah..banyakla jugak..terpaksa suami saya jadi nurse dan tukar.

Ikut hati, saya xnak guna mc seminggu ni. Nak juga ke sekolah. Tapi memandangkan sampai pagi Isnin tu luka masih berdarah, mc tersebut terpaksa juga digunakan. Huhu..sedihnya. Kesian pelajar-pelajar saya.. (T T)

Sampai ke saat ini, darah masih keluar dari luka..Mungkin disebabkan luka tersebut di kawasan yang mudah berlakunya pergerakan, maka ia payah nak sembuh betul. Bila bergerak je..mulalah berdarah tapi dah semakin kurang.

Suami saya pun dah belikan ubat utk cepat sembuh luka di samping saya yang sentiasa minum air stevia utk kuatkan antibodi badan. Kadang-kadang luka tu pun saya titiskan stevia nak bagi cepat kering dan lega.

Doakan saya sembuh sepenuhnya. Tak sabarnye nak ke sekolah!!!


 

To be continue...
Pengalaman Operate (Bahagian 1) Pengalaman Operate (Bahagian 1) Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Januari 29, 2015 Rating: 5

Infected epidermal cyst

Isnin, Januari 19, 2015
Assalamualaikum

Korang ingat tak 'entry' sblm ni pasal ada ketulan yang sakit kat badan saya hari tu?

Akibat tak tertahan sakitnya, maka akhirnya kami sekeluarga bertolak ke Hospital Pantai dan saya pon menjalani pembedahan bagi membuang ketulan tersebut. Kenalah 'warded' semalam..

Syukur alhamdulillah, pembedahan berjalan lancar. Admit pukul 11 lebih camtu kot..kul 1 lebih dah masuk operate. Kul 3 lbh dah selesai dah dihantar masuk wad.

Mesti korang tertanya-tanya sakit apa kan?

Tu kat atas tu nama sakitnya a.k.a jerawat besar yang kena jangkitan kuman. Peliks plak jerawat kat belakang badan..kat pinggang plak tu..haishla..

Pas tanya doktor google, ni dia cerita pasai sakit ni..

Artikel di bawah ehsan dari: http://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/guide/epidermoid-sebaceous-cysts

What Are Epidermoid and Sebaceous Cysts?

Many people often call any small, painless lump under the skin "sebaceous cysts." But those are most often "epidermoid cysts." Sebaceous cysts are much less common and affect the sebaceous glands, the oil glands in the skin.
Epidermoid cysts can be made up of a protein called keratin and fat. They usually appear on the face, neck, or upper body, especially the chest and shoulders. They erupt for many reasons, most often because of acne or mild skin injuries.  (When they are formed because of swelling around hair follicles, they are called pilar cysts.) Epidermoid cysts are usually small, from a few millimeters to about 5 centimeters across, and they grow slowly. They are more common in men than in women.
Does it hurt?
The cyst itself usually doesn't hurt, but it can become tender, sore, and red if it gets infected. If it pops, the cyst might ooze and smell bad.
Is it dangerous?
No. Epidermoid cysts are harmless and are almost never linked with cancer.  If you're worried that it will grow into something more dangerous, check with your doctor to make sure it's not another type of skin problem.
Do I have to have it removed?
Not always. Sometimes smaller epidermoid cysts go away on their own, or can be treated with warm compresses. Even if a cyst gets infected, a doctor (usually a dermatologist) can sometimes treat it by injecting it with steroids. But if a cyst bothers you for any reason, you can see a doctor to have it removed.
How is an epidermoid cyst removed?
Your doctor may use antibiotics to reduce swelling. Then, after the swelling has eased, he can remove it.
Getting an epidermoid cyst removed is simple. Your doctor will probably numb your skin with local anesthesia, then make a very small cut in the surface of the cyst. He applies firm pressure to squeeze out all of the contents of the cyst. Be forewarned: Some of that bad-smelling pus inside the cyst may splatter around as it’s draining.
After the doctor is finished, he will close the cut with a small stitch, and later you will probably take antibiotics to fight any infection. If any of the contents are left inside the cyst, it can grow back again.
If that happens, the doctor may suggest you have another surgery.
Can I pop an epidermoid cyst myself?
You might be tempted to try to pop and drain an epidermoid cyst on your own, but this isn't a good idea. First, if the cyst is infected, the infection could spread if the cyst ruptures and drains unsafely. Second, if any of the cyst’s sac is left behind, it could grow back. If the cyst doesn't bother you, it’s fine to leave it alone. If it seems to be infected, is uncomfortable, or you don't like the way it looks, it’s best to have it checked by a doctor.

P/s: sekadar gambar hiasan ye kat atas ni..bukan badan saya tau..(T T)

Maaf ye tak sempat 'translate'. Cuba guna google translator tapi translation dia teruk melampau. Makin tak paham baca. Buat pening kepala plak..hohoho..baik baca yang english lagi senang faham.

Doktor benarkan 'discharge' kui 10 pagi tapi tunggu bill kui 2 tak lepas lagi. Al maklum nak guna prudential bsn punya medical card. Senang cerita kami balik dulu dan bayar je rm400 iaitu 10persen deposit operation. Kui 5 lebih kurang sampailah rumah.

Pagi tadi baru Hospital Pantai tipon bgtau bil dah sedia. Tapi insuran cuma cover rm2900 je. Pastu deposit kami nanti akan dapatla balik rm80. Hmm..kena tanya agen insuran pasni. Tak paham betoi cas mengecas ni. Sib baik topup rm400 ja..klu ribu riban memang pasni terminate teruih insuran nih..huhu..sadis. Padahal dah masuk sejak 2008 kot.confuse betoi..ermmmmmmm....

Oklah, nanti saya stori pengalaman dok hospital tu plak ye. Gambar menyusul dalam entry seterusnya in shaa Allah.

Btw, saya dapat mc 3 hari ye.. Doakan saya cepat sihat (^_^)

Wassalam.
Infected epidermal cyst Infected epidermal cyst Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Januari 19, 2015 Rating: 5

Ikhlas dalam bersyukur

Khamis, Januari 15, 2015
Assalamualaikum

Sejauh mana keikhlasan kita apabila menuturkan syukur,alhamdulillah?

Pernah tak korang terfikir?

Terlintas di benak saya semasa memandu ke tempat kerja pagi tadi.

Ujian sakit yang diterima membuka mata saya untuk bersyukur..semoga dgn penuh ikhlas..(T T)

Selama ini, Allah berikan saya anggota badan yang sihat, sempurna dan jarang sekali sakit. Ibu dan ayah yang sangat menyayangi saya sejak saya kecil. Ayah tak pernah pukul saya sehingga berbekas. Begitu juga emak. Allah jua kurniakan saya suami yang penyayang, rajin membantu serta anak-anak yang aktif dan bijak. Juga keluarga mentua yang sangat baik..Syukur ya Allah (T T)

Terlalu banyak nikmat yang Allah beri. Sekiranya dikehendaki saya membayar semua ini, mati hidup semula seribu kali pun pasti tidak mampu dibayar! Subhanallah.. (T T)

Nikmat sakit yang Allah beri rupa-rupanya untuk mendekatkan lagi saya kepadaNya.. Hidup di dunia ini tidak lama. Semoga saya dan kalian semua dapat menikmati hidup ini dengan penuh makna dan bersedia dengan bekalan secukupnya untuk hidup yang abadi di akhirat kelak..

Ya Allah, ampunkan dosa kami yang selalu lupa bersyukur atas segala nikmat yang Kau kurniakan buat kami semua. Terimalah kami semua sebagai hambaMu dan kami memohon atas belas ehsan dan rahmatmu masukkanlah kami ke syurgaMu tanpa dihisab.. (T T)

Aaamiiiin ya rabbal alamin..


Gambar ehsan: http://muhammadmt.blogspot.com/2011/10/motivasi-daripada-al-quran-syukur.html
Ikhlas dalam bersyukur Ikhlas dalam bersyukur Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Januari 15, 2015 Rating: 5

Bengkak kelenjar? Apa tu?

Rabu, Januari 14, 2015

Assalamualaikum
 
Minggu lepas saya ke klinik kerana mendapati terdapat bengkak yang menyakitkan di bahagian leher dan di belakang badan. Setelah diperiksa, doktor di klinik memberitahu saya barangkali terkena bengkak kelenjar. Rasa sakitnya berdenyut-denyut terutama di bahagian belakang. Sekali lihat umpama jerawat besar namun terletak di bawah kulit.
 
Untuk bengkak di leher, doktor bekalkan ubat antibiotik kerana berpendapat bengkak tersebut akibat jangkitan kuman dan tidak disarankan untuk melakukan pembedahan. Berbeza untuk bahagian belakang, doktor sarankan melakukan pembedahan di hospital..Huhu..terus rasa seram....(T T)
 
Jom kita fahami apa itu bengkak kelenjar.

"Kelenjar yang biasa bengkak ialah kelenjar limfa dan air liur (saliva).

Masalah bengkak kelenjar ini boleh berlaku apabila ada jangkitan, sama ada disebabkan virus atau bakteria atau sebab lain yang akan dinyatakan di bawah. Ini kerana kelenjar di seluruh badan kita adalah satu organ yang fungsinya mempertahankan sistem badan terhadap jangkitan penyakit.

Kelenjar ini berfungsi sebagai organ penapis terhadap jangkitan penyakit. Jika kelenjar di anggota tertentu membengkak, ini bermaksud kelenjar berkenaan sedang `bertugas' menapis jangkitan yang menyerang bahagian itu.

Kadangkala juga, seluruh kelenjar yang ada di badan membengkak. Ini boleh terjadi apabila berlaku tindak balas terhadap sesuatu ubat, contohnya ubat Dilantin yang digunakan untuk penyakit epilepsi (sawan) atau petanda berlakunya ketumbuhan atau barah seperti leukemia dan lymphoma.

Kelenjar air liur yang terbesar terletak di antara dagu dan telinga. Ia selalunya membengkak apabila terjadi jangkitan beguk. Manakala kelenjar limfa di anggota tertentu membengkak apabila ada jangkitan di kawasan berkenaan.

Contohnya, bengkak kelenjar limfa di leher selalunya berkait dengan masalah tekak atau telinga. Bengkak kelenjar di pangkal paha berkait dengan jangkitan di kaki atau kemaluan.

Manakala bengkak kelenjar limfa di belakang telinga mungkin berkait dengan jangkitan di kulit kepala, Rubella, penyakit Kawasaki atau jangkitan Epstein-Barr Virus (juga dikenali sebagai Infectious Mononucleosis).

Jika bengkak kelenjar terjadi di seluruh anggota badan dan diikuti bengkak pada bahagian hati dan limpa, doktor akan melakukan pemeriksaan dan ujian selanjutnya kerana dikhuatiri ia satu petanda masalah barah seperti leukemia atau lymhoma.

Malah, penyakit tuberculosis (batuk kering) juga boleh menyebabkan bengkak kelenjar limfa yang terjadi di sebahagian besar anggota badan pesakit.

Jika kelenjar limfa pada anggota tertentu membengkak, doktor akan melakukan pemantauan terhadap saiz dan keadaan kelenjar berkenaan dari semasa ke semasa.

Kelenjar limfa yang membengkak boleh terjadi hanya pada satu kelenjar atau sekumpulan kelenjar limfa pada bahagian anggota tertentu.

Kebanyakan bengkak kelenjar disebabkan inflamasi daripada jangkitan virus dan ini tidak memerlukan rawatan khusus. "
 
 

Siapa pernah alami bengkak macam ni? Jom kongsikan cara rawatan yang kalian lakukan..Kalau boleh, tak maula operate..

Alhamdulillah bengkak di leher dah hilang dan sembuh sepenuhnya. Cuma di belakang badan berhampiran pinggang masih sakit dan berdenyut-denyut..huhuhu..

Doakan saya sembuh ye. Terima kasih didahulukan untuk doa kalian.

Wassalam.
Bengkak kelenjar? Apa tu? Bengkak kelenjar? Apa tu? Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Januari 14, 2015 Rating: 5

Selamat!!!!

Isnin, Januari 12, 2015
Assaalamualaikum

Alhamdulillah setelah sekian lama bercuti, saya kembali ke sekolah dengan penuh semangat..hehe

Wajah-wajah baru kelihatan menghiasi dataran perhimpunan pagi tadi..Janggal rasanya..macam berpindah sekolah!

Perkara yang sangat menggembirakan hari ni dapat kerusi baru setelah bertahun-tahun menanti..syukur ya Allah..Akhirnya keluh kesah kami didengari..Barulah selesa melakukan tugasan..

Buat rakan-rakan seangkatan, terimalah ucapan ini (^_^)


Jom lakukan yang terbaik tahun ini!!

Wassalam

Selamat!!!! Selamat!!!! Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Januari 12, 2015 Rating: 5

Cuti bersambung...

Isnin, Januari 05, 2015
Assalamualaikum

Alhamdulillah cuti sekolah disambung seminggu lagi. Minggu ini bakal digunakan sebaik-baiknya untuk membuat persediaan mengajar dan melengkapkan tugasan yang tergendala sebelum ini.

Mesyuarat guru yang dijalankan minggu lalu merupakan mesyuarat guru teringkas yang pernah dihadiri. Namun, diharapkan hal tersebut tidak menjadi penghalang tahun 2015 menjadi tahun yang lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.

Jom mulakan tahun ini dengan azam menjadi lebih baik dan lakukan yang terbaik!

Semoga tahun ini kedudukan sosial dan ekonomi diri dan keluarga juga akan bertambah baik. Jom jadikan diri kita dan keluarga lebih dekat dengan Allah S.W.T. Hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.. (^_^)

Salam tahun baru 2015 dari saya, cikgu Basariah 


 Wassalam
Cuti bersambung... Cuti bersambung... Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Januari 05, 2015 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.