Seo Services

RAWATAN BATUK BERKAHAK BAYI

Selasa, Mei 17, 2016

Untuk kesan lebih baik dan mudah, sapukan MINYAK HERBA ASMA MUJARAB sebelum membuat 5 teknik tepukan ini..in shaa Allah minyak ni memudahkan kahak cair dan tanggal serta keluar dari hidung bayi..juga memudahkan bayi muntah kahak.

Dapatkan MINYAK HERBA ASMA dengan harga rm39 sebotol tidak termasuk kos pos.

Hubungi: 013 5819100 (basariah)

COD TELUK INTAN
POS SELURUH MALAYSIA


RAWATAN BATUK BERKAHAK BAYI RAWATAN BATUK BERKAHAK BAYI Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Mei 17, 2016 Rating: 5

SELAMAT HARI GURU 2016!

Sabtu, Mei 14, 2016
😍😍😍😍ANDA YANG KUKASIHI😚😚😚😚

Guru pertama dlm hidupku: ibu, ayah dan kekandaku semuanya

Guru di awal zaman kanak2 ku: cikgu tadika Kemas Seberang Jaya, cikgu SK Permatang Pauh, Cikgu SK Seberang Jaya 2, Cikgu SK Bukit Besar

Guru zaman remajaku: cikgu SMKA Baling, cikgu SMKA Yan, cikgu Kolej Islam Sultan Alam Shah

Guru zaman permulaan zaman remaja dewasaku: cikgu Matrik Kolej Teknologi Timur, cikgu Universiti Sains Malaysia, cikgu Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang

Guru zaman pekerjaanku: rakan2 sejawatanku cikgu Maahad Imam An Nawawi, cikgu SMK Kidurong, cikgu SMK Sultan Abdullah

Guru dalam percintaan : suamiku yang dicintai 😍

Guru yang mematangkan daku sepanjang bergelar seorang cikgu: ANAK2 DIDIKKU

Guru dalam bisnesku : sahabat2 mukabuku dan pelangganku

Guru dalam kehidupanku : rakan2 yang pernah kukenali dan kudampingi dari kecil hingga kini

Guru yang sentiasa menjadi idolaku: Nabi Muhammad S.A.W (selawat dan salam buatmu kekasihku)

Kalian adalah guruku..doaku sentiasa bersama kalian yang kusayangi..

💖💖💖💖💖💖SELAMAT HARI GURU!!!!💖💖💖💖💖💖
SELAMAT HARI GURU 2016! SELAMAT HARI GURU 2016! Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Mei 14, 2016 Rating: 5

Pelbagai kegunaan Baking Soda

Isnin, Mei 02, 2016
Assalamualaikum

Baking Soda selama ini guna untuk baking je. Rupanya pelbagai lagi kegunaannya. Like dan Share.

1. Untuk memasak  memang la ini tujuan utama kita beli benda tu pun kan.

2. Deodoran semulajadi - kalau ade sesapa yang tak suka pakai deodoran, atau tak boleh pakai deodoran, boleh guna baking soda ni. Caranya, basahkan ketiak seadanya, pastu tepek la baking soda ni. Macam tepek bedak la jugak kaedahnya.

3. Menghilangkan kesan peluh, daki & minyak - Nak2 pulak baju sekolah anak2 atau  uniform suami, berdaki & kotor, korang boleh rendam baju2 tersebut dalam air sabun pastu campur la sikit dengan baking soda dalam air tu.

4. Gunakan sebagai pencuci mulut - Ini bukan pencuci mulut yang ala dessert tu tau. Ni pencuci mulut ala2 listerine tu la. Korang campurkan baking soda dengan air pastu gunakan untuk berkumur. Pasni ni tak yah lagi beli listerine. Jimat duit.

5. Skin exfoliator - tak reti aku nak translate jadi melayu. Kiranya macam skrub muka la. Buat tanggalkan kulit2 mati di wajah tu. Caranya, campurkan baking soda dengan sedikit air sampai jadi pes. Pastu gosok2 la kat muka korang. Tenyeh2 sampai tercabut kulit muka mati atau kulit yang kusam tu.

6.  Untuk mencuci sikat & berus rambut - Kadang2 korang perasan tak sikat korang tu dah berkerak2. Penuh dengan sel2 kulit kepala & kelemumur.. Takkan nak cungkil satu2 bilah sikai tu kan. Cara paling senang, bancuh baking soda dengan air suam, pastu rendam la sikat2 & berus korang dalam air tu. Agak2 dah lama, bilas la dengan air biasa. Pasni sikat korang dah bersih dari daki2 tu semua.

7. Garam mandian (bath salt) - selain boleh guna sebagai skrub muka, baking soda pun boleh jadi skrub badan tau.  Caranya sama cam buat skrub muka tadi. Tapi untuk lebih best [sebab kult badan tak sama dengan kulit muka], campurkan dengan sikit garam. Kiranya skrub tadi ada bahan tambahan la. Kalau yang suka berendam pulak, campurkan baking soda + garam dalam air rendaman tu. Kalau nak wangi tambah la minyak yang wangi tu.

8. Pemutih gigi - seminggu sekali masa nak gosok gigi, cuba campurkan baking soda dengan ubat gigi tu. Pastu gosok gigi cam biasa. Secara tak langsung boleh memutihkan gigi korang.

9. Pengganti mopiko - Tau ke apa mopiko tu?? Ubat untuk gigitan nyamuk tu. Kalau takde mopiko takpe. Cuba campurkan baking soda dengan sedikit air sampai jadi pes, pastu tepek je kat tempat yang nyamuk gigit tu.

10. Merawat sunburn atau luka akibat pisu cukur, pun boleh guna kaedah mopiko tadi.

11. Membersihkan karpet - Kalau karpet korang kotor, payah2 sangat, taburkan baking soda tu kat karpet, pastu gunakan la vacuum untuk cuci karpet tu. Insya-allah semua kotoran akan hilang.

12. Sebagai syampu kering - penyelesaian untuk rambut berminyak, taburkan baking soda pada rambut lepas tu blow rambut dengan hair dryer.

13. Hilangakan blackhead - Cara macam buat skrub muka juga. Tapi tenyeh la kat tempat blackhead tu. Pasni takyah susah pakai pore pack yang memang kurang berkesan tu.. Heheheh

14. Lembutkan daging - ni memang petua dolu2 ni. Rebus daging dengan sedikit baking soda, supaya daging tak liat.

credit to SYANI

Pelbagai kegunaan Baking Soda Pelbagai kegunaan Baking Soda Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Mei 02, 2016 Rating: 5

SELAMAT HARI BURUH!!! 😊

Ahad, Mei 01, 2016
Assalamualaikum

Terdapat seorang CEO yg hampir bersara dan ingin menyerahkan jawatannya kepada salah seorang eksekutifnya yg terbaik.

Untuk itu dia memanggil seluruh eksekutifnya, memberikan masing2 sebiji benih kpd setiap seorang dan berkata :

"Tanam, jaga dan siram dengan baik benih yg saya beri ini dan kembalilah 3 bulan dari sekarang dengan membawa tanaman yg tumbuh dari benih ini.."

" YANG TERBAIK, akan menjadi penggantiku sebagai CEO di perusahaan ini."

Salah seorang eksekutif, bernama Ahmad yg juga mendapat benih tersebut, terus pulang ke rumah dan menanam benih tanaman itu. Setiap hari benih itu dia siram dengan air dan diberinya baja.

Setelah hampir 3 bulan, di pejabat semua orang saling membicarakan kehebatan tanaman mereka yg tumbuh dari benih yg diberikan kpd mereka. Hanya benih Ahmad sahaja yg tanamannya tidak tumbuh sama sekali.

Ahmad berasa gagal dan susah hati.

Setelah 3 bulan, semua eksekutif menghadap CEO memperlihatkan hasil benih tersebut.

Ahmad berkata kepada isterinya bahawa dia tidak akan membawa pasu yg kosong, Namun isterinya mendorong untuk tetap membawa pasu kosong tersebut utk memenuhi janji kepada CEO 3 bulan yang lalu.

" Bawa ja bang, walaupun abang gagal utk menumbuhkan benih tu, paling tidak abang sudah menunjukkan niat baik kerana sudah berusaha semampu mungkin menjaganya sesuai dengan permintaan bos abang...", demikian kata isterinya.

"Baiklah sayang..", jawab Ahmad dgn hati yg berat kerana tdk dapat menunaikan permintaan CEOnya.

Masuk ke bilik mesyuarat, Ahmad membawa pasu kosong. Semua mata memandangnya kasihan.

Ketika CEO masuk, dia memandang keindahan seluruh tanaman yang kononnya hasil dari benih2 yg diberinya dulu, hingga akhirnya berhenti di depan Ahmad yg tertunduk malu.

CEO tersebut meminta Ahmad ke depan dan menyuruhnya menceritakan tentang tanamannya yg mati.

Ketika Ahmad selesai bercerita, CEO berkata,

"Beri tepukan untuk Ahmad, CEO kita yg baru..!"

Semua eksekutif terkejut termasuk Ahmad.

CEO itu kemudian berkata,"Semua benih yg saya berikan kepada kalian dulu, sebelumnya telah direbus dalam air panas hingga mati dan tidak mungkin tumbuh lagi. Jika benih kalian dapat tumbuh, bererti kalian telah menukarnya dan berbohong pada saya. Kecuali Ahmad, hanya dia yang JUJUR, jadi dialah yg paling layak menyandang jawatan tertinggi ini..!"

#Taburlah KEJUJURAN, dan anda akan menuai kepercayaan.

Jangan pernah takut utk berlaku JUJUR!.

SELAMAT HARI PEKERJA....
SELAMAT HARI BURUH!!! 😊 SELAMAT HARI BURUH!!! 😊 Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Mei 01, 2016 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.