Seo Services

KANDUNGAN VITA C EFFERVESCENT ASMAK

Jumaat, September 30, 2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Cikgu nak tanya, siapa di sini yang amalkan pengambilan vitamin C? Haaa kebaikan utama vitamin C ini adalah bagi membantu penghasilan kolagen bagi mencapai kecantikan kulit yang berseri.

Bagi yang belum tahu, Asmak pun ada vitamin C tau. Nama diberi Vita C Effervescent. Jom kita lihat apakah kandungan Vita C Effervescent Asmak ini dan apakah kelebihannya.



Fungsi bahan dalam Vita C Effervescent 

🍋Vitamin C 

- Membantu mengatasi kekurangan Vitamin C dalam badan.
- Penghasilan kolagen.
- Mematikan sel kanser.
- Menghasilkan kulit yang berseri.
- Membantu menghindari jangkitan kuman.


🌸Sakura Extract

- Melindungi kulit dari radikal bebas.
- Menjaga kelembutan dan kekenyalan kulit.
- Mencerahkan wajah.
- Melembapkan kulit.
- Mengecilkan pori.
- Mengatasi keradangan kulit.
- Mengatasi sunburn.

🍃Lutein

- Sejenis vitamin karotenoid.
- Mengatasi kekurangan lutein dalam badan.
- Menjaga kesihatan mata. 
- Mencegah terjadinya degenerasi makula (AMD) atau katarak.

🥕Beta Carotene

- Menjaga kesihatan mata, terutama untuk mencegah katarak dan degenerasi makula.
- Menjaga kesihatan kulit dan mengurangkan risiko kulit terbakar akibat sinaran matahari, termasuk pada orang yang kulitnya sensitif.
- Mencegah rabun.
- Beta karoten juga penting untuk mengurangi risiko terjadinya demam dan diarrhea setelah melahirkan.
- Mencegah risiko penyakit paru-paru, seperti penyakit paru obstruktif kronik (PPOK). Selain itu, beta karoten juga membantu mencegah bronkitis dan sesak nafas. 
- Mencegah pelbagai jenis kanser, terutama kanser payudara, kanser kulit, dan kanser ovari.
- Membantu pesakit AIDS, penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson, darah tinggi (hipertensi), sakit kepala, sembelit, ketagihan alkohol, depresi, epilepsi, rheumatoid arthritis, skizofrenia, vitiligo, dan psoriasis.

🍅Tomato

- Sumber protein.
- Membantu melindungi kesihatan jantung.
- Membantu melindungi kesihatan kulit.
- Tomato membantu memperbaiki penglihatan. 
- Melancarkan sistem pencernaan.
- Melawan penyakit seperti diabetes & kanser.

Apa yang dapat cikgu simpulkan di sini adalah vitamin C mempunyai banyak manfaat kepada tubuh badan kita sama ada dari sudut kesihatan mahupun kecantikan. Anda nak cuba tak? Jom hubungi cikgu segera dan dapatkan Vita C Effervescent Asmak sementara stok masih ada!



0135819100 Cikgu Basariah
KANDUNGAN VITA C EFFERVESCENT ASMAK KANDUNGAN VITA C EFFERVESCENT ASMAK Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, September 30, 2022 Rating: 5

CARA PENGAMBILAN MINYAK DAN BIJI HABBATUSSAUDA

Khamis, September 29, 2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga semua pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera. 

Tahukah anda? Kajian sains membuktikan bahawa habbatussauda sama ada dalam bentuk minyak atau bijian sangat membantu untuk menguatkan imuniti tubuh badan si pengamalnya.




KELEBIHAN BIJI HABBATUSSAUDA DAN MINYAK HABBATUSSAUDA

1. BIJI HABBATUSSAUDA - boleh dikunyah begitu sahaja atau ditumbuk halus dan dicampurkan dengan bahan lain. Namun begitu, dikhuatiri biji habbatussauda yang belum diproses mengandungi bahan-bahan seperti logam berat. Jika diamalkan secara berpanjangan, biji yang tidak dibersihkan terlebih dahulu mungkin memberi kesan negatif. Biji habbatussauda yang terbaik datang dari negara Mesir, dan sekiranya biji adalah berkualiti baik, hanya tujuh biji diperlukan setiap hari untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik.

2. MINYAK HABBATUSSAUDA - lebih mudah dihadam dan diserap oleh sistem tubuh. Minyak-minyak yang terbaik diproses dengan kaedah perahan sejuk iaitu diperah minyaknya tanpa menggunakan haba.


CARA PENGAMBILAN BIJI HABBATUSSAUDA DAN MINYAK HABBATUSSAUDA
  • Di ambil sewaktu awal pagi dan malam kira-kira setengah jam sebelum makan
  • Boleh dimakan secara terus ataupun dicampurkan sekali dengan makanan dan minuman
  • Ambilan setiap hari akan memberikan hasil yang lebih baik
  • Sukatan adalah sebanyak 6 kali pam minyak habbatussauda bagi setiap pengambilan atau bersamaan lebih kurang setengah sudu teh bagi biji habbatussauda.
  • Digalakkan untuk mengambil lebih minyak habbatussauda sekiranya anda mempunyai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.

Jangan lupa amalkan yaa. Asmak Go Natural For a Better Life!




0135819100 Rabiahtun
CARA PENGAMBILAN MINYAK DAN BIJI HABBATUSSAUDA CARA PENGAMBILAN MINYAK DAN BIJI HABBATUSSAUDA Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, September 29, 2022 Rating: 5

RESEPI SOTONG SERAI KETUK MUDAH DAN PANTAS

Rabu, September 28, 2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Hari ini cikgu kembali dengan resepi makanan diet untuk anda semua 😆 Resepi yang cikgu akan kongsikan dengan anda semua ini merupakan hasil perkongsian Puan Rosfatimah Ibrahim. Oh ya! Resepi kali ini berasakan makanan laut yaa nyums sedapnya.



sumber : google


RESEPI SOTONG SERAI KETUK

Bahan-bahan:
  • sotong dibasuh bersih
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • asam keping
  • pure himalayan pink salt (secukup rasa)
  • 1 sudu lada hitam (ditumbuk)
  • setengah biji bawang holland (mayang kasar)
  • air secukupnya



Cara-cara:
  1. Didihkan air kemudian masukkan serai, bawang putih, asam keping, lada hitam, garam, bawang holland dan sotong.
  2. Biarkan mendidih sehingga sotong masak dan semua bahan sebati.
  3. Sedia untuk dihidang.

Mudah dan pantas kan? Selamat mencuba!





0135819100 Cikgu Basariah
RESEPI SOTONG SERAI KETUK MUDAH DAN PANTAS RESEPI SOTONG SERAI KETUK MUDAH DAN PANTAS Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, September 28, 2022 Rating: 5

MENGAPA IBU HAMIL DISARANKAN AMAL MINYAK KELAPA DARA?

Selasa, September 27, 2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Melalui penulisan blog sebelum ini, cikgu dah kongsikan tentang Minyak Kelapa Dara keluaran Asmak tetapi untuk penulisan kali ini suka cikgu untuk berkongsi tentangnya sekali lagi sebagai perkongsian ilmu bersama.



Untuk pengetahuan anda, minyak kelapa dara Asmak dihasilkan daripada 100% isi buah kelapa yang matang dan berkualiti. Menariknya, proses penghasilannya tidak menggunakan haba dan bahan-bahan sintetik tau. Ia sepenuhnya menggunakan proses perahan sejuk.


KHASIAT MINYAK KELAPA DARA
  • baik untuk kesihatan jantung
  • baik untuk kesihatan kulit
  • membantu mencegah jangkitan kuman
  • mengandungi asid lemak yang sihat
  • membantu mengurangkan lemak di bahagian perut
  • mengandungi antioksidan yang tinggi
  • mencegah kerosakan rambut

KHASIAT MINYAK KELAPA DARA UNTUK IBU HAMIL
  • meningkatkan sistem imunisasi badan
  • mengurangkan 'morning sickness'
  • menstabilkan hemoglobin (HB) rendah
  • meningkatkan pengeluaran susu yang berkualiti
  • memudahkan proses bersalin
  • melembutkan dan melembapkan kulit
  • mengurangkan 'stretch marks'

Wah, banyaknya manfaat yang bakal diperoleh jika mengamalkan minyak kelapa dara ni! Jika anda berminat untuk mencuba sedikit dahulu, cikgu sarankan anda untuk ambil saiz 10ml atau 100ml terlebih dahulu. Saiz sebenar kuantitinya adalah 250ml. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau berminat untuk dapatkan minyak kelapa dara Asmak, ayuh hubungi cikgu segera 😁





0135819100 Rabiahtun
MENGAPA IBU HAMIL DISARANKAN AMAL MINYAK KELAPA DARA? MENGAPA IBU HAMIL DISARANKAN AMAL MINYAK KELAPA DARA? Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, September 27, 2022 Rating: 5

APA ITU MINYAK ANGIN TRADISI?

Isnin, September 26, 2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog cikgu. Cikgu nak kongsikan kepada anda semua bahawa selain Refreshing Aromatherapy Asmak, kita juga ada Minyak Angin Tradisi yang mana fungsi dan manfaatnya hampir serupa. Macam mana rupanya cikgu? Haaa jom cikgu kongsikan berserta manfaat Minyak Angin Tradisi keluaran Asmak ini.




FUNGSI DAN KELEBIHAN MINYAK ANGIN TRADISI

  • Membantu meredakan sakit kepala
  • Membantu melegakan hidung tersumbat
  • Membantu meredakan gigitan serangga
  • Mudah dibawa ke mana-mana

Tambahan pula, minyak angin tradisi ini sangat membantu untuk sesiapa yang ada masalah 'mabuk' setiap kali menaiki kenderaan. Naik je kereta boleh terus sapu untuk kurangkan rasa mual, loya dan sebagainya. Sebab itu lah cikgu sarankan untuk anda sediakan minyak ini untuk kegunaan anda dan juga orang sekeliling. Mudah-mudahan perjalanan anda akan menjadi lebih tenang dan selesa.

Nak dapatkan Minyak Angin Tradisi keluaran Asmak? Boleh hubungi cikgu untuk cikgu bantu anda yaa.





0135819100 Cikgu Basariah
APA ITU MINYAK ANGIN TRADISI? APA ITU MINYAK ANGIN TRADISI? Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, September 26, 2022 Rating: 5

TANDA-TANDA RESDUNG

Ahad, September 25, 2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang dikasihi. Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera ya.

Anda perasan atau tidak, tidak ramai orang yang sedar mengalami resdung pada awalnya sebab memang tandanya pun hanya berupa masalah kecil. Inilah beberapa tanda-tanda resdung yang perlu anda tahu:

📌 Di awal, akan muncul mukosa atau lendir berwarna kuning atau hijau daripada hidung.
Wajah akan terasa berat dan sakit di sekitar dahi, mata, dan dagu, terutama apabila ditekan.
Bersin-bersin, pilek, dan selsema. Merupakan jangkitan saluran pernafasan atas.
📌 Demam dengan suhu 38 ° Celsius atau lebih.
📌 Sakit gigi.
📌 Sakit kepala.
📌 Berkurangnya kemampuan dalam mencium sesuatu.
📌 Hidung bernafas dan tersumbat.
📌 Nafas bau.
📌 Mata gatal.
📌 Tidur mendengkur.
📌 Rambut ada kelemumur.
📌 Timbul jerawat.
📌 Bertindakbalas pada makanan terperap dan suhu sejuk.

Cikgu nak kongsikan dengan anda semua yang kami di Asmak ada satu produk untuk merawat masalah resdung iaitu ASMAK HERBS.




Kandungan Asmak Herbs adalah seperti berikut :

  • akar mengkunyit
  • serapat
  • lada hitam
  • tongkat ali
Cikgu yakin untuk sarankan anda mencuba Asmak Herbs ini kerana kami di Asmak sendiri telah menerima banyak testimoni positif daripada para pelanggan yang disayangi.

Jom rawat resdung anda dengan Asmak Herbs dan Minyak Herba Asmak. Cuba lah! Anda pasti kagum dengan keberkesanannya 😊😊




0135819100 Cikgu Basariah
TANDA-TANDA RESDUNG TANDA-TANDA RESDUNG Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, September 25, 2022 Rating: 5

MINYAK HERBA ASMAK BANTU RAWAT LUKA MELECUR

Sabtu, September 24, 2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sudah lama rasanya cikgu tak kongsi tentang produk 'best selling' Asmak iaitu Minyak Herba Asmak. Jadi, untuk blog kali ini cikgu nak kongsikan testimoni pelanggan yang menggunakan Minyak Herba Asmak. Jemput baca dan semoga ada manfaatnya untuk kita bersama.


TESTIMONI PENGGUNA MINYAK HERBA ASMAK

"Minyak Hitam Viral penyelamat keadaan!

Penat semalam tak hilang lagi tiba-tiba anak request nak makan pisang goreng. Alahai nak, nanti kita beli ye masa hantar adik sekolah. Anak jawab, “tak nak la ma tak sedap macam pisang goreng mama buat masa puasa baru ni”.

Allahuakbar, sabar jela anak mama sorang ni. Mama pun lepas hantar adik ke sekolah terus singgah kedai pisang. Tang tung tang tung kat dapur maka siaplah bancuh tepung untuk buat pisang goreng dan standby panaskan minyak. Tengah khusyuk masukkan pisang ke dalam kuali tiba-tiba anak tarik baju dari belakang sampai tak perasan tercelup tangan sekali masuk kuali.

Lepastu menggelupor cari Minyak Herba Asmak. Bagus sangat Minyak Herba Asmak ni, macam-macam boleh guna contohnya terkena minyak panas, batuk berkahak, selesema, kembung perut dan macam-macam lagi. Alhamdulillah lepas sapu minyak tu tangan saya rasa lega."

Secara ringkasnya melalui testimoni ini, Minyak Herba Asmak boleh digunakan untuk rawat melecur. Di bawah ini cikgu sertakan juga pelbagai testimoni lain yang anda boleh jadikan rujukan sama ada sesuai untuk anda guna bagi merawat masalah anda ataupun tidak.






Jom dapatkan minyak herba Asmak untuk kegunaan anda sekeluarga. Semoga bermanfaat!



0135819100 Rabiahtun
MINYAK HERBA ASMAK BANTU RAWAT LUKA MELECUR MINYAK HERBA ASMAK BANTU RAWAT LUKA MELECUR Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, September 24, 2022 Rating: 5

PETUA MENGURANGKAN PARUT

Jumaat, September 23, 2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog kesayangan cikgu. Semoga berada dalam sihat sejahtera yaa. Cikgu nak tanya la. Anda ada parut tak? Cikgu rasa hampir semua orang memang ada parut sama ada parut akibat luka atau kesan jerawat dan sebagainya. Cikgu nak kongsikan satu petua untuk mengurangkan parut degil tu. Macam mana? Jom kita lihat 😀



PETUA MENGURANGKAN PARUT
MENGGUNAKAN BEDAK ASMAK DAN KAYU MANIS





  1. Ambil sebatang atau dua kulit kayu manis dan tumbuk sehingga menjadi serbuk halus.
  2. Ambil sedikit serbuk kayu manis tadi dan campurkan dengan satu atau dua sudu Bedak Asmak (mengikut kesesuaian serbuk kayu manis yang anda letak).
  3. Lumurkan pada tempat yang berparut di mana-mana bahagian yang perlu (lakukan sekerap mungkin, 3 atau 4 hari seminggu).
  4. Parut akan memudar dan hilang secara perlahan-lahan. Yang penting anda perlu konsisten untuk melihat hasil yang terbaik.

Haaa macam mana? Senang bukan? Kalau anda sendiri dah cuba pelbagai cara tapi tak menjadi, boleh cuba petua yang cikgu kongsikan ini. Mudah-mudahan parut anda akan segera hilang. Semoga bermanfaat!





0135819100 Cikgu Basariah
PETUA MENGURANGKAN PARUT PETUA MENGURANGKAN PARUT Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, September 23, 2022 Rating: 5

JOM KETAHUI MANFAAT MADU ASMAK

Khamis, September 22, 2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat datang ke blog cikgu yang mana cikgu kongsikan pelbagai info kesihatan dan rekomendasi produk Asmak untuk pelbagai masalah. Jadi, melalui perkongsian kali ini, cikgu nak ceritakan tentang 3 madu keluaran Asmak secara ringkas.



Ramai orang tahu, MADU adalah makanan sunnah dan diakui mempunyai banyak khasiat dan kelebihannya.

🐝🐝🐝🐝🐝🐝🐝🐝🐝🐝

Antara keistimewaan madu lebah dapat diungkapkan dalam kata-kata Ibnu Sina:
"Madu itu menguatkan roh (kerohanian). Madu menambah kerajinan dan semangat, membuka selera makan, memelihara kemudaan dan menolong melancarkan ucapan".

Tepatlah tulisan Dr. Rihaan 'Ukaawi: "Madu berupa bahan berunsur manis yang menimbulkan kerajinan, kekuatan, kecemerlangan, bertenaga dan kesukaan".

Oleh kerana itu, Rasulullah SAW sangat senang minum madu dan bahkan membiasakannya. Madu merupakan makanan dan minuman berkhasiat dalam kepentingan fizikal dan mental. Antara asbab Orang Arab mempunyai ingatan yang kuat adalah berkat amalkan madu lebah.

Dalam Tib an Nabawi, Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah memetik hadis Rasulullah SAW, maksudnya: "Hendaklah kamu berubat dengan dua perkara; iaitu madu dan al-Quran". (Ibnu Majah dan Al-Hakim)

🐝🐝🐝🐝🐝🐝🐝🐝🐝🐝🐝

Tahu tak Madu Asmak mempunyai 3 jenis?🤔

1- Madu Asli 🍯- berfungsi meningkatkan antibodi badan, mencegah penyakit seperti asma, resdung, buasir dan kanser, membekalkan tenaga dan melawaskan pembuangan air besar.

2- Madu Halia Bentong 🍯- berfungsi merawat masalah batuk dan selesema, membantu sistem pencernaan, menguatkan antibodi badan, mengawal berat badan dan melawaskan pembuangan air kencing.

3- Madu Kurma Merah 🍯- berfungsi  memperbanyak susu badan, membekalkan tenaga, mengurangkan senggugut, membantu melancarkan darah, mengurangkan masalah 'morning sickness', mengurangkan keputihan, mengecutkan rahim selepas bersalin dan juga membuang angin di dalam badan.

Ketiga-tiga jenis madu ini mempunyai kelebihan tersendiri.

Madu Asmak memang sedap dan berkhasiat. Tak perlu dah bersusah-susah nak ke hutan mencari madu. Nak cuba? Jom hubungi cikgu cepat!




0135819100 Rabiahtun
JOM KETAHUI MANFAAT MADU ASMAK JOM KETAHUI MANFAAT MADU ASMAK Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, September 22, 2022 Rating: 5

BEDAK ASMAK DIPERBUAT DARI 100%TANAH LIAT PUTIH

Rabu, September 21, 2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Sedang mencari tahu tentang bedak Asmak ke tu? 😄 Jom cikgu kongsikan dengan anda.



Pertama sekali perkara yang ingin cikgu tekankan ialah kandungan bedak Asmak ini sendiri. Bedak Asmak hanya mengandungi dua bahan iaitu tanah liat putih dan air mineral. Apa kebaikan tanah liat putih ya?

  • melegakan kulit sensitif
  • menyuburkan kulit
  • melembutkan kulit
  • mengecilkan liang pori
  • mengecutkan jerawat
  • merangsang peredaran darah dalam kulit
  • menghilangkan kekotoran di dalam liang pori
  • baik untuk kulit kering

Wah, banyaknya manfaat tanah liat putih itu sendiri! Jadi, apa pula kegunaan bedak Asmak?

  1. Sesuai untuk pelbagai masalah kulit seperti ruam, kurap, panau, jerawat, jeragat, parut, kudis buta, ekzema dan psoriasis.
  2. Boleh juga digunakan sebagai bedak sejuk dan 'masker'.
  3. Penggunaan berterusan mampu menjadikan kulit wajah lebih cerah, cantik, licin dan gebu.




Jadi, jika anda sedang mengalami masalah berkaitan kulit seperti yang cikgu kongsikan di atas dan telah mencuba pelbagai cara namun masih belum pulih, suka cikgu untuk menyarankan anda mencuba bedak Asmak ini sendiri dan lihat keberkesanannya dengan izin Allah. 

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, jom hubungi cikgu suapay cikgu boleh bantu anda yaa. Semoga bermanfaat!



0135819100 Cikgu Basariah
BEDAK ASMAK DIPERBUAT DARI 100%TANAH LIAT PUTIH BEDAK ASMAK DIPERBUAT DARI 100%TANAH LIAT PUTIH Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, September 21, 2022 Rating: 5

KEGUNAAN MINYAK HABBATUSSAUDA YANG JARANG ORANG TAHU

Selasa, September 20, 2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog cikgu. Terima kasih kerana sudi melawat ke blog cikgu yaa. Jadi, hari ini cikgu nak berkongsi dengan anda semua tentang Minyak Habbatussauda. Haaa cikgu pasti ramai yang dah biasa dengar kan?

Tahukah anda? Habbatussauda mengandungi thymoquinone yang kaya dengan antioksida. Peranan utama antioksida adalah untuk melawan radikal bebas. Radikal bebas ini terhasil daripada pemakanan yang tidak sihat seperti makanan berproses, makanan segera dan persekitaran yang tercemar seperti asap rokok. Antioksida yang ada dalam habbatussauda bertindak melindungi sel badan daripada berlakunya kerosakan. 



KEGUNAAN MINYAK HABBATUSSAUDA YANG RAMAI TIDAK TAHU!

  • Boleh dijadikan minyak rambut, membantu mengurangkan uban atau boleh juga digunakan sebagai ikhtiar untuk rambut kekal hitam.
  • Sebagai 'face oil' untuk menyeimbangkan kelembapan kulit dan menjadikan kulit lebih lembut.
  • Sesuai untuk urutan ketika demam, urut pada bahagian sendi dan seluruh badan untuk merangsang sistem imun agar menghasilkan antibodi.
  • Boleh digunakan sebagai sapuan pada kulit bermasalah sebagai rawatan penyembuhan. Sapu sedikit dahulu pada kulit untuk uji keserasian.

Jika anda sedang mencari cara untuk merawat masalah-masalah yang cikgu kongsikan di atas, apa kata anda ikhtiar dengan Minyak Habbatussauda dari Asmak? Cikgu boleh bantu anda untuk dapatkannya. Jangan lupa hubungi cikgu melalui nombor telefon yang tertera di bawah atau boleh terus klik pautan yang disediakan.




0135819100 Rabiahtun
KEGUNAAN MINYAK HABBATUSSAUDA YANG JARANG ORANG TAHU KEGUNAAN MINYAK HABBATUSSAUDA YANG JARANG ORANG TAHU Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, September 20, 2022 Rating: 5

PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR

Isnin, September 19, 2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Cikgu pasti anda semua sudah maklum tentang keadaan cuaca di Malaysia menjelang hujung tahun. Anda dah buat persediaan?

Ramalan banjir besar : Sejauh mana persediaan kita?

Menurut tinjauan cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia dijangka akan berlaku taburan hujan yang agak membimbangkan bermula pada bulan September 2022 ini hingga Mac tahun depan, dan peningkatan taburan hujan dijangka paling tinggi adalah pada bulan November 2022 ini yang melibatkan Negeri-negeri Pantai Timur berikutan peralihan Monsun.

Ramalan ini bukan bersifat untuk menakutkan orang ramai atau diambil sebagai satu berita musibah sehingga berlakunya keadaan panik dan ketakutan kepada kita dan seumpamanya.Namun ia perlu diambil sebagai peringatan kepada kita dalam membuat persediaan menghadapi sebarang kemungkinan,  

Jadi selain makanan dan minuman, yang perlu kita prepping juga merupakan bekalan ubat-ubatan dan sunnah iaitu:

✅Minyak Herba Asmak
✅Madu Asli / Madu Halia Bentong
✅Minyak Zaitun
✅Minyak Habbatus sauda
✅Minyak Kelapa Dara
✅Bedak Asmak









Segala yang berlaku datangnya dari Allah, kita hanya mampu bersedia dan sama-sama kita memanjatkan doa agar negara kita dilindungi dan dijauhkan dari sebarang bencana dan musibah.

Jika anda berminat untuk dapatkan mana-mana produk Asmak, boleh hubungi cikgu untuk cikgu bantu anda yaa. 




0135819100 Cikgu Basariah
PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, September 19, 2022 Rating: 5

MANFAAT MADU KURMA MERAH UNTUK IBU MENYUSU

Ahad, September 18, 2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih sudi singgah ke blog cikgu yaa. Dah lama rasanya cikgu tak berkongsi tentang madu. Kami di Asmak ada tiga jenis madu iaitu madu asli, madu halia bentong dan juga madu kurma merah. Jadi, hari ini cikgu nak berkongsi serba sedikit tentang madu kurma merah.


Apakah manfaat-manfaat utama madu kurma merah ni?
  • membantu menambahkan susu badan
  • membekalkan tenaga
  • dapat mengurangkan masalah senggugut dan keputihan
  • mengecutkan rahim selepas bersalin
  • membantu menstabilkan kesihatan dalaman serta hormon
  • menguatkan otot-otot rahim

Kenapa ye madu kurma merah ni sering dikaitkan dengan milkbooster semulajadi? Haaa semuanya berdasarkan bahan-bahan yang terkandung dalam madu kurma merah ini sendiri. Apakah bahan-bahannya?

  1. Madu (menambah tenaga dan susu ibu)
  2. Halia bentong extract powder
  3. Kurma merah extract powder (membantu menurunkan kolestrol)
  4. Halba extract powder 
  5. Goji extract powder
  6. Ginger extract powder

Semua bahan yang terkandung dalam Madu Kurma Merah Asmak ini sudah ternyata banyak manfaatnya terhadap kesihatan tubuh badan terutamanya buat ibu-ibu yang menyusukan anak. Jadi, jika anda mengenali sesiapa yang mempunyai masalah tentang susu badan, cikgu sangat sarankan untuk anda ceritakan tentang khasiat madu kurma merah ini. Semoga dengan ikhtiar ini dapat membantu mengatasi masalah yang ibu-ibu hadapi. 

Boleh terus hubungi cikgu melalui nombor yang tertera di bawah atau klik sahaja pautan yang disediakan untuk cikgu bantu anda yaa.

Semoga bermanfaat!





0135819100 Cikgu Basariah
MANFAAT MADU KURMA MERAH UNTUK IBU MENYUSU MANFAAT MADU KURMA MERAH UNTUK IBU MENYUSU Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, September 18, 2022 Rating: 5

MENU DIET: BEBOLA AYAM HOMEMADE

Sabtu, September 17, 2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Resepi diet baru datang lagi! Kali ini cikgu nak share cara buat bebola ayam homemade. Bebola ayam homemade ni boleh saja nak makan macam mana pun. Nak panggang boleh, nak buat sup sayur pun boleh terpulang mengikut citarasa masing-masing yaa. Resepi ini sudah semestinya hasil perkongsian Puan Rosfatimah.



Gambar ni sekadar hiasan tau. Cikgu pinjam dari siraplimau 😊



RESEPI BEBOLA AYAM HOMEMADE

Bahan-bahan (tiada sukatan terperinci) :
  • bahagian isi dada (kisar)
  • garam 
  • serbuk lada hitam
  • bawang putih*
  • bawang holland*
  • daun sup*
  • lobak merah*
  • tepung ubi atau tepung jagung
Cara-caranya :

  1. Cincang semua bahan yang bertanda *
  2. Masukkan bahan yang dicincang ke dalam ayam yang telah dikisar tadi.
  3. Masukkan garam (jangan lupa guna garam pink dari Asmak ye hihii), serbuk lada hitam dan tepung jagung/tepung ubi kemudian gaul rata.
  4. Sementara nak bentukkan bulat-bulat bahan tadi, panaskan air dalam periuk.
  5. Masukkan bebola apabila air sudah mendidih.
  6. Tunggu sehingga bebola ayam sudah timbul, boleh diangkat dan toskan airnya
Note : Tepung mengikut kesesuaian adunan. Tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras.


Inilah rupa garam pink Asmak tau.


 
Selamat mencuba! Semoga impian setiap dari kalian untuk mengamalkan gaya pemakanan yang sihat tercapai.




0135819100 Rabiahtun
MENU DIET: BEBOLA AYAM HOMEMADE MENU DIET: BEBOLA AYAM HOMEMADE Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, September 17, 2022 Rating: 5

JOM RAWAT MASALAH RAMBUT DENGAN HAIR MOISTURIZER WITH SERUM ASMAK

Jumaat, September 16, 2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Siapa kat sini selalu ada masalah rambut kusut?
Anak cikgu yang bongsu ni, rambut dia selalu sangat kusut. Tempat yang sama pula tu. Kalau sikat, menjerit-jerit sakit nak luruskan.

Syukurlah, Asmak ada keluarkan Hair Moisturizer With Serum. Ini merupakan serum rambut pertama berpelembap di Malaysia. Sejak amalkan serum ni, rambut dia mudah diurus. Dulu rambut anak cikgu ni nipis tau. Sekarang dah makin lebat dan hitam elok warnanya.




Antara kelebihan Hair Moisturizer with Serum keluaran Asmak ini adalah:
  • Mengelakkan rambut gugur
  • Melebatkan dan menghitamkan rambut
  • Mampu menghilangkan kelemumur
  • Melembutkan rambut 
  • Mengelakkan rambut dari kering  dan bercabang
  • Mampu mengurangkan pertumbuhan uban
  • Menjadikan rambut lebih mudah dirapikan dan disikat 
  • Mengelakkan rambut jadi kusam dan kasar 
  • Melembapkan rambut dan menjadikan rambut lebih sihat dan bersinar
  • Memberi khasiat kepada rambut dari luaran,dari akar rambut sehingga ke hujungnya
Macam mana cara nak guna? Sebaiknya selepas mandi atau basuh rambut, keringkan dan sapukan HMS untuk rambut kekal lembut dan sihat.

Sekurang-kurangnya 3 kali seminggu atau setiap kali selepas mandi untuk mengelakkan rambut tidak bermaya atau gugur kerana ia mampu menguatkan akar rambut dari keguguran.
Jika hendak menggunakan lagi minyak rambut tiada masalah (selangkan mengikut hari dan pantau keadaan rambut selepas guna keduanya, jika tidak bersesuaian, usah campur HMS dan minyak rambut).




Jadi, jika anda kat sini yang ada masalah rambut tu, cikgu sarankan kalian cubalah hair moisturizer serum ni. Harga pun berbaloi dengan manfaat yang kalian akan dapat.

Selain tak berminyak dan tak melekit, bau serum ni sangat harum. Sesuai untuk orang yang rambut selalu berbau. Ia juga diyakini diyakini dapat mengurangkan rambut gugur 2 kali lebih pantas berbanding jenama lain. Rambut in shaa Allah akan jadi lebih sihat dan kuat. Jom dapatkan segera dengan cikgu sementara stok masih adaa !




0135819100 Cikgu Basariah
JOM RAWAT MASALAH RAMBUT DENGAN HAIR MOISTURIZER WITH SERUM ASMAK JOM RAWAT MASALAH RAMBUT DENGAN HAIR MOISTURIZER WITH SERUM ASMAK Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, September 16, 2022 Rating: 5

PENGGEMAR KOPI MESTI CUBA!

Khamis, September 15, 2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. 


Anda tahu tak? Susu kambing mempunyai jumlah kalsium yang tinggi. 1 cawan susu kambing membekalkan sebanyak 327 miligram kalsium. Jumlah kalsium ini lebih tinggi berbanding dengan 1 cawan susu lembu.

Jadi, dalam penulisan kali ini, suka cikgu nak kongsikan dengan anda semua tentang minuman susu kambing perisa kopi keluaran Asmak. Apa manfaat utama susu kambing kopi Asmak ini?

  • menggunakan stevia sebagai pemanis (tiada kalori)
  • menambahkan tenaga
  • mengawal selera makan
  • bagus untuk dalaman wanita (lelaki pun boleh minum)
Apa bahan-bahan yang ada dalam minuman susu kambing perisa kopi keluaran Asmak? Jom cikgu kongsikan 😁

  • Pueraria Lobata - dapat memberi bentuk badan yang sempurna terutama pada bahagian payudara dan pinggul. Ia juga mengandungi agen anti-kanser yang dapat membantutkan pertumbuhan sel kanser bagi penghidap kanser payudara. Ini membantu kaum wanita bebas daripada kanser payudara yang merupakan penyakit pembunuh utama wanita iaitu dengan mencegah pertumbuhan sel tersebut.
  • Manjakani - membantu merawat masalah berkaitan dalaman wanita
  • Acaiberry - mampu meningkatkan tahap tenaga, kesihatan mental dan sistem imunisasi
  • Ganoderma - digelar Herba Tonik ( Gred 1 ) iaitu ‘Superior Herb’ kerana ia mempunyai unsur ‘Adaptogen’ iaitu tidak bertoksik dan bebas daripada kesan sampingan, tidak spesifik dan bertindak secara menyeluruh dalam memperbaiki kesihatan tubuh badan.
  • Panax Ginseng - digunakan secara tradisional untuk merawat simptom sejuk seperti nadi lemah, sesak nafas, keletihan dan anggota badan sejuk.



Bagi penggemar kopi, dah pernah cuba ke belum kopi yang satu ni? Ramai coffee lover dah cuba dan serasi tauu. Anda bila lagi? Kalau nak dapatkan, boleh terus hubungi cikgu melalui nombor yang tertera di bawah atau klik sahaja pautan whatsapp yang disediakan yaa.





0135819100 Rabiahtun
PENGGEMAR KOPI MESTI CUBA! PENGGEMAR KOPI MESTI CUBA! Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, September 15, 2022 Rating: 5

MINYAK HERBA ASMAK BANTU LEGAKAN KENCING TAK LAWAS

Rabu, September 14, 2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda semua pernah dengar tak tentang kencing tak lawas? Nampak gaya macam perit nak hadap tu. Ada seorang pelanggan Asmak kongsikan pengalaman beliau menggunakan Minyak Herba Asmak untuk legakan sakit akibat kencing tak lawas. Kita cuma boleh ikhtiar tetapi jika keadaan sama berulang atau tidak membaik, cikgu sarankan anda untuk segera dapatkan nasihat doktor yaa.

Jom kita tengok sama sama testimoni pelanggan tersebut.



"Nak terkencing, tapi tak boleh 😭

Kisahnya pagi tadi, tengok jam baru pukul 5 pagi. Terasa senak dan sakit di perut. Eh tak tahan nak terkucil. Peel suka sangat menahan kencing. Bukan sesaje jadi tabiat. Time tu la si Umar ni bangun sama. Merengek nak mengepeng.

Pergi tandas, 3 kali keluar masuk sesaje. Tak mau lepas juga hajatnya.Ya Allah, pertama kali jadi gini! Nangis2 kejut tok laki. "Bi, tak boleh kencing. Sakit😭!". Minta tok laki capai Minyak Herba Asmak. Nak sapu sendiri tangan udah ngeletor. Kencing tak lawas. Setitis pun haram keluar 😭

Selepas kali ke-4 try, masih sama. Tok laki repeat sapu Minyak Herba Asmak. Picit2 area bawah perut tu. Hasilnya, mau juga menitis. Tapi tak banyak. Sebab tak tahan sangat, pi ketuk pintu rumah mil. Mil nasihat terus pergi ke kecemasan Ipoh. Katanya kena masuk tiub bagi lega dulu. Sakit katanya sebab pernah jadi. Barangkali jangkitan kuman. Allahu.

Tukar baju dan masih berkain batik.  Tak lalu berkain getah di pinggang. Senak habis perut. Bawa kain spare sama.Dalam kereta duduk pun tak kena. Mujur bawa sama minyak asmak. Lumur banyak2 dekat perut ke bawah."Ke Klinik Greentown ke bi"? Sebab terasa lama betul nak sampai. 

Sampai2 cari parking. Kata dengan tok laki rasa nak terkucil. Ya Ampun! betul2 aku terkucil dalam kereta.😂 Tak pernah buang tebiat begini. Tak lega terus tau. Berulang 3 ke 4 kali terkucil. Banyak sampai menitis ke lantai kereta. Mula la tok laki nak menyakat. Habis la kena bako seat ni🙄. Lepas dari tu rasa lega juga. Perut pun tak sekeras tadi tok laki kabo. 

Jadi ambik keputusan nak balik. Alhamdulillah tak jadi nak masukkan tiub. Risau nak ke hospital musim wabak baru menular ni."

Kredit: Rizmanadia

MasyaAllah banyak sangat kegunaan Minyak Herba Asmak ni. Jadi, tak pelik lah kalau ramai berebut nak dapatkan untuk kegunaan bersama keluarga. Anda dah cuba ke belum? Jom dapatkan sekarang!




0135819100 Cikgu Basariah
MINYAK HERBA ASMAK BANTU LEGAKAN KENCING TAK LAWAS MINYAK HERBA ASMAK BANTU LEGAKAN KENCING TAK LAWAS Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, September 14, 2022 Rating: 5

BACAAN GULA KEMBALI STABIL DENGAN STEVIA

Selasa, September 13, 2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog cikgu. Hari ini cikgu nak berkongsi dengan anda semua tentang satu perkara yang cikgu rasa kita semua patut tahu dan ambil tahu serta atasinya. Petikan ini cikgu kongsikan melalui sebuah buku hasil penulisan Dr. Norman Mohd Norawi yang berjudul 'Gula Racun Putih'.

"Di antara perkara yang tidak kita sedari adalah gula tersembunyi yang banyak di dalam makanan. Hampir semua makanan proses menggunakan gula. Kuih-muih, kek, biskut, coklat, pastri dan sebagainya amat kaya dengan gula. Minuman bergas dan juga kordial juga mengandungi gula yang tinggi. Tahukah anda bahawa minuman 3-dalam-1 sarat dengan gula. Satu cawan minuman kopi putih dan malt coklat mungkin mengandungi tiga hingga empat sudu teh gula. Bayangkan, jika anda meminum hanya dua hingga tiga cawan minuman ini sehari, anda pasti sudah melebihi had harian yang disyorkan oleh WHO. Ini belum lagi diambil kira beberapa jenis gula yang terkandung dalam makanan-makanan biasa anda.

Seiring dengannya adalah peningkatan masalah obesiti dan penyakit kronik lain seperti sakit jantung, masalah kolestrol, darah tinggi dan sebagainya. Gula yang berlebihan yang diambil akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh manusia. Kadang-kadang kita terkeliru kerana menyangka lemak atau minyaklah menjadi punca kepada masalah kegemukan.

Justeru itu, pemanis gantian dicipta sebagai satu alternatif kepada sesiapa yang inginkan rasa manis tetapi tidak mahukan kalori yang berlebihan daripada gula biasa. Pemanis gantian ini mempunyai rasa yang manis tetapi mempunyai kalori yang rendah, oleh itu secara umumnya ia akan dikaitkan sebagai alternatif yang baik untuk menurunkan berat badan dan membantu pesakit kencing manis mengawal paras gula dalam darah."

Kami di Asmak ada mengeluarkan satu pemanis gantian yang dikenali sebagai 'stevia'. Stevia berada dalam kategori pemanis tidak berkalori yang asli atau natural. Anda nak ikhtiar kurangkan gula putih dalam amalan pemakanan seharian? Jom gantikan dengan Stevia Drop keluaran Asmak 😇

0135819100 Rabiahtun
BACAAN GULA KEMBALI STABIL DENGAN STEVIA BACAAN GULA KEMBALI STABIL DENGAN STEVIA Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, September 13, 2022 Rating: 5

JOM ATASI MASALAH RAMBUT KUSUT!

Isnin, September 12, 2022
Hai assalamualaikum dan selamat sejahtera .Terima kasih singgah ke blog cikgu ya 😀. Hari ini inshaAllah cikgu akan kongsi kepada anda tentang produk yang boleh membantu rambut anda kelihatan berkilat dan beralun seperti membuat rawatan di spa 😆 Haaa anda mesti ingat Asmak ada keluarkan minyak sahaja kan? Sebenarnya banyak tau rangkaian Asmak  😁. Kalau anda nak tahu asmak keluarkan produk apa selain Minyak Herba Asmak, anda boleh scroll blog-blog cikgu yang lepas ya. Jom cikgu cerita tentang minyak rambut keluaran Asmak.





Memperkenalkan ADVANCED HAIR OIL WITH SERUM keluaran Asmak! Apa kelebihannya?

  • Menjadikan rambut lebih sihat, hitam dan bersinar
  • Mengawal kelemumur dan rambut gugur
  • Menjadikan rambut wangi sepanjang hari
  • Melembut dan menyuburkan rambut
  • Membantu masalah rambut rosak

Advanced Hair Oil with Serum ni tiada bahan kimia tau. Semua bahan-bahannya selamat digunakan iaitu :

  • mineral oil
  • virgin coconut oil
  • tamanu oil
  • olive oil
  • wortel (vitamin A)
  • chessnut oil
  • banana oil
  • jojoba oil
  • argan oil
  • tea tree oil

Macam mana cara nak guna ye cikgu? Mudah saja nak guna. Ikut langkah-langkah di bawah ni yaa.

  1. Selepas mandi, picitkan 1-2 pam Advanced Hair Oil ke atas tapak tangan anda.
  2. Seeloknya Advanced Hair Oil ini digunakan semasa rambut separa basah dan separa kering.
  3. Sapu dan ratakan pada seluruh bahagian rambut.
  4. Lakukan urutan ringan semasa menyapu Advanced Hair Oil with Serum di kepala anda.





Anda nak rawat masalah rambut? Jom cuba dengan Advanced Hair Oil Asmak 💗 Jom dapatkan segera dengan hubungi cikgu melalui nombor yang tertera di bawah atau boleh terus klik pautan yang disediakan untuk ke whatsapp cikgu.

Semoga bermanfaat.




0135819100 Cikgu Basariah
JOM ATASI MASALAH RAMBUT KUSUT! JOM ATASI MASALAH RAMBUT KUSUT! Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, September 12, 2022 Rating: 5

MENU DIET: KAILAN MASAK SOS TIRAM

Ahad, September 11, 2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Cikgu seronok sangat harini sebab nak berkongsi sebuah resepi menarik dengan anda semua. Bukan sekadar menarik tetapi sesuai untuk diet juga tau. Okey, jom mula!


Wah! Nak buat kailan masak apa ni? Resepi ini merupakan hasil perkongsian Puan Rosfatimah binti Ibrahim yaa.


RESEPI KAILAN SOS TIRAM

Bahan-bahan:

  • seikat sayur kailan dipotong dan dibasuh bersih
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 4 ulas bawang putih diketuk
  • bawang hollang dipotong dadu
  • cili merah dimayang
  • olive oil/minyak zaitun
Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang holland menggunakan minyak zaitun sehingga naik bau atau kekuningan.
  2. Masukkan sayur kailan, kacau sebentar. Jika gemar sedikit berkuah boleh tambah air.
  3. Masukkan sos tiram. Biarkan sayur kailan sedikit layu kemudian tabur cili.
  4. Tutup api dan sedia untuk dihidang.




Selamat mencuba! Jangan lupa dapatkan minyak zaitun keluaran Asmak yaa. Boleh hubungi cikgu untuk cikgu bantu anda okey? 




0135819100 Rabiahtun
MENU DIET: KAILAN MASAK SOS TIRAM MENU DIET: KAILAN MASAK SOS TIRAM Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, September 11, 2022 Rating: 5

SUSU KAMBING BERPERISA COCOA, WAH SEDAPNYA!

Sabtu, September 10, 2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga semua pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera yaa. Anda pernah tak minum susu kambing tapi berperisa koko atau coklat? Kami di Asmak memang ada mengeluarkan susu kambing berperisa tau. Satu perisa koko dan satu lagi perisa kopi. Yang satu lagi mestilah perisa asli khas untuk sesiapa yang tidak gemar perisa-perisa lain.

Jadi, apakah kelebihan susu kambing koko keluaran Asmak?


Tepat sekali! Minuman susu kambing Asmak perisa koko ini memberikan kita rasa kenyang lebih lama tau. Jadi, sangat sesuai untuk sesiapa yang selalu ter'skip' waktu makan atau nak turunkan berat badan. Selain itu, minuman susu kambing Asmak berperisa koko ini turut mengandungi malt, honey DHA (Omega3) dan maca.



Kelebihan lain susu kambing ialah:

  • menguatkan tulang
  • baik untuk kesihatan jantung
  • menghalang keradangan
  • meningkatkan kesihatan kulit
  • menghalang anemia
Anda berminat nak dapatkan susu kambing koko daripada Asmak ini? Cikgu sangat-sangat galakkan kerana banyak manfaat yang anda boleh dapat tau. Jom dapatkan sekarang!



0135819100 Cikgu Basariah
SUSU KAMBING BERPERISA COCOA, WAH SEDAPNYA! SUSU KAMBING BERPERISA COCOA, WAH SEDAPNYA! Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, September 10, 2022 Rating: 5

PENGAMBILAN SOYA BERLEBIHAN PUNCA EKZEMA

Jumaat, September 09, 2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog cikgu semuanya. Hari ini cikgu ada satu cerita berkenaan pengambilan soya. Nak dengar tak? Cerita ni hasil perkongsian pelanggan Asmak tau. Jom baca 😊

"Dulu masa mengandung suka sangat minum air soya, konon-konon nanti baby lahir kulit putih. Yelah masa tu muda lagi, ilmu parenting pun kurang jadi apa orang cakap kita pun ikut je la 😅

Nak dijadikan cerita baby lahir kulit cerah tapi sayangnya kulit baby jadi super sensitif. Doktor kata salah satu punca kulit eczema ialah pengambilan soya secara berlebihan 😭😭Tak boleh panas berpeluh sikit, mula la naik ruam merah. Dah naik ruam mesti la gatal kan? Habis kulit luka luka bila asyik menggaru. Sedih sangat rasa tengok anak jadi macam tu.

Masa tu boleh dikatakan setiap hari mesti berbotol-botol minum air soya. Berkotak-kotak standby dalam fridge. Punya la nak anak putih kononnya,  padahal si mak bapak sawo matang.

Hampir setiap bulan kena ulang alik klinik beli krim sapu. Bila sapu ruam & kesan gatal akan hilang, tapi tak lama akan jadi balik. Kulit pun nampak seperti terhakis. Krim mengandungi bahan steroid yang  bahaya, tapi tak ada pilihan lain sebab tak sanggup tengok baby menggaru.

Sampai la akhirnya kami ditemukan dengan bedak asmak, bahan 100% dari tanah liat putih tanpa tambahan bahan-bahan berbahaya. Alhamdulillah selepas penggunaan yang konsisten kini eczema anak semakin pulih. Yang paling penting bedak asmak tidak mengandungi bahan berbahaya & selamat untuk anak-anak. Sekarang anak pun dah tidak menggaru disebabkan eczemanya lagi 🥰"





Bukan itu saja, bedak asmak juga boleh digunakan untuk pelbagai masalah kulit yang lain seperti : 

🌹gegata
🌹psoriasiss
🌹kurap
🌹kayap
🌹alahan
🌹ruam panas / ruam susu

Dan pelbagai lagi masalah kulit yang lain.

Jom dapatkan sekarang dan semoga bermanfaat. Jangan lupa recommend dekat sesiapa yang ada masalah seperti yang cikgu nyatakan di atas yaa.




0135819100 Rabiahtun
PENGAMBILAN SOYA BERLEBIHAN PUNCA EKZEMA PENGAMBILAN SOYA BERLEBIHAN PUNCA EKZEMA Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, September 09, 2022 Rating: 5

5 SEBAB ANDA PERLUKAN FRESH 'N' COOL THERAPY

Khamis, September 08, 2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda semua tahu tak ada cara yang mudah untuk bantu melegakan lenguh-lenguh badan? Jom tengok apakah itu? 




FRESH 'N' COOL THERAPY

===================
🔥KELEBIHAN F&C🔥
===================

✔️ Membantu melegakan arthritis (sakit lutut akibat kehilangan pelincir).
✔️ Membantu melegakan sakit lutut akibat kecederaan
✔️ Membantu melegakan sakit sendi
✔️ Membantu melegakan sakit tulang
✔️ Membantu melegakan sakit otot
✔️ Membantu melegakan sakit akibat Gout peringkat awal
✔️ Untuk membantu melegakan
🔵 Sakit pinggang
🔵 Sakit belakang
🔵 Lenguh-lenguh
🔵 Bengkak
🔵 Sakit sendi
🔵 Sakit lutut

5 SEBAB KENAPA ANDA PERLU MEMILIKI FRESHNCOOL THERAPHY INI

🌻FreshNCool Theraphy ini bersifat  AQUA-BASED. Tidak berminyak dan meleket pada tangan anda selepas menggunakannya.

🌻Merasa penuh KESEGARAN dalam setiap sapuannya pada kulit.

🌻RESAPAN yang PANTAS ke dalam kulit dan membantu memberikan kelegaan pada masalah lenguh-lenguh, sakit pinggang, sakit sendi, angin dalam badan dan sesuai untuk sakit belakang.
 
Fresh N Cool ni bukan sahaja boleh merawat masalah sakit lutut, untuk masalah sendi dan otot pun boleh. Gel ni bertindak dengan melembutkan sendi – sendi di bahagian yang sakit.

KANDUNGAN FRESH 'N' COOL THERAPY

water, sodium polyacrylate, dicaprylyl carbonate, polyglyceryl-3 caprate, eucalyptus oil, capsicum oil, menthol crystal, cortex cinnamomum verum, extract, semen trachyspermum ammi extract, vegetable glycerin, propylene glycol, dmdm, fragrance. 

Ibu mengandung juga boleh guna fresh 'n' cool therapy ni tau. Jom dapatkan segera supaya aktiviti harian anda dapat dijalankan dengan lebih selesa 💗




0135819100 Cikgu Basariah
5 SEBAB ANDA PERLUKAN FRESH 'N' COOL THERAPY 5 SEBAB ANDA PERLUKAN FRESH 'N' COOL THERAPY Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, September 08, 2022 Rating: 5

ALHAMDULILLAH TONSIL CEPAT SURUT

Rabu, September 07, 2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Cikgu nak beritahu sesuatu ni. Manusia ni kan ada 2 jenis. Kalau yang jenis pendiam, memang akan bercakap dengan orang yang dia selesa je. Berbeza dengan orang yang jenis ramah. Pantang jumpa sesiapa, ringan je mulut nak berborak. Kalau tiba-tiba diam kurang bercakap, eh pelik tau! Rasa sunyi pula tiada riuh-rendah.

Laaaa rupanya diam sebab tak selesa dek tonsil. Nak bercakap pun tak ada mood. Nak mengunyah makanan pun seksa sangat. Masa ni la kunyah makanan pun macam pengantin baru kena sopan & perlahan-lahan.





Tapi kalau dah bersedia dengan Minyak Habbatussauda ni inshaAllah membantu. Pengalaman ni dikongsi oleh salah sorang pelanggan, Puan Nora yang selalu mengalami bengkak tonsil. Ambil masa berhari-hari katanya nak tunggu surut. Nak makan minum pun jadi susah.

Puan Nora ikhtiar dengan semburan Minyak Habbatussauda ni dekat bahagian tekak. Waktu malam, terus sembur. Alhamdulillah dengan izin Allah, esoknya bangun pagi dah susut bengkak tonsilnya.

Dah elok bengkaknya, rancak-rancak kita sambung berborak hihi 😂

Anda nak selesaikan masalah yang sama ke? Jom dapatkan minyak habbatussauda keluaran Asmak daripada cikgu. Baru lah selesa mulut tu kann.




0135819100 Cikgu Basariah
ALHAMDULILLAH TONSIL CEPAT SURUT ALHAMDULILLAH TONSIL CEPAT SURUT Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, September 07, 2022 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.