Seo Services
Results for Cerita ceriti

Persediaan nak SPM

Rabu, Februari 17, 2021
Assalamualaikum

Hari ni cikgu ke sekolah bantu SU SPM sediakan 13 kelas tambahan persediaan untuk SPM minggu depan. Kelas ni kena disediakan jika tiba-tiba ada kes Covid di sekolah. Sebagai langkah berjaga-jaga. Semoga tiadalah kes sepanjang peperiksaan berlangsung minggu hadapan. Aamiin.







Selepas dah siap sesi mengemas, cikgu rehat jap sembang santai dengan rakan guru. Rasa nak tengok telefonla kejap. Perasan masuk satu wasap dari pelanggan cikgu.

Puan Wahida ni order Minyak Herba Asmak dari cikgu Ahad lepas. Pos ke Pengkalan Hulu guna Jnt. 

Beliau nak guna Minyak Herba Asmak untuk anaknya 6 tahun. Dah batuk lama susah nak hilang kahak.



Sampai je minyak terus sapu. Tak lama anak terus muntah kahak. Nampak dah ok tak teruk batuk macam hari tu.



Syukur sangat bila dapat berkongsi manfaat Minyak Herba Asmak ni. Kita ikhtiar, yang menyembuhkan itu Allah.

Semoga anak Puan Wahida ini terus sihat hendaknya. Aamiiin.



Nak ikhtiar dengan Minyak Herba Asmak? Hubungi cikgu ye👇
0135819100 Cikgu Basariah
Persediaan nak SPM Persediaan nak SPM Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Februari 17, 2021 Rating: 5

Bagaimana ia bermula?

Ahad, Mei 31, 2020
Assalamualaikum

Kisah inspirasi Puan Masnie Ghazali, Stokis Premium Asmak ini mungkin boleh membuka hati kalian untuk mencuba produk Asmak ni.

Jom baca 😄

4 TAHUN !!

Apa tu?
Itu adalah tempoh masa Kak Mas bersama Minyak Herba Asmak..😄

Pengalaman pertama selepas 3 bulan melahirkan Syaza Marissa pada tahun 2015, dia jatuh katil. Ya masa berusia 3 bulan dah jatuh katil 😢😅

Selepas pada tu tido Marissa terganggu sebab nafas tak lancar macam ada sesuatu tersekat kat hidung dia.

Allah temukan Minyak Herba Asmak melalui kawan Kak Mas.
Kak Mas beli sapu pada hidung, dada, tengkuk dan belakang badan Marissa SABAN HARI.

Alhamdulillah dengan izinNya tido2 Marissa sehingga kini sangat lena dan bila batuk selsema hingus cepat jek keluar berambus dari hidung dia 😂😂

Syukur Ya Allah sampai sekarang Allah masih izinkan jodoh Kak Mas kuat bersama MINYAK HERBA ASMAK 😍😍😍

Sekarang dah jadi Stokis Negeri Pahang ☺️

Lega hingus keluar selambak selepas dah sapu Minyak Herba Asmak ni

Tidur pon pegang erat minyak ni. Punyalah sayang😍

Mencari penawar asma, batuk, semput atau stevia pengganti gula? Hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah
Bagaimana ia bermula? Bagaimana ia bermula? Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Mei 31, 2020 Rating: 5

Biarkan bumi berehat

Khamis, April 09, 2020
Assalamualaikum

Seorang teman berkongsi suatu penulisan yang ditemuinya mungkin di laman sosial tertentu. Cikgu baca dan rasa macam ada betulnya juga.

Jom baca dan berikan pendapat hangpa di komen ya.
Renung- renungkan
Fikir- fikirkan...


Hitam Adalah Putih Yang Baru
---------------------------------------------------

Selain China, belum ada lagi negara di dunia yang batalkan lockdown/stayathome kempen. Lockdown, MCO, RMO atau apa saja namanya, masih tetap berjalan - di seluruh dunia.

Selepas 100 hari Covid 19 memberi shock wave, di peringkat global kita belum nampak tanda tanda penurunan. Malah di sebahagian hemisfera pula, Covid 19 ini baru sahaja memulakan serangan.

Kitaran serangan demi serangan di segenap sisi dunia ini membuktikan yang kita sedang berhadapan dengan pertarungan sengit yang sangat panjang.

Vaksin dijangka hanya akan tersedia paling awal pertengahan tahun 2021. Keyword dia "paling awal".

Kalau paling lambat? Entah.

Berdasarkan fundamental ancaman yang kita alami ini, maka kita tahu - pertarungan ini akan berlarutan dan kita perlu bertahan, adapt, survive dan progress dalam ruang yang tersedia.

Covid 19 memberi naratif yang dunia tidak akan sama sperti dulu, dan tanpa sedar kita sedang beradaptasi melalui proses tersebut.

Hitam adalah putih yang baru.

Budaya dan resam
Bersalaman, berkenduri kendara, berhari raya, berupacara - akan menjadi sesuatu yang taboo. Katakan kita sudah tidak amalkan budaya ini untuk beberapa tahun, semua ritual tradisi diringkaskan dan dimudahkan seadanya - maka rutin kita sedang berevolusi ke arah itu.

Agama
Masjid, Gereja dan kuil - akan perlahan lahan hilang fungsinya. Aku ambil sikit pandangan Amy Sullivan Pengarah Strategy Vote Common God, dia cakap lebih kurang macam ni;

"Agama dan kepercayaan akan melalui fasa yang getir. Agama dan kepercayaan akan betul betul berdiri atas paksi individu dalam keluarga kecil untuk melakukan segala rutin ibadah secara sendiri"

Dengan kata lain, sebagai orang Islam Covid 19 memaksa kita supaya berAgama tanpa solat jemaah di masjid, tanpa solat terawikh di surau, tanpa berkumpul gotong royong sembelih lembu kambing untuk ibadah korban, tanpa ziarah menziarahi di hari raya dan tanpa kenduri kendara.

Sekali fikir, memang jadi takut.

Tapi sedar tak sedar, kita dah melaluinya selama sebulan, macam mana kalau berterusan?

Online sosioekonomi
Peringkat awal RMO, kita mengeluh - tak boleh berniaga, tak boleh bekerja, tak boleh itu dan tak boleh ini. Tapi selepas seminggu makcik pakcik yang kita suka makan di gerai mereka sebelum ni dah mula offer buat delivery. Di pekan kecil, di kampung kampung pemandangan delivery semakin ber-imaroh. Sayur, ikan, ayam, buah buahan, kuih muih dan segala keperluan domestik masyarakat setempat boleh dihantar ke depan pintu rumah.

Kalau dulu kita cakap "aku tak puas beli online, kena pergi mall pegang material baru puas hati". Tapi hari ni prinsip macam tu kita terpaksa ketepikan. Kita kena beli online, sekali, dua kali, tiga kali dan akhirnya kita selesa, seterusnya sikap tu bertukar menjadi kelaziman.

Begitu juga dengan pekerjaan di pejabat. Kalau sebelum ni kita semua skeptikel yang bekerja itu mesti di pejabat, tapi sekarang tidak lagi.
Hari ni kita mengadap Zoom, Skype atau Teams menyelesaikan mesyuarat, buat report, siapkan planning - hal yang biasanya kita cuma buat di pejabat.

Dan kita semakin sedar "ehh boleh je setelkan di rumah". Semua orang terjurus untuk memudahkan kerja dari rumah, dari CEO sampailah ke kerani bawahan. Konsep bekerja manusia sedang mengalami evolusi.

Majikan dah mula berfikir - kenapa perlu sewa pejabat mahal mahal kalau semua staff boleh urus dari rumah?

Pembangunan realiti virtual juga akan lebih drastik demi memberikan pengalaman sosial kepada pekerja tanpa perlu berhubung secara fizikal.

Ya online ekonomi tak boleh selesaikan semua jenis pekerjaan sekarang, itu pasti.

Tapi dalam keadaan sekarang, semua yang kita perlukan adalah bersifat online. Ironi kan?

Pendidikan
Hari ni anak anak kita kena belajar di Google classroom. Cikgu bagi kerja sekolah dan latihan ikut Whatsapp, Telegram. Semua ni tak biasa, tapi hari ni kena biasakan. Cuma kalau berterusan kita mesti tengok secara serius macam mana nak sediakan jaringan internet, peranti/laptop untuk anak anak yang susah supaya mereka juga berpeluang belajar dalam talian.

Betapa disruptive senario ni akan jadi - mak ayah tak perlu keluar duit beli uniform, beg, kasut sekolah, yuran, buku latihan, hatta tak perlu keluar duit belanja sekolah anak sebab hari hari makan di rumah.

Cikgu cikgu pula tak payah hadap komplen mak ayah, tak payah marah, tak payah tengking murid. Semua tanggungjawab tu mak ayah dah ambil sebab anak belajar dari rumah.

Rasa macam susah nak direalisasi dan hampir tak lojik kan? Lojik atau tidak kita sedang melalui dan menyesuaikan diri.

Kekeluargaan
Suami lebih kenal isteri, ibu lebih rapat dengan anak anak. Anak anak lebih masa dengan ibu ayah. Mak jadi makin rajin memasak, keluarga banyak masa bersama. Hubungan kekeluargaan sepatutnya akan bertambah baik. Ya aku tahu banyak juga pergaduhan dan penceraian bila kena paksa lockdown duduk sama sama. Tapi peratusannya terlalu kecil nak dibanding dengan kebaikan lain dalam aspek hubungan kekeluargaan.

Alam Sekitar
Ketika kita bertarung melawan Covid 19, bumi pula kini sedang berehat.

Ya bumi berehat.

Sejak lebih 150 tahun selepas Rockefeller menemui petroleum, Andrew Carnagie membangunkan Steel industry, Vanderbilt menemukan railroads, dan Henry Ford menemukan motokar;

Sejak itu bumi ini bekerja menyerap segalanya - tanpa henti.

Hari ni tiba tiba kereta tidak boleh bergerak sebarangan, kilang tidak boleh beroperasi sesuka hati, hutan tidak lagi ditebang, mungkin lebih separuh penyejuk udara yang beroperasi di dunia sudah dalam mode off sejak sebulan. Tidak ada bunyi bising kapal terbang, tidak ada sisa kimia dibuang - entah berapa banyak penurunan carbon emisson di atmosfera, entah berapa inci ketebalan lapisan ozon telah diselamatkan, entah berapa suhu di kutub utara berjaya diturunkan.

Bumi sedang memperbaiki dan memulihkan dirinya.

Kemanusiaan
Hari ni kita sedar, pengasingan diri menjadikan kita lebih ingin mengambil berat dan mengambil tahu sesama manusia. Kita jadi less individual. Kita jadi kurang polarize, kita mahu bersama membawa misi melawan Covid 19 the common enemy. Kita lebih patriotik. Kita mula melupakan konflik lain sebab kita ada singularity of purpose.

Ahhh betapa aneh apa yang Covid 19 sedang lakukan kepada kita.

Sejak lebih 10,000 tahun - kehadiran virus telah beberapa kali mengubah haluan dan sejarah ketamadunan dunia.

Antonine plague, Justinian plague, Cyprian plague, The Black Death, The Columbian Exchange, The Great Plague of London, Cholera, Spanish Flu dan pada zaman kita kini - Novel Coronavirus aka Covid 19

Mungkinkah Covid 19 akan sekali lagi mengubah tatacara peradaban dunia?

****

Aku akhiri tulisan panjang ini dengan sepotong contengan spray yang tertera di sebuah jambatan di Wuhan;

Maksud tulisan tu lebih kurang begini;

"Setelah masalah ini selesai kita akan kembali kepada kehidupan normal. Tapi bagaimana kita boleh kembali kepada kehidupan normal kalau kehidupan normal itu lah punca kepada masalah?"

Maka bersedialah kita untuk menilai,

bahawasanya;

Hitam adalah putih yang baru.

-Pidomat-



0135819100 Cikgu Basariah
Biarkan bumi berehat Biarkan bumi berehat Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, April 09, 2020 Rating: 5

Kejohanan Merentas Desa SMKSA 2020

Sabtu, Januari 11, 2020
Assalamualaikum

Alhamdulillah meraikan tahun ke 11 merentas desa di SMKSA ni.

Kali ni cikgu nak join sekali budak-budak. Walaupon ditugaskan di bahagian dewan, cikgu selesaikan tugas lebih awal dan sempatla join pelajar merentas desa.

Pergh, bercerau gak peluh keluar. Rasa lebih sihat ooo.

Walaupon suasana merentas desa tahun ni rasa lain sangat sebab ramai kawan-kawan baru. Kawan lama hampir 15 orang kena bertukar sekolah. Huhu. Cikgu masih dikelilingi sahabat yang positif dan ceria. Alhamdulillah.

Salam Sabtu semua! Semoga hari ini dan hari-hari mendatang baik baik sentiasa 😘





0135819100 Cikgu Basariah
Kejohanan Merentas Desa SMKSA 2020 Kejohanan Merentas Desa SMKSA 2020 Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Januari 11, 2020 Rating: 5

Kisah suka duka bisnes Asmak

Sabtu, Disember 28, 2019
Assalamualaikum

SUSAH BILA DAH TERJEBAK NI!

Cikgu pernah juai macam-macam produk sebelum ni. Asal boleh untung mesti nak jual. Untung seposen dua posen pon sanggup jual tau.

Tapi kebanyakannya tak bertahan. Dengan Asmak ni dah nak masuk tahun kelima dan semakin berkembang.

Dari modal rm270 dah jadi lebih rm12k sebulan. Macam tak percaya pon ada yang cikgu boleh pergi sejauh ni.

Orang kata kerja kerajaan ni senang. Duit ada je. Memangla ada duit, tapi belum sampai gaji seterusnya dah termenung.

10 tahun lepas cikgu dan suami beli rumah kat Kedah tapi tak boleh duduk sebab keja kat Perak. Sanggup ikat perut bulan-bulan time gaji masuk lambat. Yela, duit gaji kena potong bayar rumah je dah berapa. Belum lagi dengan ansuran keta, bayar pengasuh dan taska anak, insuran nyawa kami anak beranak je pon dah lebih rm1k bulan-bulan.

Makin bertambah tahun, anak bertambah. Perbelanjaan pon makin bertambah. Sewa rumah pon makin naik. Nak tak nak kena beli juga rumah lagi sebuah kat Perak ni sebab tak tahan asyik kena pindah je. Terfikir juga masa beli tu, mampu ke tak mampu ni? Ada ke duit yang tinggal untuk kami makan pada hujung bulan? Kuatkan semangat, beli juga demi keselesaan keluarga.

Rezeki dengan Asmak tak putus-putus. Setiap bulan mampu selesaikan semua bayaran ni siap ada lagi duit lebih untuk menabung.
Boleh bagi duit kat mak ayah di kampung. Boleh sedekah pada lebih ramai orang. Boleh bawa anak bercuti beberapa kali setahun ke merata tempat. Duit tak nazak dah macam dulu. Nak shopping pon tak perlu tunggu time gaji dah. Syukur sangat jumpa bisnes ni.

Tipulah kata mudah. Kalau tak usaha, takkan sampai tahap macam ni. Dengan izin Allah, sokongan keluarga dan bantuan serta ilmu berterusan dari Hq Asmak, cikgu terus bertahan dengan Asmak ni malahan jualan semakin meningkat dari tahun ke tahun. 2019 ni tak sangka dapat restok produk melebihi rm120k.

Kejayaan ini bukan kejayaan cikgu seorang malahan hasil kerja keras kami satu team dalam Asmak. Tahniah Team The Spartans khususnya. Terima kasih juga buat semua pelanggan atas kepercayaan kalian dengan cikgu. Suka sangat bila dapat whatapps dan feedback kesihatan bertambah baik selepas guna produk Asmak ni. Alhamdulillah 😭

Tahun 2020 ni cikgu berazam nak capai lebih kejayaan lagi dan bantu seramai mungkin berjaya dalam bisnes Asmak ni. Seronok bila ramai agen team cikgu dapat keluar dari masalah kewangan dan beroleh kehidupan lebih baik asbab fokus berbisnes dengan Asmak. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih kan? 😀

Antara reward yang cikgu terima dari HQ Asmak

#MyStory #StokisPremiumPerak
#TheSpartans #ExcellentTogether #AsmakByMhamsb

Nak tahu lebih lanjut tentang bisnes Asmak? Hubungi cikgu:
0135819100 Cikgu Basariah
Kisah suka duka bisnes Asmak Kisah suka duka bisnes Asmak Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Disember 28, 2019 Rating: 5

Kisah Si Hitam

Selasa, Oktober 29, 2019
KISAH SI HITAM BERJASA

Memang laris semenjak dua menjak permintaan minyak hitam Asmak ni.

Nak nak musim hujan sekarang.

Peralihan monsun.

Ada jer yang mudah kena selsema.
Ada jer yang mudah kena Asma.
Ada jer yang mudah kena batuk.

Korang dah cuba ker?

Waaaaajibbbb
Standby🙋😀.

Dalam gambar ni Minyak Herba Asmak 3ml cikgu buat versi roll on senang nak sapu kat anak. Buat bekal depa bawak ke sekolah. Luka ke sakit ke gatal ke apa ke, sapu je. Nak beli, ada je cikgu juai. H

angpa roger ja 😘



#AnakSihatHatiTenang
#HanyaSapuSapuJerPun

#SebotolPelbagaiGuna

0135819100 Cikgu Basariah
Kisah Si Hitam Kisah Si Hitam Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Oktober 29, 2019 Rating: 5

Kisah The Spartans

Khamis, Oktober 24, 2019
KAMI TAK RAMAI TAPI KAMI ADA

Ha, ni lah dia wajah-wajah team kesayangan cikgu. Ada yang masuk ada yang tak nak masuk dalam gambar. Suka jadi belakang tabir katanya. Hihihi.

Cikgu cukup 'respect' dekat depa semua ni. Majoriti bekerja tapi dapat gunakan masa dengan baik sekali. Macam Munira Muhamad, ni seorang jururawat yang sangat komited.  Azuwa Shaari pon seorang guru yang komited dengan tugas hakiki dan sangat setia dengan Asmak. Jatuh cinta pertama kali selepas guna dan terus jadi agen. Dari agen, sekarang konsisten restok dengan title Superagen. Walau masih bekerja, tapi setiap bulan dapat buat jualan 3 ke 4 angka secara konsisten. Hebat kan? Tahniah my team #TheSpartans! ❤️

Ada juga ahli team kami surirumah sepenuh masa macam Nadia Shukri Nurul Nadia, Madihah Alhusainy, Anis Mira, Ainie Zakaria yang memang aktif dengan Asmak ni. Seronok dengar cerita dah boleh dapat gaji bulan-bulan macam orang bekerja juga. Duit jualan Asmak dapat bantu suami dan beli barang-barang yang diperlukan. Yang penting, fokus dan konsisten. Tahniah 'supermom' semua!

Dulu hangpa mesti perasan #Asmak4u057 kan? The Spartans ni adalah jenama baru team kami. Semoga nama baru ni dapat bakar semangat kami lebih lagi. Nama ni diilhamkan oleh salah seorang ahli team juga iaitu Nor Liyana Norli seorang guru cantik yang setia dengan Asmak dari awal cikgu jual produk ni. Antara perintis team kami ni lah. 


The Spartans ni pejuang yang tak cintakan dunia semata-mata. Rela bersusah payah demi mencapai impian. Doakan ikatan kami terus utuh bukan samata-mata kerana bisnes namun kerana Allah.



0135819100 Cikgu Basariah
Kisah The Spartans Kisah The Spartans Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Oktober 24, 2019 Rating: 5

Salam Sabtu

Sabtu, Oktober 05, 2019
Assalamualaikum

Hangpa buat apa hujung minggu ni?

Cikgu lepak rumah ja. Kebetulan ada janji dengan tukang mai tambah dapoq dan bilik stor.

Sekarang musim hujan petang-petang. Memang susah juga nak ke mana-mana pon.

Alhamdulillah pagi tadi, jiran cikgu Kak Ton mai repeat beli Minyak Herba Asmak 50ml. Serasi dengan dia. Pastu kawan dia pulak order minta tolong belikan. Syukur sangat. Rezeki di pagi Sabtu.

Jiran-jiran cikgu taman baru ni tak seramah dan semesra jiran taman lama kat depan rumah cikgu ni. Masing-masing bekerjaya. Jadi agak sukar nak bertemu. Kadang bila cikgu joging pagi-pagi pon takde yang keluar. Ada tu, masa cikgu lalu depan rumah, dia terus tutup pagar. Tak bertegur apatah lagi senyum. Sibuk sangat agaknya. Bersangka baik jelah kan 😄

Sekarang bukan kata kat taman je orang kurang bertegur sapa. Kat kampung pon sama. Lagi rapat di alam maya berbanding di alam nyata. Zaman dah berubah.

Tempat hangpa camna?


Hangpa nak beli Minyak Herba Asmak roger ja cikgu ya. 😁
0135819100 Cikgu Basariah
Salam Sabtu Salam Sabtu Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Oktober 05, 2019 Rating: 5

PENIPU

Khamis, Oktober 03, 2019
PENIPU?

Suatu hari yang damai, burung burung berkicau, rama-rama terbang ke sana kemari, aku pula khusyuk membuat kerja dalam suasana yang penuh ketenangan tanpa perlu merisaukan dateline tugasan perlu dihantar kepada bos.

"Ayu!"

"Mak, terkejut saya kak! Mujoq mak saya kat kampung". Tersipu-sipu malu aku selepas terjerit kecil akibat terkejut mendengar sergahan di tepi telingaku yang manis.

"Awatnya kak oi?"

"Ko ni kan, tak habis-habis nak tipu akak kan?"

Alamak, pasni virallah wajahku yang ayu di dada dada akhbar. Jantung berlari melebihi kelajuan 100 km per jam dah ni.

Dengan wajah yang mulus dan tulus, ku soal semula Kak Ji yang menyinga itu.

"Sabar kak, sabar. Saya bukan scammer yang diwar-warkan itu. Cuma akak cerita pasaipa akak kata saya tipu akak?"

Peluh dingin mulai memercik di dahiku yang licin. Janganlah luntur makeup pagi ni. Kelas banyak lagi ni. 😅

"Ni ha akak nak bagitau. Hari tu, kata habis sebotol guna, legalah buasir akak tu. Ni kenapa, baru sapu dua kali dah lega dah? Rugila minyak akak ni. Lambatla dia habis!"

Cit! Terkena aku pagi-pagi ni. Dok terbayang bakal glamer dalam akhbar guru bertumbuk kat bilik guru. Rupanya nak bagi testimoni! Huhu. Habaqla awai-awai 😝

"Kak Ji ni kan, mujoq saya takdak lemah jantung. Kalau dak, meninggal dah saya kat bilik guru yang aman ni."

"Kak Ji ikut apa yang ko ajar tula. Sapu Minyak Herba Asmak pastu duduk atas botol air panas. Memang berkesan la Ayu oi! Terima kasih tau. Hari tu pon guna masa batuk, cepat sangat lega bila sapu minyak ni. Ajaib la. Beli sebotoi guna banyak kali"

Terima kasih Kak Ji atas perkongsian testimoni buasirmu itu. Bolehla pasni makan pedas-pedas lagi. Minyak Herba Asmak kan banyak lagi bakinya tu 😜

Kalau habis pon, tak payah nak risau, aku ada je di sisi nak jual yang baru. Hohoho.

Ha, hangpa yang dok buasir tu, biaqla lama-lama tak try sapu Minyak Herba Asmak ni. Usah biarkan diri hangpa di belenggu buasir.

Mai roger lekaih untuk khidmat bantuan mesra dari agen Asmak yang comel ni 😁

0135819100 Cikgu Basariah



PENIPU PENIPU Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Oktober 03, 2019 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.