Seo Services
Results for Diet tanpa stress

Stevia dan Diet

Selasa, Disember 06, 2022
Assalamualaikum & selamat pagi 💓

Ada ke di kalangan pembaca blog ini yang sedang dalam fasa diet? Nak diet, nak kurangkan gula tapi tak boleh buang terus tabiat suka manis ni! Boleh mengigil satu badan 😖 Betul tak?

Janganlah seksa diri tu walau nak turunkan berat badan. Kenalah buat berperingkat-peringkat. Kalau terus hardcore, takut nak kurus secara sihat, jadi sakit pulak 😷

Salah satunya boleh gantikan rasa manis yang kita susah sangat nak buang tu dengan Asmak Stevia Drop. Dalam makanan letak 2-3 titis & dalam minuman letak 1-2 titis pun dah boleh rasa manisnya. Sama sahaja rasa manis itu 😚




Lagipun tak perlu risau nak jadikan Asmak Stevia Drop sebagai pilihan alternatif pemanis tanpa gula sebab ia diperbuatkan dari bahan berkualiti tanpa campuran sintetik.

Lepas ni masih berpeluang lagi nak kurangkan ketagihan makanan & minuman yang manis-manis tu bila dah jumpa pengganti gula putih ni. Seronok tak??? 😉

Anda tak perlu risau nak jadikan Asmak Stevia Drop sebagai pilihan alternatif pemanis tanpa gula sebab ia diperbuatkan dari bahan berkualiti tanpa campuran sintetik 😋






Ada yang berminat nak dapatkan produk yang disebut-sebut ini? Boleh tekan link di bawah ya 😁 Kami sedia membantu anda. 
 
 
Jemput datang ke Asmak Distrubution Centre Teluk Intan! 😎
 
Stevia dan Diet Stevia dan Diet Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Disember 06, 2022 Rating: 5

Diet tanpa stress

Jumaat, November 18, 2022
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada pembaca blog cikgu 😁. Korang dah bergerak balik kampung halaman ke tu? yang balik, semoga dipermudahkan segala urusan ya dan berhati-hati di jalan raya. Hari ini, cikgu rasa nak kongsikan kepada pembaca cikgu tentang diet. Kita bila dengar sahaja tentang diet mesti memikirkan mesti tak boleh makan nasi kan? 😂 kena berlapar sepanjang hari. betul tak korang? Sebenarnya bahaya bila diet begitu, diet yang begitu akan membuatkan mental kita stress dan boleh seksa kan diri kita tau. Jadi, jom cikgu terangkan kepada korang tentang diet yang sihat 😊

Ada 4 tips diet yang sihat 

1) Jangan terlepas sarapan pagi

Seperti yang kita tahu, sarapan pada pagi hari adalah waktu yang paling penting. Pun begitu,ada individu yang sengaja meninggalkannya, hanya kerana ingin tubuh badan yang langsing. salah! perbuatan itu akan menjadikan korang akan terkena gastrik. Badan kita perlukan nutrien untuk tubuh badan kita berfungsi. Tanpa nutrien yang cukup,korang hanya akan mengambil banyak snek di hari itu kerana lapar. Bancuh susu kambing Asmak mampu memberi tenaga dan juga mampu memberi tahan lapar. Nak cuba? boleh klik number dibawah nanti ya 😋



2) Minum air kosong lebih banyak

Mesti ramai yang terfikir bahawa perbuatan ini hanya akan mengakibatkan korang gemuk air bukan?
Tidak, jangan risau tentangnya kerana ia mungkin tidak akan terjadi jika korang kenal diri sendiri. Ramai yang keliru antara rasa lapar dan dahaga. Itu lah punca korang makan banyak, sedangkan apa yang diperlukan hanyalah segelas kosong sahaja.




3) Makan lebih banyak sayur dan buah

Buat korang yang belum tahu, sayur dan buah adalah sangat rendah kalori dan lemak serta tinggi serat. Selain itu, ia juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang sangat sihat untuk tubuh badan kita secara umumnya. Jadi,sila ambil buah dan sayur terlebih banyak.







4) Makan dengan waktu tetap 

Ramai individu beranggapan bahawa perbuatan skip makanan salah satu waktu makan boleh menbantu diet korang.Tidak sama sekali,ini kerana ia hanya kerana korang mengambil lebih banyak snek kerana lapar. Sebaliknya,sila makan pada waktu yang tetap pada setiap hari namun dengan kuantiti makanan yang lebih sedikit. Dengan ini, dapatlah kalori yang anda ambil itu dibakar dengan lebih cepat. Ambil pengambilan suku-suku separuh. Baru terasa tak diet kan. hehe. Seperti contoh dibawah ya.



Nampak pun dah sedap kan! 😋😍. Diet jangan stress-stress. Kita enjoy sahaja okies? 



Korang nak risik-risik produk Asmak? Roger sahaja cikgu, nanti cikgu akan terangkan satu persatu tentang produk Asmak ya 😉

Diet tanpa stress Diet tanpa stress Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, November 18, 2022 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.