Seo Services
Results for Edalia gold

Fakta emas anda perlu tahu

Khamis, Julai 19, 2018
LAGI JATUH LAGI ORANG BELI

Emas ni kalau kita betul-betul minat dan selalu mengikuti perkembangannya, kita pasti tertarik untuk memilikinya tak kisah lah samada dibeli sekadar perhiasan mahupun dibeli untuk dijadikan simpanan. Biasanya orang akan membeli emas untuk dijadikan simpanan disamping sebagai perhiasan diri. Ada yang minat kumpul gelang, ada yang minat kumpul cincin dan macam-macam lagi.
.
Bila tengok harga emas tinggi kebanyakkan akan jadi takut nak beli disebabkan harga semasa. Nasihat saya jangan takut, simpan sikit-sikit dulu dan bila cukup duit pergi beli. Tak rugi kalau kita beli emas ni. Bila harga naik, kita pun *“happy”* sebab boleh jual dengan harga yang tinggi kalau kita nak pakai duit. Bila harga rendah lagi la kita *“happy”* sebab kita boleh beli lagi dan lagi dan lagi lepastu bila harga naik kembali wahhhh untung teruk kita.😍
.
Orang akan serbu beli emas sebagaimana yang berlaku di negara China pada tahun 2013. Ada kedai emas sampai kehabisan stok! Bahkan di Malaysia pun sama, jualan kedai emas seminggu dikatakan bersamaan dengan sebulan jualan pada waktu-waktu biasa! Maksudnya, lagi harganya jatuh, lagi orang berebut-rebut membelinya.
.
Beza emas dengan duit kertas bila harga jatuh ialah emas ni kalau jatuh harganya ia tetap emas dan akan sentiasa bernilai sepanjang zaman. Beza pula dengan wang kertas, kalau jatuh nilainya ianya adalah sehelai kertas yang tiada berguna lagi.  Bahkan sejarah membuktikan, kesemua wang begitu akan berakhir dengan nilai intrinsiknya yang sebenar iaitu KOSONG!
.
*PERCAYALAH* dengan adanya emas ini dalam keluarga anda, anda pasti terselamat dari masalah terutama masalah kewangan. 😇


Jadikan emas sebagai ahli keluarga anda. ⬅

0135819100 Cikgu Basariah
Fakta emas anda perlu tahu Fakta emas anda perlu tahu Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Julai 19, 2018 Rating: 5

Jom belajar ilmu emas

Ahad, Julai 15, 2018
Assalamualaikum

ILMU EMAS

Nampak mudah.
Nampak macam perkara kecik je.
Tapi bila terjadi salah paham akibat takde ILMU, habis di canang satu dunia.
Maklumlah..dunia di akhir zaman ini..
Lebih dasyat cara fitnahnya..
Zaman VIRAL kan  😂
Tanpa menyiasat atau selidik terlebih dahulu.
.
Saya terpanggil untuk berkongsi ILMU ini. Mudah-mudahan dapat di jadikan panduan kepada yang belum tahu.
.
.
Terdapat beberapa jenis barang kemas mutu 916 yang di pasang atau di cantumkan dengan mutu 750.
.
.
Di antara jenis barang kemas itu adalah ;
 📌 Subang ketip/katup
 📌 Bangle
 📌 Cangkuk jenis lobster & lain-lain

*KENAPA ?*
Kerana untuk meningkatkan ketahanan sesuatu barang kemas itu, mutu 750 ini di perlukan bersama. Ambil maklum bahawa emas 916 sifatnya lebih lembut dari 750. Untuk menyokong supaya sesuatu barang kemas itu tidak mudah patah atau rosak, sedikit emas 750 di perlukan bersama. Contohnya sendi di belakang subang ketip/katup di letakkan sedikit emas 750 supaya dapat menahan sendi itu dari patah.
.
.
Namun, jumlahnya atau gramnya adalah dalam nilai yang sedikit atau sangat kecil. Contohnya 0.03g +/-.
.
.
Oleh itu, jika anda mendapati ada sesetengah orang memberitahu bahawa emas anda palsu, tidak laku dan sebagainya. Hendaklah anda semak dengan badan/persatuan yang boleh mengesahkan ketulenan barang kemas anda itu. Dapatkan penjelasan terlebih dahulu.Jangan mudah terjun ke dalam kesimpulan. Rujuk dengan beberapa badan/persatuan sebelum mengeluarkan statement. Takut takut nanti boleh kena saman pulak  😂 😂
.
.
Berikut adalah di antara badan/persatuan yang anda boleh rujuk untuk semak ketulenan barang anda.
.
.
 ✅ AR RAHNU POS MALAYSIA
 ✅ AR RAHNU YAPEIM
 ✅ ARRAHNU XCHANGE
.
Anda boleh mencuba salah satu ini yaa 😊
.
.
Share jika manfaat.
Screenshot pun boleh  😀
Copy Paste

Jadilah mulia seperti emas. Sentiasa disayangi dan didambakan manusia



#EdaliaGold #GoldForFuture #SimpananEmas

0135819100 Cikgu Basariah
Jom belajar ilmu emas Jom belajar ilmu emas Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Julai 15, 2018 Rating: 5

Emas penyelamat duit raya anak anda

Ahad, Julai 01, 2018
EMAS PENYELAMAT DUIT RAYA

Hari raya merupakan antara hari yang paling dinantikan terutama bagi kanak-kanak. Mana tidaknya, ketika inilah peluang untuk mereka mengumpul duit sebanyak mungkin dari sanak saudara dan jiran tetangga dimana duit yang mereka kumpul ini mereka akan gunakan untuk beli apa yang mereka idamkan. Tapi apa kaitan duit raya, emas dan kanak-kanak ??

-----> Mari saya nak story sikit apa kaitannya 😉😉 < -----
Sebagai ibu bapa, mereka perlu bijak dalam menguruskan duit raya anak-anak mereka dari terbazir begitu sahaja.Emas merupakan asset yang paling mudah untuk disimpan dan lebih bernilai.

MENGAPA EMAS ??
Umumnya ramai yang mengetahui emas sangat bernilai tetapi sekadar memahami sahaja tanpa melihat dan mengetahui prospek sebenar untuk jangka masa yang panjang.Ada sesetengah ibu bapa lebih gemar menyimpan duit raya anak-anak mereka di bank.Hal itu tidak salah malah itu satu tindakkan yang bijak.

Tetapi apa kata kita buat sedikit kelainan dengan menukarkan duit raya anak anda itu tadi kepada emas. Bunyi macam agak leceh tetapi mengapa saya mengesyorkan simpanan emas untuk anak-anak anda adalah kerana :

🏅Duit raya itu tadi kekal dalam bentuk asset yang tahan lama.
🏅Asset muda untuk anak-anak kelak
🏅Membantu anak-anak untuk belajar
🏅Mendedahkan kanak-kanak dengan ilmu kewangan di usia muda
🏅Melahirkan sikap ingin menyimpan dan mengelakkan sifat boros

Jadilah ibu bapa yang bijak dalam membentuk masa hadapan anak-anak anda.Tukarkan semua ataupun sebahagian duit raya anak anda kepada emas.

Jangan biarkan anak anda terlalu seronok dengan duit raya itu tadi.Ajar anak anda untuk sentiasa menyimpan duit raya ataupun menukarkan duit raya itu tadi dengan sesuatu yang lebih bernilai demi kebaikkan di masa hadapan.


Percayalah bahawasanya EMAS merupakn penyelamat anda serta anak-anak anda di masa hadapan. Anda tidak akan rugi membeli emas !! 😍😍

Loket emas Edalia Gold diperbuat daripada emas 916 dan berjisim 2g. Comel dan boleh dijadikan simpanan dan boleh juga dipakai pada rantai anak anda. Jom beli satu!


Jom tukar duit raya anak kepada loket emas comel edalia gold. Hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah
Emas penyelamat duit raya anak anda Emas penyelamat duit raya anak anda Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Julai 01, 2018 Rating: 5

Kenapa orang Melayu fobia simpan emas?

Jumaat, Jun 29, 2018
FOBIA ORANG MELAYU BILA SEBUT SIMPANAN EMAS FIZIKAL

Penerangan ini bukanlah betul 100% tapi ia lebih kepada pengalaman berbual dengan saudara mara, kawan-kawan, private message dan lain-lain. Kenapa melayu ???mari saya ceritakan.

1. Takut kena zakat

Fobia paling ketara dalam masyarakat melayu kita. Jika di lihat dari sudut positif, ini menunjukkan orang kita sedar mengenai kepentingan zakat dalam islam. Jangan letakkan zakat ini sebagai penghalang ataupun alasan bagi anda untuk tidak menyimpan emas. Zakat ni tak merugikan anda pun malah bantu anda semua jadi lebih kaya sebab ape ??sebab zakat ini satu ibadah wajib yang dapat menyuburkan harta. So mengapa perlu takut dengan benda yang tak sepatutnya kita takut betul tak ???.

2. Takut kena rompak & tak tahu nak simpan dekat mana

Setiap benda mesti ada risiko tak kira besar atau kecik. Jangan katakan emas, benda lain paling mudah motorsikal pun kena curi. Ape yang saya cuba sampaikan adalah bagaimana kite mengendalikan risiko-risiko ini. Perlunya ada kesedaran dan kepekaan apabila memakai emas ini mahupun menyimpannya dirumah.Jika menyimpannya dirumah maka perlunya mempunyai satu ruang mahupun sudut khas untuk menyimpan dan menyorokkan emas sekiranya berlaku perkara tak diingini.Bagi si pemakai emas pula, saya lihat kepekaaan tu tersangat lah kurang asyik tayang gelang dan rantai tu tanpa rasa takut.Hal ini menarik peragut untuk meragut emas anda.Nasihat saya sentiasa peka dan minimumkan risiko sebab mencegah itu lebih baik dari merawat.

3.  Beli mahal time jual murah

Ini biasa dibimbangi oleh geng-geng Skim Cepat Kaya, dapat dividen bulan-bulan tapi tiada ilmu bab investment. Golongan ni biasanya tak berapa faham konsep tempoh minimum untuk keuntungan dan bila masa terbaik untuk beli dan jual. Geng ini juga hanya tahu fungsi emas itu sekadar perhiasan seorang wanita yang hanya boleh dibeli di kedai emas dan menjualnya hanya dikedai emas walhal harga emas terpakai adalah 15 – 25% lebih rendah dari harga pasaran semasa.

4. Takut kena tipu dengan emas palsu

Ramai juga sebenarnya yang menjadi mangsa penipuan emas ini. Nasihat saya belilah dari orang yang anda percaya dan jangan terburu-buru mencari harga yang murah dikhuatiri ada penipuan boleh berlaku. Rujuk senarai pengedar yang sah sebelum anda berurusan dengan seseorang.

5. Takut tak boleh tukar kepada wang kertas bila emergency|

Jangan takut dan gusar kerana dengan adanya kemudahan pajakan “Ar-Rahnu” di Bank Rakyat, Agro Bank, Koperasi dan institusi yang menjalankan operasinya secara sah anda boleh dapatkan wang dengan segera dan berpeluang menebus kembali emas anda dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Sebab tu saya cadang beli emas. Emas kalau apapun berlaku tetap emas. Walau patah pecah jadi debu pun tetap emas. Tetap bernilai. Kalau duit? Terkoyak pun ada kedai dah tak terima.

Jelas kan? still ragu-ragu ke? Jom simpan emas.

#SharingbyNfam

#kempenSimpanEmas




Dah tukar duit raya anak kepada emas?
Pertanyaan lanjut tentang edalia gold, hubung:
0135819100 Cikgu Basariah
Kenapa orang Melayu fobia simpan emas? Kenapa orang Melayu fobia simpan emas? Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Jun 29, 2018 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.