Seo Services
Results for Info hukum

Apakah beza antara jin, syaitan dan iblis?

Isnin, September 17, 2018
Assalamualaikum

Beza jin, syaitan dan iblis

Satu soalan yang mudah tetapi ramai yang keliru.  Bagi makhluk yang berakal, Allah s.w.t hanya mencipta jin, manusia dan malaikat.  Bapa kepada manusia adalah Nabi Adam a.s dan bapa kepada jin adalah Jan.  Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t Surah Ar-Rahman ayat 15 :Yang bermaksud : Dia ( Allah ) menciptakan Jann ( Jin ) dari nyalaan api ( Pucuk  api yang menyala-nyala atau Maarij ).

Malah jin telah diciptakan dahulu sebelum diciptakan manusia seperti yang telah dijelaskan dalam Surah Al-Hijr ayat 26 hingga 27, yang bermaksud : "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat yang kering kontang yang berasal dari lumpur hitam yang di beri bentuk dan Kami telah ciptakan Jin sebelum di ciptakan manusia daripada api yang sangat panas."  Sebab itulah jin telah terlebih dahulu menghuni bumi sebelum manusia. 

Iblis juga adalah dari keturunan jin yang bernama Azazil.  “Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: ‘Sujudlah kamu kepada Adam’, maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin…” (Al-Kahfi: 50)

Azazil merupakan ketua para malaikat di langit dan mengajar para malaikat.  Ia digelar iblis, yang dilaknat, setelah engkar untuk sujud kepada Nabi Adam a.s lalu Allah SWT murka.  Hakikat penciptaan iblis yang dicipta dari api sama seperti jin ini disebut dalam al-quran iaitu dalam Surah Al-‘Araf ayat 12 :Yang bermaksud : " Engkau ciptakan aku ( kata Iblis ) dari api sedangkan ciptakan dia ( Adam ) dari tanah.Bermakna yang Allah ciptakan hanyalah jin, manusia dan malaikat.  Dalam satu hadis Nabi s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Muslim r.a: Maksudnya : " Malaikat diciptakan dari cahaya, Jaan diciptakan dari lidah api sedangkan Adam diciptakan dari sesuatu yang telah disebutkan kepada kamu ( tanah).

Bagaimana pula dengan syaitan?  Syaitan bukannya makhluk tetapi sebaliknya adalah sifat.  Sama seperti apabila kita menyebut perkataan munafik, ia adalah sifat.  Syaitan adalah merujuk kepada sifat kejahatan.  Sebab itulah dalam surah An-Nas kita meminta berlindung dari Allah daripada syaitan-syaitan di kalangan jin dan manusia.  Maknanya, syaitan ini boleh terdiri daripada jin dan juga manusia.  Oleh itu usah keliru lagi.  Ramai yang silap, keliru dan tidak faham selama ini.


Kalam ustaz Abu Handzalah Ahmad Darul Muallij

Dalam dunia ni ramai syaitan bertopengkan manusia. Hanya iman pembeza kita. Semoga dilindungi kita semua dari menjadi sahabat syaitan yang bakal menerima azab api neraka.

Mencari produk untuk batuk, selesema, kahak, penat yang sembuh. Jom ikhtiar dengan produk Asmak By Mhamsb.
Hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah
Apakah beza antara jin, syaitan dan iblis? Apakah beza antara jin, syaitan dan iblis? Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, September 17, 2018 Rating: 5

Perlu ke solat masa bersalin

Ahad, Ogos 12, 2018

PERLU KE SOLAT MASA BERSALIN?

Assalamualaikum. Lama rasanya tak berkongsi di sini.

Hari ni topik sedikit berbeza daripada biasa. Sebabnya? Sebab perkara ni penting dan pernah ditanya kepada saya oleh salah sorang mommies HypnoBirthing saya.

Jadi, perlu ke tak perlu solat kalau:
+ dah keluar tanda (mucus)
+ dah keluar darah (bloody show)
+ dah keluar air ketuban

Jawapannya, ketiga-tiga PERLU dan WAJIB.

Macam mana nak solat?
Bersihkan apa yang patut, ambil wuduk dan solat.

Kalau tengah sakit? Kalau tak larat?
Di sini suami kena ambil peranan. Tolong isteri ambil wuduk. Kalau larat solat macam biasa, solat macam biasa.
Kalau tak berani rukuk dan sujud sebab takut jatuh (tengah kesakitan), boleh solat duduk.
Kalau tak mampu jugak, boleh solat sambil baring.

Ikut kemampuan masing-masing. Tak perlu paksa diri berdiri kalau tak larat. Solat tu wajib, dalam keadaan apa sekalipun. Tapi untuk melaksanakan solat, tak berat, Allah tak susahkan kita.

Nasihat saya, masuk je waktu terus solat. Sebab kalau termiss, kena ingat nak kena qodo lepas habis nifas nanti. Berbulan baru boleh ganti. Tu pun kalau panjang umur.

Sampai bila boleh solat?

Sampai bersalin. Tapi kalau masuk waktu masa bukaan dah 10cm, tengah meneran kepala baby dah nak keluar, tak perlu lah berhenti gi solat dulu pulak ye...

Apa ikhtiar yang boleh buat?
1/ Cakap dengan baby. Rancang untuk bersalin bukan semasa waktu solat. Contohnya waktu pagi selepas subuh, atau waktu malam lepas solat Isya.
2/ Bawa kain dan pakaian dalam lebih untuk salin semasa solat, in case pakaian kita dah kena darah.

Updated - Beberapa persoalan yg diterima:
+ Boleh ke solat kalau air ketuban atau darah mengalir tak berhenti?
BOLEH, buat macam darah istihadah. Cuma perlu bersihkan, ambil wudu' dan terus solat.

+ Kalau mula sakit waktu zohor atau mahgrib, dan risau xlarat dah nak solat waktu asar/isya, boleh jamak tak?
BOLEH. Jamak dalam keadaan sakit dibenarkan dalam Islam. Boleh lah jamak takdim dalam keadaan ni.

+ Kalau doktor buat vaginal exam dengan memasukkan jari ke dalam faraj untuk check bukaan, perlu ke mandi wajib sebelum solat?
TAK PERLU. Memasukkan sesuatu ke dalam faraj tidak perlu mandi wajib. Hanya jika memasukkan zakar ke dalam faraj, wajib mandi wajib/mandi junub.


Semoga bermanfaat. Selamat beramal. Wallahualam.

Berminat nak cuba set asmak tapi rasa was-was? Cubalah set minion ni dahulu 😎


0135819100 Cikgu Basariah
Perlu ke solat masa bersalin Perlu ke solat masa bersalin Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Ogos 12, 2018 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.