Seo Services
Results for Motivasi diri

Jadilah diri sendiri. Tak perlu terikut-ikut orang lain

Selasa, Jun 03, 2025

Setiap Orang Ada Rentak Sendiri, Jangan Paksa Diri Ikut Orang Lain

Pernah tak rasa macam kita ni tertinggal jauh, sedangkan orang lain dah ‘sampai’? Kiri kanan semua orang nampak laju — ada rumah sendiri, ada kereta besar, bisnes pun meletup-letup. Tapi kita? Masih terkial-kial, kadang tak tahu pun hala tuju ke mana.

Hakikatnya, hidup bukan perlumbaan. Setiap orang ada masa mula yang berbeza. Ada yang terus berlari, ada yang merangkak dulu. Dan ada juga yang berhenti kejap — bukan putus asa, tapi rehat sebentar, tarik nafas, betulkan langkah.

Yang penting, kita tetap bergerak. Pelan-pelan pun tak apa. Janji tak putus asa. Bila kita mula terima bahawa perjalanan kita unik, baru kita boleh hargai setiap langkah, walau sekecil mana pun.

Dan dalam perjalanan tu, jangan lupa jaga bekal — kesihatan tubuh badan. Bila badan mula lesu, kerap bersin, mudah jatuh sakit, atau emosi tak stabil… itu petanda tubuh perlukan perhatian. Kadang-kadang, penyelesaian datang dari sumber semula jadi.

Ramai dah mula amalkan herba tradisional untuk bantu tubuh kembali stabil dan bertenaga. Antaranya:

🌿 Asmak Herbs – membantu masalah resdung dan alahan, kurangkan bersin, bantu pernafasan lebih lega.
💧 Minyak Herba Asmak – sesuai untuk sapuan luaran; bantu melegakan batuk, selesema, lenguh badan, angin, dan kembung perut.
🌱 Minyak Kelapa Dara dan Habbatus Sauda Asmak – untuk kekuatan dalaman, tenaga dan imun badan.

Tak perlu tunggu sakit baru nak mula ikhtiar. Mula sekarang. Sayang diri, usaha jaga tubuh.

📦 Dapatkan produk Asmak di:
➡️ Shopee (Kedai Rasmi Cikgu Ayu Asmak): https://shopee.com.my/cikguayuasmak
➡️ TikTok Shop (Cikgu Ayu Asmak): https://www.tiktok.com/@cikgu_ayu_asmak
🚪 Atau terus walk in ke Pusat Edaran Asmak Teluk Intan untuk pembelian dan konsultasi.

Ingat, tak kira cepat atau perlahan — yang penting, teruskan melangkah. Dan bila tubuh sihat, langkah tu jadi lebih ringan. 🌿✨


0135819100 Cikgu Basariah
Jadilah diri sendiri. Tak perlu terikut-ikut orang lain Jadilah diri sendiri. Tak perlu terikut-ikut orang lain Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Jun 03, 2025 Rating: 5

Tip kekal sihat

Rabu, Oktober 27, 2021
Assalamualaikum dan selamat pagi!

Jom kekal sihat dengan amalkan tips berikut:

1. Kekal positif 
- Bangun pagi biasakan dengan membaca doa dan jangan tinggalkan solat ye. Solat tu ubat ketenangan tau 

2. Menjaga diri
- Amalkan pemakanan seimbang dan senaman yang rutin. Kalau berat berlebihan, jangan terus lakukan senaman lasak. Biar lambat asal selamat. Nak naik berat pon makan tahun jugak tu kan? 😁

3. Minum air secukupnya
- Disarankan minum air ikut berat tau. 1 liter air untuk setiap 22.7kg. Ni tak termasuk kopi ke teh ye. Air yang dimaksudkan kat sini, air kosong ye kawan-kawan.

4. Kurangkan terdedah kepada matahari yang terik
- antara jam 10 pagi sehingga 4 petang elakkan berada bawah sinar matahari. Ni boleh memberi risiko kanser kulit. Kalau terpaksa, pastikan pakai krim pelindung matahari ya.

5. Mengurangkan berat badan
- ni Kak Ayu pon masih berusaha keras ni. Haha. BMI ideal adalah sekitar 18.5 sehingga 24.9. Cara nak kira dia, berat dibahagikan dengan kuasa dua tinggi dalam unit meter. Jom usaha! 💪

6. Berhenti merokok
- Jarang ada perempuan yang merokok tapi kalau lelaki sebaliknya. So, usahalah untuk berhenti merokok ya. Duit terbakar, kesihatan pon rosak. Kalau sayang keluarga, berhentilah merokok ✌️😊

Kongsikan post ini agar lebih ramai mendapat manfaat.



0135819100 Cikgu Basariah
Tip kekal sihat Tip kekal sihat Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Oktober 27, 2021 Rating: 5

Perjalanan tiada sempadan

Jumaat, September 24, 2021
Hidup Adalah Sebuah Perjalanan 

Ramai yang menyangka hidup akan selamanya senang sedang ramai yang hidupnya susah,

Ramai menyangka hidup ini sentiasa susah sedang ramai yang dikurnia kesenangan hidup,

Ramai beranggapan dunia ini tempat mengumpul harta sedang ada yang “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”,

Ramai beranggapan dunia ini tempat mengejar takhta sedang ramai juga yang dihukum disebabkan takhta, 

Ramai yang terlena dengan nikmat sihat sedang ada yang diuji dengan kesakitan,

Ramai yang hampir berputus asa dengan kesakitan sedang ada yang tidak henti-henti berharap diberi kesembuhan,

Ramai yang bercita-cita punyai pasangan yang baik, sedang ada yang tidak menghargai pasangan mereka,

Ramai yang mengimpikan keluarga yang bahagia, sedang ada yang dilanda sengsara.

Hidup ini sebuah perjuangan dan perjalanan yang panjang. Layari lah ia dengan keimanan dan kesabaran. Berdoa agar Allah SWT sentiasa memandu kita ke arah kebenaran.

#kapsultazkirah #Asmak #WeAreFamily #MenjadikanHidupLebihBaik


0135819100 Cikgu Basariah
Perjalanan tiada sempadan Perjalanan tiada sempadan Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, September 24, 2021 Rating: 5

Muflis

Khamis, September 16, 2021
Selamat pagi 🌻

Orang yang muflis di akhirat bukan kerana tidak memiliki wang ringgit serta harta semasa di dunia. Pada awalnya mereka datang dengan pahala  hasil amal ibadat semasa di dunia (pahala solat, puasa, zakat dan amal solleh yang lain) namun pahalanya habis kerana terpaksa membayar hutang pada orang  lain. 

Muflis kerana pahala yang ada terpaksa membuat bayaran hutang dosa yang dilakukan semasa di dunia antaranya dosa mencela, menghina, menuduh, menyebarkan berita palsu, mengumpat dan memfitnah orang lain sama ada melalui lisan mahupun tulisan sehingga habis segala pahalanya. 

Muflis juga disebabkan pahala yang ada akhirnya habis kerana terpaksa membayar hutang yang belum dijelaskan semasa didunia seperti mengambil harta orang lain, mencederakan serta menumpahkan darah tanpa hak.

Muflis kerana pahala yang ada telah habis, sedangkan hutang dosa dengan orang lain masih ada. Akhirnya terpaksa menanggung dosa orang lain.

Jangan biarkan kita menjadi MUFLIS di akhirat nanti.

Kredit : Prof Dr Ajmain Safar

Jemput guna poster hadis 🥰🥰



0135819100 Cikgu Basariah
Muflis Muflis Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, September 16, 2021 Rating: 5

Penyesalan sakaratul maut

Jumaat, September 03, 2021
*PENYESALAN SAAT SAKARATUL MAUT* 

Al kisah ada seorang sahabat Nabi saw bernama Sya’ban RA.

Dia adalah seorang sahabat yang tidak menonjol dibandingkan dengan sahabat-sahabat yang lain.

Satu kebiasaan yang unik dari beliau iaitu setiap kali masuk masjid sebelum solat berjemaah, dia selalu beritikaf di penjuru depan masjid.

Dia mengambil posisi di penjuru bukan kerana mudah bersandar atau tidur, tetapi kerana tidak mahu mengganggu orang lain, lebih-lebih lagi ketika orang lain beribadah.

Kebiasaan ini sudah difahami oleh sahabat bahkan oleh Rasulullah saw,  Sya’ban RA akan berada di posisi yang sama termasuk saat solat berjamaah.

Suatu pagi ketika solat subuh berjemaah akan dimulakan Rasulullah saw mendapati bahwa Sya’ban RA tidak berada di tempatnya seperti biasa. 

Nabi saw pun bertanya kepada jemaah yang hadir adakah sesiapa yang melihat Sya’ban RA.

Namun tiada seorang pun jemaah yang melihat Sya’ban RA. 

Solat subuh pun ditunda sejenak untuk menunggu kehadiran Sya’ban RA. 

Namun yang ditunggu belum juga datang. 

Bimbang solat subuh kesiangan, Nabi saw memutuskan untuk segera melaksanakan solat subuh berjemaah.

Selesai solat subuh, Nabi saw bertanya ada sesiapa yang mengetahui khabar dari Sya’ban RA.

Namun tiada seorang pun yang menjawab.

Nabi saw bertanya lagi ada siapa yang mengetahui di mana rumah Sya’ban RA.

Kali ini seorang sahabat mengangkat tangan dan mengatakan bahwa dia mengetahui  di mana rumah Sya’ban RA.

Nabi yang khawatir terjadi sesuatu kpd Sya’ban RA meminta dihantarkan ke rumahnya. 

Perjalanan dengan berjalan kaki cukup lama ditempuh oleh Nabi saw dan rombongan sebelum sampai ke rumah yang dimaksudkan.

Rombongan Nabi saw sampai ke sana ketika waktu afdhal untuk solat dhuha (kira-kira 3 jam perjalanan dari masjid Nabawi).

Sampai di depan rumah tersebut Nabi saw mengucapkan salam. 

Dan keluarlah seorang wanita sambil membalas salam.

“Benarkah ini rumah Sya’ban?” 
Nabi saw bertanya.

“Ya benar, saya isterinya”
jawab wanita tersebut. 
“Bolehkah kami menemui Sya’ban, yang tidak hadir solat subuh di masjid?”

Dengan berlinangan air mata isteri Sya’ban RA menjawab:

“Beliau telah meninggal dunia pagi tadi..."

Innalillahi wainna ilaihirojiun….

Masya Allah, satu-satunya penyebab dia tidak solat subuh berjamaah adalah kerana ajal sudah menjemputnya.

Beberapa saat kemudian isteri Sya’ban bertanya kepada Rasulullah saw.

“Ya Rasulullah saw ada sesuatu yang menjadi tanda tanya bagi kami semua, iaitu menjelang kematiannya dia berteriak tiga kali dengan setiap teriakan disertai satu pertanyaan. Kami semua tidak faham apakah maksudnya."

“Apakah pertanyaan yang diucapkannya?” tanya Rasulullah saw 

Setiap teriakannya dia terucap kalimat:

“Aduuuh kenapa tidak lebih jauh……”

“Aduuuh kenapa tidak yang baru……. “

“Aduuuh kenapa tidak semua……”

Nabi saw pun bersabda ayat yang terdapat dalam surat Qaaf (50) ayat 22 :

_“Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan lalai dari (hal) ini, maka Kami singkapkan dari padamu hijab (yang menutupi) matamu, maka penglihatanmu pada hari itu amat tajam.“_

Saat Sya’ban dalam keadaan sakaratul maut, perjalanan hidupnya diulang tayang oleh Allah swt.

Bukan itu saja, semua ganjaran dari perbuatannya diperlihatkan oleh Allah.

Apa yang dilihat oleh Sya’ban (dan orang yg sakaratul maut) tidak dapat dilihat oleh orang lain.

Dalam pandangannya yang tajam itu Sya’ban melihat suatu adegan di mana sehariannya dia pergi berulang ke masjid untuk solat berjamaah lima waktu.

Perjalanan sekitar 3 jam berjalan kaki sudah tentu bukanlah jarak yang dekat.

Dalam tayangan itu pula Sya’ban RA diperlihatkan pahala yang diperolehnya dari langkah² nya ke Masjid. 

Dia dapat melihat apakah bentuk syurga ganjarannya.

Saat melihat itu dia berteriak :

“Aduuuh kenapa tidak lebih jauh……”

Timbul penyesalan dalam diri Sya’ban , mengapa rumahnya tidak lebih jauh lagi supaya memperolehi pahala yang lebih banyak dan mendapat syurga yang lebih indah.

Berikutnya Sya’ban melihat ketika dia akan berangkat solat berjamaah di musim sejuk.

Ketika dia membuka pintu, bertiup angin sejuk yang menusuk tulang.

Dia masuk kembali ke rumahnya dan mengambil satu baju lagi untuk dipakainya. 

Jadi dia memakai dua helai baju.

Sya’ban sengaja memakai pakaian yang bagus (baru) di dalam dan yang lama di luar.

Dalam fikirannya jika terkena debu, sudah tentu yang kena hanyalah baju yang luar. 

Sampai di masjid dia boleh membuka baju luar dan solat dengan baju yang lebih baik.

Dalam perjalanan ke masjid dia bertemu seseorang yang terbaring kesejukan dalam keadaan yang sangat lemah.

Sya’ban pun hiba, lalu segera membuka baju yang paling luar dan dipakaikan kepada orang tersebut dan memapahnya untuk bersama² ke masjid melakukan solat berjamaah.

Orang itu terselamat dari mati kesejukan dan sempat menunaikan solat berjamaah.

Sya’ban pun kemudian melihat indahnya syurga sebagai balasan memakaikan baju luarnya kepada orang tersebut. 

Kemudian dia berteriak lagi :

“Aduuuh kenapa tidak yang baru...“

Timbul lagi penyesalan di benak Sya’ban. 

Jika dengan baju luar itu saja boleh mendapat pahala yang begitu besar, sudah tentu ia akan mendapat yang lebih besar lagi seandainya ia memakaikan baju yang baru.

Berikutnya Sya’ban melihat lagi suatu adegan saat dia hendak sarapan dengan roti yang dimakan dengan cara mencelupkan dulu ke dalam segelas susu.

Ketika baru saja hendak memulakan sarapan, muncullah pengemis di depan pintu yang meminta diberi sedikit roti kerana sudah lebih 3 hari perutnya tidak diisi makanan.

Melihat hal tersebut. 

Sya’ban merasa hiba. 

Ia kemudian membahagikan dua roti itu sama besar, begitu juga segelas susu itu pun dibahagi dua.

Kemudian mereka makan bersama² roti itu yang sebelumnya dicelupkan susu, dengan portion yang sama. 

Allah swt  kemudian memperlihatkan ganjaran dari perbuatan Sya’ban RA dengan syurga yang indah.

Apabila melihat itu dia pun berteriak lagi:

“Aduuuh kenapa tidak semua……”

Sya’ban kembali menyesal .

Seandainya dia memberikan semua roti itu kepada pengemis tersebut tentulah dia akan mendapat syurga yang lebih indah.

MashaAllah, Sya’ban bukan menyesali perbuatannya, tetapi menyesali mengapa perbuatannya tidak yang terbaik.

Sesungguhnya kita semua nanti pada saat sakaratul maut akan menyesal dengan hal yang berbeza, bahkan ada yang meminta untuk ditunda matinya kerana pada saat itu barulah terlihat dengan jelas hasil dari semua perbuatannya di dunia.

Mereka meminta untuk ditunda sesaat kerana ingin bersedekah.

Namun kematian akan datang tepat pada waktunya, tidak dapat dipanjangkan dan tidak dapat diundurkan lagi.

Sya’ban RA telah menginspirasi kita bagaimana seharusnya kita melihat akan janji Allah swt.

Dia ternyata tetap menyesal sebagaimana halnya kita pun juga akan menyesal.

Namun penyesalannya bukanlah kerana tidak menjalankan perintah Allah SWT. 

Penyesalannya kerana tidak melakukan kebaikan dengan yang terbaik.

Semoga kita sentiasa boleh memberi kebaikan² yang terbaik di setiap kesempatan. 

Dunia hanya sementara akhirat kekal selama-lamanya. 
Akhirat yang kekal abadi, Aamiin.

Semoga bermanfaat.



0135819100 Cikgu Basariah
Penyesalan sakaratul maut Penyesalan sakaratul maut Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, September 03, 2021 Rating: 5

Ogos melabuhkan tirai

Khamis, September 02, 2021
Assalammualaikum wbt🌹☘️

Alhamdulillah hari baru bulan baru. Ogos melabuhkan tirainya dengan sangat cemerlang. Syukur dapat capai target yang diletakkan. Lebih bersyukur apabila team pon sama-sama capai target malahan ada yang pecah rekod terbaik sebelum ni. Terima kasih Ya Allah 😭

Mari kita mulakan hari kita dgn zikir harian agar ia sedikit sebanyak akan mengingatkan  kita bahawa selain menjalankan kerja2 rutin kita tambah dengan amalan zikir.

In shaa Allah Semoga Allah mengurniakan ganjaran dan nikmat yang lebih besar dari sisi  nya.

Bacaan zikir harian bagi hari:-

Khamis
24  Muharram 1443H

❤️ Astaghfirullah alazim
أستغفر الله العظيم 
 
Semoga kita mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah swt.  In shaa Allah.

Ya Allah jadikan hari kami ini lebih baik daripada sebelum ini dan bulan September ni kami dapat mencapai lebih banyak kejayaan dan membantu lebih ramai umat manusia. Terimalah usaha bisnes kami ini sebagai ibadah kepadaMu. Aamiin



0135819100 Cikgu Basariah
Ogos melabuhkan tirai Ogos melabuhkan tirai Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, September 02, 2021 Rating: 5

Need choice at every morning

Rabu, Julai 21, 2021

Cuba bayang, setiap hari kerja kita bangun solat dan berdoa semoga murah rezeki, dipermudah segala urusan dan minta kepada Allah supaya hidup kita berubah.

Kita doa semua itu mungkin sudah 3 tahun, 5 tahun, 10 tahun, 15 tahun. Dan belum makbul.

Rupa-rupanya setiap kali kita berdoa isnin hingga jumaat, kita pergi kerja. Namun Allah beri kita jalan dan peluang pada sabtu dan ahad. Dan peluang itu pula kita habiskan dengan tidur kerana kita rasa itulah waktu rehat yang kita ada.

Saya ingat cikgu saya pesan;

“Pastikan tak tidur langsung lepas subuh. Allah suka makbulkan doa selepas melihat orang itu konsisten meminta dan berusaha.

Kalau kita kerja 5 hari, 2 hari kita tidur, maka kita rugi 29% dari usaha kita.

2/7 = 29%
5/7 = 71%.

Jumlah itu sangat banyak dan kita tak boleh rugikan diri. Kita dah tidur, rehat waktu malam, maka pada setiap hari, konsistenlah berbuat sesuatu supaya kita dapat memberi lebih lagi kepada otak untuk berfikir dan tubuh untuk berbuat.

Begitulah.
#KHM

0135819100 Cikgu Basariah
Need choice at every morning Need choice  at every morning Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Julai 21, 2021 Rating: 5

KALAU lah....

Jumaat, Julai 16, 2021
Janganlah satu hari nanti di atas pangkin kayu bawah pokok mempelam rendang kita berdialog.
.
"Isk...KALAU lah aku .........KALAU lah jadi macam tu..... KALAU lah aku ambil peluang tu.....KALAU lah ........"
.
Jadi lah MAT KALAU kita ni yang pasti lebih teruk dari MAT JENIN.
.
Tiada masa yang lebih baik dan lebih awal untuk kita memulakan sesuatu sumbangan  yang terhebat termampu oleh diri kita melainkan masanya adalah SEKARANG!
.
Situasi sekarang dan apa yang sedang berlaku si sekeliling kita tidak harus dijadikan sebagai satu alasan untuk kita berhenti menyumbang kepada orang sekeliling.
.
Kita sedang susah,  ramai lagi yang lebih susah.
.
Kita sedang haru biru, banyak lagi bisnes yang sedang menjunam laju.
.
Kita masih berbaki simpanan, ramai yang lain dah kering kontang.
.
Kita masih ada semangat dan boleh berfikir, ada di luar sana tu dah serupa separuh gila.
.
Jangan jadi "bekas usahawan" yang satu hari nanti menyesal tak buat banyak perkara.
.
Jangan bertangguh perkara baik.
.
Biar pun sekadar menalipon kawan lama utk bertanya khabar.
.
Biar pun sekadar diam2 mendoakan mereka yang sedang kesusahan.
.
Untuk diri sendiri pula, berusaha lah meskipun rasa tersepit.
.
Pasti ada jalan.
.
Tidak ia dinamakan PROBLEM kalau tak ada SOLUSI nya.
.
Tugas kita adalah mencarinya.
.
Tqnggubgjawab kita untuk tidak berputus asa.
.
Selamat berbisnes. 
.
#saharsahad 
#backtobasics 
#ilmuteknikalbisnes



0135819100 Cikgu Basariah
KALAU lah.... KALAU lah.... Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Julai 16, 2021 Rating: 5

AZAM setiap hari,minggu dan bulan

Ahad, Julai 11, 2021

Kita sudah pun melangkah beberapa hari di tahun baru. Sudah menjadi rutin kita akan membuat azam setiap kali tahun baru. 

Saya pun sama seperti anda. Namun sebagai orang Islam,saya cuba mengubah rutin saya membuat azam setiap kali masuk tahun baru Islam yang mana lebih awal dari tahun Masihi. 

Jadi bila tahun baru Masihi,saya akan semak kembali azam yang buat semasa tahun baru Hijrah. Kemaskini apa yang patut. 

Adakah azam perlu buat setahun sekali ? 

Tak ada masalah,tiada yang betul mahupun yang salah. 

Boleh buat setahun sekali,namun perlu semak azam setiap hari,minggu dan bulan. 

Perlu susun strategi mengikut bulan,minggu dan hari. 

Saya berikan contoh,anda berazam untuk solat setiap hari awal waktu. 

Hari pertama tahun baru gagal,cuba hari kedua. Hari kedua gagal,cuba hari ketiga. Hari ketiga ok sikit,cuba lagi hari keempat. Hari keempat bertambah baik. Hari kelima gagal semula. Hari keenam cuba lagi,sampailah anda boleh buat yang terbaik. 

Dan apa yang penting,cuba untuk konsisten. Ini adalah proses untuk menjadi lebih berjaya. 

Cuba setiap hari tanpa jemu. Jangan pernah berputus asa. Kita ini hanya manusia yang lemah dan penuh dengan dugaan dan ujian. 

Oleh itu sentiasa ingatkan diri setiap hari untuk menjadi manusia yang lebih baik. 

Bukan setahun sekali,tapi setiap hari,setiap minggu dan setiap bulan. 

Saya berikan contoh azam yang lain. 

Nak menjana pendapatan setahun RM24k. 

Sebulan RM2k
Seminggu RM500
Sehari RM72 

Jadi kita boleh pastikan yang kita perlu dapat RM72 sehari. 

Anda nak letak pendapatan dalam bentuk jualan atau pun untung,terpulang. 

Jadi kalau anda semak setiap hari,anda boleh berusaha lebih pada hari yang anda tak dapat RM72 tersebut. 

Contohnya hari pertama dapat,hari kedua tak dapat,tapi hari ketiga anda dapat pendapatan RM500,selesai target untuk minggu tersebut. 

Inilah cara anda patut merancang azam dalam bentuk target ini sebaik mungkin. 

Apa lagi azam lain biasanya? 

Nak berikan orang tua wang secara konsisten. Ini insyaAllah tiada masalah sebab anda boleh set sebulan sekali selepas anda dapat mengira keuntungan bulanan bila hujung bulan.  

Semoga segala azam anda akan tercapai dan anda menjadi seorang manusia yang lebih berjaya tahun demi tahun. 

Jadikan bisnes sebagai ladang pahala dan Asmak sebagai asbab kejayaan anda dunia akhirat. 

- Nfam @ Nor Fazilah Abd Mohd


0135819100 Cikgu Basariah
AZAM setiap hari,minggu dan bulan AZAM setiap hari,minggu dan bulan Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Julai 11, 2021 Rating: 5

Kepala rasa kosong!

Selasa, Jun 22, 2021
Rasa kosong jer dalam kepala.
.
Tangan buat kerja, kaki berjalan tapi fikiran melayang entah sampai ke mana ntah.
.
Bila masuk bilik mandi sorang2, mula rasa nak menangis. Orang lain menyanyi sakan, kita melayan perasaan.
.
Tak tahu nak buat apa dah. Tak tahu nak ber strategi macam mana dah.
.
Nampak kelam jer masa depan.
.
Hilang selera makan, mengantuk badan letih tapi tak nenyak tidur.
.
PERNAH RASA BEGINI? ATAU TUAN2 DAN PUAN2 SEDANG MENGALAMI KEADAAN SEBEGINI?
.
Nasihat saya, jangan duduk sorang2 melayan perasaan. Banyak bisikan jin dan syaitan masuk nanti.
.
1. Ambil air sembahyang, kerjakan solat sunat taubat dan berdoa2lah. Mintalah dilapangkan hati dan fikiran, ditenangkan jiwa supaya kita dapat berfikir dengan baik. Bibir jangan lekang dari beristighfar, berselawat dan berzikir.
.
2. Capai al-Quran - Mengaji lah. Merangkak2 tergagap2 pun tak per. Mengaji lah. Pasti rasa lega dan lapang.
.
3. Ambik talipon, hubungi lah Mak atau Ayah kita. Bertanya khabar mereka. Layan lah celoteh dan cerita mereka. Asalkan Mak Ayah kita rasa seronok. Selitkan permintaan kita kepada mereka untuk doa mustajab mereka semoga segala yang kita usahakan akan dipermudahkanNya. 
.
4. Duduk rapat ber romantik dengan pasangan kita. Luahkan apa yang membelenggu perasaan dan fikiran kita. Nak menangis pun, menangis lah, nak malu apa. Bukan kita harapkan solusi dari pasangan kita mungkin dia tak dapat nak membantu dari segi itu tapi cukup beliau tahu dan cuba memahami apa yang sedang kita lalui.
.
5. Ambik talipon, dail lah nombor mentor kita. Individu yang tahu luar dalam bisnes kita, yang kenal diri kita cara kita berfikir. Ajak berbual mintalah pandangan dan nasihat.
.
6. Tak boleh berjumpa dalam keadaan sekarang, ber video call atau ber video conference lah dengan rakan2 bisnes seangkatan dengan kita. Jom cari idea, explore perkara2 baru dalam berbisnes.
.
7. Cari lah mereka yang lebih susah dari kita dan berhajat. Mudah kan urusan mereka. Bantu mana yang kita mampu.
.
8. Dari segi harta, bersedekahlah. Buat hari2 jangan culas. Tak dapat banyak, sikit pada kita mungkin besar pada si penerima. Diiringi ikhlas seikhlasnya kerana Allah swt. Niatkan ibadat ini untuk pahalanya diberi kepada kedua orang tua kita.
.
Saya yakin tuan2 dan puan2 yang sedang resah, gelisah, keliru dan haru akan dilorongkan ke jalan cerah yang nampak bayang di penghujungnya.
.
Kita orang berbisnes, selitkan nama2 sahabat kita dan semua mereka sedara Islam agar dimurahkan rezeki senantiasa dan diselimuti keberkatan seharian.
.
Aamin.
.
Selamat berbisnes.
.
#saharsahad
#backtobasics
#ilmuteknikalbisnes

Sahar Sahad





0135819100 Cikgu Basariah
Kepala rasa kosong! Kepala rasa kosong! Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Jun 22, 2021 Rating: 5

Hadapilah kehidupan dengan positif

Ahad, Jun 20, 2021
Bagaimana nak hadapi setiap hari dengan positif? Aha, ini antara teknik bagus untuk kalian buat sendiri. Ia akan beri kalian aura, tenaga serta banyaknya cas-cas baik kepada diri kalian sendiri.

1. Keluar rumah, nampak jiran, kita pun angkat tangan. Dia tak balas malah terus ja berjalan laju. Tenang, tarik nafas dan masuk kereta pergi kerja. Tengok jam, kasi 2 minit fikir, lepas ja 2 minit, terus lupakan.

2. Dalam perjalanan, nampak pula orang buang sampah dari dalam kereta ke luar. Arghhhh. Tengok jam! Kasi 2 minit untuk marah! Lepas 2 minit, lupakan!

3. Sampai tempat kerja, susahnya nak cari parking. Alhamdulillah dapat juga walau jauhnya menapak. Tengok jam, kasi 2 minit untuk penat, lepas itu lupakan!

***

Perasan tak yang setiap hari, apabila kita nak positif, Allah akan beri kita ujian berjumpa dengan hal negatif. Jujurnya semua itu untuk kita hadap sama ada dengan hemah atau sebaliknya.

Kalau kita dapat lalui dengan positif segala:

– fikiran.

– kemarahan.

– kepenatan.

Maka kita akan dapat positif juga. Apa yang saya tulis di atas ialah hasil dari saya dengar dari kuliah maghrib itu hari.

Kata ustaz ini, isterinya selalu negatif. Pagi-pagi marah anak, petang nak masak pun sering hangin sana, keluntang sini. Dan beliau akhirnya berjaya sembang dan isteri beliau akhirnya mengubah diri kepada orang yang sangat positif sekarang.

Hanya tetapkan berapa minit untuk fikir, berapa minit untuk marah dan berapa minit untuk penat.

Semua itu kita boleh kawal.

Apabila semua itu ok, maka kita sendiri akan:

– lebih ceria.

– lebih terbuka.

– lebih hormat diri sendiri.

Dan itu akan menyebabkan kita kurang penat. Kita dapat tenaga, dan paling best ialah Allah hadiahkan kita dengan rezeki yang mencurah-curah.

Kadang-kadang kita tak sedar, #rezeki susah nak masuk hanya kerana banyak benar benda negatif dalam badan. Ada satu kajian (kata ustaz tersebut) kalau kita boleh fikir, marah dan penat selama lebih 15 minit dengan benda yang kita tak boleh kawal, maka badan kita akan penat lebih 2 jam.

Dan itu menyebabkan kita jadi perlahan, jadi tak ok sana tak ok sini.

Jadi, pilihlah untuk positif! Kita yang kawal diri kita okey! Sekarang baru saya faham kenapa ramainya #jutawan selalu jadi positif dan kerap fikir hal besar sahaja. Yang kecil-kecil, dia jentik sahaja kurang 30 saat dia dah lupakan!

Hebat

 

kan?

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,

Mari jadi positif!



0135819100 Cikgu Basariah
Hadapilah kehidupan dengan positif Hadapilah kehidupan dengan positif Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Jun 20, 2021 Rating: 5

Point untuk bahagia

Jumaat, Jun 11, 2021
Assalamualaikum..hari ni saya nak share sikit beberapa points penting yang saya belajar daripada 4 tokoh yang amat saya kagumi (Ustaz Ebit Lew, Ustazah Fatima Syarha, Ustaz Pahrol dan Ustaz Hariyanto) di Seminar Keluarga Sunnah.
.
Baca, jgn scroll je.. rugi besar kalau tak baca sampai habis.. sgt bermanafaat... tapi kalau malas baca tu x dapek den nk tolong..
Baca dan perlahan-lahan ubah ke arah yang lebih baik. 
.
Kita usaha sama-sama, ok? 
🔴 Jaga solat awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya. Dan Allah akan hujani rezeki pada rumah orang-orang yang jaga solat di awal waktu. 
.
🔴 Wujudkan ta'lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta'lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir quran, atau hadis2. Jadikan rumah kita sebahagian dari taman syurga. 
.
🔴 Wujudkan 3 waktu ini dalam keluarga, sekurang-kurangnya sekali sehari: Solat berjemaah, Makan berjemaah, dan Bercerita/berbual.Dan dalam ketiga-tiga waktu ini, haramkan handphone dan TV. 
.
🔴 Menguap atau melihat handphone ketika pasangan atau anak-anak sedang bercerita, adalah akhlak yang sangat buruk.
.
🔴 Sebut nama pasangan dan anak-anak dalam doa selepas solat, setiap hari. 
.
🔴 Banyakkan menyebut "ya arhamar rahimin" (Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Supaya setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu-- penyayang dan pengasih. 
.
🔴 Hindari sikap MALAS. Buang perkataan MALAS dalam kamus hidup. Allah benci orang yang malas, Allah menyempitkan rezeki orang yang malas. Kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan social media, kurangkan berhibur. Kerana itu punca malas. 
.
🔴 Tanda Allah sayang keluarga kita ialah bila setiap ahli keluarga mampu berlembut dan bertoleransi sesama sendiri. Kalau kita masih berkasar, kerap bertelingkah, kuat merajuk, pentingkan diri sendiri, maksudnya keluarga kita masih jauh dari Allah. 
.
🔴 Orang yang paling kaya dan bahagia adalah orang yang kenal Allah, percaya Allah, RASA Allah sentiasa melihat, dan yakin setiap musibah dan nikmat itu adalah kerana kasih sayang Allah. 
.
🔴 Apa ciri-ciri rumah yang Allah suka? Rumah yang sentiasa bersedia menyambut Rasulullah saw sebagai tetamu. Bayangkan Rasulullah nak datang rumah kita petang ni. Adakah kita akan malu atau mengelak? Adakah kita akan sorokkan mana2 majalah, DVD, frame gambar? Adakah kita akan hulurkan Quran yang berhabuk (dah lama tak baca) kepada Rasulullah? Atau adakah kita dalam keadaan yang sentiasa bersedia untuk menyambut Rasulullah, dan yakin baginda akan suka berkunjung ke rumah kita? Tepuk dada. 
.
🔴 Nafkah wajib seorang suami kepada isterinya ada 3: Tempat tinggal, Makanan, Pakaian. Suami isteri yang tinggal di rumah mak atau mak mertua atas sebarang sebab, bermaksud suami belum menyempurnakan nafkah tempat tinggal. Tapi kalau tiada pilihan, suami tetap perlu beri bayaran sewa (atau sumbangan setimpal) kepada tuan rumah, bagi menyempurnakan nafkah tersebut. Ini kewajipan. Dan kalau tak ditunaikan, suami akan menanggung dosanya, dan boleh jadi asbab rezeki keluarga sempit dan rumahtangga tak bahagia. 
.
🔴 Rasulullah saw tak pernah merungut apabila makanan yang disediakan isterinya tak sedap, kekurangan pada sikap/layanan isterinya, kenakalan anak-anak, sikap ego orang tua, rajuk/cemburu isterinya, atau sebarang kesusahan dalam rumahtangga. Rasulullah tak pernah merungut. Kerana merungut adalah salah satu tanda hati telah hitam. 
.
.
🔴 Macam mana nak bersihkan hati yang hitam? Rajin basuh toilet, bersihkan rumah. Kerja-kerja "kotor" sebegini akan membersihkan hati dan menundukkan jiwa. Sambil bersihkan tandas, repeat dalam hati--

"Rajiah, kau bukan siapa-siapa, kau takde apa-apa, kau tak pernah buat apa-apa. Semua kebaikan yang ada pada kau, adalah kuasa dan pertolongan Allah semata-mata." 😭
.
🔴 Setiap kali kita nampak keburukan atau kekurangan pada pasangan dan anak-anak-- 
SABAR. 
Betulkan diri sendiri dulu. Kadang2 kekurangan itu bukan pada pasangan atau anak-anak, tapi pada diri sendiri yang gagal bersyukur, gagal mendidik dan gagal menjadi contoh yang baik. Orang yang betul2 yakin dengan Allah, tak pernah pandang rendah pada orang lain, termasuk dirinya sendiri. 
.
🔴 Setiap kali buat kebaikan, jangan harapkan pujian daripada pasangan, tapi harapkan Allah pandang dan Allah sayang. Sebab bila Allah sayang, automatik seluruh makhlukNya sayang pada kita. 
.
🔴 Kekalkan mawaddah (romantik) dalam rumahtangga. Jalan pegang tangan, baring atas riba pasangan, peluk pasangan, pandang wajah pasangan dengan rasa cinta. Biarpun di hadapan anak-anak. 
.
🔴 Ringankan mulut untuk ucapkan kata cinta, kata penghargaan, pujian dan dorongan kepada pasangan dan anak-anak setiap hari. Itu akan melembutkan hati dan mengeratkan hubungan. .
🔴 Rasulullah saw tak pernah pukul/rotan/kurung/ikat/meninggikan suara kepada pasangan dan anak-anak. Baginda bijak menggunakan kemahiran komunikasi dan tutur kata yang berhemah untuk selesaikan sebarang konflik dan stress. Kekerasan dan kekasaran fizikal hanya akan mengeraskan hati dan menjarakkan hubungan. 
.
🔴 Cara hidup kita menentukan cara mati kita. Dan cara mati kita menentukan cara kita dibangkitkan semula nanti. So kalau nak kesudahan yang baik, betulkan cara hidup bermula sekarang! 
.
🔴 Sentiasa buat kebaikan, walaupun kepada pasangan yang tak pandai menghargai, pasangan yang ego, pasangan yang jahil, pasangan yang tak membalas kebaikan tersebut. Kerana setiap kebaikan yang kita buat, pasti akan dibalas oleh Allah. Buat baik, sebab nak Allah sayang, bukan sebab nak pasangan sayang. Ingat, tiada satu pun kebaikan yang sia-sia! 
.
🔴 Rumahtangga yang sejahtera adalah salah satu syurga dunia. Sesiapa yang tak berusaha untuk capai syurga dunia, tak akan mampu beroleh syurga di akhirat nanti. Maka penting untuk kita berusaha capai keluarga sejahtera, sebelum mati. 
.
🔴 Suami yang rajin tolong basuh pinggan, bukan suami dayus. Suami yang rajin tolong sidai baju, bukan suami dayus. Suami yang tolong mandikan anak-anak, bukan suami dayus. Suami yang patuh cakap isterinya, bukan suami dayus. Tapi suami dayus, adalah suami yang tak mampu membimbing isterinya ke jalan Allah, tak mampu menjaga aurat isterinya, tak mampu membentengi isterinya dari azab api neraka. 
.
🔴 Rumahtangga yang sentiasa ada solat dan zikir di dalamnya, pasti akan tenang dan bahagia. 
.
🔴 Jarak sesuatu masalah dengan penyelesaiannya, ibarat jarak dahi dengan tempat sujud. Apa pun konflik dalam rumahtangga, kembali pada Allah. 
.
🔴 Kualiti sesebuah keluarga terletak pada kualiti solat anggotanya. 
.
🔴 Sentiasa bersedekah sesama anggota keluarga. Kerana sedekah itu lebih tajam daripada doa. 
.
🔴 Keluarga adalah asas hidup. Kalau keluarga sejahtera, seluruh perjalanan hidup akan mudah. 
.
🔴 Seorang suami perlu ada sifat "ghirrah". (Bukan ghairah. Itu memang dah confirm ada. 😂) Ghirrah bermaksud cemburu. Cemburu yang bertujuan untuk memelihara kehormatan isteri dan menghindar isteri daripada maksiat dan dosa. Contoh, kalau isteri nak keluar dengan kawan2, suami boleh izinkan. Dengan syarat, auratnya terpelihara, pergaulannya terjaga. 
.
🔴 Doa bila rumahtangga dilanda badai atau musibah: 
Surah At-Taubah, ayat 128-129. 
Ini doa favourite Rasulullah saw. 
.
🔴 Doa supaya satu keluarga sentiasa jaga solat: 
Surah Ibrahim, ayat 40.
.
🔴 Doa supaya Allah sentiasa pelihara ibu bapa kita, dan jadikan anak-anak kita taat:
Surah Al-Ahqaf, ayat 15.
.
🔴 Doa memohon zuriat, dan agar Allah sentiasa beri kesabaran ketika belum ada zuriat: 
Surah Maryam, ayat 1-10.
.
Semoga apa yang saya kongsikan ini bermanfaat, dan menjemput rahmat Allah ke dalam keluarga kalian. 
Ini cuma perkongsian. 
Bukan nasihat, atau jauh sekali nak tunjuk bagus. 
Sama-sama kita berlapang dada, 
cuba ikut sunnah Rasulullah, 
dan perlahan-lahan kayuh kembali kepada Allah.
Sementara masih dipinjamkan nyawa ni. 
Kan? 😇


0135819100 Cikgu Basariah
Point untuk bahagia Point untuk bahagia Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Jun 11, 2021 Rating: 5

Tips cepat berjaya

Khamis, Jun 10, 2021
Tips Cepat Untuk Berjaya 🔥🔥

Kejayaan bukan kerja keras, ianya beserta ilmu dan tindakan yang betul.

Bila tengok je gambar kat atas tu, terus nampak pentingnya ilmu.

Bekerja dengan tangan dan kaki sahaja memang beza berbanding kita bekerja + MINDA dan ada ilmu yg betul.

Dengan minda dan ilmu 
◾️Kita mampu cipta kelainan
◾️Kita akan ada strategi dan teknik
◾️Kita mendapat idea yang hebat
◾️Kita berani buat perubahan

Dalam bisnes memang beza result dia bila kita ada ilmu, tahu strategi dan teknik yang betul.  

Itulah yg akan membezakan kita dengan pesaing kita.  

Ilmu yang kita belajar tu mestilah ada result dan proven sukses☺️



0135819100 Rabiahtun
0135819100 Cikgu Basariah
Tips cepat berjaya Tips cepat berjaya Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Jun 10, 2021 Rating: 5

Malu dengan waktu dulu, majulah dengan bijak😉

Jumaat, Mac 19, 2021
Alhamdulillah, baru beberapa bulan join dah mampu bagi duit pada ibu ayah.

Dulu, rasa malu sangat kalau diingatkan balik. Setiap kali duit takde mesti nak kena mintak tolong ibu dengan ayah hulurkan dulu dan bila dah gaji baru ganti. 

Alhamdulillah sekarang dah tak lagi. Baru beberapa bulan join Asmak macam-macam dah dapat. Dari segi ilmu, kewangan dan lain-lain. Seronok sangat-sangat menjual dengan Asmak ni. Coaching pun kadang-kadang founder sendiri yang turun padang tengok para agen dia.




Selain daripada tu, Asmak juga menawarkan pelbagai kelebihan lain antaranya ialah:
1) Di berikan bimbingan dan tools untuk perniagaan dari A to Z
2) Ada group support dari HQ dan rakan-rakan niaga lain
3) Dapat gift dan reward setiap bulan
4) Dapat tambah jana pendapatan
5) Produk yang terbukti berkesan dan dipercayai

Sekiranya anda adalah seorang student, suri rumah sepenuh masa atau seorang penjawat awam yang bekerja tetapi ingin mencari pendapatan lebih. Anda boleh terus hubungi nombor di talian dibawah:



Jom sertai segera.Kami menanti anda !
0135819100 Cikgu Basariah
Malu dengan waktu dulu, majulah dengan bijak😉 Malu dengan waktu dulu, majulah dengan bijak😉 Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Mac 19, 2021 Rating: 5

Cara motivasi diri

Selasa, Mac 16, 2021
1. Merendah serendah rendahnya. Rendahkan hati. Kita  hamba Allah. 
.
Lempar ego jauh jauh dan bekerja keras untuk berhasil. Bila bergerak tindak, Insha Allah berhasil.
.
2. Muliakan semua orang. Biarpun ada yang membenci kita. Mereka semua insan hebat yang ada kelebihan.
.
Kutip kelebihan mereka dan pelajari apa yang patut perlu.
.
3. Bergerak bagaikan kuda lumba. Tidak pandang kiri dan kanan. 
.
Bergerak laju, pandu kehidupan sendiri, melaju tuju destinasi impian.
.
4. Kunci utama kejayaan pada fokus. Gunakan kuasa 64. Berikan tumpuan "laser focus." Produktif.
.
Kita terjaga 16 jam sehari. Ganda tiga jadi 64.  Apa yang biasa dilakukan dalam masa sejam, sekarang kerja pantas , lakukan dalam masa 20 minit. 
.
5. Tidak berbalah. Tidak bertelagah. Tidak layan ajakan bertumbuk. Kurangkan berpendapat, banyakan pendapatan.
.
Tidak komplen. Tidak kritik, Tidak membanding. Kita jaga kita dan hidup dalam orbit kita sahaja. Kita gembira 100%.

Roslan Ab Hamid


0135819100 Cikgu Basariah
Cara motivasi diri Cara motivasi diri Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Mac 16, 2021 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.