Seo Services
Results for Sudut ilmu

Munafikkah kita?

Jumaat, Oktober 08, 2021
Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua🌹

Tanda Munafik

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ

Dari Abu Hurairah dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Tanda munafik ada tiga; jika berbicara dia dusta, jika berjanji ia mengingkari dan jika diberi amanah dia khianat".(HR Bukhari No: 32)

Pengajaran:

1.  Munafik ialah hipokrit atau berpura-pura. Menampakkan kebaikkan namun sifat sebenar adalah sebaliknya.

2.  Tanda munafik:

a.  Apabila ia berbicara mengenai sesuatu yang dibenarkan orang lain padahal ia berdusta (berbohong). 

Saidina Umar RA pernah berkata, “Sesuatu yang paling aku khawatirkan dari kalian adalah Munafik Alim (munafik yang berpengetahuan).” Lalu ada yang bertanya, “Bagaimana mungkin, seorang munafik memiliki sifat ‘alim.?” Umar menjawab, “Ia berbicara dengan penuh hikmah namun melakukan kezaliman atau kemungkaran.”

b.  Apabila berjanji, ia mengingkari dan tidak menepatinya tanpa alasan yang dibenarkan, termasuk dengan orang bukan Islam.

c.  Apabila diberi amanah, ia berkhianat. Amanah bermaksud orang yang dipercayai, tidak menyeleweng atau menipu. 

Ayuh kita menjauhi ciri-ciri orang munafik .



0135819100 Cikgu Basariah
Munafikkah kita? Munafikkah kita? Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Oktober 08, 2021 Rating: 5

TAWADUK

Jumaat, Ogos 06, 2021
Sifat Tawaduk

Tawaduk adalah sikap rendah hati. Memiliki sifat tawaduk bererti merasa diri kita orang biasa, sekalipun memiliki banyak kelebihan. Sifat tawaduk adalah lawan dari sifat sombong. 

Orang yang bersifat tawaduk akan merasakan dirinya mempunyai kelemahan dan kekurangan. Adapun kekuatan, kekayaan, kepandaian dan apa jua kelebihan yang dimilikinya, semuanya adalah pemberian dari Allah. 

Ketahuilah bahawa Allah SWT mencintai orang-orang yang bersifat tawaduk. Bahkan sifat tawaduk juga dapat meninggikan darjatnya di sisi Allah SWT dan di sisi manusia. Abu Hurairah RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda :

عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللَّه
 
Maksudnya : ''Sedekah tidaklah mengurangi harta. Tidaklah Allah menambahkan kepada seorang hamba sifat pemaaf melainkan akan semakin memuliakan dirinya. Dan juga tidaklah seseorang memiliki sifat tawaduk (rendah hati) kerana Allah melainkan Allah akan meninggikan darjatnya.'' (HR Muslim No: 4689)

Hasan Al Bashri berkata, “Tahukah kalian apa itu tawaduk? Tawaduk adalah engkau keluar dari kediamanmu kemudian engkau bertemu seorang muslim yang lain lalu engkau merasa bahawa ia lebih mulia dari dirimu.”

Cuba tanya diri kita! 

Imam Asy Syafi’i berkata, “Orang yang paling tinggi kedudukannya adalah orang yang tidak pernah menampakkan kedudukannya. Dan orang yang paling mulia adalah orang yang tidak pernah menampakkan kemuliannya.” (Syu’abul Iman, Al Baihaqi, 6: 304)

Basyr bin Al Harits berkata, “Aku tidaklah pernah melihat orang kaya yang duduk di tengah-tengah orang fakir.” Yang boleh melakukan demikian tentulah orang yang memiliki sifat tawadhu’.

‘Abdullah bin Al Mubarak berkata, “Puncak dari tawaduk adalah engkau meletakkan dirimu di bawah orang yang lebih rendah darimu dalam nikmat Allah, sehingga engkau memberitahukannya bahawa engkau tidaklah semulia dirinya.” (Syu’abul Iman, Al Baihaqi, 6: 298)

Sufyan bin ‘Uyainah berkata, “Siapa yang maksiatnya kerana syahwat, maka taubat akan membebaskan dirinya. Buktinya Nabi Adam ‘alaihis salam bermaksiat kerana nafsu, lalu ia bersitighfar (memohon ampun pada Allah), Allah pun akhirnya mengampuninya. Namun, jika siapa yang maksiatnya kerana sifat sombong (lawan dari tawaduk), berasa bimbanglah kerana laknat Allah akan menimpanya. Ingatlah bahawa Iblis itu bermaksiat kerana sombong (takabbur), lalu Allah pun melaknatnya.”

Abu Bakr Ash Shiddiq berkata, “Kami dapati kemuliaan itu datang dari sifat takwa, qona’ah (merasa cukup) muncul kerana yakin (pada apa yang ada di sisi Allah), dan kedudukan mulia didapati dari sifat tawaduk.”

Ya Allah, muliakanlah kami dengan sifat tawaduk dan jauhkanlah kami dari sifat sombong.

اللّهُمَّ اهْدِنِى لأَحْسَنِ الأَخْلاَقِ لاَ يَهْدِى لأَحْسَنِهَا إِلاَّ أَنْتَ

(Ya Allah, tunjukilah padaku akhlaq yang baik. Tidak ada yang dapat menunjuki pada baiknya akhlaq tersebut kecuali Engkau)” (HR. Muslim no. 771).

#SuburkanAmalanMantapkanKeperibadian #kapsultazkirah #Asmak #WeAreFamily #MenjadikanHidupLebihBaik


0135819100 Cikgu Basariah
TAWADUK TAWADUK Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Ogos 06, 2021 Rating: 5

Doa satu senjata yang disembunyikan

Ahad, Ogos 01, 2021

Imam Thawus bin Kaisan, apabila anaknya selesai solat akan bertanya: Adakah beliau sudah membaca doa ini. Jika dijawabnya tidak, nescaya diminta mengulangi solat dan membaca doa ini. Perkara ini menunjukkan betapa besarnya perhatian kaum salaf untuk mengajar putera mereka dengan doa yang agung ini.

Imam As-Safarini pula berkata, "Sepatutnya setiap orang alim menyampaikan hadis dajal kepada anak perempuan dan lelaki. Dan disebutkan dalam riwayat bahawa di antara tanda kemunculan dajal ialah telah lupanya orang menyebut di mimbar-mimbar"

Selanjutnya beliau mengatakan, "Apatah lagi pada zaman kita ini yang banyak fitnah dan ujian, sunah dianggap bidaah dan bidaah dianggap sebagai syariat yang harus diikuti." Lawami'ul-Anwaril Bahiyyah

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesiapa mendengar ada dajal maka hendaklah dia bersembunyi daripadanya. Demi Allah ada seseorang yang mendatanginya dan dia mengira bahawa ia beriman kemudian dia mengikutinya kerana banyak subahat serta kesamaran yang menyertainya." Hadis Riwayat Ahmad

Oleh itu, berlari dan menjauhi dajal adalah perkara yang perlu dimulakan dari sekarang dan bukan menunggu dajal keluar terlebih dahulu. Apabila dajal muncul, setiap Muslim mesti menjauhinya kerana pelbagai kesamaran dan kejadian luar biasa yang dikurniakan kepadanya menyebabkan ramai manusia akan mengikutinya. Maka kita perlu sentiasa memohon perlindungan Allah semoga dilindungi daripada fitnah dajal.

Dr Khairul Asyraf Mohd Nathir 
Penulis Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim)

*************************

Allah swt baru uji sikit je, ramai dah yang tertewas. Fitnah dunia akhir zaman itu sedang kita lalui dan dajjal ni bukan yang dalam bentuk fizikal yang kita nampak, tapi benda yang didatangkan secara halus untuk merosakkan manusia, yang dibuat secara halus sampai ramai jadi buta hati, tak nampak atau buat-buat tak nampak (in denial).

Ya Allah, berikan kami kekuatan untuk berhadapan dengan dajjal yang lebih besar.  Amin



0135819100 Cikgu Basariah
Doa satu senjata yang disembunyikan Doa satu senjata yang disembunyikan Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Ogos 01, 2021 Rating: 5

Pengorbanan peniaga

Sabtu, Julai 10, 2021
Banyak 'pengorbanan' hidup berbisnes ni.
.
Telah tertanam di dalam minda ramai yang sedang berbisnes. 
.
Disalahkan bisnes.
.
Dikatakan masa banyak dihabiskan ke atas urusan bisnes semata2 sehingga mengabaikan tanggungjawab ibadah.
.
Ada yang claim bila berbisnes ni kena pilih lebihkan urusan kerja di luar dan kurangkan masa di rumah.
.
Tidak kurang juga yang menganggap orang bisnes ni mengejar wang dan harta dunia tidak mengendahkan bekalan nak di bawa hidup di akhirat nanti.
.
Tidak disangkalkan ramai yang 'berkorban' terpaksa 'memilih' satu di antara dua pilihan.
.
Ini adalah silap! 
.
Dari pandangan peribadi saya, pilihan berbisnes tidak harus sehingga kita terpaksa mengabaikan sesuatu yang haq.
.
Kita harus bijak mengurus.
.
Asalkan kita sentiasa sedar dan jelas apa matlamat sebenar hidup berbisnes ni maka kita harus jalani ia sebaik2nya agar tidak terabai agama, keluarga dan juga hubungan sesama manusia.
.
Jangan lupa bahawa kita yang mengurus bisnes dan bukan bisnes yang menguruskan kita.
.
Selamat berbisnes. 
.
#saharsahad 
#backtobasics 
#ilmuteknikalbisnes

Sahar Sahad



0135819100 Cikgu Basariah
Pengorbanan peniaga Pengorbanan peniaga Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Julai 10, 2021 Rating: 5

JUMAAT PENGHULU SEGALA HARI

Jumaat, Jun 25, 2021
JUMAAT PENGHULU SEGALA HARI

Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda;

نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ اْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَنَحْنُ أَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ بَيْدَ أَنَّهُمْ أُوْتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِنَا وَأُوْتِيْنَاهُ مِنْ بَعْدِهِمْ فَاخْتَلَفُوْا فَهَدَانَا اللهُ لِمَا اخْتَلَفُوْا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ، فَهَذَا يَوْمُهُمُ الَّذِيْ اخْتَلَفُوْا فِيْهِ هَدَانَا اللهُ لَهُ –قَالَ: يَوْمُ الْجُمْعَةِ-، فَالْيَوْمُ لَنَا وَغَداً لِلْيَهُوْدِ وَبَعْدَ غَدٍ لِلنَّصَارَى.

“Kita adalah umat yang terakhir muncul tapi paling awal tiba pada hari kiamat, dan kita yang pertama kali masuk syurga, cuma mereka diberi Kitab sebelum kita sedangkan kita diberi Kitab setelah mereka. Kemudian mereka berselisih, lalu Allah memberi kita hidayah terhadap apa yang mereka perselisihkan. Inilah hari yang mereka perselisihkan, dan Allah berikan hidayah berupa hari ini kepada kita (Nabi صلى الله عليه وسلم menyebut hari Jumaat). Maka hari (Jumaat) ini untuk kita (umat Islam), besok (Sabtu) untuk umat Yahudi dan lusa (Ahad) untuk umat Nasrani.” (HR Muslim r.a.)

Maka, hidupkan hari Jumaat kita dengan perkara-perkara yang baik!

 (مَنْ غَسَّلَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَاغْتَسَلَ ، ثُمَّ بَكَّرَ وَابْتَكَرَ ، وَمَشَى وَلَمْ يَرْكَبْ ، وَدَنَا مِنْ الإِمَامِ فَاسْتَمَعَ وَلَمْ يَلْغُ ؛ كَانَ لَهُ بِكُلِّ خُطْوَةٍ عَمَلُ سَنَةٍ أَجْرُ صِيَامِهَا وَقِيَامِهَا)
 
Maksudnya:
“Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, kemudian datang ke Masjid pada pagi-pagi hari dengan berjalan kaki, dan duduk dekat dengan Imam dan mendengar khutbah dengan khusyuk, maka baginya setiap langkah adalah seperti amalan setahun, dan diberinya pahala orang yang puasa dan orang yang bangun malam (untuk ibadat) sepanjang tahun.”
 
(Hadis Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, Tarmizi, Nasai & Ibnu Majah)



0135819100 Cikgu Basariah
JUMAAT PENGHULU SEGALA HARI JUMAAT PENGHULU SEGALA HARI Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Jun 25, 2021 Rating: 5

Contoh buat content

Sabtu, Jun 19, 2021
Untuk sentiasa ada #content yang bagus, kekalkan untuk tulis sahaja apa yang kita suka, minat dan tahu. Tak jadi masalah sekiranya perkara itu sampai 4 atau 5 jenis. Namun ia perlu disusun sebaiknya. 

Media sosial adalah biodata paling lengkap untuk diri sendiri. Ia bersifat sikap, sifat serta menjadi kecenderungan terhadap sesuatu di mata orang lain.

Contoh,

Kita memang memasak setiap hari, maka boleh sahaja up resipi.

Atau,

Kita memang menjaga anak dari pagi sampai malam, maka kita boleh sahaja kemaskini tentang penjagaan anak, hal anak dan sebagainya.

Atau kita ini sangat mahir memancing, menulis, mengira cukai, matematik, travel, fesyen dan sebagainya, semuanya boleh ditulis.

Ramai yang kata topik yang dia tahu hanya sedikit, 2-3 posting dah mati akal. Jujurnya kalian perlu buat mapping terhadap topik kalian.

Contohnya topik makanan.

Makanan:

1. Resipi.
2. Orang (yang suka memasak, boleh jadi emak, isteri, kita sendiri, chef yang kita suka, ikon, idola).
3. Bahan-bahan.
4. Utensil.
5. Deko dapur.
6. Organizer.
7. Petua / Tips.
8. Bekal / Bento.
9. Diet.
10. Buku / Rujukan.

Kemudian ambil tajuk kecil pula, kita cuba nombor 1:

1. Resipi:
1.1 - Pagi 
1.2 - Minum Pagi.
1.3 - Makan Tengah Hari.
1.4 - Minum Petang.
1.5 - Makan Malam.
1.6 - Supper.

Pecahkan lagi:

1.1 - Pagi
1.1.1 - Bijirin
1.1.2 - Nasi.
1.1.3 - Salad.
1.1.4 - Mee.
1.1.5 - Ubi.
1.1.6 - Set.
1.1.7 - Roti.

Pecahkan lagi:

1.1.1 Bijirin
- Oat 
- Nestum
- Fruit and nuts
- Corfflakes.

Pecahkan lagi:
- Jenis Oat
Dan sebagainya.

Mapping ini akan jadi penentu kepada banyaknya content boleh dimuat naik di wall kalian.

Tak buat mapping, sukar untuk kalian dapatkan apa yang nak ditulis. Dan inilah yang saya buat beberapa tahun ini untuk posting topik besar saya:

1. Kemanusiaan.
2. Makanan.
3. Story / Cerita.
4. Travel.
5. Penulisan Content. 

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Content master kesayangan awak.
Nak lagi tips percuma? Terus ke sini ya:
https://t.me/ContentKHM

0135819100 Cikgu Basariah
Contoh buat content Contoh buat content Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Jun 19, 2021 Rating: 5

Duduk rumah dapat pahala?🤔

Sabtu, Jun 05, 2021
Assalamualaikum dan Selamat pagi semua🌹

Mengapa Duduk Rumah Dapat Pahala?
===========
1. Kes jangkitan wabak Covid19 telah semakin meningkat di negara ini. Marilah kita sama-sama amalkan langkah pencegahan dengan melakukan kuarantin kendiri bagi memutuskan rantaian penyebaran penyakit.

2.Dalam erti kata yang lain hadith ini menekankan aspek disiplin seorang Muslim dalam menghadapi suasana wabak. Muslim seharusnya mengimani bahawa wabak yang melanda ini adalah ketentuan dari Allah, mereka seharusnya mampu mengawal diri mereka di rumah, bersabar atas segala ujian yang menimpa mereka serta meyakini bahawa tidak ada sesuatu pun yang berlaku melainkan atas ketentuan Allah.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi



0135819100 Cikgu Basariah
Duduk rumah dapat pahala?🤔 Duduk rumah dapat pahala?🤔 Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Jun 05, 2021 Rating: 5

"P.E.L.U.A.N.G."

Jumaat, Mei 28, 2021
Pagi ni saya nak share  sikit mengenai PELUANG.

Untuk kekawan yang bekerja seperti saya, rasanya kalau tak menceburkan diri dalam bisness Asmak , tak ada masalah untuk survive setiap bulan . Tetapi bila Allah dah buka jalan...dah bagi PELUANG untuk berbisness dan berkongsi manfaat dengan ramai, kita perlulah berbuat sehabis baik dengan masa dan ruang yang kita ada. 

PELUANG yang baik susah nak dapat. Sejak join dengan asmak saya rasa , kita semua dah dapat PELUANG terbaik yang diberikan Allah. Dapat berbisness untuk diri sendiri , berkongsi manfaat dan berpeluang mengumpul pahala sedikit sebanyak untuk ke sana.

Yang kat 👇🏻 ni saya rasa best sangat dibaca  dan dijadikan panduan dalam hidup. Saya CnP dari yang dikongsikan oleh kawan lama.

Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.

Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.

Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya.

Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.

Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.

Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..
Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.

Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.
Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.

Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.

Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.

Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.

Allah menjamin rezekiku, sejak 9 bulan 10 hari aku dalam kandungan ibuku.

Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..

Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..

Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.

Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.

Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.

Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.

Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.
Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"

Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"...

Halalnya dihisab dan haramnya diazab.
Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.
Jujur bila berkata,
Hayati bila membaca,
Ikhlas bila menerima...

semoga bermanfaat



0135819100 Cikgu Basariah
"P.E.L.U.A.N.G." "P.E.L.U.A.N.G." Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Mei 28, 2021 Rating: 5

Usaha tangga kejayaan

Khamis, Mei 27, 2021
Faham kan gambar ini...

Kejayaan tidak boleh terus lompat ke atas, mesti bermula dari bawah dan semua yang berjaya bermula dari bawah akan bertahan lama dan berterusan.

Dan

Kejayaan itu proses, bukan buat terus ke atas. Mesti panjat satu-satu tangga dan penting untuk konsisten serta fokus.

Apabila fokus untuk panjat tangga bukan untuk capai hajat lain. Bila hajat mahu ke puncak dan tiba-tiba berhenti dan turun semula untuk hajat lain memang tidak akan sampai ke puncak.



0135819100 Cikgu Basariah
Usaha tangga kejayaan Usaha tangga kejayaan Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Mei 27, 2021 Rating: 5

Gantikan tarawih dengan 4 Rakaat sunat

Khamis, Mei 20, 2021
Assalamualaikum dan Selamat Pagi😃

Gantikan Tarawih Dengan 4 Rakaat Sunat🌹
==============
1. Sepanjang Ramadan dahulu, kita bersemangat menunaikan Solat Tarawih sebanyak 8 atau 20 rakaat. Alangkah sayangnya andai kekuatan ini dilenyapkan selepas berlalunya Ramadan. Barangkali kita boleh menggantikan kekuatan menunaikan Solat Tarawih kita dengan Solat Sunat Empat Rakaat selepas Isya. Ini kerana Rasulullah dikatakan sering melakukannya.

2. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari, Saidina Ibn Abbas ada menceritakan bagaimana Rasulullah setelah selesai menunaikan solat isya’ akan pulang ke rumah dan menunaikan solat sunat 4 rakaat. Kata beliau:

وَكَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِنْدَهَا فِي لَيْلَتِهَا ، فَصَلَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ العِشَاءَ ، ثُمَّ جَاءَ إِلَى مَنْزِلِهِ ، فَصَلَّى أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ ، ثُمَّ نَامَ

“Rasulullah menunaikan solat Isya, kemudian pulang ke rumahnya dan menunaikan solat (sunat) empat rakaat dan kemudian Baginda tidur.” (HR al-Bukhari)

3. Perkara ini turut disahkan oleh Saidatina Aisyah yang menyebutkan:

مَا صَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْعِشَاءَ قَطُّ فَدَخَلَ عَلَيَّ إِلَّا صَلَّى أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ أَوْ سِتَّ رَكَعَاتٍ

“Tidaklah Rasulullah itu menunaikan solat isya melainkan Baginda akan pulang ke rumahku dan menunaikan solat sunat empat atau enam rakaat.” (HR Abu Daud)

4. Lebih luar biasa lagi Saidina Abdullah bin Mas’ud menganggap Solat Sunat Empat Rakaat selepas Isya ini mempunyai ganjaran yang sangat besar seperti ganjaran Lailatul Qadar. Kata Saidina Abdullah bin Mas’ud:

مَنْ صَلَّى أَرْبَعًا بَعْدَ الْعِشَاءِ لَا يَفْصِلُ بَيْنَهُنَّ بِتَسْلِيمٍ، عَدَلْنَ بِمِثْلِهِنَّ مِنْ لَيْلَةِ الْقَدْرِ

“Barangsiapa menunaikan solat sunat selepas isya sebanyak empat rakaat dengan satu salam, maka pahalanya seumpama pahala Lailatul Qadar. (Athar diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah).

5. Bagaimana menunaikannya? Berdasarkan kenyataan Abdullah bin Mas'ud di atas, solat ini dilaksanakan dengan empat rakaat dengan satu salam. Manakala dalam hadis Ibn Abbas pula, Rasulullah mendidik sahabat menunaikannya secara dua rakaat-dua rakaat dengan bacaan surah al-Kafirun + al-Ikhlas dan al-Sajadah + al-Mulk. (HR al-Tabrani - dinilai daif)

6. Solat sunat empat rakaat ini adalah tambahan dari solat sunat rawatib. Ini kerana hadis mengenai solat sunat rawatib yang diriwayatkan oleh Ibn Umar hanya menyebutkan dua rakaat selepas isyak. Empat rakaat ini seakan-akan tambahan dari dua rakaat tersebut.

7. Oleh yang demikian, sekiranya kita masih mempunyai kekuatan Tarawih seperti dalam Ramadan yang lalu, teruskan dengan menunaikan solat sunat selepas isya’ sebanyak 4 rakaat.

Semoga Allah membimbing kita.

Kredit: Dr. Ahmad Sanusi Azmi


0135819100 Cikgu Basariah
Gantikan tarawih dengan 4 Rakaat sunat Gantikan tarawih dengan 4 Rakaat sunat Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Mei 20, 2021 Rating: 5

Tips berniaga online

Rabu, Mei 12, 2021
3 NASIHAT UTK BERJAYA DALAM BISNES ONLINE 

1.    Mesti ada kelainan. Unik atau special bukan hanya pd produk. Tapi, servis layanan yg special, cara promosi menarik, pakej yang unik dll. 

2.    Mental kena kuat dan berjiwa kental. Sbb apa?  Bisnes banyak cabaran beb, fuhh. Semangat kena maintain, lemau letak tepi.  Duk dlm group dan circle yang sentiasa positif. Cari group bisnes yg sharing2, diorang share SALE baru terbakar.

3.    Sayangi produk sendiri. Bisnes tu mestilah minat korang. Sbb korang kena hadap hari2. Fikir balik apa yang korang minat dlm hidup ni dan sesuaikan dengan bisnes tu, baru korang tak cepat down tak bosan.

Haah habis pun.. tujuan nasihat ini utk memperingati diri sy sendiri juga sambil2 tu boleh share pada korang yg buat bisnes online jugak.  What u give, u get back more kan.



0135819100 Cikgu Basariah
Tips berniaga online Tips berniaga online Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Mei 12, 2021 Rating: 5

Amalan pembuka rezeki

Isnin, Mei 10, 2021
AMALAN PEMBUKA REZEKI

1. Solat di Awal waktu dan dirikan solat sunat Dhuha, Tahajud dan Taubat
2. Bahagiakan IBU mu dan Suami mu
3. Selalu tolong orang terutama keluarga
4. Sedekah di waktu Subuh
5. Rajin buang sampah terutama di jalan orang lalu lalang
6. Sentiasa Ber Istighfar
7. Baca surah Al Waqiah
8. Amalkan Selawat kepada Nabi
9. Suka menyampaikan Ilmu walau sedikit
10. Niat cari rezeki kerana Allah
11. Niat untuk bantu ramai orang dan beri manfaat ramai org
12. Sentiasa senyum dan bersyukur.

Semoga sahabat semua dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya.

Upgrade ilmu income pun turut upgrade. 




InshaAllah
0135819100 Cikgu Basariah
Amalan pembuka rezeki Amalan pembuka rezeki Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Mei 10, 2021 Rating: 5

Ramadan jangan pergi

Jumaat, Mei 07, 2021
Assalamualaikum dan selamat pagi semua 🥰✨

Ramadan bukan hanya dengan berpuasa malah kita perlu memberi makan yang lapar, membantu mereka yang membutuhkan, menjaga lidah, tidak menghakimi orang lain dan memaafkan. Itulah semangat Ramadan.💪😊


0135819100 Cikgu Basariah
Ramadan jangan pergi Ramadan jangan pergi Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Mei 07, 2021 Rating: 5

Pahala baca Al quran bulan Ramadan

Jumaat, April 23, 2021
Selamat pagi semua 🌻

Pahala untuk Al-Quran pada bulan Ramadan adalah pahala yang berlipat kali ganda apabila dilakukan pada bulan yang lain dan pahalanya dihitung per Allah dari huruf tersebut, bukan jumlah huruf yang dibaca. Sekiranya di bulan yang lain pahala setiap huruf adalah 10 kebaikan, dalam bulan Ramadhan ia dapat digandakan hingga 700 kali sesuai dengan niat dan usaha untuk menjaga hati dalam Islam agar ikhlas dan tenang .

"Semua perbuatan anak Adam akan berlipat ganda (sebagai balasan), satu kebaikan akan dibalas dengan 10 hingga 700 kali." Allah SWT. bersabda: "Kecuali puasa, sesungguhnya itu bagi-Ku, dan aku akan segera membalasnya. Hamba-Ku telah meninggalkan nafsu dan makanannya kerana Aku. " (Diriwayatkan oleh Muslim).

Setiap bacaan, tentu saja, pada masa yang sama mempelajari kandungannya sehingga dinilai seperti belajar dan seseorang yang belajar mempunyai tahap yang mulia di sisi Allah sehingga dia mempunyai lebih banyak kebaikan dan pahala dan mendapat kemudahan dari semua pengetahuan dia belajar.



0135819100 Cikgu Basariah
Pahala baca Al quran bulan Ramadan Pahala baca Al quran bulan Ramadan Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, April 23, 2021 Rating: 5

Ikhlaskn Amalan di bulan ramadan

Rabu, April 21, 2021

Bulan Ramadan merupakan bulan yang terbaik bagi seorang hamba yang mahu melipat gandakan amalan soleh.

Apapun kebajikan dan amalan yang kita lakukan di bulan Ramadan, pastikan ianya dilakukan dengan ikhlas kerana Allah swt dan juga dengan hati yang khusyuk lagi tawaduk kepadaNya😊🌸



0135819100 Cikgu Basariah
Ikhlaskn Amalan di bulan ramadan Ikhlaskn Amalan di bulan ramadan Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, April 21, 2021 Rating: 5

Kelebihan puasa di bulan ramadan

Selasa, April 13, 2021
Puasa ramadan












0135819100 Cikgu Basariah
Kelebihan puasa di bulan ramadan Kelebihan puasa di bulan ramadan Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, April 13, 2021 Rating: 5

Jangan merungut selagi boleh mendongak

Rabu, April 07, 2021
Kita ni orang berniaga.
.
Lama dah jadi orang bisnes.
.
Title USAHAwan pun selalu kita guna.
.
Tapi takkan bila rasa down, rasa lemau masih kena nak cari orang lain untuk bagi motivasi?
.
Takkan masih mengharapkan usaha dan kata2 dari orang luar untuk menggerakkan punggung kita bingkas bangun berusaha?
.
Kita ni yang sendiri 'cari pasal' terjun ke dunia bisnes.  Sendiri kena pandai jaga diri lah.
.
Sendiri kena tahu apa yg kita nak.
.
Sendiri kena tahu apa punca kita rasa lemau tak bersemangat.
.
Cari puncanya tu dan deal with it like a man!!
.
Bukan tarik sembunyi dalam selimut.
.
Api semangat kena bermula dari dalam diri.
.
Kenal diri sendiri. Apa tujuan kita berbisnes?
.
Apa yg boleh memberi kita semangat yg berterusan utk tidak berhenti dan mengalah?
.
Ingat muka2 suci anak2 kita. Takkanlah kita nak meletakkan mereka dalam keluarga yg porak peranda diselubungi kegagalan?
.
Apa yg kita nak tinggalkan untuk mereka semua tu nanti?
.
Paling asas, jadikanlah apa yg kita sedang usahakan ni sebagai satu ibadat. Mulakan segala gerakan dan kerja dengan niat KERANA ALLAH SWT.
.
In Shaa Allah kita sentiasa dekat denganNya. Kita tak berseorangan sebenarnya.
.
Selamat berbisnes. 
.
#saharsahad 
#backtobasics 
#ilmuteknikalbisnes

Sahar Sahad


0135819100 Cikgu Basariah
Jangan merungut selagi boleh mendongak Jangan merungut selagi boleh mendongak Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, April 07, 2021 Rating: 5

Apakah autism

Jumaat, April 02, 2021
Assalamualaikum dan selamat pagi.

Selamat hari Autism sedunia.

Jom kenali Autism.

APAKAH ITU AUTISM?

Autism ialah gangguan pertumbuhan tumbesar seseorang dalam jangka masa panjang yang memberi kesan dalam pemikiran kanak-kanak dan dalam proses informasi. Ia berlaku kepada kanak-kanak di antara 1-2 orang dalam 1000 dan ia terjadi 4 kali lebih kerap di kalangan kanak-kanak laki-laki. Gejala – gejala ini selalunya berlaku sebelum kanak- kanak itu berumur 3 tahun tetapi ianya belum pasti lagi.

PENYEBAB UTAMA: 

Komunikasi
Tindak balas sosial
Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti
Autism adalah salah satu bahagian dalam gangguan yang dipanggil “ Pervasive Developmental Disorders.“ dan satu lagi gangguan dari kumpulan ini ialah ‘Asperger’s Syndrome di mana pertuturan kanak-kanak dan kemahiran kognitif boleh jadi normal. Sebab-sebab Autism tidak diketahui tetapi kemungkinan berpunca dari faktor keturunan atau ketidakseimbangan kimia di dalam otak. Terencat akal boleh berlaku dalam 75% kanak-kanak autism.

TANDA DAN GEJALA

Komunikasi

Lambat, tidak normal atau tidak boleh bertutur
Bahasa tanpa lisan yang tidak normal ; contoh, kurang pergerakan anggota badan.
Kurang cerdas semasa bermain
Kurang upaya bergaul atau berbincang dengan orang lain
Tindak balas sosial

Hilang tumpuan dan kurang mimik muka
Tiada kesedaran perasaan terhadap orang lain
Suka bersendirian tanpa berkongsi pengalaman dengan orang lain
Suka bermain sendirian
Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti

Menggerakkan anggota badan berulang kali seperti bertepuk tangan, menggoyangkan badan ke hadapan dan belakang, menganguk kepala
Menumpukan perhatian kepada satu objek sahaja seperti tayar kereta mainan
Tertekan ke atas perubahan kecil yang berlaku dalam persekitaran
Hanya berminat terhadap satu atau dua perkara sahaja.
Komplikasi

Seseorang yang menghidap autism akan mendapat gejala yang berlainan mengikut umur masing-masing.

Peringkat awal kanak-kanak – Hiperaktif, panas baran
Peringkat akhir kanak-kanak – suka menyerang, mencederakan diri sendiri
Peringkat remaja dan dewasa – kemurungan dan epilepsi
Rawatan

Beberapa orang yang pakar dalam bidang ini diperlukan untuk :

Membaiki kemahiran sosial
Menggalakkan lebih ramai masyarakat mengenal pasti kelakuan mereka
Menambah baikkan komunikasi verbal dan non verbal
Membantu keluarga mengendalikan masalah ini dengan jayanya.

TIADA UBAT  YANG DAPAT MENYEMBUHKAN AUTISM tetapi ada beberapa jenis ubat yang dapat mengawal gejala-gejala yang timbul disebabkan autism seperti:

Kelakuan ganas
Hiperaktif
Kebimbangan yang mungkin timbul
Rehabilitasi

LANGKAH PENCEGAHAN @ PEMBAIKAN:

Terapi pertuturan dan bahasa
Untuk memperbaiki komunikasi di kalangan kanak-kanak
Cara pulih kerja ( occupational therapy )
untuk menambahbaikkan kemahiran kemasyarakatan seperti : eye contact, Pemerhatian dan tumpuan serta membantu kanak-kanak menjalankan aktiviti harian.
berbagai rangsangan pancaindera / deria
Pencegahan tingkah laku ( behaviour intervention )
Untuk menurunkan panas baran dan tingkah laku yang ganas

PENDIDIKAN

Kanak-kanak autistic perlu berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran supaya keperluan pendidikan mereka dapat diberi. Borang pendaftaran boleh diperoleh di Jabatan Pendidikan atau di sekolah. Terdapat juga pertubuhan bukan kerajaan yang dapat memberikan pendidikan kepada kanak-kanak autism seperti National Autistic Society of Malaysia ( NASOM )
Pendaftaran Kurang upaya ( Disability registration )

Kanak-kanak Autism boleh berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan mendapatkan borang-borang di Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran.
Kumpulan sokongan

Maklumat Umum

Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM)
Sekretariat
Pacific Place Commercial Centre
Unit B-2-3, B-3-3
Jalan PJU 1A/4, Ara Damansara
47301 Petaling Jaya, Selangor
Tel: 603-7832 1928 | 603-7832 5928 | 603-7831 7928


0135819100 Cikgu Basariah
Apakah autism Apakah autism Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, April 02, 2021 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.