Seo Services
Results for aga2020

Syukur kepada Allah

Selasa, Mac 03, 2020
Assalamualaikum

Ingatkan 2, rupanya 4 reward cikgu terima tahun ni. Syukur Alhamdulillah.

-Tempat PERTAMA Blogger Asmak
-Penghargaan Stokis Premium
-Penghargaan Personel Sales
-Top 10 Leader Asmak

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah

5 tahun dalam Asmak. Jerih payah dari mula hingga kini. Hanya yang cekal akan terus bertahan. Setiap tahun sentiasa ada penghargaan dari founder suami isteri. Terima kasih tak terhingga buat Cikgu Nor Fazilah Abd Mohd dan Encik Mohd Selodi Md Ghazali. Merekalah mentor cikgu dan suami dalam Asmak ni.

Asmak ni tak sama macam bisnes yang pernah cikgu buat sebelum ni. Aura dia, MAA SHAA ALLAH. Paling best, kami sentiasa bekerja dalam pasukan umpama sebuah keluarga. Gaduh sikit-sikit tu biasalah. Bila mak tegur, anak-anak kenalah terima dengan hati yang lapang.

Terima kasih yang tak terhingga cikgu ucapkan kepada cinta hati cikgu, suami tercinta Muhammad Nasron Abdullah yang sentiasa menyokong bisnes cikgu dari dulu. Tidak dilupakan kedua ibu ayah dan ibu ayah mentua cikgu, adik beradik dan ipar duai yang juga sentiasa setia menjadi pengguna produk Asmak ni. Dan tidak dilupakan semestinya team cikgu yang ohsem #TheSpartans serta semua pelanggan yang cikgu cintai. Tanpa kalian, tak mungkin kejayaan ini dikecapi.

Dengan izin Allah segalanya berlaku. Terima kasih ya Allah pertemukan kami semua dalam Asmak. Semoga Asmak akan terus maju di masa hadapan.

Ingat Asmak, ingat cikgu tau! 😘

#StokisPremiumAsmakPerak #WeAreFamily





0135819100 Cikgu Basariah
Syukur kepada Allah Syukur kepada Allah Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Mac 03, 2020 Rating: 5

Asmak Grand Award 2020

Sabtu, Februari 29, 2020
Assalamualaikum

Hari ni 29hb Februari. Tarikh yang hanya akan dilalui 4 tahun sekali.

Pada tarikh keramat inilah, cikgu dijadualkan berada di Genting Highlands untuk diraikan dalam Asmak Grand Award bagi tahun 2020 ni. Tiket hotel, bayaran makanan dan pakaian semua dah ready.

2 hari lepas, cikgu terima panggilan menyatakan ibu cikgu yang sekarang sedang dirawat di hospital dalam keadaan nazak.

Masa dapat berita tu, cikgu dah sampai di sekolah. Cuma belum sempat punch card je lagi.

Cikgu terus patah balik ke rumah. Kelam kabut amik je mana-mana baju yang sempat dicapai. Terus kami anak beranak gerak balik ke Kedah.

Keadaan ibu cikgu dah stabil sikit masa kami sampai tapi doktor maklumkan pada bila-bila masa sahaja ibu cikgu boleh alami keadaan yang sama. Kami kena sentiasa bersedia.

Demi ibu, cikgu lepaskan peluang untuk ke AGA dan putuskan untuk kekal di samping ibu. Alhamdulillah agen cikgu dapat pergi dan terima hadiah bagi pihak cikgu. Terima kasih buat SD Nadia Shukri dan tahniah atas kejayaan yang dikecapi.

Ni antara hadiah yang cikgu terima. Tak sangka banyak betul penghargaan yang diperoleh kali ini termasuklah diiktiraf sebagai top Blogger Asmak. Syukur ya Allah atas anugerah ini.






Ya Allah, permudahkan segala urusan mak. Ringankanlah kesakitan yang mak tanggung. Aamiiin.

0135819100 Cikgu Basariah
Asmak Grand Award 2020 Asmak Grand Award 2020 Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Februari 29, 2020 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.