Seo Services
Results for emas

Emas penyelamat duit raya anak anda

Ahad, Julai 01, 2018
EMAS PENYELAMAT DUIT RAYA

Hari raya merupakan antara hari yang paling dinantikan terutama bagi kanak-kanak. Mana tidaknya, ketika inilah peluang untuk mereka mengumpul duit sebanyak mungkin dari sanak saudara dan jiran tetangga dimana duit yang mereka kumpul ini mereka akan gunakan untuk beli apa yang mereka idamkan. Tapi apa kaitan duit raya, emas dan kanak-kanak ??

-----> Mari saya nak story sikit apa kaitannya 😉😉 < -----
Sebagai ibu bapa, mereka perlu bijak dalam menguruskan duit raya anak-anak mereka dari terbazir begitu sahaja.Emas merupakan asset yang paling mudah untuk disimpan dan lebih bernilai.

MENGAPA EMAS ??
Umumnya ramai yang mengetahui emas sangat bernilai tetapi sekadar memahami sahaja tanpa melihat dan mengetahui prospek sebenar untuk jangka masa yang panjang.Ada sesetengah ibu bapa lebih gemar menyimpan duit raya anak-anak mereka di bank.Hal itu tidak salah malah itu satu tindakkan yang bijak.

Tetapi apa kata kita buat sedikit kelainan dengan menukarkan duit raya anak anda itu tadi kepada emas. Bunyi macam agak leceh tetapi mengapa saya mengesyorkan simpanan emas untuk anak-anak anda adalah kerana :

🏅Duit raya itu tadi kekal dalam bentuk asset yang tahan lama.
🏅Asset muda untuk anak-anak kelak
🏅Membantu anak-anak untuk belajar
🏅Mendedahkan kanak-kanak dengan ilmu kewangan di usia muda
🏅Melahirkan sikap ingin menyimpan dan mengelakkan sifat boros

Jadilah ibu bapa yang bijak dalam membentuk masa hadapan anak-anak anda.Tukarkan semua ataupun sebahagian duit raya anak anda kepada emas.

Jangan biarkan anak anda terlalu seronok dengan duit raya itu tadi.Ajar anak anda untuk sentiasa menyimpan duit raya ataupun menukarkan duit raya itu tadi dengan sesuatu yang lebih bernilai demi kebaikkan di masa hadapan.


Percayalah bahawasanya EMAS merupakn penyelamat anda serta anak-anak anda di masa hadapan. Anda tidak akan rugi membeli emas !! 😍😍

Loket emas Edalia Gold diperbuat daripada emas 916 dan berjisim 2g. Comel dan boleh dijadikan simpanan dan boleh juga dipakai pada rantai anak anda. Jom beli satu!


Jom tukar duit raya anak kepada loket emas comel edalia gold. Hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah
Emas penyelamat duit raya anak anda Emas penyelamat duit raya anak anda Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Julai 01, 2018 Rating: 5

Unit timbangan emas lama

Sabtu, Disember 03, 2016
Assalamualaikum

Entry kali ni saja ditujukan khas buat penggemar emas. Jom kita belajar unit timbangan emas lama 😊

🌀Mari Belajar Unit Timbangan Lama Emas🌀

1 Kati = 600 gram
1 Tahil = 37.8 gram
1 Pikul = 60.48 kg,
1 Mayam = 3.37 gram
1 Rial = 2.72gram
1 Kupang = 0.64 gram
1 Amas = 2.551 gram
1 Suku = 0.8425 gram
1 Busak = 0.337 gram
1dirham = 2.975gram
1dinar = 4.25gram
1/4dinar = 1.0625gram
2dinar = 8.50gram
1dinar(4.25g) = 10dirham

Ini pula jenis ketulenan emas yang diukur pada zama dahulu:
999 – 24K    - Emas Sepuluh / Chuk Kan / Emas Kertas
950 – 23K    - Emas Kelantan / Emas 9 1/2
916 – 22K    - Emas Singapura
900 – 21.6K - Emas Sembilan
875 – 21K    - Tiada nama lain dapat dicari
835 – 20K    - Tiada nama lain dapat dicari
800 – 19K    - Emas Paun
750 –  18K   - Tiada nama lain dapat dicari
585 –  14K   - Tiada nama lain dapat dicari
373 –   9K    - Suasa

Pesanan penaja:

Emas boleh dicari, kesihatan dan kasih sayang tidak dijual beli. Nak sihat, nak cantik? Jom cuba produk dari syarikat MHAMSB. ☺☺☺☺


Unit timbangan emas lama Unit timbangan emas lama Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Disember 03, 2016 Rating: 5

Yang menjadi rebutan

Selasa, Ogos 26, 2014
Assalamualaikum

Pagi ini menerima sebuah berita duka..seorang pelajar di sekolah saya terlibat kemalangan maut sewaktu dalam perjalanan ke sekolah. Innalillahiwainnailaihirajiun. Semoga Allah tempatkan beliau dalam kalangan hambaNya yang beriman.

Menelusuri sedikit kisah hidup anak ini sangat menginsafkan. Di usia muda ditinggalkan sang bapa yang menagih dadah. Ibu pula berhijrah ke Kuala Lumpur meninggalkan arwah dengan neneknya. Dan semasa kejadian pagi ini, saya mendapat tahu, arwah tinggal pula sendirian kerana nenek turut ke Kuala Lumpur untuk sesuatu urusan. Allahuakbar! Hanya Allah yang maha tahu betapa kuatnya anak ini tidak pernah mengeluh susah dan menanggung segala kerinduan dan masalahnya seorang diri. Difahamkan lagi anak ini seorang atlit dan sentiasa ceria di dalam kelas. Langsung tidak pernah dicerminkan segala masalah yang membelenggu dirinya. Sebab itulah dia insan yang terpilih untuk mengadap Illahi dalam usia yang masih muda. Kita ini sendiri belum tahu bagaimana kesudahannya.

Lantaran ini, apakah yang direbutkan kita di dunia ini?

Emas? Permata? Harta melimpah ruah? Rumah besar?


Bersyukurlah masih bernafas, dikurniakan kesihatan, anak-anak yang sihat penyejuk mata (nakal itu tandanya dia masih ada untuk mendapatkan perhatian kita), suami atau isteri yang sentiasa menemani di sisi. Lantas, nikmat tuhanmu yang manakah mahu kau dustakan? Allah..(T T)

Bersyukurlah!
Bersyukurlah!
Bersyukurlah!

Alhamdulillah...

Terima kasih ya Allah.


Wassalam.
Yang menjadi rebutan Yang menjadi rebutan Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Ogos 26, 2014 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.