Seo Services
Results for kisah kehidupan

Monolog Seorang Ibu

Isnin, Ogos 08, 2022
MONOLOG SEORANG IBU

Sudah beberapa hari adik demam. Sebelum ni adik sangat aktif. Duduk memang tak boleh diam. Tangan, kaki dengan mulut sama naik aktifnya.

"Adik sayang mama nak makan tak?"

Lemah adik menggeleng kepala. Mama makin susah hati. Ni kalau bawa ke hospital, ada harapan kena tahan ni.

Demam kali ni bukan biasa-biasa. Setakat panadol sahaja macam tak lut. Sekejap sahaja berpeluh, kemudian badan dah panas semula. Mama nekad nak cuba cara lain. Mama tak mau adik terlalu bergantung kepada ubatan klinikal.

Mama ajak adik ke dapur. Bagi adik pegang siap-siap air masak dalam cawan. Minta adik buka mulut dan mama picit lima kali minyak habbatussauda yang ada di dapur tu dalam mulut adik. Teringat mama hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aishah R.A,

إِنَّ هَذِهِ الحَبَّةَ السَّوْدَاءَ شِفَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ، إِلَّا مِنَ السَّامِ، قُلْتُ: وَمَا السَّامُ؟ قَالَ: المَوْتُ

Maksudnya: Sesungguhnya Habbatussauda’ adalah penawar bagi segala penyakit, melainkan al-Saam. Aku bertanya: Apakah al-Saam itu? Baginda SAW menjawab: “Kematian”. [Riwayat al-Bukhari (5687)]

Semoga dengan berkat habbatussauda ni, adik akan lebih sihat. Kemudian mama ambil pula sesudu madu halia yang dah mama campur dengan lemon dan suap ke mulut adik. Kebaikan madu sangatlah banyak sehingga ada disebut di dalam Al Quran seperti berikut:

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

ثُمَّ كُلِيْ مِنْ كُلِّ الثَّمَرٰتِ فَا سْلُكِيْ سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا ۗ يَخْرُجُ مِنْۢ بُطُوْنِهَا شَرَا بٌ مُّخْتَلِفٌ اَلْوَا نُهٗ فِيْهِ شِفَآءٌ لِّلنَّا سِ ۗ اِنَّ فِيْ ذٰلِكَ لَاٰ يَةً لِّقَوْمٍ يَّتَفَكَّرُوْنَ

"Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir."
(QS. An-Nahl 16: Ayat 69)

Mama ajak adik sambung rehat atas sofa. Sambil tu mama terus jerlum kepala adik dengan air yang dicampur dengan beberapa picit shampoo bunga raya yang ada kat rumah ni. Fungsinya nak bagi kepala adik sejuk. Ni petua yang mama pernah belajar dari arwah ibu mama suatu ketika dahulu. Khasiat bunga raya ni sangat pelbagai rupanya. Menerusi laman web Hello Doctor, mama belajar selain bunga raya ni elok untuk rawatan rambut, ia juga sangat baik untuk merawat demam dan selesema. Elok sangat nampaknya dengan keadaan adik ni. Orang tua-tua dahulu pon dah tahu tentang ni. Kita je yang lalai.

Dulu kat rumah kita ni ada pokok bunga raya. Tapi, selepas kena tebas dengan tukang kebun, terus merajuk tak tumbuh lagi dah. Syukurla ada Shampoo Bunga Raya Plus keluaran Asmak ni, bolehla mama ikhtiar gunakan dalam saat kecemasan macam ni.

Alhamdulillah panas adik dah makin berkurang. Selang 4 jam,
mama kejut adik dan ajak makan. Bancuh air milo dalam mangkuk dan letak 5 keping roti pat sagi kata orang Kedah. Ada tempat panggil biskut mayat. Kenapa namanya macam tu agaknya ye? Lain kalilah mama cerita. Habis semangkuk licin adik makan. Selang sejam kemudian, mama bancuh pulak 1 sachet vita c effervescent dan bagi adik minum. Mama minta adik habiskan. Syukur adik dapat habiskan. 

Mama tahu dalam keadaan demam, biasa mulut rasa pahit. Badan pula perlu banyak vitamin dan nutrien untuk lawan virus dan bakteria. Setahu mama, dalam vita C effervescent Asmak ni ada, Vitamin C. Dapatlah membantu mengatasi kekurangan Vitamin C dalam badan serta membantu menghindari jangkitan kuman.

Selain tu ada ekstrak sakura yang dapat melindungi kulit dari radikal bebas, mengatasi keradangan kulit macam yang adik ada sekarang ni. Harapnya ekzema adik pon dapat berkurang bila adik amal ni.

Ada juga lutein yang merupakan sejenis vitamin karotenoid yang
dapat jaga kesihatan mata adik. Bila demam ni, adik nak buka mata pon mama tengok tak bermaya. Sedih hati mama.

Beta Carotena pon ada rupanya. Mama pernah baca yang bahan ni dapat mengurangi risiko terjadinya demam dan cirit birit. Selain tu dapat mencegah risiko penyakit paru-paru, seperti penyakit paru obstruktif kronik (PPOK), mencegah bronkitis dan sesak nafas, mencegah pelbagai jenis kanser, membantu pesakit AIDS, penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson, darah tinggi (hipertensi), sakit kepala, sembelit, ketagihan alkohol, depresi, epilepsi, rheumatoid arthritis, skizofrenia, vitiligo, dan psoriasis. Banyak betullah khasiat beta karotena ni!

Di samping itu ada juga tomato. Tomato merupakan buah yang ada sumber protein, dapat membantu melindungi kesihatan jantung, melindungi kesihatan kulit, membantu memperbaiki penglihatan, melancarkan sistem pencernaan, melawan penyakit seperti diabetes dan kanser. Subhanallah, banyaknya khasiat dalam 1 sachet vita c ni. Semoga dengan asbab adik minum ni Allah bantu sembuhkan adik.

Menjelang petang, badan adik dah kurang panas. Patutnya hari ni adik ada perlawanan persahabatan bola jaring tapi disebabkan adik tak sihat, mama maklumkan kat cikgu minta adik direhatkan.

Esoknya adik dah sihat sepenuhnya. Syukur sangat. Adik pon dah boleh kembali ke PASTI dan bermain bersama kawan-kawan.

Sesungguhnya nikmat kesihatan sangat bernilai. Dan nikmat ini biasanya hanya benar-benar dirasai bila jatuh sakit. Semoga Tuhan sentiasa pelihara adik dan jadikan adik sentiasa sihat, cergas, cerdas serta jadikan adik seorang yang sentiasa ceria dan menceriakan hari insan di sekeliling. Terima kasih ya Allah temukan kami sekeluarga dengan Asmak yang membantu kehidupan menjadi lebih baik dengan izin dariMu.

.
.
.
.





Cerpen ini memenangi tempat ketiga contest penulisan cerpen yang dianjurkan Asmak. Syukur alhamdulillah.

Jika anda berminat mendapatkan produk yang ditulis dalam cerpen ini, bolehlah hubungi no yang tertera di bawah ya 👇

0135819100 Cikgu Basariah
Monolog Seorang Ibu Monolog Seorang Ibu Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Ogos 08, 2022 Rating: 5

Kisah kehidupan

Isnin, Mei 28, 2018
"Mahal la baju tu. RM150 sepasang. Pilih yang RM50 sudahlah!"

Keras seorang lelaki meninggikan suara pada isterinya yang meminta beli sepasang baju kurung untuk raya.

Si isteri patuh. Menunduk malu pada mata-mata yang memandang. Walau dihati berkenan, namun suami tidak izinkan.

*******

Jam empat pagi, lampu dapur dibuka. Sebatang tubuh halus mula memegang senduk dan kuali. Berperang dia dengan bawang dan api.

Tengah goreng ikan, si kecil menangis. Api diperlahankan, berlari dia ke bilik bersama botol susu pula. Sempat didodoikan seketika sebelum kembali beraksi didapur semula.

Jam lima pagi, dia mula kejut anak-anak yang mula belajar berpuasa. Akhir sekali baru sang suami yang berdengkur tak henti-henti.

Tabah dia memujuk anak, gigih dia mengejut si bapak.

Makanan panas tersedia. Nasi pula disenduknya. Air pun masih berasap. Maka makanlah mereka sekeluarga sebagai bekal untuk terus kekal bertenaga.

Usai sahur, suami ke beranda cucuh rokok main telefon sementara tunggu waktu subuh.

Dia pula mengemas pinggan mangkuk, basuh mana yang patut.

Azan berbunyi, bergegas dia kejutkan anak-anak bangkit solat. Itu kewajipan, wajib atas si si ibu dan bapa mendidik anak supaya sentiasa patuh suruhan Tuhan.

Suami kembali berdengkur, dan dia mengutip pula kain baju. Basuh dan jemur. Dalam bakul, banyak kain belum berlipat. Luang masa pula lipat mana yang sempat.

Jam 9 pagi, matanya tak mampu tahan lagi. Maka direbahkan badan, ingin rehat sekejap. Baru sahaja terlena, anak kecil bangun menggongcangkan badan.

Pampers sudah penuh, perut si anak lapar. Bangunlah perempuan ini tunaikan kewajipan. Walau masih penat dan mengantuk, dia terpaksa tahan.

Tengahari, mop lantai pula. Kejut suami solat Zuhur dan ajak ke pasar untuk beli barang mentah. Pulangnya dari pasar, urus anak lagi. Kemudian berperang pula di dapur untuk siapkan juadah berbuka.

Lepas Maghrib, dikala anak-anak bermain di ruang tamu dan suami ralit tengok berita, tugasnya belum habis di dapur.

Habis tugas di dapur, tugas menguruskan anak-anak pula menanti. Kemudian kemas rumah lagi, lipat pula baju yang masih berbaki. Lewat malam, baru badan dapat direbahkan.

Jam empat pagi, rutinnya kembali.

Hebat seorang perempuan bergelar isteri dan ibu ini. Hebat sekali.

Maka jika setahun sekali si isteri minta beli persalinan yang elok, cubalah tunaikan wahai suami.

Bukan dia minta hari-hari. Hanya untuk hari istimewa sahaja. Jika setahun sekali pun berkira, apa lagi nak dikata.

Tidak terbayang segala pengorbanan. Tidak terungkap segala lelah penat. Tidak tertulis segala jasa dan bakti mereka.

Cubalah raikan mereka sekali sekala. Jika tidak mampu, usah malukan mereka dikhalayak ramai. Cakap elok-elok, bisik perlahan-lahan.

Bacalah tulisan aku ini dengan mata hati. Kemudian cubalah untuk mengerti.

#MFS

- Satu kisah di suatu malam bulan Ramadan

Kredit kepada penulis asal

Jom ayukan suri hati anda dengan set penjagaan wajah Kaisa. Suci, lembut dan selamat.


0135819100 Cikgu Basariah
Kisah kehidupan Kisah kehidupan Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Mei 28, 2018 Rating: 5

Kecik ke besaq?

Ahad, April 29, 2018
Assalamualaikum

Yang besar tak semestinya gagah, yang kecil tak semestinya lemah.

Paling mudah, cuba tengok cili. Semakin halus cili tu, semakin pedas tau dia. Manusia pon macam tu. Jangan kita ingat, orang yang besar ni mereka kuat, kadang nak angkat benda berat sikit tak boleh. Orang lebih kecil boleh pula angkat. Tapi, ni bukan alasan untuk kita perlekeh orang yang macam ni dan sanjung tinggi pula yang sebaliknya.

Kekuatan setiap orang tak sama. Setiap orang ada kelebihan dan kelemahan. Sebab tu kita ni hidup kena berhubung. Saling mencukupi. Yang kuat bantu yang lemah. Yang kaya bantu yang miskin.

Jangan suka sangat gelakkan orang. Kutuk orang sana, kutuk orang sini. Diri sendiri je yang betul dan hebat. No!No! No! Ini bukan sikap yang nabi ajar untuk kita.

Terima kelemahan orang, hargai kelebihan mereka. Bantu mana yang boleh. Kelemahan, kekurangan orang lain boleh jadi juga ujian buat kita. Jangan terlalu mudah mengatakan kita boleh itu, kita boleh begini selagi kita belum diuji. Ujian Allah beri sesuai dengan kemampuan diri. Kita nampak bagus ni pon, sebab Allah tutup keburukan dan kelemahan kita.

Usah sentiasa merasa sedih, usah terlalu merendah diri sehingga dipijak-pijak. Bersederhana adalah yang terbaik. Ada kalanya kita juga perlukan pujian dan beri penghargaan kepada diri sendiri. Kita bukanlah malaikat yang sentiasa 'perfect'. Berazamlah untuk menjadi hamba Allah yang terbaik dan cuba lakukan yang terbaik. Sentiasa beristighfar apabila tersasar dari landasan. Bukankah istighfar itu menyuci dan menenangkan hati?

Hebat, bukan untuk meninggi diri, hebat petanda kita WAJIB semakin tunduk sujud kepadaNya.

Ha, nak habaq ni! Minyak herba asmak ni ada saiz kecik, ada sederhana, ada besaq. Hangpa nak yang mana?

Roger na!
0135819100 Cikgu Basariah
Kecik ke besaq? Kecik ke besaq? Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, April 29, 2018 Rating: 5

Kerana sebekas spageti

Sabtu, April 28, 2018
Assalamualaikum

Pagi ni kami sekeluarga bersarapan dengan spageti carbonara. Sesekali tekak ini teringin pula merasa makanan barat. Mengada!

Usai makan, saya dapati masih banyak spageti di atas dapur. Sementara masih panas, terfikir pula nak disedekahkan kepada jiran. Jiran di sebelah rumah ni tiada nampaknya. Teringat pula jiran yang agak jauh sikit dari rumah. Anaknya bersekolah sama dengan anak saya. Lantas saya meminta anak sulung saya, Razin keluar dan menghantarkan sebekas spageti ke rumah sahabatnya itu.

Saya segera masuk ke bilik dan mula menarah timbunan gunung kain baju yang seminggu tidak ditarah. Adus, letih sekali!

Sedang leka saya mengelaskan pakaian yang telah dilipat kepada bahagian masing-masing, terdengar laungan Razin memanggil nama saya berulang-ulang. Bergegas saya mendapatkannya. Risau pula kalau ada apa-apa.

"Mama, ibu Umar nak beli minyak asmak yang macam biasa tu sebotol," ujar Razin sambil menghulurkan not RM50 kepada saya. Syukur alhamdulillah. Niat saya yang ikhlas untuk bersedekah pagi ini, nampaknya langsung Allah balas dengan membuka pintu rezeki buat saya di pagi hari.

Segera saya masuk ke bilik kerja dan mengambil stok Minyak Herba Asmak 30ml, dimasukkan ke dalam plastik dan turut saya selitkan cenderamata dalam plastik itu. Memang biasa saya berikan hadiah kepada semua pelanggan saya. Rasa gembira dapat berkongsi rezeki dan menggembirakan orang lain.

Saya dapatkan Razin sambil menghulur plastik berisi minyak asmak serta wang baki sebanyak RM11. Tidak lupa juga saya berpesan kepada Razin untuk membuat akad jual beli dengan ibu sahabatnya itu.

Syukur, alhamdulillah. Peristiwa kecil pagi ini membuka mata saya betapa benar sedekah itu pembuka rezeki. Semakin banyak kita memberi, semakin banyak kita menerima. Sifir Allah tak sama dengan sifir yang kita belajar dalam mana-mana buku teks di dunia ini. Yakin bahawa Allah adalah pemberi rezeki utama dan sentiasa bersyukur kepada Nya. Bukankah semakin kita bersyukur kepada Allah, semakin banyak Allah akan beri kepada kita?

-Teruskan ikhlas dalam memberi-
22/4/2018, 1.11pm

Minyak 30ml ini adalah minyak yang paing digemari ramai. Com cuba sebotol!


0135819100 Cikgu Basariah
Kerana sebekas spageti Kerana sebekas spageti Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, April 28, 2018 Rating: 5

Tayang

Selasa, April 24, 2018

Sepanjang perjalanan ke pekan Teluk Intan, kelihatan bendera pelbagai parti penuh di tiang-tiang elektrik. Ada hijau, ada biru, ada warna gabungan . Meriah sungguh!

Tiba-tiba terlintas di ingatan saya, iklan tajaan yang berlegar di laman muka buku pagi tadi.

"Abang, tadi kan, masa sayang buka fb, keluarla iklan yang Dato Y sponsor. Kesian Dato Y. Teruk dia kena kecam di fb!", getus saya memecahkan kesunyian.

"Tula, abang pon perasan. Padahal Dato Y tu banyak je jasanya untuk pekan ni. Entah betul atau tak tuduhan tu".

"Tapi ye la kan, abang tahu dia buat itu ini pon sebab abang rapat dengan PA dia. Cuba abang tak rapat, abang tau ke apa dia dah buat untuk pekan kita ni?, " soal saya pula.

Terdiam suami saya. Diam tu kata orang tua-tua setuju. Situasi ni membuatkan saya terfikir, budaya masyarakat kini dah makin berubah. Buat baik perlu ditayang-tayang. Tak kisahlah sebagai ahli politik mahupun di tempat kerja. Kalau tak ditayang, orang kata kita tak buat kerja.

Entah ke mana perginya 'ikhlas' dalam masyarakat kita sekarang ni? Segala yang baik dan buruk habis ditayang. Kalau yang baik ditayang tu, asalnya ikhlas boleh menimbulkan riak dan takabbur. Yang buruk pula pastinya menambah dosa.

Besarnya cabaran kita. Belum lagi dajjal tiba!

-Cikgu Basariah, yang cuba kekal ikhlas dalam bekerja-

20/4/2014, 6.40 p.m

Dari dok tayang benda merapu, baik cikgu tayang minyak asmak ni. Bagus sangat untuk batuk, selesema, kahak, resdung dan lain lain.

Nak beli minyak asmak? Hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah
Tayang Tayang Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, April 24, 2018 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.