Seo Services
Results for masker guna madu

Petua cantik dengan berMADU?

Isnin, Mac 26, 2018
Assalamualaikum

"NAK CANTIK dengan Ber'MADU?"

ANTI PENUAAN / AWET MUDA

CANTIK sinonim dengan kaum wanita. Semua nak kelihatan cantik. Kulit wajah cantik.
Nak jaga ketrampilan diri. Nak first impressions tip top. Tetapi ada sesetengah produk untuk jaga semua tu agak mahal. Bila beli yang murah, banyak bahan kamikal yang merbahaya pula. Itulah dilema wanita masa kini untuk menjaga wajah agar "AWET MUDA"

Hari ini kak ana share beberapa petua berasaskan "MADU" untuk kekal cantik dan AWET MUDA.

MADU menjadi sumber antioksidan yang baik. Ianya boleh melindungi kulit dari kerosakan sel akibat radikal bebas. Radikal bebas mempercepatkan proses penuaan dan boleh menyumbang kedut, garis halus dan kulit yang kendur.

MADU juga membantu mengekalkan kulit yang terhidrat, salah satu rahsia di belakang kulit yang bersinar dan muda.

Campurkan MADU dan JUS LEMON segar dengan sempurna. Sapukan pada bahagian muka dan leher. Biarkan ia kering dengan sendirinya, kemudian bilas dengan air suam. Gunakan rawatan kulit anti penuaan ini sekali atau dua kali seminggu.

Secara alternatif, sediakan 2 sudu besar madu mentah dan avocado pulp. Setelah digaul rata jadikan ianya MASKER. Menggunakan jari anda, sapukan topeng MASKER ini ke atas muka dan leher. Biarkan selama sekurang-kurangnya 30 minit, kemudian bilas dengan air suam. Gunakan topeng muka ini sekali seminggu.

Layan DIY serta TIPS yang kak ana sertakan.

Kredit: Puan Rohana Edi, Sarawak

Resepi masker madu


Untuk dapat MADU ASLI wasap cikgu ye

0135819100 Cikgu Basariah
Petua cantik dengan berMADU? Petua cantik dengan berMADU? Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Mac 26, 2018 Rating: 5

Jom buat masker sendiri. Jimat tapi cantik!!

Jumaat, Februari 02, 2018
Assalamualaikum

Tips

Jimat, tapi nak cantik

Rajin sikit malam ni. Buat masker kunyit guna kunyit hidup. Lebih umph gitew. Kot kot lah boleh glowing. kalau tak dapat kulit glowing, dapat kulit kuning. Hihi. Tak kesah la, janji kulit sihat.

Bahan bahan nya (macam nak memasak je)
1. kunyit hidup seinci
2. beras yang direndam semalaman.
3. Madu.


Caranya mudah saja, kisar beras, pastu kisar kunyit dan campurkan. Akak ni terlebih rajin, pakai lesung batu you. hihi. Tapi takla selumat kalau guna blender.

Okeh, dah siap kisar, campurkan aje, lepastu ambik madu sesudu gaul sehingga sebati. Lepastu tepek la kat muka. Biarkan selama 15-20 minit.

Lepas tu pegi basuh muka. Jangan pula tidur dengan muka cenggitu. Habisla kuning tilam bantal uols karang.

Madu tu kalau nak tukar dengan jus lemon pun boleh. Tapi tak semua kulit sesuai dengan jus lemon. So, kena cek la kulit serasi ke tak. Macam akak, tak serasi.

Kalau nak yang express, pakai je tepung beras dan serbuk kunyit. Senang. Tapi, akak rasa macam tak tergamak la letak kunyit serbuk kat muka. Sebab terbayang ikan yang dilumur kunyit.

Itu saja la, tips jimat tapi nak cantik untuk malam ni. Owh ya, jangan lupa sebelum tidur, sapu muka dengan olive oil. Untuk kulit lembab. Natural dan selamat.

Good nite uols. Sleep tight.

Kredit : Murni Murni

Bimbang terbeli madu tiruan? Madu asli dan madu hali bentong Asmak kan ada..Hubungi 0135819100 Cikgu Basariah. Setiap pembelian dapat habbatussauda PERCUMA tau! 😘
Jom buat masker sendiri. Jimat tapi cantik!! Jom buat masker sendiri. Jimat tapi cantik!! Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Februari 02, 2018 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.