Seo Services
Results for menu diet

RESEPI SOTONG SERAI KETUK MUDAH DAN PANTAS

Rabu, September 28, 2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Hari ini cikgu kembali dengan resepi makanan diet untuk anda semua 😆 Resepi yang cikgu akan kongsikan dengan anda semua ini merupakan hasil perkongsian Puan Rosfatimah Ibrahim. Oh ya! Resepi kali ini berasakan makanan laut yaa nyums sedapnya.



sumber : google


RESEPI SOTONG SERAI KETUK

Bahan-bahan:
  • sotong dibasuh bersih
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • asam keping
  • pure himalayan pink salt (secukup rasa)
  • 1 sudu lada hitam (ditumbuk)
  • setengah biji bawang holland (mayang kasar)
  • air secukupnya



Cara-cara:
  1. Didihkan air kemudian masukkan serai, bawang putih, asam keping, lada hitam, garam, bawang holland dan sotong.
  2. Biarkan mendidih sehingga sotong masak dan semua bahan sebati.
  3. Sedia untuk dihidang.

Mudah dan pantas kan? Selamat mencuba!





0135819100 Cikgu Basariah
RESEPI SOTONG SERAI KETUK MUDAH DAN PANTAS RESEPI SOTONG SERAI KETUK MUDAH DAN PANTAS Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, September 28, 2022 Rating: 5

MENU DIET: BEBOLA AYAM HOMEMADE

Sabtu, September 17, 2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Resepi diet baru datang lagi! Kali ini cikgu nak share cara buat bebola ayam homemade. Bebola ayam homemade ni boleh saja nak makan macam mana pun. Nak panggang boleh, nak buat sup sayur pun boleh terpulang mengikut citarasa masing-masing yaa. Resepi ini sudah semestinya hasil perkongsian Puan Rosfatimah.



Gambar ni sekadar hiasan tau. Cikgu pinjam dari siraplimau 😊



RESEPI BEBOLA AYAM HOMEMADE

Bahan-bahan (tiada sukatan terperinci) :
  • bahagian isi dada (kisar)
  • garam 
  • serbuk lada hitam
  • bawang putih*
  • bawang holland*
  • daun sup*
  • lobak merah*
  • tepung ubi atau tepung jagung
Cara-caranya :

  1. Cincang semua bahan yang bertanda *
  2. Masukkan bahan yang dicincang ke dalam ayam yang telah dikisar tadi.
  3. Masukkan garam (jangan lupa guna garam pink dari Asmak ye hihii), serbuk lada hitam dan tepung jagung/tepung ubi kemudian gaul rata.
  4. Sementara nak bentukkan bulat-bulat bahan tadi, panaskan air dalam periuk.
  5. Masukkan bebola apabila air sudah mendidih.
  6. Tunggu sehingga bebola ayam sudah timbul, boleh diangkat dan toskan airnya
Note : Tepung mengikut kesesuaian adunan. Tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras.


Inilah rupa garam pink Asmak tau.


 
Selamat mencuba! Semoga impian setiap dari kalian untuk mengamalkan gaya pemakanan yang sihat tercapai.




0135819100 Rabiahtun
MENU DIET: BEBOLA AYAM HOMEMADE MENU DIET: BEBOLA AYAM HOMEMADE Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, September 17, 2022 Rating: 5

RESEPI MUDAH IKAN KELI BAKAR

Jumaat, September 02, 2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Cikgu rasa, mulai hari ini cikgu nak mula berkongsi resepi diet suku-suku separuh dengan anda semua la. Menarik, kan? Pastinya cikgu menggunakan beberapa produk daripada Asmak yang memang banyak manfaatnya untuk kesihatan tubuh badan.

Siapa nak mula diet tu boleh kerap-kerap jenguk blog cikgu ya. InsyaAllah semuanya mudah untuk disediakan dan lazat untuk dinikmati. Semua resepi ini merupakan hasil perkongsian Puan Rosfatimah bt. Ibrahim. Jom mula!


RESEPI IKAN KELI BAKAR


gambar ni cikgu pinjam google ya hihii.

Bahan A :
  • 5 tangkai cili kering
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar perahan lemon

Bahan lain :
  • Garam pink
  • Madu

Cara-cara :
  1. Kisar halus bahan A.
  2. Sesuaikan rasa dengan garam pink dan madu kemudian perap bahan yang telah dikisar tadi bersama ikan keli.
  3. Perap ikan keli selama 1 jam kemudian bakar sehingga masak dengan sempurna.

Cikgu pun terliur dah ni. Resepinya sangat sangat mudah tau, jadi anda semua mesti cuba. Jangan lupa dapatkan garam pink dan juga madu daripada Asmak 😊



Hubungi cikgu segera untuk cikgu bantu anda dapatkan produk yang anda inginkan. Terima kasih sudi singgah ke blog cikgu. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua pembaca.






0135819100 Cikgu Basariah
RESEPI MUDAH IKAN KELI BAKAR RESEPI MUDAH IKAN KELI BAKAR Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, September 02, 2022 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.