Seo Services
Results for salam maulidurrasul

Salam Maulidurrasul ï·º – Mengenang Perjuangan Kekasih Allah

Jumaat, September 05, 2025

Assalamualaikum


Salam Maulidurrasul ï·º – Mengenang Perjuangan Kekasih Allah

Setiap kali tibanya Maulidurrasul, hati kita kembali tersentuh mengingatkan perjuangan insan agung, Nabi Muhammad SAW. Baginda bukan sahaja diutuskan sebagai penyampai wahyu, malah contoh teladan terbaik dalam segenap aspek kehidupan – akhlak, kepimpinan, kasih sayang, dan kesabaran.

Baginda lahir dalam keadaan yatim, membesar sebagai anak yang diuji dengan penuh cabaran, namun sejak kecil sudah dikenali sebagai Al-Amin, yang jujur dan dipercayai. Sejak dari itu, Allah SWT mempersiapkan Baginda untuk memikul amanah yang paling besar – membawa risalah Islam kepada seluruh manusia.

Perjuangan Baginda bukan mudah. Nabi dihina, dicaci, dibaling batu, malah disakiti oleh kaum sendiri. Namun Baginda tidak pernah membalas dengan kebencian. Sebaliknya, Baginda mendoakan hidayah buat mereka. Inilah bukti cinta Baginda kepada umatnya, termasuk kita yang lahir beribu tahun selepas kewafatan Baginda.

Kisah-kisah seperti peristiwa di Taif, hijrah ke Madinah, hingga kemenangan Islam dalam pelbagai peperangan menunjukkan bahawa perjuangan Baginda penuh pengorbanan. Namun, setiap langkah Baginda adalah kerana kasih dan rahmat Allah kepada manusia.

Apa yang lebih menyentuh, sebelum Baginda wafat, yang diingat oleh Nabi bukanlah diri Baginda sendiri, tetapi kita – umat Baginda. Baginda menyebut, “Ummati, ummati, ummati.” Itulah tanda cinta yang tiada tandingannya.

Maka, sempena Maulidurrasul ini, mari kita hayati semula akhlak Baginda. Amalkan sunnah-sunnah mudah dalam kehidupan seharian – senyum, memberi salam, membantu orang lain, menjaga kesihatan, dan mendekatkan diri dengan al-Quran. Biar cinta kepada Rasulullah SAW bukan sekadar ucapan, tetapi terzahir dalam perbuatan.

Salam Maulidurrasul 1447H. Moga dengan mengingati perjuangan Baginda, hati kita semakin cinta, lidah kita semakin banyak berselawat, dan amalan kita semakin dekat dengan jalan yang diredai Allah.


📞 Untuk sebarang tempahan produk sunnah seperti minyak zaitun Asmak, boleh hubungi 0135819100 atau 0105369100.
🛒 Atau dapatkan secara mudah melalui beg kuning di Shopee: 

https://s.shopee.com.my/5L2IOiBKJq





Salam Maulidurrasul ï·º – Mengenang Perjuangan Kekasih Allah Salam Maulidurrasul ï·º – Mengenang Perjuangan Kekasih Allah Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, September 05, 2025 Rating: 5

Biodata Nabi Muhammad S.A.W

Khamis, September 28, 2023
BIODATA RASULULLAH SHOLLALLOHU 'ALAIHI WASALLAM

🖌 Nama : Nabi Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muththalibs bin Hashim.

🖌 Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; karena peristiwa tentara bergajah
Abrahah yang menyerang kota Ka'bah)

🖌 Tempat lahir : Di rumah Abu Thalib, Makkah Al-Mukarramah.
🖌 Nama bapak : Abdullah bin Abdul Muththalib bin Hashim.
🖌 Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf.
🖌 Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapak Rasulullah SAW).
🖌 Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
🖌 Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah, suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

💓 Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

💓 Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapak Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muththalib.

USIA 8 TAHUN

💓 Datuknya, Abdul Muththalib pula meninggal dunia.
Baginda dipelihara pula oleh bapak saudaranya, Abu Thalib.

USIA 9 TAHUN(Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

💓Bersama bapak saudaranya, Abu Thalib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan.

💓Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendeta Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

USIA 20 TAHUN

💓Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

💓Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang didzalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

💓Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.

💓Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.

💓Baginda SAW bersama-sama Abu Thalib dan beberapa orang bapak saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapak saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

💓Mas kawin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

💓Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Ka'bah.

💓Pembinaan semula Ka'bah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.

💓Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

💓Menerima wahyu di gua Hira' sebagai pelantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

💓Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq.

💓Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal / 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

💓Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah / 8 Juni 632 Masehi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

💚 Khadijah Binti Khuwailid.
💚 Saudah Binti Zam'ah.
💚 Aisyah Binti Abu Bakar (anak Sayyidina Abu Bakar).
💚 Hafsah binti 'Umar (anak Sayyidina 'Umar bin Al-Khattab).
💚 Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
💚 Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
💚 Zainab Binti Jahsy.
💚 Maimunah Binti Harith.
💚 Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
💚 Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin', Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1.💜 Qasim
2.💜 Abdullah
3.💜 Ibrahim
4.💜 Zainab
5.💜 Ruqaiyah
6.💜 Ummi Kalthum
7.💜 Fatimah Al-Zahra'

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

💙 Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah at-Tamimi (anak kepada Sayyidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin

dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah → Hamzah
2. Abu Salamah → Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah → Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Muthallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. 'Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPAK DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
( ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTHTHALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah *
5. Al-Abbas *
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka'bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) *

* masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

*Sabda Rasulullah SAW:*
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku
Dan sesiapa yang mencintai aku niscaya dia bersama-samaku di dalam syurga"
(Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى وسلم على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia agung

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH

💓Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bertemu muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

💞 Aku belum pernah melihat lelaki yang segagah Rasulullah saw..

💞 Aku melihat cahaya dari lidahnya.

💞 Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.

💞 Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

💞 Rasulullah umpama matahari yang bersinar.

💞 Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

💞 Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.

💞 Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.

💞 Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

💞 Wajahnya seperti bulan purnama.

💞 Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.

💞 Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.

💞 Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.

💞 Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

💞 Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.

💞 Mulut baginda sederhana luas dan cantik.

💞 Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

💞 Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.

💞Janggutnya penuh dan tebal menawan.

💞 Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.

💞 Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.

💞 Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.

💞 Rambutnya sedikit ikal.

💞 Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.

💞 Rambutnya terbelah di tengah.

💞 Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.

💞 Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.

💞 Seimbang antara kedua bahunya.

💞 Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.

💞 Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

💞 Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.

💞 Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.

💞 Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

💞 Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.

💞 Warna putihnya lebih banyak.

💞 Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.

💞 Warna kulitnya putih tapi sehat.

💞 Kulitnya putih lagi bercahaya.

💞 Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kokoh.

💞 Badannya tidak gemuk.

💞 Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi gagah.

💞 Perutnya tidak buncit.

💞 Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

*KESIMPULANNYA* :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.

Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.❤️

Allahumma solli ala muhammad



0135819100 Cikgu Basariah
Biodata Nabi Muhammad S.A.W Biodata Nabi Muhammad S.A.W Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, September 28, 2023 Rating: 5

Rindu Sang Bilal

Selasa, Disember 13, 2016
Selepas wafat nya Rasulullah ,Bilal bin Rabah telah meminta izin dari khalifah Abu Bakar untuk meninggalkan Madinah .Abu bakar telah memberi izin kepada Bilal untuk meninggalkan Madinah.

Sebelum meninggalkan madinah di tatapi nya buat kali terakhir kota madinah di mana satu masa dulu dia dan Rasulullah berkongsi suka dan duka.

Bilal menetap bersama keluarga nya di Syria,sungguh sukar bagi Bilal untuk melupakan kenangan bersama Rasulullah .Sekian lama nya Bilal menetap di syria .

Satu hari Rasulullah muncul di dalam mimpinya " wahai Bilal keras sungguh hati mu,kenapa engkau tidak menziarahi aku". Lantas Bilal terjaga dari tidur nya dengan deraian air mata,sehingga seluruh keluarga nya terbangun.

Bilal menceritakan kepada ahli keluarga nya apa yg terjadi, ahli keluarga nya menyuruh Bilal menziarahi makam Rasulullah.

Semasa Bilal dalam perjalanan menuju madinah, air mata nya tidak henti2 mengalir.Dia tidak berhenti di mana2 agar cepat sampai di madinah.

Setelah beberapa hari Bilal sampai di makam Rasulullah lantas memberi salam " Asalamualaika ya Rasulullah" . Air mata nya terus mengalir.

Tiba2 datang Amirul mukminin syaidina Abu Bakar memeluk Bilal dari belakang untuk menenangkan Bilal,sehingga reda tangisan Bilal.

Bilal,alang2 kamu sudah berada di sini laungkan lah Azan untuk kami,rayu amirul mukminin . Tidak wahai amirul mukminin,jawab Bilal.

Laungkan lah azan,kami rindu akan suara kamu,pinta syadina umar,syadina Bilal mengelang kan kepala.

Tiba2 datang lah dua orang cucu kesayangan Rasulullah iaitu Hassan dan Husin," Pak cik Bilal,laungkan lah azan sebagai mana pak cik laungkan nya di masa datuk kami masih ada.

Di peluk nya kedua_dua cucu kesayangan Rasulullah itu lantas di cium nya. Sebentar tadi aku baru menolak permintaan Khalifah dan permintaan Syadina umar, aku takut untuk menolak permintaan kamu berdua,aku takut nanti Rasulullah akan menolak permintaan aku.

Bilal naik ke atas menara,di tatapi nya satu persatu tempat kenangan bersama Rasulullah sambil air mata nya mengalir laju.

Allahu Akbar , Allahuakbar..

Terdiam seluruh penduduk kota madinah mendengar alunan suara azan tersebut.suasana penduduk kota madinah masa itu sangat terkejut.

Asyhadu ala ila haa illallah

Abu I'sa Rasulullah.
Apakah Rasulullah di bangkit kan semula bisik mereka.

Asyhadu ala ila haa illallah.

Tangisan penduduk kota madinah kian pilu,mereka terkenangkan saat mereka bersama Rasulullah,Syadina Abu Bakar ,umar dan penduduk madinah menitiskan air mata.kerinduan pada suara agung itu kembali lalu mencetuskan satu situasi yg tercatat sebagai sejarah buat umat akhir zaman.

Asyhadu anna Muhammad Rasulullah.

Terus Bilal tersungkur tidak dapat meneruskan azan nya lagi,lantas di sambut oleh syadina Abu Bakar dan Syadina umar," mengapa Bilal?".

 Waktu tengah azan tadi sehingga aku menyebut nama kekasih ku,aku terlihat kelibat Rasulullah keluar dari rumah untuk solat berjemaah bersama kita.

Aku rindu Rasulullah.
Aku rindu Rasulullah.
Aku rindu Rasulullah.

Berlenangan air mata para sahabat dan penduduk kota madinah apa bila tukang azan Rasulullah pulang ke kota madinah untuk mengubati kerinduan nya kepada Junjungan Besar Muhammad S.A.W.

Rindu kah kita kepada Rasulullah?

 Jangan lupa 12 Rabiulawal.

Salam Maulidur Rasul.

Menangis lah wahai sahabat,agar kerinduan kita pada Rasulullah terubat.

😭😭😭


Rindu Sang Bilal Rindu Sang Bilal Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Disember 13, 2016 Rating: 5

Cintai Rasulullah. Salam Maulidurrasul 1438H

Isnin, Disember 12, 2016
Beliau adalah manusia yang paling mulia akhlaknya. Beliau sangat dermawan, paling dermawan di antara manusia. Pada bulan Ramadhan, beliau lebih dermawan lagi, lebih kencang memberi dibanding angin yang berhembus.

Jika memilih urusan, beliau pilih yang paling mudah selama tidak melanggar syariat Allah. Beliau sangat menghindar dari dosa. Jika diri beliau dizalimi, beliau sangat sabar. Namun, jika hak Allah yang dilanggar, beliau sangat murka.

Sangat pemalu melebihi gadis pingitan. Jika beliau tidak menyukai sesuatu, langsung terlihat pada raut wajahnya. Beliau tidak pernah mencela makanan sama sekali. Jika beliau suka maka dimakanlah makanan itu. Jika tidak suka, maka beliau tinggalkan tanpa mencelanya.

(Sumber: HR. Al-Bukhari, no. 3549, 35554, 3560, 3562, dan 3563)

Selamat Menyambut Maulidur Rasul dari MHAMSB


Cintai Rasulullah. Salam Maulidurrasul 1438H Cintai Rasulullah. Salam Maulidurrasul 1438H Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Disember 12, 2016 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.