Seo Services
Results for tips parenting

Cium Anak Penghilang Tekanan

Selasa, Februari 13, 2018
Assalamualaikum

Mencium Anak, Sunnah Nabi SAW

“Perbanyaklah kamu mencium anak cucumu karena imbalan dari setiap ciuman adalah surga.” (HR. Bukhari)"
     
Mari lahirkan rasa kasih dalam diri anak-anak melalui sifat orang tua yang penyayang.

Berikut ini adalah saran kami sebagai psikolog Islam yang sebaiknya diamalkan setiap hari terhadap anak-anak.

CIUMAN KASIH SAYANG

1. Di ubun-ubun
menunjukkan kebanggaan orangtua terhadap anak sambil didoakan agar menjadi anak soleh/sholehah, aamiin.

2. Di dahi
menandakan orangtua redha atas keberadaan anak.
Rasulullah s.a.w mencium Fatimah radiallahu anha di dahinya.

3. Di kedua pipi
sambil mengucap masya Allah, sebagai tanda syauq (perasaan sayang dan rindu) orangtua terhadap anak.

4. Di tangan anak
tanda mawaddah wa hubb (kasih sayang) sambil mengucap barakallah, sebagaimana Rasulullah s.a.w juga selalu mencium tangan putri tercinta : Fatimah r.a.


SENTUHAN SAYANG

1. Menggosok belakang kepala anak, sebagai tanda kasih sayang dan perlindungan.

2. Menggosok atas kepala atau ubun-ubun, menunjukkan kebanggaan orangtua terhadap anak.

3. Mengusap dahi, sebagai tanda syauq (perasaan sayang dan rindu) terhadap anak.

4. Kedua pipi, juga tanda mawaddah wa hubb (kasih sayang)

5. Memegang kedua tangan, untuk menenangkan anak ketika perasaannya tampak kacau atau bingung.

Perhatian :
Usaplah dada anak sambil istighfar saat ia menunjukkan kecenderungan berbuat salah atau sedang marah, untuk menenangkannya.

Lakukan tindakan mawaddah warohmah ini diiringi kalimat2 thoyyibah.

SUDAH KAH KITA CIUM ANAK KITA HARI INI?

Kredit kepada penulis asal

Produk Asmak Baby Care dirumus khas dari bahan semulajadi berkualiti tinggi agar sesuai dengan kulit bayi yang sensitif. Ayuh dapatkan produk yang selamat buat anak kesayangan anda!
Hubungi: 0135819100 Cikgu Basariah

Cium Anak Penghilang Tekanan Cium Anak Penghilang Tekanan Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Februari 13, 2018 Rating: 5

Tips ajar anak cepat membaca dan mengaji

Khamis, Februari 08, 2018
Assalamualaikum

Teguran dari Allah.

Buat ibu bapa yang ada anak lambat dapat mengaji quran dan membaca.
Baca lah perkongsian Ustazah Hafizah yang 'ditegur' Allah saat menghadapi kesusahan dalam mengajar anak nya mengaji.

Ustazah Hafizah menceritakan bahawa dia mempunyai seorang anak lelaki yang lambat dapat mengaji.

Kata Ustazah anak nya itu lahir lahir sahaja sudah lemas dan terpaksa duduk di nicu selama seminggu.
Anak itu istimewa sikit kerana lambat boleh bercakap dibandingkan dengan anak anak yang lain.
Lambat boleh bercakap.
Lamabt boleh membaca.
Lambat mengenal huruf.
Lambat membaca quran.

Ustazah ajar setiap hari anaknya tapi dia lambat untuk faham, walau di ajar berkali kali.

Bila anaknya itu ke sekolah, ustazah di sekolah juga berasa sukar untuk mengajar anaknya. Sampai ustazah tanya
" Tak mengaji kat rumah ke?"

Si anak menjawab jujur.
" Mengaji ustazah"

Lalu ustazah ini 'soal siasat' siapa emaknya.
Terkejut ustazah bila tahu ibunya adalah Ustazah Hafizah.

Jadi, bila si anak memberi tahu siapa dirinya, ustazah berasa sedikit tertekan.

Ustazah kata dia malu dan segan. Yelah, anak ustazah tapi baca quran kurang lancar.
Macam mana?

Kemudian ustazah 'push' anaknya setiap hari untuk baca quran dan ustazah menjadi garang.
 Sampaikan ustazah kata anaknya menjadi takut kepadanya.

Ustazah ajar berkali kali.
Masih juga tak dapat.
Sampai ustazah jadi frust dan dia berhenti menyuruh anaknya mengaji.

Lalu ketika itu dia membuka quran dan membaca surah yang dibuka secara random.

Surah Ar Rahman

Dialah yang mengajarkan Al-Quran- Ayat 2
.
Jika kita belek tafsir quran maksud adalah

Allah sendiri yang mengajar Qur’an kepada kita, bukan orang lain.
Guru atau ustaz yang mengajar itu hanya menyampaikan sahaja. Tapi yang memberi pemahaman adalah Allah sendiri.

 Akhirnya, pemahaman itu dari Allah juga. Kalau Allah tak beri, kita pun tidak dapat.

Kadang-kadang, pengajaran yang diberikan sama, tapi pemahaman anak tidak sama.

Dua orang murid duduk dalam kelas yang sama, 'follow' pembelajaran yang sama, tapi kadang kadang pemahaman mereka tidak sama.
Ini menunjukkan pemahaman itu diberikan oleh Allah.

Ini menunjukkan Allahlah sebenarnya guru yang mengajar.

Ada orang yang Allah mudahkan penerimaan ilmu, namun ada orang laluan menuju ilmu itu terasa gelap dan payah.
.
Jadi ustazah kata, bila dia baca surah itu dia terasa tersentak.
Bagaikan ditegur direct dengan tuhan.

Ustazah rasa bersalah kerana marah anak nya yang lambat faham bila diajar.

Ustazah rasa kesal kerana tidak meminta pertolongan dari Allah untuk memahamkan anaknya.

Kata Ustazah, dalam mengajar anak. Jangan rasa anak akan faham dengan kehebatan kita mengajar.
Tetapi semua itu atas bantuan tuhan-Dia yang memberi kefahaman kepada anak kita.

Sejak hari itu ustazah fokus kepada meminta kepada ALLAH  supaya anak diberi kefahaman.
Ustazah tidak fokus untuk mengajar anak tanpa henti.
Tetapi ustazah kata ajar sedikit sedikit dan banyakkan mengadu dan memohon kepada Allah untuk kefahaman si anak.
 .
Lama kelamaan anak ustazah mampu membaca quran perlahan lahan dan akhirnya  sekarang dia menjadi hafiz☺

.

Belajar sesuatu tak?

Kalau ada anak yang lambat begini jangan marah anak kerana lambat faham.
Tetapi sebaliknya mengadu lah pada Allah- Dia memberi faham.

Kita usaha untuk mengajar anak, tetapi dalam masa yang sama jangan hanya berharap kepada kekuatan diri kita sahaja untuk membuatkan anak faham.
 Tetapi berharap lah pada Allah untuk membantu kita.

- Kredit kepada penulis asal tidak dapat dikesan. Mohon maklumkan jika tahu-

PENAT MELAYAN KARENAH ANAK ANDA? JOM DAPATKAN ASMAK QUEEN. JAMU KUNYAH BERPERISA COKLAT KHAS UNTUK MENINGKATKAN TENAGA WANITA SERTA KECANTIKAN DALAMAN DAN LUARAN WANITA. KUNYAH-KUNYAH JE.

PROMOSI BULAN FEBRUARI, BELI 3 BOTOL PERCUMA 1 BOTOL. BERBALOI-BALOI!

PM/WHATAPPS: 0135819100
Tips ajar anak cepat membaca dan mengaji Tips ajar anak cepat membaca dan mengaji Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Februari 08, 2018 Rating: 5

APA NAK BUAT BILA ANAK DEMAM?

Ahad, Januari 14, 2018
Assalamualaikum

APA NAK BUAT BILA ANAK DEMAM?

Firstly, rileks, jangan gabra nanti caca merba.

Demam biasanya terjadi apabila
1. Anak anak terkena jangkitan kuman ( samada virus atau bakteria)
2. Apabila anak anak nak pandai buat sesuatu
( sebab badan menjadi agak stress sedikit).
3. Apabila bermain panas terlalu lama
4. Apabila terkejut akan sesuatu perkara contoh jatuh katil
( badan jadi stress sikit)
5. Selepas kena cucuk
( badan nak berinteraksi dengan ubat)

Setiap rumah wajib ada termometer.

Belilah yang elok sikit supaya kita tak tersalah tengok suhu badan anak kita.
Takpa berbelanja lebih sikit untuk benda yang perlu dan penting.

Periksa suhu anak.
Suhu yang normal adalah 36-37.4 darjah selsius.
37.5-37.9 adalah subfebrile (demam sikit)
38.5 dan ke atas dikira demam tinggi.

Jika suhu anak melebihi 38.5 darjah selsius, seeloknya bagi anak ubat punggung.
Tapi,jika anda tak yakin dan tak tahu berapa kena bagi(dose), bagi ubat demam biasa (cecair) dan lap lap anak anak atau mandikan dia.

Seeloknya bagilah ubat demam 6-8 jam sekali.

Periksa semula suhu anak setengah jam selepas ubat diberikan.

Jika suhu menurun, alhamdulillah.
Kemudian wajib pantau suhu semula.

Jika tidak turun juga,tengok keadaan dia.
Nampak biasa atau luar biasa.

Buka semua baju dia.

Jangan pakaikan anak dengan pakaian yang tebal atau stoking bagai.
Pakaikan baju yang nipis dan berlubang lubang kecil tu.
Biarkan haba panas keluar.

Bolehkah mandikan anak dengan air sejuk?
Boleh tapi seeloknya mandikan atau lap lah menggunakan air suam suam biasa.
Kesian lah anak tu kejung sebab sejuk sangat nanti.

Apa yang kita perlu risau sewaktu anak demam?
1. Anak aktif ke tak?
2. Anak boleh makan ke tak?
3. Kalau tak boleh makan, dia boleh minum atau tidak?
4. Ada nafas laju atau nafas bunyi tak?
5. Ada muntah dan cirit tak?
6. Ada buang air besar tak?
7. Pampers anak basah tak? ( biasanya kita tukar pampers 5-6 jam sekali kan, jadi bila tukar tu kita tengok, basah ke tak)
8. Anak merengek tak?
9. Bunyi dan cara bernafas anak pelik tak sewaktu tidur?
10. Anak anda respon dengan baik atau biasa tak?
11. Anak anda tarik (sawan) tak?
12. Ada ruam ruam atau tidak?

Jika ada simptom simptom seperti di atas, tolonglah bawa anak anda ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Kalau demam tinggi atau demam melebihi tiga hari, darah akan diambil untuk kita ketahui punca demam.

Ada masanya darah susah nak dapat sebab salur darah anak menjadi sempit akibat dehidrasi ( kurang air) dan sebab itu sekali cucuk tak dapat.

Janganlah terus melulu marah doktor atau misi atau penolong pegawai perubatan cucuk dua tiga kali.

Boleh kah terus bagi antibiotik kepada anak?
Takboleh.
Wajib periksa darah dahulu samada perlu mulakan antibiotik atau tak.

Dan tolonglah buang antibiotik yang dah lepas. Anda wajib makan antibiotik mengikut dose dan cukupkan seminggu. Kalau ada lebihan, sila buang.

Boleh kah bagi ubat punggung saja sebab anak susah nak makan ubat?
Takboleh.
Ubat punggung diberikan bila suhu melangit sahaja dan tidak boleh melebihi dua kali sehari atau melebihi tiga hari.

Ianya menurunkan suhu badan dengan cepat jadi agak berbahaya jika diberi jika suhu tidak tinggi mana(bawah 38)

Bolehkah anak minum air kelapa sewaktu demam?
Boleh. Cuma jangan berlebihan.

Bolehkah anak minum 100plus sewaktu demam?
Takboleh.
Minuman bergas adalah tidak bagus untuk kanak kanak atau orang dewasa.
Yang tiada gas pun takboleh sebab 100plus mengandungi kandungan elektrolit yang tinggi dan menyebabkan dehidrasi menjadi lebih teruk.

Bolehkah bagi aiskrim time anak demam?
Boleh.
Ianya untuk melegakan tekak sahaja. Membuatkan tekak anak menjadi sedikit kebas supaya dia berasa sedikit selesa untuk makan.

Jangan paksa jika dia takmau makan nasi.
Bagi apa yang dia nak makan.
Seeloknya benda yang lembut dan sejuk macam puding atau agar agar. Dapat bagi sup pun dah ok.

Jangan paksa jika anak tak mahu menyusu.
Cuma perlu pastikan dia mahu minum air masak.

Pantau pampers dia.
Jika dah tukar 2 kali pun masih kering, bawalah anak berjumpa doktor.

Dehidrasi adalah merbahaya kerana boleh membawa maut.

Bila dah jadi ibu bapa, memang jarang nak dapat tidur yang empuk dan lena.

Periksa suhu dan keadaan anak malam malam.

Biasanya suhu badan anak akan melangit bila tengah malam sampai ke subuh.
Jika suhu melebihi 38.5, bagilah ubat punggung.
Periksa balik suhu anak selepas setengah jam atau sejam.

Ingat, jika anda rasa anak anda pelik, bawa sahaja untuk diperiksa.

Insha Allah, anak anda akan sihat jika langkah awal diambil.

Bolehkah kalau nak bagi air jampi sahaja?
Hurm boleh bagi air jampi tapi eloklah kita tahu dahulu apa punca demam anak kita. Janganlah semua pun nak dikaitkan dengan jin.

Bolehkah bagi supplemen pada anak anak?
Sebolehnya tak perlu dan janganlah membazir.

Demam menunjukkan sistem imunisasi anak anda bekerja dengan baik kerana memberikan tindak balas terhadap perubahan badan.

Biarkan imun badan dia menjadi kuat secara natural. Dia kan sedang membesar.

Kita dulu dulu pun mak ayah kita rilek saja.
Sekarang ni yang macam macam nak disumbat mulut anak.

Jangan risau sangat ok.
Dan tolonglah jangan membazir.

‎مَا أَنْزَلَ اللهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً
“Tidaklah Allah menurunkan penyakit kecuali Dia juga menurunkan penawarnya.”
 (HR Bukhari).

Anak yang sihat adalah anak yang mendapat makanan yang sihat, gembira ceria dan aktif.

Dr.Erna nadia
Pegawai perubatan klinik kesihatan.

Gula pasir melemahkan antibodi badan dan menjadi penyebab badan mudah jatuh sakit. Beralihlah kepada pemanis semulajadi yang lebih sihat. 
Jom gunakan STEVIA pengganti gula.

Hubungi 0135819100 Cikgu Basariah

APA NAK BUAT BILA ANAK DEMAM? APA NAK BUAT BILA ANAK DEMAM? Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Januari 14, 2018 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.