Sudah setahun usia anak mama dan abah

Isnin, Mac 14, 2011




Cepat betul masa berlalu..sedar tak sedar anakanda Razin pun sudah berusia setahun..masuk hari ni dah 1 tahun 4 hari..cepatnya..dan saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan nikmat dan kurnia-Nya saya masih dapat meneruskan penyusuan susu badan buat permata sulung saya ini. Jadi buat ibu-ibu di luar sana, kuatkan semangat dan tanamkan niat di dalam hati untuk meneruskan penyusuan susu badan buat anak kita..produk penyusuan susu badan ini tidaklah mahal jika dibandingkan dengan susu formula yang belum tentu baik buat diri anak kita..biarlah kita berkorban masa dan tenaga kita pada hari ini untuk kesihatan dan perkembangan positif anak kita di kemudian hari..andai saya yang bekerja ini mampu menyusukan secara ekslusif maka saya yakin para ibu di luar sana juga mampu melakukan sebagaimana yang saya lakukan..Berdoalah kepada Allah semoga diberi kekuatan kerana kita hanya merancang tetapi Allah merupakan perancang yang sebenar-benarnya..Wallahua'lam
Sudah setahun usia anak mama dan abah Sudah setahun usia anak mama dan abah Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Mac 14, 2011 Rating: 5

seminggu bercuti di kedah

Ahad, Mac 13, 2011
alhamdulillah..saya dan suami selamat tiba di kedah semalam..seronok rasanya dapat juga tidur semalam di rumah sendiri di SP sebelum meneruskan perjalanan pulang ke kampung..sebelum bertolak pulang sempat saya membaca artikel mengenai penyusuan susu ibu yang dikeluarkan surat khabar kosmo..kemudian sempat pula singgah Tesco SP dan dapatkan majalah mingguan wanita dan Pa&Ma yang terbaru..banyak betul info berkaitan penyusuan susu ibu yang ditulis dalam majalah Pa&Ma..bagi yang berminat segeralah mencari buku ini di pasaran...(^_^)..ingatlah..susu ibu adalah minuman terbaik buat si manja kita..
seminggu bercuti di kedah seminggu bercuti di kedah Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Mac 13, 2011 Rating: 5

3rd wedding anniversary vs Razin's birthday

Khamis, Mac 10, 2011


Syukur alhamdulillah hari ini genap 3 tahun pernikahan saya dan suami..yang paling menggembirakan juga hari ini ulang tahun kelahiran Razin yang pertama..sedar tak sedar dah besar anak mama dan abah ni..semoga kehidupan kami semakin bahagia dan bertambah rasa kasih sayang dan rezeki dari Allah..Aminn..Sayang abang dan Razin!!!Muahhh!Muahh!!!Muahh!!
3rd wedding anniversary vs Razin's birthday 3rd wedding anniversary vs Razin's birthday Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Mac 10, 2011 Rating: 5

Pra birthday Razin

Ahad, Mac 06, 2011

Alhamdulillah kelmarin selesai sambutan pra birthday Razin..majlis berjalan lancar sepertimana yang diharapkan walaupun cuaca mendung dan hujan turun agak lebat..tetamu yang diundang juga turut menghadirkan diri..syukur alhamdulillah..namun malangnya tiada gambar yang sempat ditangkap bagi menggambarkan situasi semalam namun saya dan suami bersyukur makanan yang dihidang mencukupi buat semua tetamu dan boleh pula diberi untuk bekal dibawa pulang..(^_^)
Pra birthday Razin Pra birthday Razin Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Mac 06, 2011 Rating: 5

UDANG GALAH TELUK INTAN

Ahad, Mac 06, 2011

Sempat saya dan suami menjengah ke pekan Sabtu di Chenderong Balai beberapa minggu lepas dan bertemulah kami dengan penjual udang galah di sana..Bukan selalu dia ada..ada musimnya..maka kami tidak melepaskan peluang untuk membeli udang yang besar dan kelihatan sangat segar itu..maka hasilnya seperti yang kalian dapat lihat inilah..udang galah teluk intan masak sambal special...hehe..cara membuatnya mudah sahaja..


Bahan-bahan:


Bahan A
Udang galah 5 ekor

Bahan B
Minyak (3 sudu)
Bawang kecil(dihiris halus)
Bawang putih (dihiris halus)
Cili kisar
Santan(1 mangkuk)
Serai 2 batang (diketuk)
Gula
Garam
Bawang besar
Cili merah / hijau (untuk hiasan)

Cara-caranya:

1. Udang dibersihkan dan dipotong bahagian kepala (yang ada sesungut tu) dan dibelah belakang
2. Tumis bawang kecil dan bawang putih yang telah dihiris dalam minyak sehingga naik bau
3. Kemudian masukkan cili kisar dan goreng sehingga naik minyak
3. Masukkan serai yang telah diketuk dan santan..Biarkan pekat
4. Masukkan udang dan gaul sebati sehingga udang kemerahan @ masak..
5. Masukkan gula dan garam secukup rasa
6. Masukkan bawang besar..Gaulkan sebati dan tutup api
7. Hiaskan dengan cili hijau dan merah dan sedia untuk disantap

SELAMAT MEMASAK! (^_^)
UDANG GALAH TELUK INTAN UDANG GALAH TELUK INTAN Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Mac 06, 2011 Rating: 5
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.