Ahad, Mac 06, 2011

UDANG GALAH TELUK INTAN


Sempat saya dan suami menjengah ke pekan Sabtu di Chenderong Balai beberapa minggu lepas dan bertemulah kami dengan penjual udang galah di sana..Bukan selalu dia ada..ada musimnya..maka kami tidak melepaskan peluang untuk membeli udang yang besar dan kelihatan sangat segar itu..maka hasilnya seperti yang kalian dapat lihat inilah..udang galah teluk intan masak sambal special...hehe..cara membuatnya mudah sahaja..


Bahan-bahan:


Bahan A
Udang galah 5 ekor

Bahan B
Minyak (3 sudu)
Bawang kecil(dihiris halus)
Bawang putih (dihiris halus)
Cili kisar
Santan(1 mangkuk)
Serai 2 batang (diketuk)
Gula
Garam
Bawang besar
Cili merah / hijau (untuk hiasan)

Cara-caranya:

1. Udang dibersihkan dan dipotong bahagian kepala (yang ada sesungut tu) dan dibelah belakang
2. Tumis bawang kecil dan bawang putih yang telah dihiris dalam minyak sehingga naik bau
3. Kemudian masukkan cili kisar dan goreng sehingga naik minyak
3. Masukkan serai yang telah diketuk dan santan..Biarkan pekat
4. Masukkan udang dan gaul sebati sehingga udang kemerahan @ masak..
5. Masukkan gula dan garam secukup rasa
6. Masukkan bawang besar..Gaulkan sebati dan tutup api
7. Hiaskan dengan cili hijau dan merah dan sedia untuk disantap

SELAMAT MEMASAK! (^_^)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan