Jumaat, Julai 29, 2011

UDANG GALAH MASAK KUNYIT

Salam semua..

Hari ni saya nak bercerita tentang makanan pula..
Maklumlah..baru-baru ni salah seorang anak didik saya menghadiahkan saya dengan 4 ekor udang galah..khas dari sungai Perak, katanya..Thanks to Mohd. Syafiq from 5MPV1..

Termenung dulu sambil tgk udang galah ni..nak buat apa ye?


Fikir punya fikir..nak buat apa udang galah ni ye? hari tu dah buat pedas..kali ni masak simple2 je la..maka datanglah resepi ini..maka saya kongsikan cara-caranya ye..kalau tuan/puan tiada idea nak masak apa dengan udang galah..maka bolehlah mencuba resepi ni..ringkas, mudah, cepat dan sedap (bagi sayalah..hehe...kang kata masuk bakui angkat sendiri lak..)

Tadaa..sudah siap..

Bahan -bahan:

- 4 ekor udang galah
- serbuk kunyit
- serbuk lada hitam
- garam
- lada benggala
- brokoli
- tomato
- sawi putih
- gula (kalau tak nak gula, gunakan serbuk perasa..saya 'prefer' gula..lebih selamat daripada bahan pengawet dan bahan kimia berbahaya..hehe)
- bawang putih dan bawang merah untuk menumis
- minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Udang galah dipotong di bahagian hujung dan ekornya sedikit dan dibelah belakang, kemudian dibersihkan
2. Gaulkan udang galah dengan garam, kunyit dan serbuk lada hitam
3. Goreng udang galah dengan minyak yang sederhana sehingga kemerahan..kemudian angkat(jangan lama sangat)..nnt isi melekat dengan kulit..tak best..
4. KUrangkan sedikit minyak menggoreng udang galah tadi..tinggal sikit saja..
5. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
6. Masukkan sayur-sayur dan goreng seketika.
7. Masukkan udang galah serta perasakan dengan gula dan garam secukup rasa..
8. Sedia untuk dihidang dan dimakan...mudah kan?kan?kan?

SELAMAT MENCUBA!!!

6 ulasan:

  1. Dimasak rendang pun sedap tu. :)

    BalasPadam
  2. sedapnya ayu udang galah....baiknya budak tu,kalau kt kedai dah berapa tu

    BalasPadam
  3. sedap nyer tengok udang niy kn..
    tapi sayaaaaang,=( sy kurang minat makan udang..hehe..so, kalo ader, makan jew..kalo xdek, xdek hal..hehe..best resepi..bolei sy bg mak utk mencube..sempena2 puase nk dtg niy,best..=)

    BalasPadam
  4. wahhh!sedapnya..saya suka udang.. :)

    BalasPadam
  5. huhu sedap tu.lame betui xrase udang galah :)

    BalasPadam