Seo Services

BAKED SARDINE ROLLS..

Salam semua..

Bagi meredakan ketensenan saya semenjak dua menjak ni sata nak cerita pasal makanan pula..bosan bila cerita pasal pelajar..sakit jiwa rasanya..huhu..Ya Allah kuatkanlah iman dan kesabaran hambaMu ni..

Maka saya telah menghasilkan satu menu sihat untuk berbuka beberapa hari lepas..erm..selalunya orang suka goreng roti sardin gulung ni kan? Tapi roti yang digoreng biasanya makan minyak dan menyebabkan kita pon rasa nak naik minyak..hehe..saja tambah je yang last tu..so saya try bakar roti gulung ni dan nampaknya hasilnya tidak mengecewakan..sedap..




BAHAN-BAHAN


Bahan A

5 keping roti sardin
1 tin kecil sardin
2 sudu cili boh
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
Garam dan gula secukup rasa..

Bahan B
3 sudu tepung gandum
Garam dan air secukup rasa

CARA-CARA

1. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau..
2. Masukkan cili boh..
3. Masukkan sardin beserta sosnya dan perisakan dengan gula dan garam secukup rasa
4. Apabila sudah masak, lenyek isi ikan sardin
5. Seterusnya bahan B dicampur dalam satu bekas (kecik pon cukup) dan pastikan pekat sedikit daripada bancuhan jemput2..
6. Gelek roti putih dan kemudian letakkan isi sardin ke atasnya dan gulung..
7. Gunakan bahan B yang telah dibancuh tadi sebagai gam
8. Sedia untuk dibakar selama 15 minit pada suhu 150 darjah celcius..

SELAMAT MENCUBA!!!
BAKED SARDINE ROLLS.. BAKED SARDINE ROLLS.. Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Ogos 15, 2011 Rating: 5

1 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum Cikgu...

    memasak juga boleh menjadi satu terapi minda. Tapi hasilnya? Jangan terlebih makan dah la...

    Berhari raya di mana nanti? InsyaAllah, kakcik dan keluarga akan beraya di Kedah. :)

    BalasPadam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.