Rabu, Ogos 10, 2011

DEMAM PANAS AKIBAT TUMBUH GIGI???

Salam semua..

Kali ni saya cuba untuk meluangkan masa bercerita sedikit tentang
demam yang melanda bayi saya..saya pun sampai sekarang masih keliru apa
penyebab demam tersebut..doktor pun belum dapat mengesahkan tapi setakat
ni dirasakan mungkin disebabkan nak tumbuh gigi..mana taknya..4 gigi geraham
tumbuh serentak..

Kalau kita yang dewasa ni tumbuh geraham bongsu pun boleh demam..apatah
lagi bayi yang masih kecil..apa yang saya lakukan sepanjang bayi demam ni
ialah:

1) tanggalkan pakaian bayi
2) basahkan kepala dan badan bayi dengan air sejuk
3) buka kipas kuat-kuat
4) bagi bayi minum banyak air masak..saya campur glukos
5) meneruskan penyusuan susu badan
6) beri minum air nasi - untuk bantu kurangkan cirit
7) 3 kali bawa ke klinik ambil ubat..huhu..janji sihat

Ada cadangan lain x? selain makan ubat, mungkin ada petua yang boleh
dikongsi? Sila tinggalkan komen yer...

4 ulasan:

  1. anak abah nak tumbuh gigi pun demam, nak jalan pun demam, nak merangkak pun demam..hehehe..normalkan baby kalau demam tp kena kawal lah..diorg nk learn something new tu

    BalasPadam
  2. selain dari ubat syiela selalu amalkan..

    1.jelum(sapu air di kepala) guna air daun melur(ramas dalam air) atau

    2. daun bunga raya putih boleh di campur sekali dgn bunganya(ramas hingga keluar lendir)

    3. aloevera.. buang kulitnya.. letak kat dahi.. sebagai pengganti cool fever..

    4. basahkan tuala kecil.. letakkn kat kedua belah ketiak.. bila dah kering basahkan kembali..

    Biasala budak2.. bak kata abah.. ada perubahan je mesti demam... moga baby cepat sembuh :)

    BalasPadam
  3. Salam kenal...selalunya Cik Wife buat no 1 dan 2...but good info!

    BalasPadam