Seo Services

Cepatla Khamis..

Assalamualaikum..

Hari ni melangkah ke sekolah dengan agak bersemangat..rasa macam dah ok sket..tambah2 tadi sempat bersarapan dengan susu dan 'cococrunch'..macam omputih lak raser..hehe..

Dengan penuh semangat naik ke bilik guru dan memulakan tugas seperti biasa...Saya biasa tiba disekolah sebelum jam 7.00 pagi..kiranya antara orang paling awal tiba di sekolah la..tapi pagi ni ada 'contact time' lak..hmm..layan je la..nak dengar jugak apa pesanan pentadbir..

Seperti yang telah dijangka, bertubi-tubi kerja datang menerpa..oh,tidak!!!!!!!!! Selaku penyelaras tingkatan 5 tahun ni, rupa2nya tugasan memantau perjalanan kelas tambahan diberi kepada saya..huhu..tahun lepas semuanya diuruskan oleh kaunselor..Sejak tukar kaunselor baru ni, semua kerja kena cikgu uruskan sendiri..huhu..tensennya..kenapalah bila saya pegang je satu kerja,mesti kerja tu akan jadi menimbun2?padahal sebelum ni bukannya banyak keja yang perlu dibuat penyelaras tingkatan..Nasib badan..huhu..Sabar jela..Apa nak dikata?

Hari Rabu ni lak mesyuarat panitia peringkat daerah,malasnya rasa nak 'drive'..padahal macamlah jauh dari chenderong balai ni ke teluk intan nun..tapi tetap malas dan takdak mood..Apakan daya tugas sebagai ketua panitia terpaksa digalas..Cikgu fizik sekolah ni pun tinggal 2orang je..sorang lagi ada kelas..terpaksala pegi gagahkan diri..

Tengah sibuk-sibuk ni datang plak surat dari JPn berkaitan pengemaskinian akaun biasiswa..aduyai..kenapalah saya lagi yang kena?Pasni mesti sibuk untuk key in nama pelajar untuk mohon biasiswa pula..Nasib baik ada pembantu2 yang berkaliber dan boleh diharap..

Eg tukar dah diiisi, harap2 tahun ni dapat tukar balik ke kedah..Nak bermimpi di tempat baru pula dan tinggalkan mimpi ngeri tahun ini...

Tetiba kuar gambar rimau lauk..kompius toi..

Wassalam..
Cepatla Khamis.. Cepatla Khamis.. Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, April 16, 2012 Rating: 5

3 ulasan:

  1. Kakcik masih rasa longlai hari ini. Nak makan pun rasa 'malas'...

    Semoga apa yang diimpikan itu akan jadi kenyataan. InsyaAllah.

    BalasPadam
  2. dah la badan tu lemau ditambah dengan tugas yang banyak mesti bertambah lemau.... sabar ye..

    BalasPadam
  3. Penat jadi cikgu ni yek...
    tu gambau rimau tanda tengah tension kot...heheheh

    BalasPadam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.