Selasa, Julai 31, 2012

Ya Allah..penatnya..

Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Sedar tak sedar dah 11 hari kita berpuasa..Badan pun dah mula rasa letih dan perut pun makin berangin..

Hari ni dah masuk fasa kedua dalam bulan Ramadhan ini..Semoga segala amalan yang dilakukan diterima oleh Allah..Sesungguhnya pahala berpuasa ini hanya Allah yang dapat tentukan kerana ia adalah amalan yang khusus buat-NYa..

Hari ni memang cikgu rasa penat sangat..Nak melangkah kaki masuk ke kelas pun rasa longlai semacam saja..Semoga Allah memberikan kekuatan kepada cikgu dan bayi dalam kandungan untuk menerusnya puasa ini..Semoga anak dalam kandungan ini akan menjadi insan yang sabar serta diredhai kehidupannya di dunia dan di akhirat..amin..

Oklah, tu je 'update' untuk hari ini..nak jalan-jalan cuci minda blog kawan-kawan plak..Kelas dah habis, cuma tunggu masa nak balik je ni..rehatkan minda dan fizikal sekejap..layan.. Wassalam..

Isnin, Julai 30, 2012

Demi Masa..

"Demi Masa,
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.."

Semoga kita menggunakan masa dengan baik sepanjang ramadhan ini...

Wassalam..

Isnin, Julai 23, 2012

Mengah bukan mengalah...

Assalamualaikum..

Apa khabar rakan-rakan semua? Dah masuk hari ketiga kita berpuasa kan? Alhamdulillah...

Hari ni kelas tak banyak tapi mengah jugakla cikgu..Nak siapkan markah PEKA budak tingkatan 5 dan macam-macam lagila..Pukul 9 pagi dah bergendang-gendang perut ni..Dua gendang plak tu..Tak taula baby ke angin yang bergendang..huhu..

Petang ni nak masak apa pun tak tau lagi..Lauk tu dah ada ideala tapi kuih tu yang leceh sket..Semalam berbuka dengan kuih cara berlauk yang sangat masin..Yakin je macam sedap bila tgk si Razin melahap sampai 4 bijik!!Rupa-rupanya mamanya terlebih letak garamla plaks...aduyai...Tapi licin jugakla akhirnya..hehe..

Takkan nak buat kek batik ni lagi kot?baru buat je 2 minggu sudah..hmm

Hari pertama puasa cikgu buat koktail buah tapi nampaknya tak sesuai dengan perut suami cikgu la plak..disebabkan ia bersusu, maka angin la satu badan dan mula rasa mugai nak muntah..Nampaknya kena carik menu kuih yang tak berlaktosala..Hmmm...pening2..nak membeli takdak feel tambah2 kat Chenderong Balai dan Langkap ni asyik hujan je..NI pun baru lepas hujan lebat..

Oklah, cikgu nak balik dulu..nnt mungkin sambil lepak2 tgk tv petang-petang ni idea datang mencurah2..Esok cikgu bakal di'observe' guru kanan plak..Malas nak bersedia lebih-lebih..Gasak je la..Apa-apa pun, doakan cikgu yang terbaik ye..

Wassalam..

Jumaat, Julai 20, 2012

SALAM RAMADHAN 1433 H..

Assalamualaikum..

Hari ni hari akhir dalam bulan syaaban tahun ini..sedar tak sedar esok dah nak mula puasa..Jadi, di kesempatan ini, cikgu nak ucapkan selamat berpuasa buat semua pembaca blog cikgu..Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan baik serta mendapat pahala yang banyak sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini..

Ikhlaskan niat dan kuatkan semangat menghadapi segala dugaan dan cabaran yang mungkin tiba bagi menguji keimanan kita..Malam ni mula bertarawikh ye..Pastu cikgu berazam nak sekurang-kurangnya khatam al-quran sekali bulan ni macam tahun-tahun lalu juga..Semoga tiada aral yang menghalang..

Esok cikgu nak buat kelas tambahan fizik..Kalau lapang tu, marilah sertai kami..(^_^)

Wajah Razin yang teruja pertama kali naik bas dan muka mamanya yang takdak mood nak layan..hehe

Isnin, Julai 16, 2012

ROMBONGAN KOPERASI SMKSA KE KUALA LUMPUR

Assalamualaikum.. Sabtu baru ni pi jalan2 ikut rombongan koperasi sekolah ke KL..Jem teruk KL rupa-rupanya..Masa ni rasa bersyukur sangat cikgu tak dok kat kl..huhu..memang cantik tgk bangunan2 yang tinggi megah tu tapi serabut otak bila tgk kereta yang berpusu-pusu dan manusia yang sangat ramai.. Sempat juga rombongan kami menyinggah di planetarium..Jenuh jugakla cikgu memanjat tangga..'exercise' sungguh!! Suami cikgu sampai kata mesti cikgu senang bersalin pasni.amin.. Pastu kami pergi pula ke Jalan TAR dan tgk pasaraya SOGO sesak yang teramat-amat..rupa-rupanya SOGO buat hari ahli plak..sesak nafas jadinya..last2 cikgu pi ke kompleks pertama saja dan cuci mata tgk barang-barang...

Selesai di SOGO dan Jalan TAR, kami ke masjid negara..Cikgu dan solat di kompleks pertama tadi jadi cuma ambil peluang bergambar, rehat-rehat, makan cendol sambil Razin dimandikan oleh abahnya..Tandas kat masjid ni sangatlah licin, nyaris-nyaris cikgu jatuh..huhu.. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di MYDIN Btau Caves..Kat situ barulah cikgu beli beberapa barang untuk diri sendiri, suami, Razin dan juga murid-murid tersayang.. Perjalanan rasa sangat panjang..Rombongan kami singgah di hentian R&R Rawang untuk solat dan makan malam..Razin siap sempat mengqada hajatnya kat situ..hehe..

Alhamdulillah, tepat jan 12.00 tengah malam kami sampai di Chenderong Balai..Seharian suntuk berada di luar, letihnya hanya Allah yang tahu..Tapi tgk Razin seronok sangat naik bas (pertama kali dalam hidupnya), rasa berbaloi-baloi jugala.. Tu je kot untuk laporan jalan-jalan hujung minggu ni..Minggu depan dah nak puasa..Ahlan wasahlan ya Ramadhan.. Wassalam..
Razin pakai baju ni masa pergi..gambar-gambar belum 'transfer' lagi..

Isnin, Julai 09, 2012

Jom bersenamrobik..

Dalam situasi bergelut nak habiskan silibus ni satu lagi acara besar pun kunjung tiba..Syukurlah dah ada sedikit rombakan jadual dan kelas cikgu tak terganggu..Makanya esok akan menyaksikan satu lagi acara besar memecah tradisi akan dijalankan secara besar-besaran di seluruh negara..Ada sekolah 2 sesi jadikan satu sesi tapi nampaknya sekolah cikgu masih kekal dengan dua sesi cuma pelajar sesi petang kena datang sekolah awal macam hari kokurikulum la..

Hari ni plan nak balik awal tapi mesyuarat JKKS berlanjutan sampai pukul 4 lebih..berpinau2 mata dan pening kepala..huhu..semoga esok dapat balik awal..penat sungguh..

Oklah, setakat ni saja luahan hari ni..Saja nak lepaskan tekanan sket..kerja melambak-lambak menanti ni...

Wassalam..

JOM SENAMROBIK!!

Ahad, Julai 08, 2012

Berhujung minggu di Kedah..

Alhamdulillah walaupun cuti cuma sabtu dan ahad, dapat juga balik ke kampung menjenguk mak, ayah, mak mentua, pak mentua dan keluarga di kampung.. Memang memenatkan tapi berbaloi bila tgk Razin gembira dapat luangkan masa dengan tok, wan ,pak menakan serta mak menakan dia..

Satgi nak bertolak balik ke Perak dan esok akan teruskan kerja seperti biasa..Mesyuarat JKKS pun ada esok..Sib baik laporan post mortem pertengahan tahun dah setel..Semoga segalanya dipermudahkan..

Apa-apa pun jom rehatkan badan dan minda sebentar..Tomorrow is another working day!!