Seo Services

Tanggal 23 Ramadhan 1434H

Assalamualaikum..

Kisah 1:

Lewat malam semalam cikgu dikejutkan dengan pemergian ibu saudara cikgu di kampung.. Sungguh tidak disangka beliau yang kelihatan sihat dan licah tiba2 diserang sakit kronik dan meninggal dalam masa yang agak singkat. Sehingga kini juga cikgu masih agak sukar untuk mempercayai kehilangan ini..

Kisah 2:

Semasa merehatkan diri di surau sambil menjalankan rutin harian, cikgu menerima sebuah lagi berita sedih iaitu pemergian suami salah seorang bekas guru di sekolah ini pada pagi tadi..Ya Allah, dua kali berturut2 cikgu menerima berita kematian ini..

Kebetulan pula pagi tadi radio IKIM memainkan lagu ini semasa cikgu sedang memandu ke sekolah..

Lirik Lagu Pergi Tak Kembali - Rabbani

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi


Lirik Lagu Pergi Tak Kembali - Rabbani @ Lirikami

Al-Fatihah buat ibu saudaraku, Hajah Bidah dan suami cikgu Faridah Binti Abdul Aziz..

Semoga roh kedua-duanya ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yang beriman..

Waallaua'lam
Tanggal 23 Ramadhan 1434H Tanggal 23 Ramadhan 1434H Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Ogos 01, 2013 Rating: 5

10 ulasan:

  1. semoga keluarga arwah tabah dan reda dgn pemergian insan tersayang...pastinya lebaran bakal disambut dgn kepiluan..

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Salam teacher,
    Dr Allah kita datang, kepadaNya kita kembali.
    Bukan mudah menerima kehilangan.
    Tahun lepas, arwah abah saya tenat di hari raya dan pergi tak lama kemudian.
    Moga roh makcik dan sahabat teacher bersama di kalangan mereka yg dicintai Allah. Bulan ini, bulan rahmat.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Jodoh dan maut semuanya di tangan Allah..
    Kita hanya boleh mendoakannya...amin

    BalasPadam
  6. Salam takziah dari kami sekeluarga.

    Oh iya, Selamat Hari Raya Aidilfitri buat cikgu sekeluarga makan ketupat palas jangan lupa saya tau

    BalasPadam
  7. Selamat Hari Raya Aidilfitri Buat Semua Rakan-Rakan Blogger ..
    Blogwalking Malam Raya...hehehehe.

    Dari Hanif Idrus Blog and Family.
    Thanks be my friend

    BalasPadam
  8. assalamualaikum cikgu...al-fatihah buat arwah...:(

    BalasPadam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.