Isnin, Ogos 18, 2014

Zina berterusan walaupun dah diijabkabul!Wajib baca!!!

Assalamualaikum

Dua hari lepas terima whatapps berkaitan suatu situasi. Jom kita fikirkan bersama.

TAJUK: ZINA AKAN BERTERUSAN WALAUPUN DAH DIIJABKABULKAN

Perkahwinan seumpama ini sangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak  hamil luar nikah cepat-cepat dikahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu tidak sah, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila. Jom kita semak soalan dan jawapn ustaz utk permasalahan ini:

Soalan 1: Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Jawapan: Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2: Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Jawapan: Tidak. Mereka tidak boleh menikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3: Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkahwin?

Jawapan: TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakan ayah kepada bayi yang dikandung itu.

**Untuk ini, kita semak sekejap nota wanita yang haram dikahwini haram sementara:
1. Perempuan ditalak tiga
2. Isteri orang
3. Perempuan dalam edah
4. Perempuan hamil hasil zina
5. Kumpul isteri dan mahramnya dalam satu masa (kahwin kakak dan adik serentak)
6. Perempuan ke 5 bagi lelaki telah beristeri 4
7. Tidak beragama samawi (selain agama Islam, kafir)

Soalan 4: Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetul keadaan?

Jawapan: Mereka mesti berpisah.Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5: Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?

Jawapan: Mereka akan hidup dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.

Soalan 6: Apakah hak seorang anak luar nikah?

Jawapan: TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7: Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah bermaksud dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?

Jawapan: Ya, dia tidak boleh menjadi mahram. Kecuali ibunya menikah semula secara sah dengan lelaki tersebut.

Soalan 8: Sekiranya seorang lelaki muslim dan seorang perempuan muslim ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan sewajarnya?

Jawapan: Mereka perlu berpisah segera dan menunggu sehingga perempuan tersebut haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 (paling kritikal) : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?

Jawapan: Anda wajib memberitahu kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Soalan dan jwpn ini drp USTAZ ROSLI AL HAFIZ. Nota berbintang kat atas tu saya dapatkan drp guru pendidikan Islam.


Situasi ni semakin banyak dalam kalangan masyarakat kita. Cadangan saya (hasil perbincangan dengan ustazah di sekolah), kerajaan kita perlu juga wajibkan ujian mengandung kepada bakal pasangan selain ujian HIV. Nasab dan keturunan ini perkara yang tidak boleh dibuat main. Umpama akibat nila setitik, habis susu sebelanga.

Jom sebarkan. Semoga bermanfaat.

P/S: Terus berdoa untuk keselamatan dan perpaduan umat Islam di seluruh dunia.

Wassalam.

9 ulasan:

  1. thanks for sharing teacher..memang masyarakat kita dah diajar macam ni dari dulu lagi kan..anak pompuan mengandung je, kahwinkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebenarnya ada khilaf yang kata pernikahan tu sah..tetapi langkah selamat adalah nikahkan semula apabila sudah bersalin. Wallahua'lam.

      Padam
  2. Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-3 yang bersidang pada 21-22 Jan 1971 telah membincangkan Mengahwini Perempuan Yang Sedang Mengandung Anak Luar Nikah. Persidangan telah memutuskan bahawa perempuan yang sedang mengandung anak luar nikah harus dinikahkan tetapi anaknya tidak boleh dinasabkan kepada lelaki itu, tidak dapat pesaka daripadanya, tidak menjadi mahram kepadanya dan lelaki itu tidak boleh menjadi walinya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih encik Abdul Razak atas perkongsian ilmu ini (^_^)

      Padam
  3. itu sebab bahayanya zina..mohon dielakkan, kesannya panjang hayat.

    BalasPadam
  4. salam tecer..
    alhamdulillah.. terima kasih atas perkongsian ilmu..

    BalasPadam
  5. Semasa Umar bin al-Khattab menjadi khalifah, beliau pernah membicarakan kes pasangan yang berzina. Apabila kedua-duanya mengaku bersalah, mereka berdua dirotan dengan seratus kali sebatan. Umar mencadangkan agar mereka berdua dinikahkan, tetapi lelaki itu enggan. Imam Ibnu Hazm menjelaskan, keputusan Umar untuk menikahkan pasangan yang telah berzina itu dilakukan di hadapan para sahabat yang lain dan tiada siapa yang menentang cadangan tersebut. Ini menjadi bukti bahawa perempuan yang telah berzina boleh dinikahkan dan tidak disyaratkan dia perlu menunggu sehingga anak yang dikandungkannya itu lahir (al-Muhalla, jil. 10. hlm. 28).

    Imam al-Nawawi menjelaskan, hujah yang membenarkan perempuan yang mengandung hasil zina boleh dikahwini oleh mana-mana lelaki adalah kerana kehamilan tersebut tidak diiktiraf oleh Syarak kerana ia hasil zina, maka ia tidak tertakluk kepada hukum 'iddah wanita mengandung yang diceraikan oleh suaminya; sama ada cerai hidup atau mati (al-Majmu', jil 16, hlm. 241).

    Namun begitu, jika lelaki lain yang bukan berzina dengan perempuan itu ingin mengahwininya, perlu difikirkan agar tidak bercampur dua benih dalam rahim perempuan itu. Kerana Nabi Muhammad saw bersabda, "Tidaklah halal bagi sesiapa yang beriman dengan Allah dan RasulNya, untuk menyiram benih kepada tanaman lelaki lain (iaitu jika wanita sedang mengandungkan benih lelaki lain)" Hadis hasan direkodkan oleh Imam Abu Daud dan al-Tirmidzi. Ini bagi memastikan anak yang bakal menjadi penyambung keturunan itu nanti tidak diragui kesahan pertalian nasabnya. Oleh sebab itu, Imam Abu Hanifah berpendapat, perkahwinan tersebut adalah sah, tetapi lelaki itu tidak boleh menyetubuhi isterinya yang sedang mengandungkan anak luar nikah benih lelaki lain, sehingga selepas isteri itu melahirkan anak tersebut (al-Fatawa al-Hindiyah, jil. 1, hlm. 280).

    Contoh fatwa di Malaysia berkaitan isu ini adalah Fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu bertarikh 5 Disember 1995: "Apakah hukum orang yang berkahwin dengan perempuan yang mengandung, umur kandungannya ialah 6 bulan, apakah sah atau tidak perkahwinan tersebut dalam Islam.Hasil daripada perkahwinan tersebut anaknya lahir lebih kurang 3 bulan sahaja selepas mereka berkahwin. Kepada siapakah anak itu hendak dibinkan. Keputusan:

    Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada hari ini membuat keputusan bahawa: 1) Perkahwinan tersebut adalah sah dari segi syara' sekiranya nikah itu menepati hukum syara' sekalipun perempuan itu sedang mengandung. Walau bagaimanapun perkahwinan seperti itu tidak digalakkan. 2) Anak itu dibinkan kepada ibunya atau kepada Abdullah, bukan ayahnya." Manakala berkaitan hukum menghalau penzina keluar daripada kampung halaman, 'Ubadah bin Somit melaporkan, Rasulullah saw bersabda, "Ambil hukuman ini daripadaku, ambil hukuman ini daripadaku, Allah telah menetapkan hukuman kepada para penzina. Penzina yang masih belum bernikah hendaklah dirotan seratus kali sebatan dan dibuang negeri selama setahun. Manakala penzina yang telah pernah bernikah hendaklah dirotan seratus kali sebatan dan kemudian direjam sampai mati." (Hadis sahih direkodkan oleh Imam Muslim)
    Menurut Imam Malik, hukuman buang negeri hanya dikenakan ke atas penzina lelaki sahaja. Manakala penzina perempuan tidak dibuang negeri kerana boleh mendatangkan mudarat yang lebih besar (al-Dusuqi, Hasyiyah al-Dusuqi, jil. 4, hlm. 322; al-Dardir, al-Syarh al-Kabir, jil. 4, hlm. 322) Hukuman ini mestilah dilaksanakan oleh Pemerintah bagi mengelakkan kacau bilau dalam masyarakat.

    Wallahu a'lam
    Like · Reply · Dec 11, 2014 10:07pm

    BalasPadam
  6. Ayat al-Quran dan hadis tersebut di atas menunjukkan hukum menikahi penzina adalah dibenci oleh Syarak (makruh). Menurut pendapat ulama bermazhab Syafii, wanita yang telah berzina dan dia masih belum mengandung hasil perzinaan tersebut, dibenarkan wanita itu dikahwini oleh mana-mana lelaki, iaitu hukumnya harus. Manakala jika dia sudah mengandung hasil daripada perzinaan tersebut, dibenarkan wanita itu dikahwini oleh mana-mana lelaki, tetapi hukumnya adalah makruh. Adalah lebih utama menunggu sehingga perempuan itu melahirkan anak tersebut (al-Nawawi, al-Majmu', jil 15, hlm. 398).
    Sdr."Ustaz?" Rosli dan Sdr.Rashid Rashid, kalau kita (iaitu saya, dan saudara berdua khasnya) tak betul-betul ariff tentang Hukum Ugama, jangan nak pandai-memandai mengetengahkan hukuman (yg secara tak langsung menjadi seakan "Fatwa") sendiri. **INGATLAH: Keempat-empat Mazhab (Syafie, Maliki, Hanafi dan Hambali) adalah mazhab-mazhab yg telah diiktiraf oleh Ugama Islam. Bila salah satu dari Mazhab tersebut mengatakan SAH Pernikahan tersebut.... Maka SAH lah ia.
    ***KETAHUILAH: Bahawa terhasilnya pelbagaian pendapat dalam Mazhab-Mazhab itu adalah RAHMAT dan KEMUDAHAN bagi Penganut Islam itu sendiri. {WaLllaaaahu a'lam}

    BalasPadam
  7. siapakah ustaz rosli al-hafiz ini?

    BalasPadam