Seo Services

2014 tahun yang mencabar!

Selasa, September 30, 2014
Assalamualaikum

Sebenarnya saya semakin berdebar-debar sekarang. Lebih kurang sebulan lagi pelajar tingkatan 5 akan menghadapi SPM. Adussss! Cepat sungguh masa berjalan.

Yang lebih membimbangkan, pelajar-pelajar ini sangat rileks! Masih boleh bergembira, bermain-main dan langsung tidak menunjukkan perasaan risau atau gerun akan berhadapan dengan peperiksaan besar ini. Semasa sesi ulangkaji dijalankan, kelihatan masih ramai yang acuh tak acuh dengan latihan yang diberi. Serabut otak memikirkan..

(T_____________________________T)


Saya dan suami dalam masa yang sama turut serabut memikirkan samada kami akan dapat bertukar ke Kedah atau tidak hujung tahun ini. Ini merupakan kali ke 10 kali memohon bertukar ke Kedah. Tuan rumah yang kami sewa sekarang pula telah menambahkan keserabutan kami dengan memberi notis 3 bulan untuk tidak menyambung kontrak penyewaan. Oh, dugaan bertimpa-timpa!

Saya berharap ada dalam kalangan 'silent readers' di sini adalah pegawai pertukaran bahagian KPM di Putrajaya. Tolonglah permudahkan pertukaran kami. Rumah kami beli dah 4 tahun siap namun kami tak pernah dapat mendiami sendiri. Tahun depan GST akan dilaksanakan. Pasti semakin sukar buat kami. Rumah sewa pon bukan senang nak dapat sekarang ni.

Sesungguhnya, sesiapa yang mempermudah kerja orang lain, pasti Allah akn mempermudahkan kerjanya. In shaa Allah. Saya yakin dengan janji Allah ini.


Doakan kami ye sahabat (^_^)

Wassalam
2014 tahun yang mencabar! 2014 tahun yang mencabar! Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, September 30, 2014 Rating: 5

It's monday!

Isnin, September 29, 2014

It's monday! It's monday! Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, September 29, 2014 Rating: 5

Penyakit misteri

Sabtu, September 27, 2014
Assalamualaikum

Korang ingat tak dulu saya pernah cerita saya kena gastrik? Hmm..beberapa minggu lepas,masa yang saya kurang update blog tu, saya diserang sakit yang seperti gastrik sekali lagi.

Masa kena serangan tu dalam perjalanan pulang ke Perak. Sejak kena serangan sakit tu, badan rasa lemah, loya dan mengalami sakit yang lebih teruk drp gastrik biasa sehinggakan saya ingat saya kena serangan jantung.

2 buah klinik dan hospital saya kunjungi. Masing-masing menyatakan gastrik saya tidaklah terlampau teruk namun kesakitan yang saya rasa ini membuatkan saya rasa hampir mati! Atas nasihat seorang teman, saya pergi berurut. Anehnya, dalam masa berurut tu sekali pon saya tidak kentut, sendawa mahupun keluarkan angin sehinggalah tukang urut tersebut akhirnya membuatkan saya air penawar. Kesakitan yang saya alami masih tidak berkurangan. Saya hampir pasrah dan redho andai itu kesudahan hayat saya..(T T)

Menjelang petang hari yang sama, sakit saya semakin teruk. Suami saya akhirnya mengambil keputusan untuk membawa saya bertemu dengan rakannya, seorang pengamal perubatan Islam. Anak-anak kami tinggalkan di rumah jiran.

Sesi perubatan dijalankan selepas Isyak. Dua orang ustaz membacakan ruqyah dan memulakan proses rawatan dengan diperhatikan oleh suami saya. Proses berjalan hampir 3 jam.

Syukur,alhamdulillah sakit saya semakin pulih selepas itu. Menurut Ustaz, ada yang menumpang di badan saya. Mungkin ada masa saya terleka dan terlalai dari mengingati Allah, maka makhluk halus tersebut datang dan mengganggu. Saya dan suami dinasihati untuk sentiasa membaca ayat-ayat suci serta kami perlu datang lagi menyambung perubatan. Ada beberapa perkara yang masih perlu diselesaikan.

Alhamdulillah, sejak hari tersebut kesihatan saya semakin pulih. Kini, kami masih menyelesaikan beberapa perkara yang diminta Ustaz sebelum sekali lagi bertemu mereka untuk menyambung rawatan. Apa yang pasti rawatan yang dijalankan mengikut landas syariat Islam dan tidak pula meletakkan bayaran yang mahal. Ikut seikhlas hati sahaja.

P/S; Apabila dah sakit, kalau ada segunung emas pon sanggup digadai asalkan sembuh..huhu

Wassalam
Penyakit misteri Penyakit misteri Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, September 27, 2014 Rating: 5

Salam Jumaat yang berkat (^_^)

Jumaat, September 26, 2014

Salam Jumaat yang berkat (^_^) Salam Jumaat yang berkat (^_^) Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, September 26, 2014 Rating: 5

7 amalan sunnah yang berkat

Khamis, September 25, 2014

7 amalan sunnah yang berkat 7 amalan sunnah yang berkat Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, September 25, 2014 Rating: 5

Tabahlah duhai hati

Isnin, September 22, 2014
Assalamualaikum

Maaf sebab lama menyepi. Banyak perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Masih belum ada kesempatan untuk dikongsikan di ruangan blog ini. In shaa Allah ada rezeki nanti kisah tersebut akan dikongsi.





Wassalam
Tabahlah duhai hati Tabahlah duhai hati Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, September 22, 2014 Rating: 5

IQ test 3

Jumaat, September 19, 2014

IQ test 3 IQ test 3 Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, September 19, 2014 Rating: 5

IQ test 2

Khamis, September 18, 2014

IQ test 2 IQ test 2 Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, September 18, 2014 Rating: 5

IQ test

Khamis, September 11, 2014

IQ test IQ test Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, September 11, 2014 Rating: 5

Healing process

Selasa, September 09, 2014

Healing process Healing process Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, September 09, 2014 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.