Selasa, September 30, 2014

2014 tahun yang mencabar!

Assalamualaikum

Sebenarnya saya semakin berdebar-debar sekarang. Lebih kurang sebulan lagi pelajar tingkatan 5 akan menghadapi SPM. Adussss! Cepat sungguh masa berjalan.

Yang lebih membimbangkan, pelajar-pelajar ini sangat rileks! Masih boleh bergembira, bermain-main dan langsung tidak menunjukkan perasaan risau atau gerun akan berhadapan dengan peperiksaan besar ini. Semasa sesi ulangkaji dijalankan, kelihatan masih ramai yang acuh tak acuh dengan latihan yang diberi. Serabut otak memikirkan..

(T_____________________________T)


Saya dan suami dalam masa yang sama turut serabut memikirkan samada kami akan dapat bertukar ke Kedah atau tidak hujung tahun ini. Ini merupakan kali ke 10 kali memohon bertukar ke Kedah. Tuan rumah yang kami sewa sekarang pula telah menambahkan keserabutan kami dengan memberi notis 3 bulan untuk tidak menyambung kontrak penyewaan. Oh, dugaan bertimpa-timpa!

Saya berharap ada dalam kalangan 'silent readers' di sini adalah pegawai pertukaran bahagian KPM di Putrajaya. Tolonglah permudahkan pertukaran kami. Rumah kami beli dah 4 tahun siap namun kami tak pernah dapat mendiami sendiri. Tahun depan GST akan dilaksanakan. Pasti semakin sukar buat kami. Rumah sewa pon bukan senang nak dapat sekarang ni.

Sesungguhnya, sesiapa yang mempermudah kerja orang lain, pasti Allah akn mempermudahkan kerjanya. In shaa Allah. Saya yakin dengan janji Allah ini.


Doakan kami ye sahabat (^_^)

Wassalam

1 ulasan:

  1. semoga dapat ye kak..nak tolong pun tak tau nak buat cmane.kite tolong doa je

    BalasPadam