Isnin, Februari 09, 2015

Tips marketing (wajib tahu!)

Assalamualaikum

Sempena tahun 2015 ni yang dijangkakan ekonomi akan semakin merosot, ramai yang mula berjinak-jinak dengan dunia bisnes. Termasuklah yang menulis 'entry' ini..hehe..

Sebenarnya saya memang minat bisnes dan minat itu semakin bercambah semasa saya memegang Kelab Usahawan Muda sekolah beberapa tahun lepas (boleh rujuk entry tahun 2011 dan 2012)

Okes, hari ni saya nak kongsikan sedikit tips marketing. Jom kita belek sama-sama!

Ini adalah senarai 50 idea pemasaran luar biasa, anda tidak akan tahu keberkesannya sehingga anda mencuba:-

1)Kongsikan apa yang anda tahu kepada orang lain: 
Apa yang anda ketahui tentang perniagaan anda kadang-kadang merupakan maklumat yang sangat bernilai kepada orang lain. Tetapi bukanlah maklumat rahsia perniagaan anda, tetapi maklumat umum atau informasi yang mungkin berguna kepada orang lain. Berikannya secara percuma. Tuliskan artikel di blog ,laman web atau laman sosial anda seperti FACEBOOK, kongsikan kepada orang lain tentang apa yang anda tahu tentang bidang yang anda lakukan.

Contohnya, jika anda di dalam bidang takaful atau insuran. Kongsikan kepada orang lain tentang asas perancangan kewangan yang betul, kesilapan ramai pelanggan anda sebelum ini dan bagaimana untuk merancang plan pencen mereka atau mungkin pelan kewangan pendidikan anak-anak mereka.

Jangan risau jika ada orang lain yang akan meniru anda, anda ada ilmu dan pengalaman yang tersendiri, orang lain belum tentu mempunyai ilmu atau pengalaman yang sama.

2) Mencipta suasana yang sesuai dengan tema semasa: 

Ini adalah teknik yang digunakan biasanya di pusat membeli-belah. Jadikan tema semasa sebagai dekor atau cara anda berpakaian untuk melayan pelanggan. Contohnya, tahun baru cina, anda mungkin memakai baju "cheong-sam" serta memberikan hadiah limau mandarin kepada pelanggan anda. Jika bulan ramadhan, anda berikan hadiah kurma atau voucher berbuka puasa kepada pelanggan anda. Kadang-kadang anda boleh melihat kepada trend filem yang terkenal dan laris di panggung wayang dan jadikan ianya tema kepada suasana perniagaan anda. Contohnya, jika anda membuka kedai runcit dan ketika itu ditayangkan filem "Harry Porter" di panggung wayang, anda mungkin boleh hias sedikit kedai anda mengikut konsep filem tersebut dan anda mungkin boleh memakai skaf kepada seperti tukang sihir di dalam filem "Harry Porter" pada hari tertentu dan ini akan menarik ramai anak-anak yang akan "menarik" ibu-bapa mereka untuk ke kedai dan melihat anda. Apa lagi? Bila mereka dah datang ke kedai anda, tawarkanlah sesuatu kepada mereka mungkin pembelian harga istimewa?

Atau anda boleh dapatkan sedikit mainan "Transformer" dan hadiahkan kepada anak-anak pelanggan anda apabila anda menziarahi mereka. Bila pelanggan gembira dengan anda, mereka akan beli apa sahaja yang anda tawarkan!




3) Berikan kad diskaun atau voucher percuma: 
Ini adalah cara paling mudah dan murah untuk membuat pelanggan setia kepada anda. Contohnya anda mempunyai perniagaan mencuci kereta, berikan tawaran setiap 6 kali mencuci di kedai anda, mereka akan mendapat 1 kali percuma! Ini juga cara anda untuk menunjukkan yang anda menghargai mereka.

4) Perkhidmatan pelanggan yang luar biasa :  

Ingat, tidak ada yang lebih hebat daripada kata-kata positif daripada pelanggan. Perkhidmatan pelanggan yang hebat adalah senjata yang paling "power" di dalam menghadapi persaingan di dalam perniagaan. Jangan anggap yang disebabkan anda masih berniaga kecil-kecilan dan anda tidak perlu senyum dengan pelanggan, menjawab telefon dengan cepat sebelum 3 kali bunyi telefon, melayan pelanggan dengan mesra dan tenang. Jika anda tidak dapat lakukannya ketika perniagaan anda masih kecil, sampai bila pun perniagaan anda tidak akan menjadi besar!

5) Lancarkan pertandingan atau cabutan bertuah: 

Cara yang paling mudah untuk anda mendapatkan "database" pelanggan dan dapatkan maklumat pelanggan agar anda dapat gunakan maklumat tersebut untuk tawaran kempen pemasaran di masa depan. Gunakan sistem sms, blog, laman web, FACEBOOK atau siarkan di akhbar untuk memaklumkan tentang kempen anda. Anda boleh pelajari semua teknik ini dengan lebih terperinci di dalam program "Seminar Marketing Power" saya nanti.

6) Tambah maklumat baru di laman web anda:  

Anda sebenarnya tidak perlu bimbang tentang strategi SEO (Search Engine Optimisation) untuk meningkatkan ranking laman web anda di enjin carian seperti Google. Apa yang anda perlu lakukan adalah sentiasa menambah informasi terkini atau aktiviti terkini setiap minggu atau sekerap yang mungkin. Anda akan terperanjat melihat ranking laman web anda meningkat dalam masa yang singkat.

7) Blog: Sekiranya anda merasakan yang anda tidak mahir menulis untuk laman web, apa kata gunakan Blog.  

Ia adalah cara percuma dan mudah untuk anda berkongsi kepakaran anda. Blog yang bagus akan membuatkan anda popular dan mempunyai pengikut di dalam bidang kepakaran anda. Teknologi blogging yang paling banyak digunakan hari ini adalah seperti Blogger atau WordPress kerana ianya adalah percuma.

8) Maksimakan penggunaan kad perniagaan anda: 

 Adakah anda biasa menerima kad perniagaan yang hanya menulis nama seperti "Ali bin Ahmad, pengurus, Syarikat Ali Bersaudara....?" Tetapi anda tidak tahu apakah perniagaan Ali bin Ahmad? Gunakan kad perniagaan anda untuk menyampaikan maklumat atau mesej tentang apakah jenis perniagaan anda atau apakah kepakaran anda supaya mudah untuk pelanggan merujuk kepada anda bila diperlukan nanti. Tips tambahan: Biasakan memberi 2 keping kad perniagaan apabila anda memperkenalkan diri kepada orang lain dan katakan yang anda sengaja berikan 2 kad untuk mereka berikan kepada orang lain yang mungkin perlukan perkhidmatan anda. Ini adalah cara pemasaran yang paling mudah dan berkesan kerana orang lain yang akan menolong mempromosikan perniagaan anda.

9) Maksimakan jenama (Branding) menggunakan alatulis perniagaan anda : 

Letakkan nama syarikat atau perniagaan anda serta kepakaran anda di atas semua kepala surat (Letter Head), sampul surat (Envelope), Kad Hari Raya, Sampul Duit Raya, T-Shirt atau uniform syarikat anda atau di alatulis seperti pen yang tertera jenama syarikat anda. Ia cara mudah untuk menyampaikan mesej kepada orang lain tentang perniagaan anda dan anda dilihat seperti syarikat "besar punya".

10) Rakamkan video anda di YouTube:
 

Steve Job, CEO kepada syarikat gergasi Apple INC menggunakan YouTube setiap kali Apple melancarkan produk baru mereka dan ianya mendapat liputan yang paling meluas dengan kos yang paling rendah. Jangan lupa untuk link kan video anda tersebut dengan laman web anda serta kongsikan di laman sosial anda seperti FACEBOOK.

Perkongsian ilmu daripada Dr Azizan Osman

Nak tahu lebih lanjut?

Tunggu 'entry' seterusnya ye (^_^)

P/s: Sapa berminat nak tahu lebih lanjut tentang bisnes stevia (modal ciput untung ribut) jom whatapps saya(0135819100-basariah)..saya bimbing anda sampai berjaya, in shaa Allah (^_^)





Wassalam



2 ulasan:

  1. Terbaik entry ni cikgu... Yg stevia tu saya terfikir nak jual juga.

    BalasPadam