Seo Services

Minyak herba asma mujarab

Selasa, Februari 23, 2016


Asalnya tak yakin..
Tak sangka minyak boleh sembuhkan asma

Kisah benar ~

"Masa mula2 saya terbaca tentang minyak ni di Fb dlm hati mmg xpercaya..xyakin..
Tapi..hinggalah 1 masa anak saya 2 minggu batuk akibat jerebu..kedua2 anak saya xtido mlm dengan saya pon sama..suami pon pg2 mengantuk xlena tido..
Bukan setakat batuk..minum susu je batuk sikit trus muntah..saya bawak anak2 ke klinik..tp keputusan sama..
Lepas sapu 2 hari..anak no 2 yg xpernah bersin kluar hingus hijau bole kluar sampai mcm tu skali(maaf agak kotor percakapan)...
Macam buat rawatan resdung pulak..bersin kali ke 2 sama hijau lagi..kali ke 3 baru cerah..doktor pakar pernah bgtau hingus hijau bole kena jangkitan kuman..
Saya risau sbb dah 2 minggu..lepas tu anak muntah, abeh kluar lendir..oooo rupanya ada lendir besarang dlm dada anak..sebabtu anak selalu menangis mlm xbole tdo..alhamdulillah walau pon hingus anak kluar lg tu tandanya lendir kluar dengan cara bersin dan muntah..
Anak No 1 pon sama mcm tu..baby pon kluar hingus hijau..biasalah bila anak2 kecik ni antibodi xkuat dan mudah berjangkit..
Skarang ketiga-tiga anak saya tiap kali naik mandi saya akan pastikan semua disapu minyak dulu..alhmadulillah tido mlm lena sekarang 😊

Nak cuba?

Pm/whatapps saya: 013 5819100 Basariah



Minyak herba asma mujarab Minyak herba asma mujarab Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Februari 23, 2016 Rating: 5

WASIAT SEORANG AYAH

Isnin, Februari 22, 2016
BILA BERNIAGA, JANGAN KUTIP HUTANG, JANGAN KENA MATAHARI

Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan.  Beliau ada 2 orang anak lelaki. Sebelum beliau meninggal, beliau telah memanggil kedua anak lelaki nya, lalu berpesan,..

Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah  meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah nk kamu lakukan.

1.BILA KAMU BERNIAGA ,JANGAN KUTIP HUTANG
2. BILA KAMU BERNIAGA, JANGAN KENA MATAHARI

Lalu Hassan Al Basri pun meninggal dunia. Masa berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.

Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anak nya si adik. Lalu bertanya,

Si ibu : Wahai adik, kenapa perniagaan mu semakin hari semakin merosot ?

Jawab si adik: Saya ikut pesan ayah.

Si ibu : Apa ayah mu pesan ?

Jawab si adik :
Ayah berpesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran.
Ayah pesan lagi, kalau berniaga, jangan kena matahari. Jadi saya kalau kemana mana mesti bawa payung. Jadi saya tak kena matahari sebagaimana pesan ayah.

Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya.

Si ibu : Wahai abang, ibu lihat perniagaan mu semakin  hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?

Jawab si abang : Saya ikut pesan ayah.

Si ibu : Apa ayah mu pesan ?

Jawab si abang:
Ayah pesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi , semua saya JUAL TUNAI. Maka, tak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai.

Kedua , ayah pesan. KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI. Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari.

* Moral of the story:

Perbezaan MENTAFSIR  sesuatu perkara menjadikan arah hidup yang berbeza. Kalau kita kata ibadah itu hanya lah di tikar sembahyang semata-mata, nanti kita akan meninggalkan kewajipan mencari nafkah terhadap keluarga, kewajipan terhadap negara dan ummah keseluruhan nya.

Jadi, belajar lah dari ramai guru, banyak membaca untuk tambahkan ilmu, minta Allah swt beri petunjuk, mohon Allah swt bimbing kehidupan kita, semoga Allah swt memberikan taufik dan hidayah.

Mudah mudahan, dengan kefahaman yang betul, kita di muliakan oleh Allah swt di dunia dan di akhirat.


WASIAT SEORANG AYAH WASIAT SEORANG AYAH Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Februari 22, 2016 Rating: 5

Perihal rezeki

Ahad, Februari 21, 2016
Assalamualaikum

Sekadar berkongsi penulisan yg mrnyentuh jiwa..jom kita hayati..

"Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.

Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.

Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya.

Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.

Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.

Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..
Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.

Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.
Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.

Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.

Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.

Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.

Allah menjamin rezekiku, sejak 4 bulan 10 hari aku dalam kandungan ibuku.

Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..

Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..

Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.

Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.

Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.

Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.

Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.
Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"

Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"...

Halalnya dihisab dan haramnya diazab.
Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.

Bila aku iri pada rezeki orang, sudah seharusnya juga iri pada takdir kematiannya."
Perihal rezeki Perihal rezeki Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Februari 21, 2016 Rating: 5

Sayangi buah pinggang kita

Jumaat, Februari 19, 2016
(Dari Dr Hj Noorul Amin Hj Abd Rahman).

Penyakit kerosakan buah pinggang atau kidney failure (punca arwah Pak Mertua saya meninggal semalam) sudah menjadi tidak asing lagi utk rakyat Msia. Dulu kita selalu dengar kencing manis, darah tinggi, kolesterol, lelah dan lain2 lagi. Tetapi sekarang ni penyakit kidney failure boleh dimasukkan dlm senarai ini. Malaysia merupakan negara TERTINGGI DI DUNIA yg mempunyai pesakit buah pinggang akibat kencing manis (Diabetic Nephropathy). Akibatnya berlumba2 lah syarikat2 pengeluar mesin dialisis dan segala barangan disposable dialysis yg berkaitan utk datang 'melabur' di Malaysia sbb pulangannya amat lumayan.

Rakyat Malaysia dianggap sebagai 'lubuk' utk pelaburan yg sangat menguntungkan ini.

Persoalan di sini...

Kenapa org Malaysia, buah pinggangnya sangat terdedah @ 'vulnerable' utk dapat sakit buah pinggang?

Saya telah berkecimpung dalam bidang dialisis ini sudah hampir 8 tahun. Selama 8 tahun saya mencari jawapan utk persoalan ini... dan akhirnya saya rasa saya dah dpt jawapan utk soalan ini.

Jawapannya... PEMAKANAN RAKYAT MALAYSIA.

Ya... pemakanan... kita terlalu bebankan kidney kita dengan makanan yg terlalu byk sumber 'animal protein'.

Setiap hari kita makan 3 kali sehari... dan setiap menu makan kita MESTI ada AYAM, DAGING, TELUR DAN IKAN.

Akibat daripada tiga hidangan 'animal protein' setiap hari menyebabkan kidney kita akhirnya 'malas' nak kerja kerana bertahun2 dibebankan dengan kerja kuat dan akhirnya telinga ini terpaksa dengar dari doktor satu ayat yg sangat ditakuti oleh kita semua iaitu... "buah pinggang Encik dah rosak dan kena buat rawatan cuci buah pinggang 3 kali seminggu selama 4 jam setiap kali SEPANJANG HAYAT".

Hancur remuk hati ini apabila dengar pernyataan mcm ini dari doktor dan tersenyum lebarlah syarikat2 pembuat mesin dan segala peralatan dialisis.

Pesakit kencing manis perlu buat 2 perkara utk elak jadi 'bahan pulangan utk pelaburan syarikat asing ini' iaitu:

1. Kawal kadar gula dalam darah mereka.
2. Kawal pengambilan protein haiwan.

Cakap memang senang... tapi bagaimana caranya...

Secara ringkasnya:

Kawal paras gula dengan:

1. Sarapan dengan bubur talbinah (sejenis bubur barli).
2. Tukar beras putih kepada beras perang.
3. Tukar gula putih kepada 'coconut sugar'. 'Coconut sugar' DIJAMIN TIDAK AKAN TINGKAT PARAS GULA.

Kurangkan beban kidney dengan:

1.  BERHENTI MAKAN AYAM, DAGING DAN IKAN (kalau boleh). Tukar sumber protein anda kepada protein sayuran. Anda dijamin tidak akan kekurangan protein dlm badan.

2. Jangan sesekali minum air sejuk pagi2 dengan perut kosong krna ini terbukti boleh merosakkan kidney.

3. Bekam atau cupping therapy atau Hijama dlm bahasa Arab (yg majoriti org anggap sebg kolot) di titik2 tertentu di badan boleh kurang paras CREATININE.


Wassalam.
Dr Hj Noorul Amin Hj Abd Rahman
Pengarah Urusan
Primum Medicare Centre
Pusat Dialysis Ibnu Sina.

Sila SHARE post ini sekiranya ia bermanfaat. Mungkin anda tidak mengidap kencing manis atau sakit kidney, tapi dgn share msg ini mgkn ia akan sampai kpd teman anda yg ibubapa @ saudara tersayang mereka adalah pengidap penyakit tersebut. Sama2 kita selamatkan ratusan ribu rakyat Msia dari menjadi 'bahan pulangan pelaburan sykt asing'.

-info kesihatan-
Sayangi buah pinggang kita Sayangi buah pinggang kita Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Februari 19, 2016 Rating: 5

Diari hati seorang ibu

Khamis, Februari 18, 2016
Assalamualaikum

Jom baca coretan ini..sedih dan tersentuh hati..layan...

Kisah benar
Ego seorang Wanita.

 Barangkali ia boleh diambil iktibar dan menjadi peringatan malah ada sesuatu yang boleh kita belajar.

Kakak T(nama dirahsiakan)  menulis;

“Puan, sewaktu zaman bujang saya seorang yang periang, ceria dan disukai oleh rakan-rakan serumah mahupun di pejabat. Saya sangat gemar memasak. Setiap hari sayalah yang menjadi chef di dapur rumah bujang kami. Hujung minggu, saya suka menjamu tetamu. Setiap hidangan pasti menerima pujian.

Namun, segalanya berubah apabila saya berumahtangga. Beban tugas di pejabat, urusan rumahtangga dan beban pengajian membuatkan saya bertukar karekter.

Di rumah, saya jarang sekali memasak untuk suami. Asalnya pada awal perkahwinan kerana suami sering menegur setiap hidangan saya. Dia sering membandingkan dengan masakan ibunya.

Dia mahu saya mempelajari masakan ibunya yang pada pandangan saya hanya biasa - biasa sahaja. Contohnya, suami mahu saya merebus ikan terlebih dahulu sebelum mengorengnya. Sedangkan pada ketika itu pada fikiran saya – ia kerja renyah dan menyusahkan. Banyak lagi perkara lain yang perlu dilakukan. Saya sukar menerima teguran.

Anak-anak pula banyak kerenah – meminta memasak itu dan ini sedangkan saya keletihan kerana bebanan kerja dan beban tugasan pengajian. Akhirnya suami membuat keputusan untuk makan sahaja di kedai. Jika ada tetamu datang bertandang, suami tempah makanan. Anak-anak pula diajar memakan makanan segera. Saya berasa lega.

Begitulah..bertahun-tahun ia berlalu.

Kini, saya dan suami sudah bersara. Anak-anak pula semuanya telah berumahtangga. Kami sedang mengharungi kehidupan yang sunyi. Tiada komunikasi. Ketika duduk berdua, saya mahu memasak untuk suami. Namun, dia menolak.

Katanya, ” Tak apalah.. kita makan di kedai sahaja.”

Adakalanya saya bertanya,

”Abang..mahu saya bancuhkan kopi?”

Jawapannya,”Tak apalah..nanti saya buat sendiri.”

Apabila anak-anak pulang bercuti, mereka berpakat - pakat makan di restoran. Ketika hari raya, mereka menempah juadah atau isteri masing-masing membawa makanan sendiri. Saya rasa terpinggir. Pernah beberapa kali saya menyediakan makanan apabila dimaklumkan tentang kepulangan, namun apa kata mereka;

“Mummy kenapa bersusah-susah? Kami sudah makan dalam perjalanan tadi.”

Makanan tidak berjamah. Tidak seorangpun merindui masakan ibunya. Sayu hati saya apabila mengenangkannya.

Lebih sayu lagi apabila anak perempuan saya langsung tidak pandai memasak apa-apa. Sedangkan ketika saya sebaya dengannya boleh memasak segala macam juadah. Apabila ke rumah mereka, saya melihat anak perempuan kami terkial-kial membantu suaminya di dapur. Dia menyiang ikan dengan penuh susah payah.

hati saya remuk. Lebih remuk lagi, apabila suami tidak mahu dimasakkan apa-apa. Sedangkan apabila saya ke dapur, saya melihat dia menyediakan makanan dan makan sendirian. Masakan yang biasa disediakan oleh arwah ibunya!

Kakak  sudahi dengan pesanan dan perasaan yang penuh dengan kekesalan di hati. Katanya hebat bagaimanapun masakan kita, tidak jika tidak disuap ke mulut anak-anak dan suami…ia tidak bererti.

Sungguh, masakan ibu rupa-rupanya mampu menjalinkan perhubungan ibu dan anak. Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang boleh dikenang oleh anak-anak suatu hari nanti. Ada ilmu yang boleh diturunkan menjadikan ia bermanafaat.

Salam sayang buat emak, adik, kakak dan semua ibu-ibu yang dirahmati Allah. Sudah tentu, mereka menjadi guru nombor satu!

Masaklah walau sesibuk mana sekalipun sekadar telur dadar berlaukkan kicap. Masaklah demi air tangan seorang isteri@ibu

Kakak T.😭😭😭
Diari hati seorang ibu Diari hati seorang ibu Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Februari 18, 2016 Rating: 5

Jom keluar dari kesempitan hidup

Selasa, Februari 16, 2016
** CARA KELUAR DARI KESEMPITAN HIDUP **

Zikir atau doa Nabi Yunus

# Setiap kali bangun tidur ucapkan Alhamdulillah sebanyak 21 kali.

# Buat solat Dhuha bukan pasal untuk dapat rezeki tetapi untuk membalas rasa bersyukur sebab diberi nyawa.

# Sedekah sekerap mungkin, kalau boleh setiap hari contoh bagi binatang makan, masuk duit kat tabung masjid atau sedekah rumah anak yatim atau tahfiz.

# Jangan kedekut nak belanja orang makan.

# Setiap kali dapat hasil, simpan untuk bekalan kecemasan. Jangan belanja semua.

# Rajin berdoa untuk kejayaan untuk orang lain supaya para malaikat mendoakan kejayaan kita. Selalunya kita asyik doakan untuk diri kita sahaja dan selalu memikirkan diri kita sahaja.

# Setiap malam lakukan solat hajat mohon sentiasa diberikan petunjuk dan bimbingan dan mohon kepada Allah rezeki yang diberkati.

# Amalkan zikir yang kita boleh lakukan setiap hari untuk menyelesaikan pelbagai masalah kita : LAILAHAILLA ANTA SUBHANAKA INNIKUMTUM MINADZOLIMIN. Baca lah zikir ini selama 10 minit setiap hari dan insyaa Allah dipermudahkan segala urusan.

Khasiat ayat ni kalau diamalkan, insyaAllah segala kesulitan dapat diselesaikan dengan mudah sangat. Malah ianya juga menjauhkan kita dari terkena perbuatan sihir. Sesiapa yang susah hati, tekena buatan atau apa penyakit sekalipun, rajin2 ler baca ayat ni setiap masa. Memang miracle.

Lepas je baca ayat ni, Nabi Yunus pun akhirnya dapat keluar dari perut ikan paus setelah ia dimuntahkan ke daratan. Setelah beberapa saat, akhirnya ia kembali ke Ninawa dan mendapat kaum yang beriman. Ia pun disambut umatnya yang berjumlah mencapai 100 ribu orang, dan umatnya mendapatkan kenikmatan yang luar biasa di waktu yang telah ditentukan.

Doa ni afdal dibaca 11 kali ketika sujud sebaik saja selesai salam solat fardhu. Kemudian, mohon lah doa daripada Allah SWT. InsyaAllah, makbul. Kan Allah tu maha mendengar lagi maha mengasihani.

Wallahu a'lam

Moga bermanfaat..
Jom keluar dari kesempitan hidup Jom keluar dari kesempitan hidup Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Februari 16, 2016 Rating: 5

Jom layan sat

Ahad, Februari 14, 2016
Credit utk penulis 👇... Tak tau siapa yg tulis.....tp sgt tersentuh...

sekadar perkongsian & peringatan utk diri sendiri jugak...

 Assalamualaikum....

Sibuk kejar kehidupan dunia?
wang berguni pun x cukup!
Kerja sepenuh masa.
Rindu orang itu, orang ini.
Cemburu orang itu dengan orang ini. dengki hati jadi mainan

Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi keje. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana.

Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.

Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet,
"Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat."
Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, "Benda dah selalu diingatkan.

Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat."
Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game.
Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita.

Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.
Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi.

Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh.
Malaikat maut menjengah lagi.
Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. !! sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?

Malaikat maut ziarah lagi.
Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.

Sebelum tidur, belek-belek phone dulu. Wish goodnight kat boyfriend/girlfriend dulu.

"Biy, nanti kejut I bangun solat subuh eh? Goodnight sayang. I love you. Esok mesej lagi :*"
Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni.
"Nak apa?"
Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni.
"Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan"
Tergamam.

Ah Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.
Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. *tepuk dahi*

Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar paper work, deadline. Macam mana ni.
Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.
Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa.

Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. Tapi.... semuanya dah terlambat.
Jadi, mulai dari sekarang.

Rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat?
Jga aurat wahai shabat2ku...  Tepuk dada, tanya iman.

share kt grup, mgkin ada manfaatnya

Bleh share kat grup anak2 murid, ank2 muda, org2 tua, anak2 sedara, kawan2 kerja.. dll

☝tolong baca smpi habis..
Sbg peringatan utk kita yg sering terleka dgn hal dunia..
Jom layan sat Jom layan sat Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Februari 14, 2016 Rating: 5

Mencari kusyuk yang hilang

Sabtu, Februari 13, 2016
Dari Dr Fuad Latip.

MENEMUKAN KHUSYUK YANG HILANG.

Saya masih banyak kekurangan. Apa yang saya lakukan SEBELUM masuk waktu solat, saya ambil masa dalam 1-15 minit untuk diam dari melakukan apa jua kerja.

1. Yang saya lakukan hanyalah berkomunikasi dengan Allah. Tidak
memohon. Tetapi sekadar bercerita. Saya suka bercerita kepada Allah. Tentang kerja, tentang hidup, tentang keluarga, anak-anak. Tentang apa saja.

2. Kemudian setelah masuk waktu solat, saya bangun untuk mengambil wuduk dalam KESEDARAN bahawa saya sedang dalam perjalanan untuk bertemu denganNya secara formal.

Saya ingin memujiNya, saya ingin memohon (mengikut doa dalam solat) dan saya ingin berterima kasih pada Nya.

3. Sepanjang wuduk… saya SEDAR bahawa Yang ingin saya temu adalah Allah. Saya pastikan wuduk saya sempurna. Saya minta agar segala anggota wuduk saya dilindungi Allah dari melakukan kejahatan dan
kemaksiatan.

4. Dalam perjalanan untuk memulakan solat saya tetap jaga kesedaran bahawa saya dalam persediaan jumpa Allah.

Saya bentang sejadah dan tetap kesedaran bahawa saya ingin bertemu Allah tidak saya lepaskan.

5. Ketika saya berdiri untuk mula takbir, saya istighfar dahulu. Memohon keampunan pada Allah seawal lagi agar pujian saya benar-benar datang dari hati yang bersih. Berulang-ulang saya istighfar.

6. Kemudian saya mengangkat Takbir dan saya menyedariNya. Saya memanggil Allah Yang Maha Besar, Yang saya rindui.

7. Saya tidak “membaca” Doa iftitah. Tetapi saya memuji Allah dalam Doa Iftitah. Mulut ini berkomunikasi dalam bahasa arab. Namun hati ini memahami apa yang diucapkan adalah….

“Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Besar sebesar-sebesarnya ya Allah. Ya Allah Segala puji bagiMu ya Allah sebanyak-banyaknya ya Allah. Ya Allah, Maha Suci Engkau di pagi dan petang ya Allah.”

“Ya Allah ku hadapkan wajahku kepadaMu Tuhan yang menjadikan langit
dan bumi dengan benar-benar lurus dan berserah kepadaMu ya Allah. Ya
Allah, aku ini bukan dari kalangan orang-orang yang musyrik ya Allah.”

“Ya Allah sesungguhnya ya Allah, solatku ya Allah, ibadahku ya Allah, hidupku ya Allah, matiku ya Allah adalah hanya untukMu ya Allah.”

“Ya Allah, tidak ada sekutu bagiMu ya Allah, dan aku diperintahkan untuk tidak menyukutukanMu ya Allah dan aku ini dari golongan orang yang berserah diri.

8. Kemudian, saya terus memujiNya dalam Al-Fatihah. Sebuah lagi skrip hadiah dari Allah untuk kita berkomunikasi denganNya. Kita berkomunikasi di dalam bahasa arab namun kita faham yang sedang kita
komunikasikan dengan Allah adalah….

“Ya Allah, Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan yang terkutuk ya Allah.”

“Ya Allah, Dengan namaMu ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah dan Penyayang ya Allah”.

“Ya Allah, Segala puji bagiMu Tuhan yang memelihara segala alam ya Allah. Engkaulah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang ya Allah.
Engkaulah raja yang menguasai hari pembalasan ya Allah.

Ya Allah…. kepadaMu-lah kami sembah Ya Allah.. dan kepadaMu-lah kami
mohon pertolongan ya Allah. (saya selalu tidak
 menahan kesayuan tika saat ini. Saya sangat rindu padaNya hingga seluruh tubuh ini bergetar)

Tunjukilah kami jalan yang lurus ya Allah. Jalan mereka yang telah
Engkau beri nikmat ya Allah, bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan jalan yang sesat ya Allah.”

ALLAHUKABAR indahnya solat. Ini baru selesai Al-Fatihah.

9. Kemudian kita baca surah yg mudah & kita fahami.

10. Diamlah sejenak sblm kita rukuk. Tuqmaninah sebentar. Sedarilah kita rukuk utk hormat & memuji Allah.

11. Lalu rukuklah. Namun diam dahulu. Rukunnya adalah rukuk bukan bacaan rukuk. Diamlah namun sedar & berterima kasih pada Allah. Terima kasih yg dtg dari hati ini.

Lalu ketika ini pujilah Allah dengan benar. Pujilah Allah dari hati.
Bukan bacaan sekadar dari bibir semata2.

” Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Agung ya Allah.”

Selepas pujian pertama… diam lagi… rukuklah dgn benar disamping fizikal kita benar2 rehat. Tulang2 kita kembali kepada tmptnya. Darah mengalir ke otak krn kedudukan otak sama dgn jantung.

Pujilah lagi untuk
seterusnya hingga 3 kali.

12. Bangunlah dgn perlahan, dengan hormat dlm setiap pergerakan solat. SEDARlah terus bahawa kita sedang bertemu dengan Allah. TUHAN..bukan bos, bukan menteri, bukan kawan-kawan, bukan mak ayah….tetapi Allah…. TUHAN yg menjadikan kita & tempat kita kembali. Allah..

Iktidal… diam sebentar (tuqmaninah) lalu nyatakan pada Allah….

“Ya Allah, untukMu segala pujian ya Allah.”

Andai semuanya milik Allah segala pujian, adakah pujian milik kita?
siapa kita yg sering ingin dipuji?
Siapa kita yg sering kecewa ketika orang lain tdk memuji kita?
Siapa kita?…. Astaghfirullah.

13. Sujud….. Diamlah sebentar. Sedarlah ketika sujud ini, jasad ini kembali kpd asalnya yakni tanah. Kita tdk ada apa2nya lagi.
Segala pujian adalah milik Allah. Kita ini tiada apa2nya. Kita mengharapkan redha Allah semata2.

Sujudlah…
sedarlah Allah…
lalu pujilah Allah….

“Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Tinggi ya Allah”
Diamlah sebentar untuk pujian kedua & ketiga agar benar2 pujian itu dari hati kita dlm kesedaran padaNya.

14. Kemudian duduklah dgn penuh tunduk & mengharap padaNya.
Mohonlah satu persatu. Bukan membaca dgn laju…. tetapi mohonlah… mohonlah. Diri kita sgt memerlukan kasih sayang daripadaNya.
“Ya Allah, ampunilah aku ya Allah”
“Ya Allah, rahmatilah aku ya Allah”
“Ya Allah, cukupkanlah segala keperluanku ya Allah”
“Ya Allah, angkatlah darjatku ya Allah” (angkat darjat bukan naik jawatan, jadi kaya raya, jadi terkenal, sentiasa dipuji. Bukan..bukan.
Angkat darjat adalah agar Allah melindungi maruah kita. Tdk mengaibkan kita. Andai Allah mengaibkan segala kejahatan & kemaksiatan kita…. Allahurabbi… tdk tertahan utk mampu terus hidup).
“Ya Allah, Murahkan rezekiku ya Allah”  
“Ya Allah, bukakan pintu hatiku untuk hidayah/petunjukMu ya Allah”
“Ya Allah, sihatkanlah aku ya Allah”
“Ya Allah, maafkanlah aku ya Allah.”
Andai ini dibaca dgn baik, Allahhurabbi…sujud seterusnya pasti akan lbh berserah kita padaNya.
****
Jika ini dpt didirikan dgn baik,
nikmatilah sendiri keindahan
solat. Betapa nikmatnya solat & nikmatnya solat kita tdk pernah
sama sejak kita  mendirikannya dulu hnga sekrg. Bahkan nikmat solat ini semakin meningkat dari satu waktu ke waktu yang lain.

Dulu saya tertanya2 bgmna mrk yg dekat dgn Allah
sentiasa menunggu2 waktu solat.

Allahurabbi…. ketika menikmati nikmatnya solat… barulah kita faham mengapa solat itu sering ditunggu2.. sering ditunggu.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Sebarkan lah
 sebarkan, semoga kita semua diberkati. Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal 'alamiin
Mencari kusyuk yang hilang Mencari kusyuk yang hilang Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Februari 13, 2016 Rating: 5

Khas buat para ibu 😊

Jumaat, Februari 12, 2016
Utk para ibu2 tersyg...

Dari Prof Muhaya Salam semua..

Jom amalkan 10 tip utk yg nak jadi parent....dah jadi parent.... Yang Baru jadi parent semula.... Sama2 kite amalkan.... Terutama tip yg no 6 tu....

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

via : Prof. Dr. Muhaya

Khas buat para ibu 😊 Khas buat para ibu 😊 Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Februari 12, 2016 Rating: 5

Info perlu anda tahu

Khamis, Februari 11, 2016
🍀 Dimana berasal para nabi..???

✔Adam(AS) - Sri Lanka
✔Nooh(AS) - Jordan
✔Shoaib(AS) - Syria
✔Saleh(AS) - Lebanon
✔Ibrahim(AS) - Palestine Dan wafat di  iraq
✔Ismail(AS) - Saudi Arabia
✔Yakoob(AS) - Palestine
✔Yahya(AS) Palestine
✔Zakariya (AS) Palestine
✔Ishaq(AS) - Palestine
✔Yusuf(AS) - Palestine
✔Looth(AS) - Iraq
✔Ayub(AS) - Jordan
✔Hood(AS) - Yamen
✔Nabi-Muhammad (SAW) - Saudi Arabia

📝Umur para nabi📝

✅Adam(AS) - 1000 Thn
✅Nooh(A S) - 950 Thn
✅Shoaib(AS) - 882 Thn
✅Saleh(AS) - 586 Thn
✅Zakariyya(AS) - 207 Thn
✅Ibrahim(AS) - 195 Thn
✅Sulayman(AS) - 150 Thn
✅Ismail(AS) - 137 Thn
✅Yakoob(AS) - 129 Thn
✅Musa(AS) - 125 Thn
✅Ishaq(AS) - 120 Thn
✅Harun(AS) - 119 Thn
✅Yusuf(AS) - 110 Thn
✅Isa(AS) - 40 Thn
✅NABI MUHAMMAD (SAW) - 63 Thn

✔Jangan simpan je mesej ni.. Forward kpd Muslim yang lain..
🎾🎾🎾 Tolong baca sampai habis..

Kita selalu luangkan masa yg sdikit utk Allah; Tapi DIA selalu menyayangi dan merahmati kita. Allah sentiasa bersama kita.. Marilah luangkan 30 min masa kita utk ALLAH. Bukan berdoa, tetapi memuji-NYA.

Hari ini, saya nak mesej ini disebarkn ke sluruh dunia.. Sudikah anda menolong?? Jangan tamatkn pnyebaran mesej ini..
DIA selalu memberikan kita segala y kita mahukan.. Maka marilah kita sama2 mnyebarkn mesej ini.

Kenapa kita rasa mengantuk bila SOLAT? Tapi blh pula kita berjaga sepanjang 3 jam tgk movie.
Kenapa kita rasa bosan bila lihat AL-QURAN? Tapi senang utk baca buku lain.
Kenapa senang je kita tak peduli mesej berkaitan ALLAH? Tapi senang je forward benda yg kelakar.
Kenapa Masjid makin kecil? Tapi Bar dan Kelab Malam semakin bnyk.
Kenapa senang kita sanjung celebrity? Tapi susah kita ingat ALLAH.

Cuba fikir, nak forward mesej ni? Atau nak biar je sebab takut org gelakkan anda?
Forward mesej ini kepada kawan/contacts.

Ingatlah; Allah (SWT) Berfirman: Jika kamu berpaling dari aku didepan kawan kamu, Aku akan berpaling dari kamu pada Hari Kiamat kelak..
Jika seseorang menutup satu pintu, Allah akan membuka dua pintu; Jika Allah membuka pintu untuk kamu, hantarlah mesej ini termasuk saya..

Allah tiada BLACKBERRY tapi DIA lagi favourite contact saya...

Allah tiada TWITTER Tapi data sentiasa mengikuti DIA, Dan tetap akan saya ikut selamanya..

Allah tiada WHATSAPP tapi dia selalu online...
Jadi walau tanpa INTERNET saya akan sentiasa berhubung denganNya...

Tolong forward mesej ini kepada semua contact anda!
* Dikatakan bahawa bila Malaikat Maut cabut nyawa dari jasad org y mati.. Dia adalah satu pengalaman yang menyakitkan. Dikatakan juga bila manusia dibangkitkan pada Hari Kiamat, kesan sakit roh dicabut dari jasad masih ada lagi.
Maka, ALLAH menyuruh kita utk membaca AYAT KURSI setiap selepas solat fardhu dan dinyatakan sesiapa yang membaca ayat kursi, roh mereka akan dicabut seperti mengambil sehelai rambut daripada tepung.. Bayangkan betapa ringannya rasa ITU, MasyaAllah!  Moga Allah menyelamatkan kita dari sebarang sakit dan moga DIA mematikan kita dgn iman di hati dan selamatkan kita dari Azab. Aameen..
💟Tiada perkataan secantik ALLAH (SWT).
💟Tiada contoh secantik Rasulullah (SAW).
💟Tiada ajaran secantik Islam.
💟Tiada lagu sesedap Adhaan.
💟Tiada amal yang bermakna dari Zakat.
💟Tiada ensiklopedia sesempurna AL-QURAN.
💟Tiada sembahyang sesempurna SALAAT(Namaz).
💟Tiada diet sesempurna PUASA.
💟Tiada pengembaraan sesempurna HAJJ.

💟💟Sedarlah bahawa Islam ITU sentiasa Cantik & Sempurna. Tolong forward mesej ini utk berkongsi ilmu.
Ini benda biasa kita buat, sebahagian dari kita bercakap masa tgh Adhaan...

BACA ini..
Nabi Muhammad(SAW) bersabda, Berhenti melakukan apa2 semasa Adhaan, walau membaca Quran, sesiapa yang bercakap semasa Adhaan orang itu takkan dapat mengucap Kalimah Shahadat waktu dia mati... Tolong pass mesej INI kpd Muslim yang lain...

BACA DU'A INI UTK HIDUP Y LEBIH BAIK..
 Allahumma- inni-ala- dhikrika-wa Shukrika-wa-husni-ibaadatika.
Duaa y hebat telah dihantar kepada anda. Apa y anda fikir nak buat dgn Duaa ini. Bayangkan kalai 1000 org baca doa ini sebab anda. سُبْحَانَاللَّه ِ !!!
SubhaanaLLaah!!!

📌Bangun bila dengar AZAN, seperti anda bangun bila PHONE BERBUNYI❗

📌Baca AL-QURAN dengan cermat seperti anda baca nota❗

♣ Takut ALLAH, seperti anda takut MATI❗

♠ Ingatlah MATI, seperti anda ingat NAMA anda❗

♦Berapa minit kita luangkan untuk SOLAT❗

🍇"FAJR" 4/6 Minit❗

🍇"ZUHUR" 6/8 Minit❗

🍇"ASAR" 6/8 Minit❗

🍇"MAGHRIB" 5/7 Minit❗

🍇"ISHAA" 7/10 Minit❗

🍒Jumlah 28/39  minit sehari dari 24 jam❓ 🍒

♥ Jom kita fikir betul ke kita luangkan masa kerana ALLAH ❓

⚠ 80% orang takkan forward mesej ni
Info perlu anda tahu Info perlu anda tahu Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Februari 11, 2016 Rating: 5

Kelebihan makan daging kambing..wajib baca!

Rabu, Februari 10, 2016
MENGAPA DAGING KAMBING MENJADI KEGEMARAN RASULULLAH......

Mereka yang berpangkat doktor menyarankan kita supaya mengelakkan dari memakan daging kambing, kerana daging kambing boleh menyebabkan panas badan. Ada juga doktor yang mengatakan kandungan lemak dan kolesterol pada daging kambing tinggi serta seringkali daging kambing dituding sebagai penyebab darah tinggi dan sakit jantung.

Sebenarnya, daging kambing adalah makanan kegemaran Rasulullah S.A.W. Setiap sunnah nabi mesti ada kelebihannya. Oleh kerana orang barat (yahudi) tidak mahu kita ikut sunnah nabi, pelbagai kenyataan mereka keluarkan. Tetapi hakikat sebenarnya banyak manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

Daging kambing adalah daging yang paling baik

Kajian dari Persatuan Jantung Amerika menyatakan, daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat. Struktur molekul daging kambing yang berbeza menjadikan daging kambing lebih mudah dihadam. Ia juga amat sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan. Bukan setakat itu sahaja, malah jika dibandingkan, daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit. Kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing.

Pengurai Kolestrol Tepu

Daging kambing yang rendah kandungan protinnya menjadikan ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan yang tidak sihat.

Ikatan kolestrol tepu boleh dielakkan sekiranya Omega 3 terdapat di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan dengan kolestrol kambing sahaja.

Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein boleh mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Sekiranya kandungan kolestrol tepu jenis ini banyak terdapat didalam darah, ia boleh mengakibatkan masalah jantung.

Sodium yang digunakan untuk mengawet daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging burger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti MonoSodium Glutamat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia boleh menyebabkan strok .

Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Lemak di bawah permukaan kulit terbentuk akibat kolestrol yang gagal dicerna oleh hati. Ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan) jika terdapat dalam jumlah yang banyak. Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

Mencantikkan Kulit

Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida juga terdapat dalam daging kambing. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan kulit.

Pengambilan protein yang secara berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan mengakibatkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.

Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih putih dan cantik.

Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan

Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi sebagai penjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.

Jantung akan menjadi lebih lembut dan lancar pergerakannya apabila menerima kolestrol daging kambing. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan (kasih sayang).

Mereka yang mengamalkan pemakanan daging kambing akan merasa tenang dan gembira serta mudah merasa getaran kasih sayang. Amalkanlah pemakanan daging kambing sekiranya menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan.

Inilah tipu helah yahudi untuk menjatuhkan umat islam terutamanya.

Wallahu'Alam.
Kelebihan makan daging kambing..wajib baca! Kelebihan makan daging kambing..wajib baca! Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Februari 10, 2016 Rating: 5

Cari aku di neraka

Ahad, Februari 07, 2016
CARILAH MEREKA DINERAKA

Menziarahi seorang teman yang telah tenat sakitnya,dia menggenggam erat tangan saya lalu menariknya ke mukanya untuk membisikkan sesuatu ketika saya ingin meminta diri untuk balik.Air matanya tergenang.Dalam lafaz yang tersangkut-sangkut dia berkata,"Jika hang tidak nampak aku di syurga,tanyalah Allah di mana aku,tolonglah aku ketika itu..."Dia langsung teresak menangis lalu saya memeluknya dan meletakkan muka saya di bahunya.Saya membisikkan,"Insyaallah, insyaallah, aku juga mohon kpd hang jika sebaliknya hang tidak nampak aku disyurga."Kami menangis bersama,entah berapa lama.

Bila saya meninggalkan wad hospital,saya terkenang pesanannya.Sebenarnya pesanan itu pernah dipesan oleh seorang ulamak besar Ibnu Jauzi, yg berkata kpd sahabatnya sambil menangis,"Jika kamu tidak menemui aku di syurga bersama kamu,maka tolonglah tanya kepada Allah tentang aku,"Wahai tuhan kami,si fulan sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau, maka masukkanlah ia bersama kami di syurga."Ibnu Jauzi berpesan begini bersandar kepada sebuah hadis "Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga lalu mereka tidak menemukan sahabat sahabat mereka yg selalu bersama mereka dahulu di dunia.Maka mereka pun bertanya kepada Allah,"Ya Rabb! kami tidak melihat sahabat sahabat kami yang sewaktu di dunia bersolat bersama kami,berpuasa bersama kami dan berjuang bersama kami..."maka Allah berfirman, "Pergilah ke neraka,lalu keluarkan sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman walau hanya sebesar zarrah (Ibnu Mubarak dlm kitab Az Zuhd)

Maka pilihlah untuk bersahabat yg boleh membantu bukan setakat dunia tetapi hingga akhirat dg sifat utamanya berbuat ibadat berjamaah bersolat,berpuasa dan sentiasa berpesan kearah keimanan,berjuang untuk tegakkan agama.Carilah teman yg mengajak ke majlis ilmu,mengajak berbuat kebaikan, bermuafakat untuk kerja kebajikan,selalu berpesan dg kebenaran.Teman yg dicari kerana urusan niaga,pekerjaan,teman tengok bola,teman memancing,teman berkonvoi tayang motor dan kereta hebat,teman fb utk bercerita makan apa hari ni,teman whatsapp utk bersembang hal dunia akan berpisah pada garis mati dan membawa diri sendiri.Tetapi teman yg bertakwa,akan mencari kita disyurga.Semaklah pada diri kita,apakah ada teman yg sebegini pada keliling kita,atau yg ada mungkin lebih teruk dari kita.

Ayuh bertindak,kurangkan masa dg teman yg pada garis dunia,carilah teman dan kawan dg mereka yg akan mencari kita disyurga,kerana kita tidak boleh mengharap ibadat kita shj utk menjengah syurga Allah,pelbagaikanlah usaha dan harapan,moga satu darinya akan tersangkut ke pintu syurga. Al-Hasan Al-Bashri berkata “Perbanyaklah sahabat-sahabat mukminmu karena mereka memiliki syafaat pada hari kiamat”.Pejam mata,carilah siapa agaknya yg akan mencari kita disyurga,jika tiada,mulakan hari ini mencari teman kesyurga sebagai suatu misi peribadi.

Ambillah iktibar dari kawan saya ini yg berpesan mencarinya di syurga,memang kebiasaan mereka yg kuat iman suka merendah diri,bahkan sepatutnya saya yg berpesan kepadanya untuk mencari saya.Agaknya kepada siapa anda nak berpesan begini?Wallahu a'lam

Copy paste tulisan abdghaniharon
Cari aku di neraka Cari aku di neraka Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Februari 07, 2016 Rating: 5

Pengajaran dari orang gila

Jumaat, Februari 05, 2016
#KISAHORANGGILA

Bagaimana RM50 menjadi RM50K dalam sekelip mata

Masa aku post "siapa nak tahu bagaimana rm50 bertukar menjadi rm50k dalam 1 malam,  ramai yang PM tanya,  macam mana nak jadikan 50 ke 50k!
Tersembur air kopi aku.  Korang hadamkan kisah samad ini. .

Yang botak ini namanya Samad,  di Tampin semua orang mungkin kenal samad,  samad boleh di kategorikan sebagai tidak normal. Gila,  bersurat.

Menari depan orang ramai memang hobi samad, pau orang duit phn hobi dia.

Nama  best,  samad khan. Gila sebab eksiden,  katanya dulu suka berjudi,  tapi katanya lagi, Allah sayang dia,  sebab tu Allah tarik nikmatnya,  Allah kasi dia jadi gila.
Itu katanya.

Jadi apa kisahnya?

..

Samad suka mintak orang duit,  harini aku nak bercerita bukan cerita yang aku ni banyak duit ke pemurah ke,  cuma aku nak semua pandang dari sudut lain.

Pada tahun 2011 kalau tak silap,  aku sibuk dengan tugasan ambil gambar orang kahwin,  ada sekali tu aku keluar rumah awal,  jam 6.50 pagi. Aku ke bank cimb,  sedang aku beratur nak keluar duit,  ternampak samad masuk,  dia terus melulu pergi ke seorang pakcik yang berketayap berkain pelekat berbaju melayu,  mungkin pakcik tu baru balik masjid.

Samad : cik,  nak dua ringgit!?

Pakcik : kau tubuh badan sihat! Kojo la! Mintak mintak orang pulak! (dengan nada menengking)

Aku terus geram,  terus aku cakap kat pakcik tu :

Pakcik,  kalau tak nak bagi tak payah tengking2,  kan orang tu gila! Siapa nak ambil kerja!

Aku hulur rm10 aku pun blah!

....

ORANG GILA TIADA HIJAB.

Aku selalu dengar,  orang gila ni kalau doa tak da hijab! Samad pun selalu cakap.

Samad yang gila cakap,  orang gila tak yah sembahyang,  orang gila ni tak boleh berfikir dengan betul.

Samad kalau jumpa aku dia selalu jerit,
ORANG KAYA! ORANG KAYA!

Dulu aku rasa semacam jugak,  pernah aku marah dia panggil macam tu,  tapi sekarang aku selalu suruh dia panggil aku 'orang  kaya'.

...

Nak dijadikan cerita,

Aku baru balik dari KL hantar stok yang bernilai 10k, sampai sahaja di tampin,  aku minum di kedai mamak ini,  datang lah samad dengan jeritan orang kaya nya!  Dah lah kedai penuh waktu tu semua orang pandang! Damn!

Aku terus suruh samad duduk,  suruh dia makan supaya dia diam,  kalau tak dia akan membebel.
Sementara dia tunggu makananya dia pun bersuara :

Samad : bang,  kau bagi den 50 insyallah Allah makbulkan doakan kau dalam sekelip mata, 3 hari lepas ada orang bagi aku 50 harini dapat kontrak plantation.

Aku :kau jangan ugut aku mad!

Aku pun bagi,  sebab samad memang selalu dapat,  kalau tak bagi rasa bersalah kat diri sendiri.
Samad pun tanya,

Samad : kau nak apa bang? Aku doa tak ada hijab!
(dia ugut aku lagi)

Aku pun bagitau lah apa yang aku nak..  Ceh..

.....

Memang ajaib.  Kuasa Allah,  siapa boleh tau!

Lepas aku bagi samad 50, aku dapat call.
Tolong hantar barang sekarang boleh,  saya nak 5k unit.

Aku terkejut!
Hantar sekarang,  besok saya tak ada.
Cash ready!

(pukul 1 pagi tu)

Doa samad di dengari.
Sejak dari haritu setiap hari order memang banyak, sampai terputus stok.

France, Taiwan,  Dubai,  UK,  Hongkong, Thailand pun pukul sekali!

Bertapa besar nikmat sedekah,  dan bertapa mulianya orang istimewa ini berbanding kita.

.....

Harini ramai orang biadap dengan orang gila,  orang gila ni gila.  Kau jangan lebih dari orang gila.

Semenjak aku ada lebih,  Allah selalu hantar orang orang gila,  gelandangan,  orang susah,  dan ramai lagi jenis jenis orang jumpa aku. Walhal masa aku memang tak punya apa apa dulu tak da pulak. Selalu aku terdetik,

Bukan saja saja Allah hantar ni, Allah nak uji.

Samad ada pesan.

Doa paling makbul bukan doa aku,  doa mak kau. Dapat 300k bagi mak 10k, (samad sembang mmg ratus ratus juta) biar mak seronok,  doa mak yang paling makbul tau.

Apa pun syukur Allhamdulillah,  bak kata samad semunya dengan izin Allah.

Ya,  Allah punya kerja,  samad tiada apa apa pun.

Ayuh,  kita bersedekah,  bukan kerana kita banyak duit,  tapi kerana sedekah penyuci harta.

Aku bukan nak berlagak apatah lagi riak,  bukan kah benda yang baik harus di kongsi?

Mohon kongsikan perkongsian ini jika anda rasa ianya bermanfaat.

#kisahoranggila

*kopipes
Pengajaran dari orang gila Pengajaran dari orang gila Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Februari 05, 2016 Rating: 5

Family first!

Rabu, Februari 03, 2016
Sharing yg sgt bagus & berkesan kepadaku secara peribadi....

FAMILY FIRST

Suatu hari saya terlanggar dengan seseorang yang tidak saya kenal. “Oh, maafkan saya,” reaksi spontan saya. Dia juga berkata, “maafkan saya juga.” Orang itu dan saya bertegur sangat sopan. Kami pun berpisah dan mengucapkan salam.

Namun cerita jadi lain apabila sampai di rumah. Pada hari itu juga, ketika saya sedang menelefon salah satu rakan sekerja terbaik saya, dengan bahasa sangat lembut dan santun untuk meraih/melobi simpati rakan saya itu, tiba2 anak lelaki saya berdiri diam2 di belakang saya. Ketika saya hendak berpusing,
hampir saja membuatnya jatuh. "Pergi!!! Main sana, ganggu saja!!!" teriak saya dengan marah. Ia pun pergi dengan hati hancur dan merajuk.

Ketika saya berbaring di tempat tidur malam itu, dengan halus Malaikat berbisik. "Tuhan menyuruh Aku mencabut nyawamu dan mengambil hidupmu sekarang. Namun sebelumnya, Tuhan izinkan kau melihat lorong waktu sesudah kematianmu. Sewaktu kamu berurusan dengan orang yang tidak kau kenal, etika kesopanan kamu gunakan. Akan tetapi dengan anak sendiri, engkau perlakukan kasar, akan ku perlihatkan engkau setelah kematianmu hari ini, bagaimana keadaan majikanmu, kawan rapatmu, sahabat dunia mayamu serta keadaan keluargamu".

Lalu aku pun melihat, hari itu saat jenazahku masih diletakkan di ruang keluarga, hanya satu orang sahabat dunia mayaku yg datang, selebihnya hanya mendoakan di dalam group, bahkan ada juga  yang tdk memberi komen apa apa pun atas kepergianku dan ada juga yang hanya menulis, 'Al-Fatihah' ada yg 'RIP'.

Kawan sekerja ku dtg, Sekejap melihat jenazahku, lalu mereka asyik mengambil gambar dan bercerita. Bahkan ada yg asyik membicarakan aibku sambil tersenyum2. Bos yg aku hormati, hanya datang sebentar melihat jenazahku dalam beberapa minit lalu pulang dan kawan2 rapatku, tidak ada satupun dari mereka yang aku lihat.

Lalu ku lihat anak-anakku menangis di pangkuan isteriku, yang kecil berusaha menggapai jenazahku meminta aku bangun, namun isteriku menghalangnya. Isteriku pengsan berkali-kali, aku tidak pernah melihat dia sebingung demikian. Lalu aku teringat betapa sering aku acuh tak acuh dengan panggilannya yg mengajakku berbual, aku selalu sibuk dengan hp ku, dengan kawan2 dan teman2 dunia mayaku. Lalu aku lihat anak2ku sering ku herdik &  ku bentak mereka saat aku sedang asyik dengan hpku, di saat mereka minta perhatian dariku.  Oh Tuhan....Maafkan aku.

Lalu aku melihat 7 hari selepas kematianku. Teman2 sudah melupakanku, sampai detik ini aku tidak lagi mendengar doa mereka untukku. Pihak office menggantiku dgn staf lain, teman2 dunia mayaku masih sibuk dengan perbualan di group, tanpa ada yang berbicara tentangku ataupun bersedih terhadap ketiadaanku di group mereka.

Namun, aku melihat isteriku masih pucat dan menangis, air matanya selalu menitis saat anak2ku bertanya di mana papa mereka? Aku melihat dia begitu longlai dan pucat, ke mana semangatmu isteriku? Oh Tuhan maafkan aku....

Hari ke 40 sejak aku tiada, teman2 FB ku lenyap secara drastik, semua sudah memutuskan hubungan denganku, seolah tidak ingin lagi melihat kenanganku semasa hidup. Bosku dan teman2 sekerja, tdk ada satu pun yang mengunjungi kuburku atau pun sekadar mengirimkan doa. Lalu kulihat keluargaku, isteriku sudah boleh tersenyum, tapi tatapannya masih kosong, anak2 kecilku masih asyik bertanya bila papa pulang. Anakku yang paling kecil adalah yang paling kusayang, masih selalu menungguku dijendela, menantikan kepulanganku.

Lalu 15 tahun berlalu,
kulihat isteriku menyiapkan makanan untuk anak2ku, sudah mulai kelihatan kedutan tua dan lelah di wajahnya. Dia tidak pernah lupa mengingatkan anak2 bahwa hari ini hari Jumaat, jangan lupa solat.

Lalu aku membaca tulisan di atas secebis kertas milik anak perempuanku malam semlm, dia menulis.... "Seandainya aku masih punya papa, pasti tidak akan ada laki2 yang berani tidak sopan denganku dan
aku tidak melihat mama sakit mencari nafkah seorang diri buat kami. Oh Tuhan.... Kenapa Kau ambil papaku, aku perlu papaku Ya Allah.." kertas itu basah karena titisan airmatanya..
Ya Allah maafkanlah aku....

Sampai bertahun2 anak2 dan isteriku pun masih terus mendoakanku agar aku sentiasa berbahagia di akhirat sana.

Kemudian, aku terbangun..... Oh Tuhan syukur... Ternyata aku cuma bermimpi....

Perlahan lahan aku pergi ke kamar anakku dan berlutut dekat tempat tidurnya. Aku masih lihat airmata di sudut matanya, kasihan, terlalu keras aku mengherdik mereka... "Anakku, papa sangat menyesal karena telah berlaku kasar padamu. “Anakku, aku mencintaimu... aku benar-benar mencintaimu, maafkan aku anakku”. Ku peluk anakku, ku cium pipi dan keningnya. Lalu kulihat isteriku yang sedang tertidur, isteriku yang sapaannya sering ku tak hirau ajakannya untuk  berbicara. Sering kali aku sengaja berpura2 tidak mendengarnya, bahkan pesan2 darinya sering aku anggap tak bermakna, maafkan aku isteriku, maafkan aku.

Air mataku tak dapat ku bendung lagi. Apakah kita menyedari bahwa jika kita mati esok pagi, jabatan di mana kita bekerja akan mudah mencari pengganti kita.  Teman2 akan melupakan kita sebagai cerita yang sudah berakhir, malah ada rakan2 kita yg masih menceritakan kelemahan yang tidak sengaja kita lakukan. Teman2 dunia maya pun tak pernah membicara  lagi, seolah2 aku tidak pernah wujud dalam group mereka.

Lalu aku rebahkan diri di samping isteriku, hpku masih terus bergetar, berpuluh2 notifikasi masuk menyapaku, menggelitik untuk aku buka, tapi tidak.. tidak.. Aku matikan hpku dan aku pejamkan mata. Maaf....Bukan kalian yang akan membawaku ke syurga, bukan kalian yang akan menolongku dari api neraka, tapi keluargaku....
Keluarga yang jika kita tinggalkan akan merasakan kehilangan selama sisa hidup mereka.

FAMILY FIRST..
Family first! Family first! Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Februari 03, 2016 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.