Sabtu, Disember 24, 2016

Syria Bermandi Darah Lagi 😭😭😭

Assalamualaikum

Tolong jangan abaikan post ini.
(copy paste ke wall fb anda atau share -janji ramai yang baca dan boleh menyumbang,hanya itu yang mampu kita rakyat marhain buat selain berdoa 😭😭😭 )

Syria Menangis Darah (oleh HELIZA HELMI)
.
"Syria dah jadi seperti bandar berhantu" . Rumah, sekolah, hospital banyak yang musnah. Kematian demi kematian tanpa henti
.
Salah satu tempat yang kami pergi ialah Hospital Rahmah ( hospital sementara di Hama yakni satu satunya Hospital di Hama)
.
Masuk sahaja ke dalam hospital itu alangkah terkejutnya, bahagian lobby nya pun sudah dipenuhi darah! Keadaan cemas yang menyayat hati. Tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan itu
.
"Ya Rabb! Ya Rabb! Tiba tiba terdengar suara seorang wanita menyebut kalimah itu!" Tanpa sedar kaki ini terus melangkah ke arah suara itu yang membawa diri ini ke dalam bilik pemedahan. Doktor membenarkan untuk saya masuk ke dalam
.
Perasaan sangat berdebar ketika itu, melihat seorang wanita menahan kesakitan kerana tangannya terkena serpihan bom, dan doktor itu menunjukkan x ray yang telah dilakukan , tulang tangan wanita itu telah berpisah. Dan mereka tiada ubat bius untuk diberikan kepada wanita itu. Dengan linangan air mata, dengan menyebut namaMu Ya Rabb, wanita ini bertahan ketika rawatan di lakukan
.
Hospital mereka seperti pasar ayam, penuh darah! Bayangkan salah satu bilik saya masuk, lantai , katil dipenuhi darah.  Anggota badan manusia bersepah sepah di lantai, dan ketika itu saya ambil tisu, bila di buka tisu itu, kelihatan jari manusia ada pada tisu itu!

Bila masuk ke bilik yang lain, terlantar seorang anak kecil yang mungkin baru berusia sebulan, sedang melihat anak kecil ini tiba-tiba katil sebelah bergegar!!!
.
Kami sangat terkejut lalu kami berpusing ke arah katil sebelah dan kami  melihat seorang yang di selubungi selimut dan di sisinya ada seorang wanita sedang mengesat air mata, dan seorang lelaki yang tenang mukanya sedang melihat ke arah katil itu
.
Ketika itu tiada kata yang mampu diungkapkan, saya mendakap erat wanita ini sambil air matanya tumpah membasahi pipi. Keadaan ketika itu senyap , yang kedengaran ialah suara suara yang sedang menahan sebak ketika air mata tim Rescue Syria tidak mampu dibendung lagi :'( . Kesebakan yang tak mampu di bendung.
.
Lalu lelaki yang berada di sisi katil itu bersuara "HasbunAllah Wa Ni'Mal Wakeel", Cukuplah Allah bagi kami .
.
Kami tanya siapakah yang diselubungi selimut ini? Dia sakit apa?
.
Lalu lelaki ini membuka selimut dan menunjukkan kami ke arah bahagian berbalut itu, kemudian membuka selimut dan menampakkan kami wajahnya
.
"Ini anak lelaki kami berusia 16 tahun namanya Musa . Wajah teramatttt pucat kebiruan, bibirnya berbiuh buih ketika itu!Apa menyebabkan keadaan Musa begitu? .
Kaki dipotong tanpa bius! Ya! ( potong seperti macam memotong kaki ayam) kerana kakinya kena bom! .
"HasbunAllah Wa Ni'Mal Wakeel"diulang ayat itu dibibir si ayah dan si ibu. Allah.. Allah.. Keadaan makin sayu, tim Rescue Syria termasuk
lelaki semua menangis ... Menangis yang air mata tumpah begitu laju sekali. Hanya bertemankan tangisan penuh mengharap padaNya. DIA lah sebaik baik penolong
.
Ini baru sedikit! Ya baru sedikit kisah saudara kita di sana
.
Cukupkah sekadar, deraian air mata, tangisan kematian, insan teraniaya , lantaran dunia tandus keadilan kezaliman berleluasa
.
Sedang kita masih petah berkata
Itu salah mereka, bukan urusan kita
Tidak pun terlintas ingin turut merawat para hati saudara yang dhoif
Wahai sindurjana terus berleluasa memanah meratah mencalar maruah
.
Ayuh dengan kesedaran mara, pulihkanlah maruah dan sucikannya
Harta doa tenaga senjata utama...

Salurkan bantuan ke www.tabungsyria.com
Acc name for Syria(Maybank):
SYRIA EMERGENCY APPEAL
acc no:562834636987 .
#PrayforSyria
#Pray4Syria
#PrayforAleppo
#DiariSeorangMujahidahKembaraSyria

2 ulasan: