Ahad, Jun 25, 2017

Adab Menziarah Bayi di Bulan Syawal

Assalamualaikum

ADAB MELAWAT IBU DALAM PANTANG KETIKA SYAWAL

1. Bagitau dulu sebelum datang - kalau boleh sehari sebelum nak datang tu bagitau dulu. Boleh la ibu-ibu ni bersiap siaga nak menerima kedatangan anda dengan hati terbuka. Janganlah dah sampai simpang depan rumah baru nak call

2. Datang waktu yang sesuai - jangan datang waktu pagi, sebab waktu-waktu ni ibu tengah sibuk menyiapkan diri dan baby. Lewat petang atau nak dekat senja pun jangan sebab ibu-ibu perlu makan dan mandi awal. Begitu juga waktu malam, bimbang bawa masalah lain.

3. Tak sihat tak perlu datang - kalau rasa diri tak sihat, tak payah gatal-gatal nak datang. Kalau hajat nak bawak anak-anak, pastikan anak-anak dlm keadaan bersih dan sihat. Kenapa? Takut nanti kedatangan kita ni hanya bawa virus sahaja

4. Jangan melawat terlalu awal - baru discharge semalam, harini dah sibuk nak datang melawat..  ishhh.. bagila ibu tu berehat dulu. Ingay tidur kat hospital tu nyenyak ke? Lagi-lagi seminggu pertama kena ulang alik ke klinik cek kuning. Waktu terbaik adalah selepas 2 minggu

5. Jaga mulut - mulut jangan ringan sangat tanya macam-macam soalan sensitiff. Ibu-ibu dalam pantang ni emosi tak stabil, karang ada yang meroyan pulak dek kerana soalan cepu maut awak tu.

Contoh soklan sensitif; "Apasal baby ko ni tak cerah mcm abang dia", "sikitnyaa susu ko, kenyang ke ni?"

6. Mintak kebenaran dulu - nak dukung baby? Mintak kebenaran dulu. Manala tahu baby tu baru nak lelap, awak dah dtg angkat dia kacau dia.

7. Bawa buah tangan - adablah kan melawat orang sakit bawak buah tangan. Tak sempat beli, bagi duit pun memadai

8.  Jangan cium baby - sihat ke tak sihat, jangan cium baby. Sebab baby ni antibodi masih lemah. Mulut pula sarang berkumpulnya bakteria. Bimbang nanti secara tak sengaja menyebarkan virus pada baby yang asalnya sihat wal'afiat

9. Cuci tangan dulu - sebelum nak pegang baby,sila cuci tangan dulu dengan sabun antiseptik

10. Jangan lama sangat -  melawat orang sakit tak perlu lama-lama. Cukup 20-30 minit. Sebab mereka perlu berehat, baby perlu tidur. Kalau anda bersembang dengan gelak ketawa bagai pasti akan mengganggu rehat mereka

10 adab ketika melawat ibu dalam pantang buat mereka yang bakal melawat. Tolong share kan untuk bacaan mereka

Takkan ibu-ibu berpantang ni pulak nak bagitau kat kawan2 yg nak datang melawat. Mesti segan kan.

Take note.
#credit to Puan Nana Farhanah.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI CIKGU SEKELUARGA. PASTIKAN MINYAK HERBA ASMAK MENEMANI ANDA SEKELUARGA SEPANJANG AIDILFITRI INI 😊

MAAF ZAHIR DAN BATIN


Tiada ulasan:

Catat Ulasan