Seo Services

Cara memulakan makanan pejal untuk bayi 6 bulan ke atas (Wajib baca bagi yang baru pertama kali bergelar IBU)

Assalamualaikum

Info memulakan solid ketika 6bulan

===========================

1) Anak sudah 6 bulan. Apakah makanan yang sesuai?

Beri makan puri buah/sayur dahulu. Setiap satu jenis makanan beri selama 4 hari berturut-turut sebelum intro yang baru.

2) Sehari berapa kali makan?

Mula-mula 1 kali dahulu. Terpulang mahu beri bila - pagi, tengah hari atau petang/malam. Sebaiknya berikan pada awal pagi. Sebabnya perut bayi baru nak sesuaikan dengan benda baru.

3) Berapa banyak kuantiti makanan yang boleh diberi?

2,3 sudu sudah memadai sekali makan. Tak perlu beri banyak. Nanti perut anak terkejut. Kalau anak makan kurang dari itu, tidak mengapa. Anak baru nak belajar makan, tak boleh harap dia makan macam anak yang dah 4,5 bulan makan.

4) Kenapa tak boleh beri bubur nasi seawal 6 bulan? Bila boleh beri bubur?

Selama 6 bulan anak minum susu semata-mata. Jadi, afdal beri semi-solid seperti puri epal, pear, labu etc (rujuk carta) supaya perut anak tidak terkejut. Nasi sumber karbohidrat. Boleh menyebabkan sembelit. Seeloknya mula beri bijirin seperti nasi pada usia 7 bulan.


5) Puri boleh tahan berapa lama di dalam chiller dan freezer?

Puri di chiller 48 jam. Di freezer, 4 bulan. Sebaiknya buat stok setiap minggu.

6) Cara pengendalian puri apabila hantar ke pengasuh/taska?

Cara pengendalian puri sama seperti cara pengendalian susu ibu.

7) Betik, pisang, avocado dan mangga perlu dikukus sebelum dibuat puri?

Tidak perlu. Lenyek/hancurkan dan terus beri anak makan. Makanan yang sesuai untuk travel.

8) Bagaimana mahu buat puri?
Ada banyak resipi untuk puri


9) Bila beri anak makan, mesti beri air masak?

Ya harus. Once dah makan, sila offer anak air masak. Bukan air mineral ye.

10) Anak 5 bulan lebih. Nampak macam lapar. Semua benda masuk mulut. Boleh beri makan?

Anak pada usia ini memang suka masukkan segala-galanya dalam mulut, termasuk kakinya. Seeloknya tunggu 6 bulan. Biar anak puas menyusu susu ibu sampai usianya 6 bulan. Anak ada seumur hidupnya untuk makan macam-macam.

11) Beri anak makan, tapi anak macam tak suka dan tak mahu makan. Beri air kosong pun tak nak minum.

Benda baru, jadi ambil masa untuk anak biasakan diri dengan rasa dan benda baru. Sabar. Beri sedikit demi sedikit. Lama-lama anak akan terima. Jangan paksa. Nanti anak terus tak mahu makan atau minum air kosong.

12) Anak sembelit/cirit birit. Nak beri makan apa?

Sembelit : Give 'P' (Prune, Papaya, Plum, Pear, Pumpkin). Stop 'BRAT'.

Cirit-birit : Feed 'BRAT' (Bread, Banana, Rice, Apple sauce, Toast). Stop 'P'.

13) Bila boleh beri ikan?

Disarankan 10 bulan ke atas. Sebabnya kandungan merkuri dalam makanan laut susah diproses perut anak. Cth ikan spt salmon, merah, jenahak dll

Makanan laut lain seperti udang, sotong etc - 1 tahun ke atas.

14) Bagaimana nak naikkan berat badan anak?

*Beri avocado utk 6mo. 8mo ke atas, sudah boleh menumis dengan menggunakan unsalted butter, ghee. Extra virgin olive oil (EVOO) boleh bantu naikkan berat. Bayi 6 bulan belum boleh beri EVOO. Tunggu 7mo ke atas. Cream cheese utk 8mo dan Slice cheese utk 10mo.*

15) Tepung apa sesuai untuk anak bawah 1 tahun?

Tepung atta, wholewheat unbleached flour.

16) Kenapa perlu rendam bijirin (beras perang, rolled oats, barli etc)?

Baca, faham dan khatamkan blog Puan Farah Rahim ini :
http://rendambijirin.blogspot.com/


17) Ribena, calciyum, vitagen, nutrigen dan yang sewaktu dengannya, boleh beri pada anak?

Tak boleh. Tak sesuai. Banyak gula, bahan pengawet.

18) Bagaimana penyediaan oats untuk dicampur dengan puree?

Ringkasnya, rendam oats dengan air melebihi paras oats. Letak 2 sudu jus lemon/limau nipis/cuka epal. Biar 7 jam. Lepas 7 jam, bilas dengan air bersih dan masak seperti biasa. Campurkan dengan puri buah/sayur kesukaan anak.


19) Boleh beri ribena, jus buah dan yang sewaktu dengannya?

Tidak perlu. Beri susu dan air kosong sahaja. Kalau mahu beri juga jus buatan sendiri, beri pada usia 1 tahun ke atas. Cairkan. 30% jus + 70% air. Big no to ribena.

20) Apakah 4-day-rule? Kenapa perlu amalkan kaedah ini?

4-day-rule adalah kaedah memperkenalkan satu-satu jenis makanan baharu kepada anak selama 4 hari berturut-turut. Kaedah ini bagi memastikan makanan itu tidak memberi sebarang masalah kepada anak seperti alahan, sembelit, cirit-birit dan sebagainya. Selepas 4 hari, jika anak tiada sebarang masalah menerima makanan tersebut, boleh perkenalkan makanan lain pula. Begitulah rutin tiap kali mahu perkenalkan makanan baru kepada anak.

21) Sepanjang anak berumur 6 bulan, hanya makan puree?

Secara umumnya, ya. Puri buah, puri sayur. 7 bulan boleh mula bubur nasi. Kemudian boleh campur bubur nasi dengan puri buah/sayur yang anak dah lulus 4-day-rule.

21) Boleh perkenalkan makanan sebelum anak 6 bulan?

Seeloknya tunggu 6 bulan. WHO menyarankan 6 bulan juga. Sebabnya sebelum 6 bulan, perut anak belum cukup matang untuk memproses solid. Jika beri terlalu awal, perut akan bekerja keras. Kasihan perut anak. Beri anak makan terlalu awal juga salah satu punca obese di kalangan kanak-kanak.

22) Bolehkah beri buah-buahan kering seperti aprikot, kismis yang warna kuning/asal?

Beri buah-buahan kering yang warnanya hitam dan gelap seperti warna buah kurma.

Ini sedikit penerangan :

Aprikot/kismis warna kuning ada sulfur dioksida yang boleh mencetuskan serangan asma dan boleh membawa maut pada bayi yang mudah terpengaruh.

Sulfur dioksida digunakan sebagai antioksidan di dalam proses pengeringan beberapa buah-buahan kering untuk mengekalkan warna kulit dan rasa.

Sebagai contoh, dalam kismis kuning, peach kering, epal kering dan aprikot kering, sulfur dioksida digunakan untuk buah-buahan ini tidak kehilangan warna dengan menyekat tindak-balas "browning" yang menyebabkan warna buah-buahan itu menjadi gelap dan mengubah rasa mereka.

23) Jenis-jenis minyak zaitun dan bagaimanakah cara penggunaannya?

Extra virgin olive oil (EVOO) adalah hasil perahan minyak pertama dari buah zaitun. Khasiatnya memang tinggi dan tidak perlu di masak. Perlu dititik atau direnjis begitu sahaja ke dalam bubur bayi.

Virgin olive oil (VOO) pula hasil perahan kedua. Yang ini pun elok digunakan untuk dititik atau direnjis dalam makanan/bubur bayi.

Pure olive oil (POO) atau olive oil pula boleh digunakan untuk menumis makanan sama ada untuk bayi atau ibu bayi.

24) Pengenalan pisang utk permulaan solid adalah yang terbaik kerana tidak perlu di masak.

Intro sama ada lenyekkan dan tambah sikit ebm atau pun letak dlm food feeder dan biarkan proses kunyahan berlaku.

25) Kenapa tak boleh letak gula dan garam dlm mknan anak berumur 2 tahun ke bawah?

Dalam setiap makanan sudah Allah jadikan masin, masam, manis, pahit semulajadi di dalamnya. Contoh rasa masin (celery), manis (keledek, labu), masam (tomato, oren) dan pahit (peria). Alangkah hebatnya Allah.

Deria rasa orang dewasa seperti kita tidak sepeka anak kecil sebab macam-macam sudah kita makan dan rasa. Anak kecil/bayi deria rasanya sangat sensitif. Sedikit sahaja rasa masin/manis sudah dapat mereka rasai.

Kalau tidak percaya, cuba sekali kita makan nasi sahaja dahulu sebelum tambah apa-apa kuah/lauk. Bukankan rasa nasi itu lemak manis.


25) Kentang boleh bagi pada baby berusia 6mo? Apakah perbezaan kentang dan keledek ungu?

Kentang 8-10mo. Sweet potato = Keledek 6mo ke atas. Kentang berkanji dan tak banyak khasiat seperti keledek. Sebab itu tidak disarankan seawal 6mo sebab boleh menyebabkan sembelit.

26) Bila boleh intro bayam dan sayuran hijau?

Bayam, sayur hijau yang agak tebal daunnya 10-12mo. kalau baby ada masalah sembelit boleh lambatkan sikit sebab bayam tinggi zat besi yang boleh menyebabkan sembelit

27) Tofu tu kalau dah buka, dah guna separuh lebihnya masuk dalam bekas kedap udara pastu isi air sampai penuh pastu tutup n simpan fridge..selang 2 ari tukar air. Tahan untuk 7hari. Tambah dalam sup sayur, buat tofu kukus berkuah etc. Google sahaja resipi untuk soft tofu.

28) Honeydew boleh buat puree ke? Honeydew boleh 8-10month

SEMOGA BERMANFAAT! 😘
Cara memulakan makanan pejal untuk bayi 6 bulan ke atas (Wajib baca bagi yang baru pertama kali bergelar IBU) Cara memulakan makanan pejal untuk bayi 6 bulan ke atas (Wajib baca bagi yang baru pertama kali bergelar IBU) Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Ogos 03, 2017 Rating: 5

1 ulasan:

  1. *Testimoni pesakit kanser yang menggunakan produk keluaran En Mohd Zuhairi Bin Noordin yang berjaya sembuh.*

    Nama:Muhd Haziq
    Kanser Hodgkin Lymphoma tahap 4

    Nama: Cik Atirah(tunang sakit)
    Kanser Paru-paru tahap 3

    Nama: Anak Pn Rashidah
    Kanser: Leukimia

    Nama:Haji Ahmad Hasnal, 49tahun
    bengkak Prostat

    Nama:Pn Syarifah
    Kanser Paru-paru tahap 3

    Nama:En Muhd Muzamen
    masalah paru2

    Nama:Pn Hidayah (ibu sakit)
    Kanser usus

    Nama:En Sukrizal bin Idris
    Batu Hempedu

    Nama:Che Amat bin Saad Kanser Usus tahap 2

    Nama:Muhd Aidil Izzat, Kanser Burkit Lymphoma,B cell Phenotype tahap 4



    Nama:Pn Uni Hamimi (anak sakit), Kanser Lymphoma tahap 2


    Nama:Pn Faridah (anak sakit), Kanser paru-paru tahap 3

    Nama:Pn Mazli (cucu sakit), Leukimia Acute ALL B CeLL

    Nama:Mohd Hamdan
    Virus kencing tikus

    Nama:Puan mastura kanser ovari ke hati dan paru paru tahap 4 dah sembuh

    Nama:Pn Nor Sabariah kanserPayudara dan Asma

    Nama: Amirah(Pn Zuraini-ibu)
    sakit Asma

    Nama:Pn Hani(anak sakit)
    sakit Asma kronik

    Nama:En Mohd Asri
    kanser usus tahap 2

    Nama:Pn Arbaayah,
    Sirosis hati tahap 3

    Nama:Muhd Luqman, Kanser Gastrointestinal stromal tumor,spindle type,high grade tahap 4

    Nama:Pn Aida (anak sakit)
    Kanser Leukimia Acute Lymphoblastic ALL tahap 3

    Nama:Pn Noraini bt Yusof
    Kanser payudara tahap 3

    Nama:Pn Zalina bin Ismail Kanser payudara agresif

    Nama:Adik Muhd Afif Aksha, Kanser Lymphoma tahap 2

    Nama:Adik Muhd Ilham bin Md Mazri, Kanser Leukimia B cell acute lymphoblastic

    Nama:Mohd Syafwan bin Syafi, Kanser Leukimia chronic lymphocytic tahap 3

    Nama:Pn Zainani Azra
    Kanser payudara positif hormon tahap 3

    Nama:En. Abdul Kadir
    masalah paru-paru tersumbat kronik copd

    Nama:En Sharizal bin Taib, kanser Lymphoma B cell tahap 4

    Nama: Siti Fauzilah bt Hj Abdullah, Kanser hidung tahap 4

    Nama:Norizah bt Mohd Nor, Kanser Payudara jenis hormon tahap 2

    Nama:Anazilah bt Said,
    kanser payudara tahap 2 sembuh

    Nama: Siti Nur Hidayah bt Abdullah, kanser pangkal hidung tahap 4

    Nama: Adilah bt Ghazali, kanser payudara tahap 2

    Nama:Anazilah bt Said, kanser payudara tahap 2


    *Call atau WhatsApp untuk order dan sebarang pertanyaan di nombor berikut :*

    En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570

    BalasPadam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.