Seo Services

Demam Sukan Sea 2017

Assalamualaikum

Terbayang lagi keriuhan semalam kalut bersorak kami anak beranak depan TV masa Zaidatul berlari nak menamatkan larian 100m nya. Syukur akhirnya setelah bertahun-tahun gersang pingat dapat juga walaupun hanya sekadar di tempat kedua. Sorakan bersambung dan kali ini memang rasa gembira tak terkata menyaksikan Khairul Hafiz Bin Jantan berjaya menamatkan pecutan 100m nya di tempat pertama. Tahniah Hafiz! Tahniah Cikgu Fuad selaku jurulatihnya sejak di sekolah rendah dan yang paling penting tahniah Malaysia. Penantian selama bertahun-tahun terbalas akhirnya di negara sendiri. Bangga sungguh aih!

Semoga selepas ini semakin ramai atlit pelapis akan lahir. Teringat masa kecik dulu selalu baca komik anak-anak Sidek. Kan seronok kalau ramai pelapis atlit badminton juga dari bangsa Melayu khususnya kembali berjuang beraksi.

Tiba-tiba teringat lagu ni..selalu berkumandang di corong radio dan TV setiap kali musim sukan menjelang. Hehe..Jom nyanyi sama-sama..

Kalau kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan.
Jika kau fikirkan ragu-ragu usahamu tidak menenti.
Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Berfikir boleh melakukan
Fikirkan Boleh!

Percaya apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Kau Boleh! Kau Boleh!

Malaysia pasti Boleh
Jom Bangkit Bersama!

Throwback Kejohanan Balapan dan Padang 2017 - tempat ke 3 daerah

SMKSA berjaya melahirkan Olahragawan Harapan Daerah untuk 2017

Demam Sukan Sea 2017 Demam Sukan Sea 2017 Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Ogos 23, 2017 Rating: 5

1 ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.