Info tentang KEPUTIHAN yang wajib wanita tahu

Assalamualaikum.

Saya berterimakasih kepada Yasmin Khaula (Pensyarah Syariah USIM) dan Ustaz Ahmad Faidzal Abdul Latif (kelulusan Syariah University Al-Azhar), kerana mengesahkan fiqah wanita berkenaan keputihan wanita.

Saya faham kenapa pendapat ulama-ulama berbeza tentang keputihan wanita. Jika kita tidak pasti daripada mana asal datangnya, itu lah yang menyebabkan perbezaan pendapat.

Saya sampaikan hanya yang jelas dahulu. Yang mana belum jelas boleh rujuk kepada expert ugama.

PERTAMA:
Segala yang mengalir di dalam tubuh bila keluar di luar badan dinamakan najis seperti darah, kencing, muntah, tahi.

KEDUA:
Jika keputihan, cecair atau lendir itu yang berasal daripada luar faraj dan rahim (iaitu bahagian kemaluan di luar yang boleh dibasuh), maka ianya bukan najis dan tidak membatalkan wuduk.

KETIGA:
Jika keputihan cecair atau lendir datangnya daripada dalam faraj atau rahim tetapi belum lagi keluar daripada dalam faraj, ia bukan lah najis, sehingga ia keluar daripada pintu faraj. Tidak ada dalam Islam yang menyuruh kita meruang.

KEEMPAT:
Bila keputihan keluar daripada faraj, ia membatalkan wudu. Cuci kemaluan dan ambil wudu semula.

KELIMA:
Jika semasa solat, keluarnya cecair, dan kita tidak pasti sama ada cecair itu asalnya datang dari luar atau dari dalam faraj, tidak batal wudu.

KEENAM:
Jika semasa solat, keluarnya cecair yang datang dari faraj, dan kita tidak sengaja sebab ini adalah di luar kawalan wanita, ramai ustaz ustazah berpendapat solat kita tidak batal, tetapi cuci dan ambil wudu semula dan pakai pad/panty liner apabila masuk waktu untuk solat yang kemudian, seperti juga kencing yang tidak lawas.

-----------------------------------------------

Sekarang saya nak tunjuk pula anatomi wanita yang ramai ustaz ustazah tidak tahu, tetapi ini sebenarnya menyokong pendapat ulama . Sila lihat gambar.

Sekarang saya sampaikan pendapat dari ilmu sains kesihatan wanita yang juga tidak bercanggah dengan pendapat ustaz dan Ustazah.

Memang tidak ada kelenjar di dalam faraj yang membuat cecair atau lendir kelembapan faraj.

Semua lendir yang bukannya berpenyakit dan bukannya darah (bukan haid, wiladah, nifas dan istihadah) datang dari 3 tempat dan semua wanita yang subur dan sihat mengalaminya:

1) Kelenjar Bartholin's Gland.

Tempatnya di luar faraj dan luar rahim. Ia mengeluarkan lendir dari di pintunya di sebelah permukaan luar dinding faraj. Ia membasahkan permukaan luar Qubul dan dinding faraj. Tidak ada bau dan adakala nya lendir ini keputihan sedikit dan adakala seakan-akan kekuningan sedikit terutamanya jika sudah dibiarkan kering berkerak di seluar dalam, dan ia boleh menjadi lebih melekit jika wanita tak minum air dengan secukupnya (dehydration)

Ini lah dinamakan Ruthubah Al-Faraj atau Rutubatul Farj. Hukumnya BUKAN NAJIS, seperti peluh di badan kita. Tidak membatalkan wudu.

Tanpa lendir ini wanita tidak akan selesa membuat hubungan kelamin. Kelenjar Bartholin's ini  mengeluarkan lebih lagi lendir semasa hubungan kelamin.

Ini lah dinamakan MAZI. Hukumnya juga BUKAN NAJIS tetapi sebab ia keluar dalam keadaan shahwat, ia membatalkan wudu, dan kena mandi hadas, walaupun ia datangnya dari kelenjar yang sama yang membuat Ruthubah Al-Faraj.

Tugas kelenjar Batholin's juga menjaga kelembapan faraj sentiasa, melindungi kulit faraj daripada serangan bakteria dan juga air kencing yang datang dari saluran urethra. Jika faraj kering, wanita tidak akan rasa selesa apabila terkena air kencing. Sewaktu selesai kencing kelenjar ini akan mengeluarkan lendir keputihan yang melindungi dinding faraj.

Ini lah yang dinamakan WADI iaitu lendir keputihan yang didapati keluar selepas kencing. Ia juga BUKAN NAJIS, tetapi memang pun selepas kencing, kita cuci kemaluan dan ambil wudu semula.

2)Kelenjar Skene's Gland itu sekarang dikenali dengan nama baru, iaitu Prostate Wanita. Ia menjadi bengkak dalam shahwat dan mengeluarkan air MANI pada masa persetubuhan, juga di luar pintu faraj. Ia BUKAN NAJIS, tapi sebab keluar dalam shahwat, membatalkan wudu dan kena mandi hadas.

3)Cervical mucus.
Ini adalah lendir atau keputihan yang datang dari pangkal rahim bagi wanita yang subur di antara haid. Ia juga dikeluarkan semasa mengandung dengan tujuan melindungi wanita daripada kemasukan kuman, dan menetapkan pH yang seimbang di dalam faraj. Bila ia keluar daripada faraj, walaupun ianya BUKAN PENYAKIT, ia digelar NAJIS dan membatalkan wudu. Tak perlu mandi hadas sebab bukan dalam shahwat, tetapi sebab ia NAJIS kena bersihkan seluar dalam atau tukar panty liner.

Saya sertakan Fatwa Majlis Jordan.

Jika ada keraguan, atau perlukan kepastian mengenai penyakit, sila buat temujanji dengan doktor untuk pemeriksaan. Bukan makan jamu atau Maajun yang tidak berdaftar.

Prof Dr Imelda,
Pusat Perubatan Universiti Malaya,
Kuala Lumpur.

Hubungi 0135819100 Cikgu Basariah untuk maklumat lanjut

Ulasan