Bagaimana rawat batuk berkahak?

Assalamualaikum

Sekarang dah tiba musim panas dan kering.

Malam atau petang dah hujan pula.

Badan yang kurang antibodi mula rasa macam nak demam kan?

Malang lagi apabila terkena demam selsema. Lega je demam mulalah nak bersambung sakit tekak dan batuk. Biasanya batuk yang berkahak.

Di sini saya nak kongsikan tips rawat batuk berkahak yang saya dapat hasil bacaan komen-komen ahli group kelab ibu mengandung dari fb.

Tips Pertama:

Wap bersama bawang putih dan minyak zaiton
Teknik ini saya sering gunakan kepada bayi saya. Caranya sediakan:
2 ulas bawang putih yang dibakar dengan kulit, kemudian lenyekkan sedikit didalam besen Tambahkan sedikit minyak zaitun dan kemudian tambahkan air panas. Sediakan napkin nipis (saya tidak gunakan, risau bayi tak dapat tahan)
Riba anak dengan menghadapkan mukanya ke besen tersebut. Tutup kepalanya dengan napkin nipis. Wap tadi akan masuk ke dalam rongga anak. Kemudian tepuk belakang anak seperti teknik percussion. InsyaAllah teknik ini akan melegakan dan melancarkan pernafasannya. Batuk dan selsema akan berkurangan.

teknik tepukan bayi mesti menggunakan teknik percusion
kredit kepada butikgebugebu.blogspot.com

Tips Kedua:

Kunyit
Tumbuk kunyit hidup, sapukan di dahi dan batang hidung anak. InsyaAllah selsemanya akan mengering.

Tips Ketiga:

Lemon, halia, madu
Perahkan lemon, hiris halia dan masukkan madu sehingga meliputi halia. biarkan semalaman dalam peti ais, boleh berikan kepada anak-anak yang berumur 2 tahun keatas.
   
Tips Keempat:
Garlic Socks
Bakar bawang putih, letak dalam stokin anak.

Tips Kelima:

Mandian lemon
Letakkan hirisan lemon dalam air mandi bayi. Baunya dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus bayi dan aromanya juga menenangkan.

Tips Keenam:

Minyak bawang putih
Bakar bawang putih seperti teknik Wap bersama bawang putih dan minyak zaiton ,cuma, tidak perlukan air panas. hanya tambah minyak masak/ zaitun/ bayi dan sapukan didada untuk legakan pernafasannya.

Cara penyediaan minyak bawang putih
Gambar langkah demi langkah menyediakan minyak bawang putih
Tips Ketujuh:
 
Habbatus Sauda dan Minyak Zaitun
Ini adalah perkongsian dari seorang sahabat saya, katanya , goreng biji habbatus sauda tanpa minyak, kemudian tambah minyak zaitun. sapukan ke dada anak. Bagus untuk batuk dan melancarkan sistem penafasan anak.

Tips Kelapan:

Buat jus delima. 
Blend buah delima. Tapis kan. Pastu minum airnya sahaja.


Kredit tips Puan Rohana Isnain

Rasa renyah?
Sapuan Minyak Herba Asmak diyakini dapat membantu meredakan batuk berkahak dari bayi sehingga dewasa.

Ayuh dapatkan sebotol!
0135819100 Rabiahtun

Ulasan