Dapat BR1M tapi rakyat miskin gemuk?

Assalamualaikum

Isu BR1M dan isu rakyat miskin tetapi gemuk di Malaysia.

Lihatlah bagaimana duit bantuan dihabiskan. Makanan segera lebih murah dari makanan sihat. Lihatlah harga susu segar, lebih mahal dari air karbonat. Dan paling menyedihkan kerana budaya makanan segera kurang sihat ini mendarah daging. Ada sukarelawan membuat tinjauan ke rumah-rumah penduduk kurang berkemampuan, kebanyakan mereka tidak memasak, hanya membeli makanan segera!

Di UK kalau tak salah saya, ada bantuan berupa voucher susu dan buah utk rakyat kurang berkemampuan.

Apa kata di Malaysia tukar BR1M dengan voucher makanan sihat? Mau ada angry mob, bak kata anak saya Humam.
Voucher buku pun depa tukar dgn duit.

Saya ingat sangat mak saya, mak jaaaarang beli handbag, perhiasan rumah, bunga perhiasan pun takde, kami je yg beli bila dah besar masa nak raya. Handbag mak satu je itu pun untuk mak bawa pergi sekolah. Baju tudung mana ada fareedada apa tah lagi lofa zouk. Tapi mak akan berabis untuk makanan kami. Cari the best, the first pick of the day.

So, marilah menyimpan untuk makanan sihat, bukan menyimpan untuk renovate rumah, beli tupperware, beli kereta. Saya rasa ramai ibu-ibu dah ada kesedaran beli makanan terbaik untuk anak-anak.

Kita bukan tak mampu beli makanan sihat, tapi kita silap aulawiyat. Ada mereka yang beli makanan untuk anak-anak yg paling murah, tapi boleh menyimpan untuk beli handbag dan peralatan rumah yang mahal2. Kalau tidak mampu lain ceritanya.

Jom bagi keluarga makanan terbaik!

Share dari status Prof Madya Dr. Yasmin Hannani bt Mohd Safian,USIM


Inginkan anak sihat?
Produk Asmak sesuai untuk anak anda. 
Hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah

Ulasan