Selasa, Mac 20, 2018

Cara mudah elak litar lintas di rumah

Assalamualaikum

Buat pengetahuan semua, untuk mengelakkan kejadian litar pintas,ELCB yang berada dikotak suis utama (yang bila kilat kuat dia jatuh,pastu kita tolak naik semula keatas tu),benda itu adalah sangat  penting untuk kita yang berada dirumah memeriksa sebulan sekali.

Caranya ialah dgn menekan butang 'push to trip' disebelah punat automatik tersebut. Jika setelah ditekan butang 'push to trip' automatiknya jatuh bermakna ELCB  anda dlm keadaan baik tetapi jika anda  tekan 'push to trip' dan ELCB  anda tidak jatuh,maka cepatlah menghubungi wireman untuk menukar yang baru.

Rumah anda dlm keadaan bahaya dan risiko kebakaran boleh berlaku. Peringatan bila tekan butang 'push to trip' rumah anda akan black out kerana bekalan elektrik telah diputuskan,jangan  bimbang just tolak semula ke keatas dan bekalan elektrik anda akan kembali kepada sediakala.

ELCB- Earth Leakage Circuit Breaker

Sumber : FAFIQ Electrical Service



Apabila musim cuti sekolah ni  kadang tak sedar penggunaan elektrik rumah meningkat. Banyak peralatan yang digunakan serentak. Elok periksa sistem pendawaian di rumah terutama di rumah kampung yang dah lama tak diusik tu. Malang tidak berbau. Cegah sebelum berlaku perkara yang tidak diingini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BABY TERKENA GIGITAN SERANGGA, APA PERLU BUAT?🐝🐝

Dulu ada satu kes di mana seorang baby demam teruk setelah digigit serangga. Serangga tu bukannya penyengat atau lebah y ang berbisa tu pu...