BAYI TERTELAN BATERI!

Assalamualaikum

BAYI TERTELAN BATERI!

SubhanAllah! Ni sah bateri bulat kecil yang dari mainan berelektronik!

Doktor yang bertugas memang mengurut dada. Malas nak bebel panjang-panjang kat mak bayi tu. Lain kali la bagi tazkirah. Muka mak budak tu rilek saja. Dia memang tak tahu apa yang sebenarnya yang menunggu akibat tertelan bateri tu. Bagus juga dia tenang sebenarnya. Kang stres pula doktor nak terangkan pada mak bayi tu.

Macam-macam la kecuaian yang berlaku akibat terlepa pandang. Nasiblah mak tu cepat datang ke klinik untuk dapatkan rawatan.

Mak bayi umur 7 bulan tu tengah kelam kabut nak siapkan makan tengahari bila bayi tu main-main dengan abangnya yang berusia 6 tahun. Digigit-gigit agaknya mainan tu terus la tercabut penutup bateri tu. Apa lagi, 1 bateri pun dah masuk mulut. Yang 2 lagi ada kat luar.

Nakkan kepastian, buat XRay.

Nah! Nampak terang benderang bateri kat perut dia. Doktor tu terus minta mak jangan bagi bayi tu minum atau makan apa. Segera doktor tu buat surat rujukan ke hospital. Dahlah tempat tinggal pesakit tu terperuk di hujung dunia. Nak sampai hospital paling koman 2 jam. Hospital daerah yang ada tu takde pakar bedah kanak-kanak. Bayi tu nampak stabil masa tu. Harapnya sempat sampai hospital.

Awal pagi tadi, diberitahu yang bateri tu dah selamat dikeluarkan dari perut bayi tu melalui prosedur endoskopi. Nasiblah juga boleh keluar tanpa pembedahan abdomen.

MAK AYAH!

Bateri tu nampak macam benda biasa-biasa macam tertelan mainan plastik ke, duit syiling ke, atau seangkatannya. JANGAN SALAH ANGGAP. Bateri tu mengandungi logam berat seperti zink, merkuri, nikel, kadmium dan litium. Ia juga ada larutan berkepekatan tinggi yang menghakis seperti kalium atau natrium hidrosida. Rupanya nampak naif tapi bahaya menanti!!!

Kalau bateri tu sangkut kat esofagus, iaitu saluran makanan, ia mesti dikeluarkan segera. Sebab? Ia sama ada akan:
1.       Menekan pada esofagus
2.       Menghakis dinding esofagus dari larutan
          alkali bateri tu
3.       Aliran elektrik yang mungkin terhasil

Kalau bateri tu boleh lepas ikut esofagus, ia akan masuk ke perut. Kecederaan pada dinding perut boleh berlaku dalam masa 1 jam. Perut boleh bocor keseluruhannya dalam masa 4 jam! Kalau dah pecah tu, jawabnya memang kena buat pembedahan besar dan boleh jadi rumit sangat. Nak kena jahit balik perut tu bukan benda boleh ambil ringan. Komplikasinya banyak!

Kalau mak ayah suspek anak tu tertelan bateri, TERUS BAWA KE HOSPITAL TERDEKAT SECEPAT MUNGKIN! Sebab selalunya memang takde simptom yang kita boleh nampak kalau dia baru je telan bateri. Simptom akan ketara bila bateri dah mula bertindakbalas dalam sistem penghadaman.

Tanda-tanda bayi yang tertelan bateri:
1.       Muntah
2.       Sedu
3.       Sakit abdomen
4.       Demam
5.       Merengek dan meragam
6.       Susah atau sesak nafas – kalau bateri
          masuk kat saluran pernafasan, ni
          memang bahaya sangat
7.       Ruam timbul akibat alahan kepada logam
          berat
8.       Najis mengandungi darah

Langkah-langkah pencegahan:
1.       Bateri jenis apa pun, sila lah simpan   
         dekat dalam bekas bertutup rapat dan
         letak jauh dari anak-anak.
2.       Penutup bateri pada mainan anak kita
         tu, kita letaklah plaster untuk pastikan 
         bateri tu tak tercabut.
3.       Kalau anak tu masih bayi, jangan bagi
          mainan yang ada bateri.
4.       Beli mainan yang penutup baterinya
          diskru rapat dan bukannya hanya dengan
          klip saja. Dan tampalkan plaster.
5.       Mak atau ayah yang kena tukarkan
          bateri mainan tu. Bukan anak kita tukar
          sendiri.
6.       Kalau mak sibuk di dapur, letakkan bayi
          kecil tu dalam play-pen yang selamat
          untuk mengelakkan dia kutip segala
          benda masuk mulut.

Ni pengajaran besar untuk mak ayah bayi tu. Semoga kita pun ambil iktibar. JANGAN AMBIL MUDAH BAB KESELAMATAN DI RUMAH!

Semoga bayi ni cepat sembuh dan dapat pulang ke rumah dengan sihat walafiat. In shaa Allah.

Kredit kepada penulis asal

Bayi anda kembung perut dan tidak selesa?
Dapatkan Minyak Herba Asmak.
Mampu memberikan keselesaan kepada bayi hanya melalui sapuan luaran sahaja.
Hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah
BAYI TERTELAN BATERI! BAYI TERTELAN BATERI! Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, April 03, 2018 Rating: 5

Tiada ulasan:

Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.