Cara guna Tutor Guru (Langkah demi langkah)

Assalamualaikum

Hari ni cikgu berpeluang mengikuti bengkel "Penggunaan TUTOR dalam Pdpc bilik darjah" kerjasama akhbar Utusan Malaysia dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. Terima kasih tuan Dr Hj Ismail Bin Md Zin yang memberikan teknik pengajaran dan tips-tips berguna pada hari ini.

Jadi, cikgu kongsikan sedikit cara penggunaan tab yang diberikan kepada guru dan sekolah terpilih.

Langkah pertama

Klik icon tutor online yang di tab masing-masing. Kalau dah format tab, boleh taip tutor guru dan search sahaja menggunakan mozilla, chrome atau mana2 pelayar yang sesuai.



Langkah kedua

Login menggunakan no kad pengenalan diri. Password: tab2017. Apabila dah berjaya login, anda perlu masukkan no serial tablet anda. Nombor ni boleh didapati di kotak tablet dan boleh juga tengok belakang tablet anda. Ada sticker warna putih dengan barkod. Tengok pada kod S/N pada penjuru paling kanan sticker dan taipkan kod tersebut. Klik simpan.


Langkah ketiga

Pilih menu cipta lembaran kerja dan klik.


Akan keluar paparan macam bawah ni. Isikan maklumat soalan yang anda nak hasilkan.


Klik Go dan akan dipaparkan jumlah soalan yang tersedia untuk anda pilih dari bank soalan.


Anda pilih soalan yang dikehendaki dan klik pada kotak kecil di tengah. Skrol ke kanan untuk soalan seterusnya. Tak perlu piih terlalu banyak soalan. Sesuaikan dengan objektif pdpc anda pada hari tersebut.


Seterusnya Klik siapkan lembaran kerja (rujuk gambar di bawah)


Akan keluar paparan seperti di bawah ini. Anda boleh masukkan objektif pengajaran anda pada hari tersebut dan boleh juga ditambah dengan bahan rangsangan seperti video dan gambar. Untuk menambah video, klik icon cari video.


Anda akan dibawa ke link carian video youtube. Taipkan kata kunci yang anda mahukan. Apabila telah jumpa, klik video tersebut.


Akan keluar paparan seperti di bawah. Tekan lama(jika anda gunakan tablet dan klik copy video url-yang atas sekali tu). Kemudian anda boleh pangkah kotak video tersebut.



Seterusnya, cari icon kecil yang bertulis youtube (perhatikan sebelah fx tu, klik icon tersebut).

Tekan di kotak tengah sehingga keluar perkataan paste. Klik paste di situ.

Dah berpuas hati, klik siapkan lembaran kerja.


Lembaran kerja anda telah siap. Untuk ditunjukkan kepada pelajar semasa pdpc, klik icon berupa orang dengan skrin di belakangnya tu. Ikon paling kiri.


Akan dipaparkan soalan yang dipilih, bahan rangsangan dan jawapan sekaligus.


Klik tanda (-) tu untuk sembunyikan mana yang tidak perlu. Anda boleh mulakan dengan menunjukkan video sebagai rangsangan barulah soalan. Atau mana yang difikirkan sesuai.


Sebelum saya terlupa, apabila anda klik jawapan, tiada dinyatakan samada jawapan adalah betul atau salah. Nak semak jawapan hanya di bahagian bawah. Jadi, anda boleh gunakan jawapan pelajar yang salah sebagai cara menambah kefahaman pelajar anda. Pastikan jawapan diberikan selepas selesai sesi perbincangan yang meriah.

SEMOGA BERMANFAAT. SELAMAT MENCUBA!

Ulasan