Khamis, Mei 24, 2018

Motivasi 100 kegagalan

Assalamualaikum

*Latihan 100 Kegagalan Untuk Berjaya*

Saya tak ada latarbelakang bisnes. Saya hanya memulakan bisnes ketika saya terdesak perlukan pendapatan tambahan ketika dihimpit tekanan kewangan. Masa saya baru nak belajar berbisnes kira-kira 13 tahun dulu, salah satu latihan yang mentor saya berikan ialah latihan “100 rejection”. Mentor saya berikan satu helaian kertas A4 dan tertulis nombor 1 – 100, dan saya perlu cari 100 orang yang menolak untuk membeli produk yang saya jual.

Setiap satu rejection yang saya terima, saya perlu tick satu nombor.

Sebagai seorang yang dapat kelulusan yang baik di universiti, bagi saya “rejection” itu adalah sebuah kegagalan. Setiap kesilapan juga dianggap gagal hingga pelajar-pelajar di universiti selalunya tak akan semak kesilapan menjawab exam sebaik sahaja selesai sesuatu exam sebab takut kecewa.

Setiap kesilapan (dan “rejection”) itu seolah-olah satu DOSA hingga ia perlu dielakkan sama sekali!

*Latihan Mengubah Kehidupan*

Pada mulanya saya tak faham kenapa mentor saya berikan latihan “100 rejection” itu. Tetapi lepas saya dapat 50 rejection, saya sudah KEBAL dengan rejection. Sebelum latihan itu, success rate saya hanyalah 10%. Kalau saya berjumpa 10 orang, hanya seorang sahaja akan membeli, tetapi lepas hadapi 50 rejection, success rate saya meningkat hingga 80%! (Alhamdulillah)

Bagi Robert Kiyosaki, latihan begini dianggap sebagai “life-changing business education”. Inilah antara bentuk latihan bisnes yang boleh mengubah kehidupan kita. Latihan begini tidak diajar di sekolah mahupun di universiti, tetapi inilah latihan yang bakal mengubah kehidupan kita yang sebenar.

*Tukar Kegagalan Menjadi Kejayaan*

Memang benar, latihan itu mengubah perspektif saya tentang kegagalan dan kejayaan;

(1) Setiap kegagalan adalah PELAJARAN BARU dalam hidup, ia bukanlah satu ‘DOSA’ yang perlu dielakkan sama sekali. Saya boleh katakan hampir kesemua orang yang berjaya pernah lalui kegagalan samada besar ataupun kecil.

(2) Setiap kegagalan yang kita lalui, sebenarnya kita sedang mengumpul POINT UNTUK BERJAYA. Ia hanyalah sebahagian daripada proses mencapai kejayaan. Dalam latihan itu, kalau berjaya, kita dianggap berjaya. Kalau dapat rejection pun, itu juga kejayaan sebab saya diberi tugasan untuk dapatkan  rejection.

(3) Setiap kegagalan itu membuatkan JIWA KITA 100SEMAKIN KEBAL. Kita bukan kalah, bahkan kita semakin kuat untuk menang. Sekiranya orang berkata “NO” kepada saya, maka dalam hati saya akan berkata “NEXT”. Saya akan cari orang lain sehingga saya berjumpa “YES” yang saya mahukan itu.

*Belajar Terima Kegagalan*

Yang paling penting, latihan itu membina KEUPAYAAN UNTUK BANGKIT dengan cara mengubah kegagalan menjadi sumber motivasi untuk berjaya tanpa perlu dimotivasikan oleh orang lain.

Kegagalan bukanlah sebenar-benar kegagalan selagi ianya bukan satu DOSA, sebaliknya ia hanyalah BATU LONCATAN untuk kita menikmati kejayaan pada masa depan, insyaAllah.

```[ Artikel dari blog penulis buku "Zero Hutang" , "Misi Bebas Hutang"(Zero Hutang 2.0) dan buku "Wang Emas", En Mohd Zulkifli Shafie (www.mohdzulkifli.com) ]```

Daripada buang masa memikirkan kegagalan anda, baik terus bangkit dan berusaha untuk berjaya


0135819100 Cikgu Basariah

0 ulasan:

Catat Ulasan