Seo Services

Selamat pagi negaraku

Assalamualaikum

Alhamdulillah semalam selamat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Hari ini berada bawah kepimpinan baru pula. Semoga yang indah dan terbaik buat negaraku Malaysia.

Bukti cikgu dah jalankan tanggungjawab

Ucapan sunnah mendengar berita kemenangan atau kekalahan PRU 14

1. Ucapan apabila menang

Apabila kita mendengar berita kemenangan calon atau parti kita di sesuatu kawasan maka ucapan yang sunnah untuk diucapkan ialah:

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ

'Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatNya menyempurnakan segala kebaikan.'

2. Ucapan apabila kalah

Apabila kita mendengar berita kekalahan calon atau parti kita di sesuatu kawasan maka ucapan yang sunnah untuk disebut ialah:

الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ

' Segala puji hanya bagi Allah pada setiap keadaan.'

Kedua ucapan di atas diambil daripada hadith Aisyah RA (wafat 57 H) yang menyebut;

 كَانَ رَسُولُ اللَّهِ ـ صلى الله عليه وسلم ـ إِذَا رَأَى مَا يُحِبُّ قَالَ ‏”‏ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ ‏”‏ ‏.‏ وَإِذَا رَأَى مَا يَكْرَهُ قَالَ ‏”‏ الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ ‏”‏

'Apabila Rasulullah salallahualaihiwassalam melihat perkara yang baginda sukai, baginda akan berkata:  Segala puji bagi Allah, yang dengan nikmatNya, amal kebaikan menjadi sempurna. Apabila baginda melihat perkara yang baginda tidak suka, baginda akan berkata: Segala puji bagi Allah pada setiap keadaan.'

[HR. Ibn Majah, Kitab al-Adab no: 3803]

3. Ucapan apabila mendapati orang yang buruk memenangi jawatan kepimpinan

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ ، اللَّهُمَّ أَجِرْنِي فِي مُصِيبَتِي ، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

'Sesungguhnya kita milik Allah, dan kepada Nya kita akan kembali, Ya Allah berikan aku pahala untuk musibah yang menimpaku, dan gantikanlah apa yang lebih baik daripadanya.'

Doa dan ucapan ini pula diambil daripada hadith riwayat Muslim, no. 1531.

Jom biasakan diri kita mengikuti al-Sunnah, moga mendapat keampunan dan rahmat Allah!

0135819100 Cikgu Basariah
Selamat pagi negaraku Selamat pagi negaraku Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Mei 10, 2018 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.