Seo Services

Cara betul simpan daging korban

Assalamualaikum

Musim korban ni mesti dapat banyak daging kan?

Jom ikuti tips ni

KAEDAH MENYIMPAN DAGING KORBAN YG BETUL
Agar tetap terjaga kualitinya

1. JANGAN CUCI DAGING KORBAN SEBELUM DISIMPAN
Sebelum disimpan, daging korban jangan dicuci. Jika dicuci guna air paip, kuman2 boleh masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakan kualiti daging. Mencuci hanya dibuat apb daging berkenaan hendak dimasak pd keesokan harinya.

2. JANGAN SIMPAN DAGING DALAM KUANTITI YG BANYAK KE DALAM FREZER
Jika dapat daging banyak, jangan simpan daging keseluruhan 2-4 kg di dalam freezer. Cara yg betul ialah dgn memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam plastik-plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg. Jika hendak masak, ambil satu plastik yg kecil sahaja, biarkan yg lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 thn.

3. JANGAN TERUS SIMPAN DAGING KE DALAM RUANG SEJUK BEKU/FREEZER.
Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama 4-5 jam. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam  kompartmen sejuk beku/freezer.

4. JANGAN CAIRKAN DAGING BEKU DGN MENGUNAKAN AIR PANAS
Jika hendak memasak daging beku, jangan mencairkan ais dlm daging atau daging yg beku menggunakan air panas. Cara yg betul adalah meletakkan daging beku tsb di bawah air paip suhu normal(dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik). Setelah daging kembali empuk, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia utk dimasak.

5. Tips tambahan
Jangan memakai plastik warna hitam krn plastik warna hitam itu adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat memicu sel kanker. Gunalah sarunh plastik putih atau plastik lutsinar ber-seal....!!! 

Baarakallah
Semoga memberi manfaat.

Copy n paste

Kredit kepada penulis asal. Mohon maklumkan jika tahu.

Ikhtibar dari ibadah korban 😀

Mencari penawar asma, batuk dan semput?
0135819100 Cikgu Basariah
Cara betul simpan daging korban Cara betul simpan daging korban Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Ogos 24, 2018 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.