Seo Services

Perlu ke solat masa bersalin


PERLU KE SOLAT MASA BERSALIN?

Assalamualaikum. Lama rasanya tak berkongsi di sini.

Hari ni topik sedikit berbeza daripada biasa. Sebabnya? Sebab perkara ni penting dan pernah ditanya kepada saya oleh salah sorang mommies HypnoBirthing saya.

Jadi, perlu ke tak perlu solat kalau:
+ dah keluar tanda (mucus)
+ dah keluar darah (bloody show)
+ dah keluar air ketuban

Jawapannya, ketiga-tiga PERLU dan WAJIB.

Macam mana nak solat?
Bersihkan apa yang patut, ambil wuduk dan solat.

Kalau tengah sakit? Kalau tak larat?
Di sini suami kena ambil peranan. Tolong isteri ambil wuduk. Kalau larat solat macam biasa, solat macam biasa.
Kalau tak berani rukuk dan sujud sebab takut jatuh (tengah kesakitan), boleh solat duduk.
Kalau tak mampu jugak, boleh solat sambil baring.

Ikut kemampuan masing-masing. Tak perlu paksa diri berdiri kalau tak larat. Solat tu wajib, dalam keadaan apa sekalipun. Tapi untuk melaksanakan solat, tak berat, Allah tak susahkan kita.

Nasihat saya, masuk je waktu terus solat. Sebab kalau termiss, kena ingat nak kena qodo lepas habis nifas nanti. Berbulan baru boleh ganti. Tu pun kalau panjang umur.

Sampai bila boleh solat?

Sampai bersalin. Tapi kalau masuk waktu masa bukaan dah 10cm, tengah meneran kepala baby dah nak keluar, tak perlu lah berhenti gi solat dulu pulak ye...

Apa ikhtiar yang boleh buat?
1/ Cakap dengan baby. Rancang untuk bersalin bukan semasa waktu solat. Contohnya waktu pagi selepas subuh, atau waktu malam lepas solat Isya.
2/ Bawa kain dan pakaian dalam lebih untuk salin semasa solat, in case pakaian kita dah kena darah.

Updated - Beberapa persoalan yg diterima:
+ Boleh ke solat kalau air ketuban atau darah mengalir tak berhenti?
BOLEH, buat macam darah istihadah. Cuma perlu bersihkan, ambil wudu' dan terus solat.

+ Kalau mula sakit waktu zohor atau mahgrib, dan risau xlarat dah nak solat waktu asar/isya, boleh jamak tak?
BOLEH. Jamak dalam keadaan sakit dibenarkan dalam Islam. Boleh lah jamak takdim dalam keadaan ni.

+ Kalau doktor buat vaginal exam dengan memasukkan jari ke dalam faraj untuk check bukaan, perlu ke mandi wajib sebelum solat?
TAK PERLU. Memasukkan sesuatu ke dalam faraj tidak perlu mandi wajib. Hanya jika memasukkan zakar ke dalam faraj, wajib mandi wajib/mandi junub.


Semoga bermanfaat. Selamat beramal. Wallahualam.

Berminat nak cuba set asmak tapi rasa was-was? Cubalah set minion ni dahulu 😎


0135819100 Cikgu Basariah
Perlu ke solat masa bersalin Perlu ke solat masa bersalin Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Ogos 12, 2018 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.