Seo Services

Review Bukit Tinggi

Assalamualaikum


Punyalah dok tangguh nak rebiew pasal bukit tinggi, hari ni baru cikgu ada masa nak menulis. Tu pon sambil baring temankan mek nurin ni tido. Hahaha.

Ekceli, dah lama teringin nak p tempat ni. Selama ni dok tengok orang post gambir cantik cantik, i olls pon nak gak merasa ye dak?

Kebetulan hari tu cikgu p kursus Asmak kat bentong, pahang. Otw balik tu, memang lalu jalan ke bukit tinggi ni. Makanya, ajakla incik suami singgah. Mujurla beliau bersetuju.

Selaku seorang yang tak suka jalan bengkang bengkok, sempat jugalah cikgu kepeningan sekejap. Tapi, mujurla jalannya tak sepanjang dan semencabar naik dan turun cameron ikut tapah tu. Kiranya tak sempat muntahla.

Tiket masuk sorang dewasa kena cas rm15. Kanak-kanak pulak sorang rm12. Nurin tak kena cas sebab dia dikira bawah umur.

Banyak jugakla kenderaan masa cikgu pergi tu sampai orang jaga parking tak bagi bawa masuk kereta. So, nak pergi tempat-tempat lain kat situ cam animal farm dan taman jepun kena naik coaster dia la.








Selepas puas bergambar dan makan jagung dan wafel yang harganya 2 kali ganda mahal harga biasa tu, kami berlari anak mengejar coaster. Disebabkan taktau mende dan naif, main naik je ikut orang ramai-ramai naik. Hukhuk.

Target kononya ke animal park. Kami ingat semua coaster tu sama je la. Dan jarak dari satu tempat ke satu tempat tu dekat. Rupanya meleset sangkaan kami. Kami dibawa ke taman jepun. Jenuh oit panjat tangga dan bukit.










Ulat gonggok gergasi. Ingatkan ular masa jumpa tu 😂

Tingginya tangga, bukitnya boleh tahan curam. Mujurla cikgu sejak dua menjak di rajin sket berjalan. Jadi, takdela kena semput tahap gaban. Huhu.

Pemandangan kat taman jepun ni boleh tahanla. Tapi, anak-anak dah bising nak ke animal farm. Jarum jam dah makin lewat. Makanya, segeralah kami ke tempat kami diturunkan tadi tunggu coaster datang ambil bawa pulang.

Hampir sejam kami menanti. Orang pula semakin ramai sampai bertolak-tolak nak naik coaster tu. Coaster pula lambat yakmat nak datang. Rasa nak marah je penjaga parking tu. Sempat jugalah cikgu membebel kuat-kuat bagi dia dengar. Badan dah penat mendaki. Otak dok fikir esok kerja pula tu. Haha. Gatai sangat cari pasal.




Akhirnya datang jugalah coaster. Tu pon kami trip ketiga. Sampai balik tempat rumah cantik-cantik tu, cikgu bagi can anak-anak p tengok angsa putih. Yela, harapan nak ke animal farm dah hancur sebab hari dah lewat.





Pas dah puas sket, kami pon bertolak pulang. Jem la pulak area Gombak. Huhu. Sangatla stress! Syukurnya dapat berhenti makan kat RnR Anih. Makanan situ harga berpatutan dan rasa pon agak sedap. Terubat sket hati.

Kami sampai rumah jam 12.30pagi tu. Letihnya toksah kata. Bangun pagi p sekolah pon ting tong lagi. Haha.

Apa-apapun, dari segi kepuasan hati memang mungkin pertama kali dan terakhir kot pergi sana. 😉

Letih? Penat? Fresh n cool kan ado? 😎
0135819100 Cikgu Basariah
Review Bukit Tinggi Review Bukit Tinggi Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, September 10, 2018 Rating: 5

2 ulasan:

  1. last pergi dulu masa bujang...sekarang dah kawen anak sorg. memang ada niat nak bawa anak isteri tetapi saya juga x berapa minat dgn jalan bengkang bengkok ni...hopefully one day nnt boleh bawak famili ke sini apabila kekuatan nak drive jalan mcm ni ada.

    BalasPadam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.