Seo Services

NAK TAHU SUSAH ATAU SENANG BISNES? MULAKAN DARI BAWAH 😎

Assalamualaikum

Masa mula cikgu kenal minyak herba ni harga jualan memang dah rm39. Masa tu tahun 2015. Rasa memang mahai betoi la tapi nekad nak cuba jugak sebab tak sanggup rasanya nak bagi anak makan ubat batuk dan selesema.

Masa tu, boleh dikatakan sebulan sekali mesti anak-anak kena batuk atau selesema. Serasi betul anak cikgu masa tu dengan minyak ni. Sapu je mudah keluar kahak. Batuk dan selesema terus hilang. Cikgu nekad nak jual kat kawan-kawan.

Dlu cikgu ingat lagi jadi agen mhamsb dengan modal rm2++ je masa tu. Tu pon rasa banyak sangat dah. Ye la dapat minyak 10 botol je pon. Rasa memang mahal minyak 30ml harga sampai rm30+. Tapi sebab tahu memang 'rare' minyak boleh legakan batuk ni, cikgu pon melaburlah.

Dari rm2++ dah boleh restok rm5++. Masa tu HQ dah mula offer siapa nak upgrade superagen dan bina team. Takut mulanya, tapi rasa rugi kalau tak ambil peluang. Cikgu upgrade dan mula bina team. Mula nak dapat modal upgrade tu, cikgu jenuh gakla menabung. Padah sebab tak pandai lagi rolling modal masa tu. Dapat duit untung je campur sekali dan terguna untuk kegunaan lain. Bila nak upgrade menggagau la jugak. Haha.

Tak lama lepas tu, ada agen nak upgrade ke superagen. Kira tempoh masa jadi superagen ni dalam setahun kot. Cikgu kena upgrade ke Stokis Daerah untuk kekalkan mereka dalam team. Susah payah nak kumpul RM4k+ masa tu nak upgrade. Masa ni cikgu nekad pajak barang kemas untuk upgrade. Sedih tau tapi memang target mesti tebus barang dalam pajak paling lama 5 bulan.

Kali ni cikgu dah belajar dari kesilapan. Duit modal cepat cikgu rolling beli barang dan sediakan bahagian untuk kegunaan bisnes termasuk untuk upgrade (masa ni cikgu dah letak target nak jadi Stokis Premium tahun 2019)

Syukur selepas upgrade Stokis Daerah tu, cikgu dapat konsisten restok rm3-4k sebulan tanpa gagal. Walhal, sebelum upgrade rasa nak capai rm2k pon mengah 😅

Dalam lebih kurang 7 bulan jadi Stokis Daerah, salah seorang superagen cikgu menyuarakan hasrat nak upgrade. Masa ni cikgu macam tak bersedia juga sebab target nak upgrade tahun 2019. Tapi, cikgu cabar diri. Mesti cuba upgrade supaya boleh beri semangat kepada anak buah.

Alhamdulillah, tanggal 20 Ogos 2018, cikgu secara rasminya menjadi Stokis Premium bermodalkan rm9k+. Sekarang misi cikgu dan team, untuk memastikan restok bulanan kami mencapai rm10k+ setiap bulan.

Hari ni target misi Rm10k+ untuk bulan ni dah tercapai. Syukur kepada Allah. Terima kasih buat semua yang membantu samada secara langsung atau tidak langsung. Tahniah team #Asmak4u057! Tahniah buat semua yang berjaya capai target bulanan masing-masing. Setakat ni dah 3 orang berjaya capai target masing-masing. In shaa Allah ada yang bakal menyusul tak lama lagi.

'Asmak4u057-Excellent Together'
GO TEAM!

Jom sertai kami. Promosi menjadi pengedar dengan modal serendah rm150 dah bermula dan bakal tamat 2 Disember 2018 tau! 😘

Jom sertai cikgu menjana pendapatan bersama Asmak By Mhamsb. Hubungi 0135819100 Cikgu Basariah


#LeaderAsmak
#057gempur
#misiRM10K
#AsmakDiamond

0135819100 Cikgu Basariah
NAK TAHU SUSAH ATAU SENANG BISNES? MULAKAN DARI BAWAH 😎 NAK TAHU SUSAH ATAU SENANG BISNES?  MULAKAN DARI BAWAH 😎 Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, November 23, 2018 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.