Seo Services

Tuntutan khairat kematian

Assalamualaikum

Tiada orang berfikiran waras yang minta nak mati cepat. Betul tak? Tapi ajal maut tu di tangan tuhan. Buat ahli keluarga yang ditinggalkan, usahlah bersedih. Kehidupan perlu diteruskan.

Tahu tak? Kat Malaysia ni, selepas kematian ahli keluarga layak menuntut sedikit bantuan yang kita panggil sebagai khairat kematian.

Rupanya Ada Lebih 10 Tempat Tuntut Khairat Kematian. Rugi Kalau Anda Tak Ambil Tahu !

Tahu tak, ramai waris tak tuntut khairat kematian sebab tak pernah ambik tahu. Akhirnya duit burn macam tu je. Ada yang total hampir RM10k. Rugikan !

Jadi, lepas tahu ni pastikan anda bagitau dekat pasangan & anak-anak supaya mereka boleh tuntut jika berlaku sesuatu pada anda.

Urmm, dah dapat duit tu nanti nak buat apa?

Disebabkan khairat kematian TIDAK dikira sebagai harta pusaka maka terserahlah pada budi bicara waris-waris. Nak guna buat bayar hutang, kenduri tahlil, sedekah atau lain-lain terserah pada waris asalkan untuk tujuan yang baik. Tapi pastikan guna dulu untuk tujuan utama khairat ni dibuat iaitu untuk urusan jenazah. Segala kos pengurusan jenazah guna duit ni. Jika ada waris dahulukan duit mereka, boleh ganti semula. (mengikut budi bicara waris2)

Sini saya kongsikan 11 tempat tuntutan. Pastikan anda baca satu persatu ya. Boleh detect tempat mana waris boleh tuju nanti.

1. Khairat Kematian Khariah Masjid
▪Sekitar Rm 500 - Rm 5,000
▪Syarat: si mati menjadi ahli/mencarum di khariah

2. Khairat Kematian PERKESO
▪RM 2,000
▪Syarat: si mati menjadi ahli/pernah ada sejarah mencarum PERKESO

3. Khairat Kematian KWSP
▪RM 2,500
▪Syarat: si mati ahli/pencarum KWSP

4. Bantuan Mengurus Jenazah JPA
▪RM 3,000
▪Syarat: si mati Pesara/Kakitangan Awam

5. Khairat Kematian Bank Rakyat
▪RM 3000
▪Syarat: si mati ada akaun Bank Rakyat

6. Khairat Kematian ASNB
▪RM 200 - RM 2,000
▪Syarat: bayaran ikut baki pelaburan terakhir si mati

7. Khairat Kematian Skim Takaful
▪RM 2,000 - RM 5,000
▪Syarat: si mati pencarum takaful

8. Khairat Kematian Persatuan Berdaftar/NGO/Koperasi
▪RM 500 - RM 5,000
▪Syarat: si mati adalah ahli berbayar persatuan/NGO/Koperasi

9. Khairat Kematian Pencen
▪RM3000

10. Khairat kematian ahli RCC Global Sdn Bhd
Sekiranya anda pengguna setia stevia dari syarikat RCC, anda layak menuntut khairat kematian samada bagi diri sendiri atau ahli keluarga kandung. Bagi kematian ahli, jumlah tuntutan sehingga rm3000, manakala bagi ahli keluarga sehingga rm1000. Bagaimanapun jumlah tuntutan bergantung kepada baki semasa tabung khairat yang disediakan syarikat serta terma dan syarat ditetapkan.

11. Lain-lain
▪Mungkin ada lagi khairat kematian lain yang boleh dituntut bukan hanya di tempat-tempat yang dinyatakan diatas. Boleh search.

▪Mereka yang segerakan proses tuntutan pusaka biasanya akan diberitahu jika ada khairat kematian. Waktu nak urus, perlu jumpa pegawai, jadi waktu tu biasa pegawai akan beritahu jika mereka ada sediakan khairat kematian.

Macam mana nak tuntut?

Bawa sijil mati, sijil nikah, pengenalan diri di tempat yang berkenaan. Seeloknya mohon sebaik sahaja berlaku kematian. Jangan ditangguh.

Kredit: Sfatyma Idris

Ambil cakna untuk mudahkan waris-waris.

Silakan #share supaya lebih ramai tahu kewujudan khairat pusaka ni.

Bagi yang berminat menjadi pengguna stevia atau ahli RCC Global Sdn Bhd, boleh hubungi cikgu ya.

0135819100 Cikgu Basariah
Tuntutan khairat kematian Tuntutan khairat kematian Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, November 26, 2018 Rating: 5

2 ulasan:

  1. Balasan
    1. Ramai yang tak tahu. Ada juga malu sebenarnya nak minta. Tapi rugilah kan..sekurangnya dapat meringankan sikit beban 😃

      Padam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.